Anda di halaman 1dari 2

Susan,

DT44,Durian Tunggal,
76100,Melaka,Malaysia.

1 April 2009

Menemui sahabatku Emily yg kini berada di Tokyo,Jepun.Semoga saudari berada dlm keadaan
sihat walifiat.Saya dan rakan-rakan di sini sihat belaka.Surat saudari sudah saya terima tempoh
hari yg lalu.Saya ingin meminta maaf kerana lambat membalas surat saudari.Hal ini disebabkan
saya terpaksa menyiapkan projek sekolah dlm tempoh yg ditetapkan.Saya berasa gembira saudari
masih mengambil berat tentang perkembangan yg berlaku di negara kita walaupun saudari sudah
melanjutkan pelajaran di Tokyo selama 2 tahun.Utk pengetahuan saudari,saya akan menerangkan
soalann yg dekemukakan pd surat yg lalu tentang cara-cara kerajaan & masyarakat di negara kita
menarik kemasukan pelancong asing.

Saudari,
Pihak berkenaan juga giat mempromosikan negara kita ke negara asing .Mereka
menyediakan maklumat lengkap tentang sesuatu destinasi menarik yang terdapat di negara ini,
khususnya di tempat- tempat baru yang dikenal pasti boleh menjadi daya tarikan yang
menguntungkan. Hal ini dapat dilakukan, sarna ada menerusi media cetak seperti buku, poster,
majalah, dan akhbar atau media elektronik seperti radio dan televisyen. Selain itu, dengan
mewujudkan halaman pelancongan dalam internet juga merupakan cara baik untuk
memperkenalkan Malaysia sebagai sebuah negara yang wajar dikunjungi oleh pelancong asing.
Jika maklumat yang lengkap sampai ke pengetahuan pelancong, mereka tentu akan datang
melawat negara kita.

Di samping itu,pihak kerajaan membangunkan dan membaiki memkemudahan prasarana


seperti pengangkutan dan perhubungan. Hal ini kerana pelancong yang berkunjung ke sesebuah
negara inginkan keselesaan dan mencari ketenangan. Oleh itu, kerajaan wajar memperlengkap
kemudahan pengangkutan dan komunikasi yang ada khususnya untuk memudahkan pelancong
sampai ke destinasi yang akan dituju. Misalniya, ramai pelancong yang datang ke negara kita
adalah untuk menikmati keindahan pulau dan pantai. Oleh itu, kerajaan harus menambah
kemudahan perkhidmatan bot atau feri.

Saudari,
Pemuliharaan bangunan dan monumen di Malaysia harus diberi penekanan di dalam sistem
pendidikan negara. Dari segi definisinya, pemuliharaan bangunan dan monumen bererti
memelihara dan membaiki harta dan warisan lama yang mempunyai nilai-nilai seni bina dan
sejarah melalui kerja-kerja penyenggaraan dan pembaharuan. Proses ini bertujuan untuk
melanjutkan usia atau keadaan sesebuah bangunan lama, monumen atau sebarang harta warisan
negara. Subjek-subjek pemuliharaan bangunan dan monumen patut diajar di sekolah-sekolah
rendah, menengah dan di institusi pengajian tinggi untuk menanamkan semangat cintakan warisan
dan khazanah negara kepada generasi muda.
Kesungguhan kerajaan untuk menjayakan Tahun Melawat Malaysia ,TMM 2007 ini adalah
bertepatan sekali kerana program tersebut dijangka akan menghasilkan pendapatan sehingga
mencecah RM44 bilion. Ini kerana jumlah ketibaan pelancong untuk tahun depan dijangka akan
mencatatkan pertumbuhan yang ketara ekoran tindakan agresif kerajaan mempromosikan TMM
2007. TMM yang diperkenalkan buat pertama kalinya pada 1990 dan kedua pada 1994,
mencatatkan kejayaan membanggakan serta mencapai sasaran penganjurannya yang bertujuan
mempromosikan negara sebagai salah satu destinasi pelancongan terkemuka dunia. “The Eyes of
Malaysia” merupakan feri beroda yang paling ringan di dunia dan yang pertama seperti itu di Asia
Tenggara juga diperkenalkam bersempena dengan TMM.

Saudari,
Malaysia misalnya mempunyai khazanah hutan yang tertua di dunia, maka perkembangan ini
tentunya menggalakkan industri pelancongan yang kini menjadi sumber pendapatan negara. Para
pelancong asing akan datang melawat negara kita semata-mata untuk melihat keindahan hutan
semula jadi yang berpotensi sebagai pusat pelancongan yang boleh mendatangkan keuntungan
yang lumayan. Selain dapat menyelami Hutan Hujan Tropika, para pelancong juga boleh
menikmati keindahan hutan pantai dan hutan gunung di Malaysia, seperti Pantai Desaru, Taman
Negara Bako, dan Gunung Kinabalu. Justeru itu, semua pihak haruslah berusaha dengan lebih
agresif lagi untuk mempromosikan Malaysia sebagai sebuah destinasi pelancong. Setidak-tidaknya
pun, biarlah ketibaan mereka kita sambut dengan senyuman supaya masa yang bakal mereka
habiskan di negeri ini menjadi antara kenangan paling indah yang akan mereka bawa pulang ke
negara mereka.

Baiklah setakat di sini saja yang boleh saya ceritakan kepada saudari. Saya dan rakan-rakan
sini akan sentiasa berdoa agar saudari dapat Berjaya dalam pelajaran dan pulang suatu hari nanti.
Semoga bertemu kembali dalam warkah yang akan dating. Sekian, terima kasih.

Sahabatmu,

lcl