Anda di halaman 1dari 3

NOTA 8: M.

CURAI IAB-MBM

INSTITUT AMINUDDIN BAKI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


LAPORAN MESYUARAT/SEMINAR/ BENGKEL DAN LAIN-LAIN A. Butiran Laporan 1. 2. 3. Tajuk Mesyuarat/Seminar/Bengkel Pengerusi Minit Curai Mesyuarat Memartabatkan Bahasa Malaysia (MBM) YBhg. Dr. Haili bin Dolhan (TKPPM Sektor Dasar Pembangunan Pendidikan) 4. 5. 6. 7. 8. 9. Tarikh Masa Tempat Anjuran Nama Pegawai Pelapor Pegawai IAB Lain yang Hadir 19 November 2009 9.00 pagi 12.00 tengah hari Bilik Mesyuarat Seri Duta, Blok E9, Putrajaya Bahagian Perkembangan Kurikulum (BPK) XXXXXXXXXXXXXX Tiada

B. Perkara yang Dibincangkan

Bil. 1. Tujuan Mesyuarat Mesyuarat pertama ini

Perkara

diadakan

untuk

pembentukan

Jawatankuasa

Memartabatkan Bahasa Malaysia (JMBM) di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Penamaan Jawatankuasa Memartabatkan Bahasa Melayu (JMBM) Pandangan daripada pakar-pakar bahasa yang diundang, ahli mesyuarat bersetuju dengan penamaan Jawatankuasa Memperkasa Bahasa Melayu, kerana ia termaktub dalam Akta 152. Majlis memutuskan YBhg. Prof. Emeretus Dr. Abdullah Hassan akan menyediakan kertas konsep berhubung justifikasi
UNTUK TUJUAN LATIH AMAL 1

2.

NOTA 8: M. CURAI IAB-MBM

Bil.

Perkara penggunaan istilah Bahasa Melayu dan bukannya Bahasa Malaysia untuk tujuan tersebut. Walaupun begitu terpulang kepada pengurusan tertinggi KPM untuk memutuskan penggunaan Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia untuk tujuan tersebut. Tujuan Penubuhan Jawatankuasa Memartabatkan Bahasa Malaysia (JMBM) Jawatankuasa ini ditubuhkan bertujuan untuk:

3.

i. ii.

memberi cadangan serta strategi memartabatkan Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa ilmu; memberi nasihat kepada KPM berkaitan dengan strategi/akitiviti perkembangan Bahasa Malaysia dalam pendidikan seiring dengan usaha MBM di institusi pendidikan;

iii. iv.

mewujudkan jalinan antara Bahagian di KPM serta agensi dan orang perseorangan yang terlibat dalam bidang bahasa dan sastera; dan mewujudkan ruang dan peluang bagi pembangunan penyelidikan dan inovasi Bahasa Malaysia.

Keanggotaan Jawatankuasa Memartabatkan Bahasa Malaysia (JMBM) Pengerusi: TKPPM Sektor Dasar Pembangunan Pendidikan, KPM 4. Ahli: Pengarah-pengarah Bahagian, KPM Setiausaha Bahagian Pengurusan, KPM Setiausaha Kewangan, KPM Setiausaha Bahagian Hal Ehwal Korporat, KPM Pengarah IPG Kampus Bahasa Melayu Ketua Eksekutif MPM Pengarah Urusan Institut Terjemahan Negara Pengarah Majlis Buku Malaysia Pengarah Perpustakaan Malaysia Majlis Dekan Fakulti Pendidikan, IPTA Pakar-pakar Bahasa dan Sastera Urus setia: Bahagian Perkembangan Kurikulum, KPM Bidang Kuasa Jawatankuasa Memartabatkan Bahasa Malaysia (JMBM)

UNTUK TUJUAN LATIH AMAL

NOTA 8: M. CURAI IAB-MBM

Bil. 5.

Perkara Jawatankuasa ini dibentuk akan memantau, melapor, menasihati dan memberi cadangan tentang pelaksanaan pendidikan dan penggunaan Bahasa Malaysia kepada Jawatankuasa Tertinggi MBMMBI, KPM.

C.

Tindakan yang perlu diambil oleh Institut Aminuddin Baki (IAB): 1. Bidang tugas Jawatankuasa Memartabatkan Bahasa Malaysia (JMBM) akan diperinci oleh Urus Setia JMBM, KPM. Pengarah IAB merupakan ahli JMBM. Oleh itu setiap mesyuarat JMBM akan dihadiri oleh ahli atau wakil.

D.

Tarikh Mesyuarat yang Akan Datang: Akan dimaklumkan kelak.

E.

Tandatangan Pegawai Pelapor: (XXXXXXXXXXXXXXXXXX)

F.

Tarikh laporan disediakan:

20 November 2009

Fail X/DAN/mcurai MBM.09

UNTUK TUJUAN LATIH AMAL

Anda mungkin juga menyukai