Anda di halaman 1dari 2

Disediakan oleh: Liew Ven Fung K1

Refleksi Dalam usaha menyiapkan tugasan kerja kursus pendek ini, saya telah mengharungi pelbagai rintangan, antaranya ialah ketiadaan sumber maklumat dari pelbagai sumber. Walau bagaimanapun, keperihatinan pihak institut yang telah menyediakan rangkaian wireless telah memudahkan saya mencari maklumat untuk menyiapkan kerja kursus pendek ini. Apa yang dapat saya gambarkan semasa menerima tugasan ini ialah halangan-halangan yang terpaksa saya hadapi sama ada dari segi kewangan, masa serta sumber. Namun setelah diberi penerangan oleh pensyarah saya Encik Azhar bin Osman, saya dapat memahami serta memudahkan saya merangka setiap proses untuk melaksanakan tugasan ini. Selain itu, saya juga ingin menyampaikan rasa berterima kasih terhadap rakan-rakan saya serta semua pihak yang telah membantu saya menyiapkan kerja kursus pendek ini. Halangan yang dialami saya sepanjang usaha menyiapkan kerja kursus pendek ini akan saya jadikan pengajaran yang berguna pada masa-masa yang akan datang. Segala kelemahan yang terdapat pada hasil kerja kursus pendek saya ini akan saya cuba baiki pada masa-masa yang akan datang. Setelah berusaha sepanjang masa ini, saya telah berjaya menyiapkan kerja kursus pendek yang telah diamanahkani. Saya sangat bersyukur kerana dapat saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Walaupun sepanjang proses melaksanakan tugasan ini saya terpaksa berkorban sama ada dari segi masa, tenaga, kewangan dan sebagainya, saya tetap berpuas hati kerana hasil kerja keras saya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini.

Selain itu, sepanjang masa penghasilan kerja kursus pendek ini banyak juga yang telah saya pelajari. Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah bersifat eklektisisme, iaitu gabungan antara falsafah tradisional dan falsafah progresif. Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah digubal daripada usaha berfikir yang rasional dan kritis, berlandaskan daripada ideologi negara sebagaimana yang telah dimanifetasikan dalam Laporan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan, termasuk Rukun Negara. Seiring dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan supaya dapat melahirkan insan yang baik dan sempurna yang berciri-ciri percaya kepada Tuhan, berilmu pengetahuan , berakhlak mulia, bertanggungjawab kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat, agama dan juga negara serta memiliki sahisiah yang seimbang dan sepadu. Sepanjang proses saya menyiapkan kerja kursus pendek ini, saya juga dapati di Malaysia, Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) telah menjadi satu panduan bagi semua guru. Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah menggariskan segala istilah, pemikiran dan prinsip yang berkaitan dengan bidang pendidikan di negara kita. Sehunbungan ini, FPK menggabungkan matlamat, dasar-dasar dan amalanamalan pendidikan sebagai satu entiti keseluruhan yang tekal, jelas dan logik.. Barisan elemen dalam FPK merujuk ketiga-tiga ideologi negara, iaitu Rukun Negara, Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Dasar Pendidikan Kebangsaan (1999) dan keempat-empat cabang falsafah pendidikan, iaitu metafizik, aksiologi, epistomologi dan logik. FPK juga bertujuan untuk menjelaskan secara rasional amalan-amalan pendidikan terkini serta membimbing tindakan dan tren pendidikan masa depan. melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia dan bertanggungjawab yang juga akan menjadi seorang warganegara yang baik bagi pembangunan negara. Akhir kata, saya begitu bersyukur serta gembira kerana dapat juga saya siapkan kerja kursus pendek ini dengan jayanya walaupun pelbagai rintangan terpaksa saya hadapi sepanjang proses melaksanakan tugasan ini. Saya berharap agar apa yang saya dapat ini terus berada di dalam ingatan dan seterusnya akan diaplikasikan sepanjang kehidupan untuk menjadi seorang guru yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Anda mungkin juga menyukai