Anda di halaman 1dari 13

PROSIDING PERKEM III, JILID 1 (2008) 1 13 ISSN: 2231-962X

KORIDOR PEMBAHARUAN TENAGA SARAWAK(SCORE) DAN KORIDOR PEMBANGUNAN SABAH (SDC): CABARAN DALAM KONTEKS SISTEM EKONOMI FEDERALISME
SARAWAK CORRIDOR OF RENEWAL ENERGY (SCORE) AND SABAH DEVELOPMENT CORRIDOR (SDC): CHALLENGES IN THE CONTEXT OF FEDERALISM ECONOMIC SYSTEM Fatimah Kari, Rosita Hamdan

ABSTRAK Strategi pembangunan wilayah yang diperkenalkan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9) dan mula dilaksanakan pada tahun 2007-2008 telah menggariskan satu strategi baru dalam pembangunan ekonomi negara. Koridor Pembangunan Sabah (SDC) dan Koridor Pembaharuan Tenaga Sarawak (SCORE) merupakan rancangan pembangunan jangka panjang yang dijangka dapat mengurangkan jurang antara pembangunan Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Potensi pertumbuhan Sabah mengalami prestasi yang agak sederhana dalam 10 tahun yang terdahulu. Sabah mencatat pertumbuhan yang negatif pada kadar -3.07%, -0.72% dan -1.16% antara tahun 1997, 1998 dan 1999 sebelum mencatat pertumbuhan yang agak sederhana pada purata 5.28% sejak 2000. Sebaliknya, Sarawak mencapai prestasi pertumbuhan yang relatifnya agak baik berbanding Sabah dan ini adalah disebabkan `kestabilan politik dalaman serta hubungan kerajaan negeri dan kerajaan pusat yang agak konsisten dalam tempoh yang sama. Masalah kemiskinan, infrastruktur, kemunduran luar bandar serta kekurangan keperluan asas merupakan isu pembangunan dan seringkali dijadikan modal percaturan politik antara pemimpin negeri dan kerajaan persekutuan. Meskipun SCORE dan SDP merupakan konsep pembangunan jangka panjang, kedua-dua wilayah berkenaan memerlukan input pembangunan yang agak berbeza supaya SCORE dan SDP dapat membina rantaian ekonomi yang lebih mantap. Kertas ini akan cuba menghuraikan beberapa input pembangunan yang unik yang perlu diwujudkan untuk kedua-dua wilayah berkenaan. Sebaliknya, segala keperluan tersebut mestilah dilihat dalam konteks hubungan kerajaan federalisme yang kadangkala menghambat potensi pembangunan kedua-dua wilayah berkenaan. Kod JEL: O10 Kata kunci: Integrasi wilayah, Koridor Pembaharuan Tenaga Sarawak (SCORE), Koridor Pembangunan Sabah, Rancangan Malaysia Kesembilan.

ABSTRACT The regional development strategy which was introduced in the Ninth Malaysia Plan (RMK9) and implemented for the years 2007-2008 has positioned a new strategy in the nations economic development. The Sabah Development Corridor (SDC) and Sarawak Corridor of Renewal Energy (SCORE) are the long term development plans expected to reduce development gap between Peninsular Malaysia, Sabah and Sarawak. The Sabah growth is experiencing moderate performance for the past 10 years. Sabah recorded negative growth at the rates of -3.07 percent,-0.72 percent and -1.16 percent for the years 1997, 1998 and 1999 respectively; before recorded moderate growth at an average of 5.28 percent since 2000. However, Sarawak relatively has better growth as compared to Sabah; and this is due to internal political stability and consistent relationship between the state and federal governments during the same timeframe. Poverty, infrastructur, rural underdevelopment and lack of basic facilities are the development issues and often being the political agendas between the states leader and federal government. Even though SCORE and SDC are long term development concepts, both regions need different development input in establishing stronger economic chain. This paper intends to explain several unique development inputs that need to be put forth for both regions. However, all the needs should be in the context of federalism government relationship/connection which sometimes hamper the development potential of these regions. Code JEL: O10 Keywords: Regional integration, Sarawak Corridor of Renewal Resources (SCORE), Sabah Development Corridor (SDC), Ninth Malaysia Plan (RMK9).
Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke III (PERKEM III), Daya Tahan Ekonomi Negara: Dasar dan Strategi Pengukuhan Port Dickson, Negeri Sembilan, 20 22 Ogos 2008

Fatimah Kari, Rosita Hamdan

PENGENALAN Di dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9), Misi Nasional merupakan teras kepada pencapaian status negara maju dan misi tersebut memberi fokus kepada peningkatan ekonomi dalam rantaian lebih tinggi. Sehubungan itu, RMK9 cuba meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk minda kelas pertama. RMK9 juga turut memberi penumpuan kepada menangani masalah ketidakseimbangan sosioekonomi berterusan secara membina dan produktif, meningkatkan tahap dan kemampuan kualiti hidup serta mengukuhkan keupayaan institusi dan perlaksanaan.

OBJEKTIF RANCANGAN MALAYSIA KESEMBILAN Untuk mencapai teras berikut, rangka kerja RMK9 memberi penekanan kepada beberapa perkara berikut: a) b) Kadar pertumbuhan yang kukuh serta mapan bagi memastikan aspek agihan dapat diwujudkan; dan Pergantungan kepada sektor antarabangsa yang secara tradisinya merupakan sektor yang telah memainkan peranan dalam pertumbuhan ekonomi negara.

Berasaskan penekanan tersebut, kepesatan pertumbuhan ekonomi akan merupakan satu pencetus kepada kejayaan RMK9. Keadaan ini lebih bermakna sekiranya pertumbuhan ekonomi tersebut mampu diagih secara sama rata serta menjadi asas kepada kestabilan sosial dan perpaduan rakyat. Sistem penyampaian serta pemantauan dan pelaksanaan yang baik akan menjadi satu prasyarat kepada kejayaan rancangan tersebut. Objektif kajian Secara amnya, kajian ini cuba mengenal pasti beberapa halangan (gap analysis) yang dihadapi oleh negeri Sabah dan Sarawak (WSS) dalam mencapai koridor pembangunan seperti yang digariskan di bawah RMK9 dan secara khasnya ialah untuk melihat semula halangan stuktural seperti soal-soal kemiskinan, kemudahan pengangkutan dan infrastuktur yang masih menjadi penghalang utama dalam memajukan ekonomi WSS.

INTEGRASI EKONOMI SABAH, SARAWAK DAN SEMENANJUNG MALAYSIA Kadar pertumbuhan domestik Strategi pertumbuhan dalam RMK9 adalah berteraskan pertumbuhan ekonomi sektor dalam negeri. Ekonomi negara diunjurkan berkembang pada kadar purata 6.0 peratus setahun dengan paras harga yang stabil. Pertumbuhan ini di sokong oleh permintaan dalam negeri menerusi pelaburan dan penggunaan swasta yang kukuh. Keluaran Negara Kasar (KNK) per kapita pada harga semasa di jangka meningkat pada kadar purata 5.9 peratus setahun kepada RM23,573 pada tahun 2010. KNK per kapita dari segi pariti kuasa beli di jangka meningkat kepada AS$13,878 pada tahun 2010. Jadual 1.1 di bawah menggambarkan prospek pertumbuhan sektor di bawah RMK9 serta teras kepada pertumbuhan berkenaan.

Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke III 2008

Jadual 1. 1: Keluaran dalam negeri kasar mengikut industri asal, 2000-2010 Sektor Pertanian RM (juta) 2005 2010 % daripada Jumlah 2005 2010 Kadar pertumbuhan Pencapaian RMK8 Sasaran RMK9 5.0 Sumbangan Kepada pertumbuhan (%) Pencapaian Sasaran RMK8 RMK9 0.3 0.4

Pertanian, Perhutanan, 21,585 27,518 8.2 7.8 8.2 Ternakan dan Perikanan Perlombongan dan 17,504 20,675 6.7 5.9 2.6 Kuari Pembuatan 82,394 113,717 31.4 32.4 4.1 Pembinaan 7,133 8,451 2.7 2.4 0.5 Perkhidmatan 152,205 208,086 58.1 59.2 6.1 Perkhidmatan 19,831 24,759 7.6 7.0 6.7 Kerajaan Perkhidmatan Perniagaan dan 132,374 183,327 50.5 52.2 6.0 Bukan kerajaan Elektrik, gas dan Air 10,860 14,450 4.1 4.1 5.6 Pengangkutan, Penyimpanan dan 23,163 31,984 8.8 9.1 6.6 Komunikasi Perdagangan Borong 38,437 53,456 14.7 15.2 4.3 dan Runcit, Hotel dan Restoran Kewangan, Insurans, 38,4397 53,456 15.1 15.8 8.1 Harta Tanah dan perkhidmatan perniagaan Perkhidmatan lain 20,346 28,052 7.6 7.8 4.8 (-) Bayaran 23,876 32,707 9.1 9.3 8.6 Perkhidmatan bank (+) Duti Import 5,083 5,556 1.9 1.6 6.3 KDNK pada Harga 262,029 351,297 351,297 100.0 100.0 pembeli Sektor Pertama 39,089 48,193 14.9 13.7 2.8 Sektor kedua 89,527 122,168 34.2 34.8 3.8 Sektor Ketiga 152,205 208,086 58.1 59.2 5.2 Sektor Pertama* 37,912 44,974 14.5 12.8 2.2 Sektor Kedua* 83,510 114,009 32.9 32.5 3.5 Sektor Ketiga* 140.607 192,314 53.7 54.7 5.7 Sumber : Unit Perancangan ekonomi dan Jabatan Perangkaan * Mengambil Kira Pelarasan ke atas Duti Import dan Bayaran Perkhidmatan Senario pertumbuhan di Sabah dan Sarawak

3.4 6.7 3.5 6.5 4.5 6.7 5.9 6.7 6.8

0.2 1.3 0.0 3.4 0.5 2.9 0.2 0.5 0.6

0.2 2.1 0.1 3.8 0.3 3.4 0.2 0.6 1.0

7.0

0.6

1.0

6.6 6.5 6.5 4.5 4.3 6.4 6.5 2.5 6.3 6.3

0.4 0.7 0.0 4.5 0.4 1.3 3.4 0.4 1.1 3.0

0.4 0.6 0.0 6.0 0.6 2.2 3.8 0.6 2.0 3.4

Potensi pertumbuhan Sabah mengalami prestasi yang agak sederhana dalam 10 tahun yang terdahulu. Sabah telah mencatatkan pertumbuhan yang negatif pada kadar -3.07%, -0.72% dan -1.16% antara tahun 1997, 1998 dan 1999 sebelum mencatat pertumbuhan yang agak sederhana pada purata 5.28% sejak 2000. Prospek pertumbuhan berpunca daripada sektor pertanian dan ternakan serta hasil galian daripada sektor petroleum. Sebaliknya, sektor pelancongan merupakan sektor yang mempunyai daya ketahanan walaupun di peringkat global sektor berkenaan menerima ancaman daripada masalah keselamatan dan ketidakpastian akibat daripada faktor keganasan antarabangsa. Dari segi peluang pekerjaan, kewujudan peluang pekerjaan baru menurun sebanyak 56% dari 3,986 dalam tahun 2003 kepada 1,753 pada tahun 2004. Kejatuhan ini adalah ketara di dalam bidang pertanian dan perhutanan manakala sektor perkilangan masih menjadi satu punca sumber pekerjaan. Dalam aspek harga pengguna, indeks harga pengguna (CPI) mengalami trend yang serata di mana

Fatimah Kari, Rosita Hamdan

kadar inflasi di Sabah adalah jauh lebih rendah daripada kadar Malaysia secara keseluruhan. Tekanan harga ternyata dapat diperhatikan di sub-komponen keperluan asas, makanan dan juga pengangkutan. Sarawak mempunyai struktur ekonomi yang menyerupai Sabah yang mana potensi pertumbuhannya di rangsang oleh sektor eksport dan sektor utama. Sektor utama, khasnya perlombongan dan pertanian mewakili hampir 65% daripada keluaran negara kasar dan sektor sekunder seperti pembuatan dan pembinaan turut menyumbang kepada jumlah yang sama.

PROSPEK PERTUMBUHAN WILAYAH SABAH DAN SARAWAK: MELAYARI PROSPEK PERTUMBUHAN EKONOMI NEGARA Kepentingan negeri Sabah dan Sarawak (WSS) dalam era pertumbuhan RMK9 mestilah di lihat daripada aspek perpaduan nasional yang kukuh. Kedua-dua negeri berkenaan memainkan peranan yang strategik dalam menyumbang ke arah pertumbuhan ekonomi negara. Jika di lihat dari segi potensi pertumbuhan di bawah Rancangan Malaysia Kelapan (RMK8), kedua-dua negeri berkenaan mencatat kadar pertumbuhan dalam negeri yang agak tinggi walaupun Sabah mencatat kadar yang sedikit rendah dari kadar purata untuk seluruh Malaysia (Jadual 1.2). Jadual 1.2: Pertumbuhan keluaran dalam negeri kasar mengikut negeri (2001-2010) Negeri Kadar Pertumbuhan Tahunan Purata(%) RMK-8 RMK-9 5.9 5.7 5.3 6.1 5.9 5.8 6.4 6.1 6.2 5.2 5.9 5.7 5.8 6.1 6.0

Wilayah Utara Kedah 4.1 Perak 4.1 Perlis 3.4 Pulau Pinang 5.0 Wilayah Tengah Melaka 4.2 Negeri Sembilan 3.8 Selangor 5.2 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur1 3.8 Wilayah Selatan Johor 5.1 Wilayah Timur Kelantan 3.3 Pahang 3.9 Terengganu 3.4 4.3 Sabah2 4.6 Sarawak Malaysia 4.5 Sumber : Jabatan Perangkaan, Penyiasatan Isi Rumah, 1999 & 2004 1 Termasuk Wilayah Persekutuan Putrajaya 2 Termasuk Wilayah Persekutuan Labuan

Walau bagaimanapun, dari segi Indeks Komposit Pembangunan mengikut negeri, kedua-dua negeri agak tercicir dan Sabah menduduki kedudukan yang paling terbawah (Jadual 1.3).

Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke III 2008

Jadual 1.3: Indeks Komposit Pembangunan Mengikut Negeri, 2005 Negeri Indeks Ekonomi Indeks Sosial Indeks Komposit pembangunan 97.8 100.4 99.9 105.7 104.2 102.3 103.2 109.6 Kedudukan

Wilayah Utara Kedah 95.5 100.2 Perak 99.7 101.2 Perlis 95.0 104.9 Pulau Pinang 109.0 102.4 Wilayah Tengah Melaka 106.4 102.1 Negeri Sembilan 101.8 102.8 Selangor 108.4 98.0 Wilayah Persekutuan 114.4 104.8 Kuala Lumpur 1 Wilayah Selatan Johor 102.9 98.1 Wilayah Timur Kelantan 91.9 94,4 Pahang 96.3 99.0 Terengganu 91.5 100.8 82.8 97.8 Sabah2 94.5 98.4 Sarawak Malaysia 100.0 100 Sumber : Jabatan Perangkaan, Penyiasatan Isi Rumah, 1999 & 2004 1 Termasuk Wilayah Persekutuan Putrajaya 2 Termasuk Wilayah Persekutuan Labuan

9 7 8 2 3 5 4 1

100.5 93.1 97.6 96.2 90.0 96.6. 100

6 13 10 12 14 11

Seterusnya, dari segi purata pendapatan isi rumah bulanan dan kadar kemiskinan, kedudukan Sabah dan Sarawak tidak banyak berubah (Jadual 1.4). Didapati bahawa hampir 23 peratus daripada sejumlah 69,500 buah isi rumah yang mengalami kemiskinan tegar berada di Sabah. Kedudukan ini merupakan hambatan struktural yang menjadi halangan utama dalam menterjemahkan agenda RMK9 agar impak pertumbuhan negara dapat di kongsi bersama oleh rakyat di kedua-dua negeri tersebut. Oleh itu, kerajaan mensasarkan untuk membasmi kemiskinan tegar dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9) dan mengurangkan sehingga separuh kadar kemiskinan negara kepada 2.8% menjelang tahun 2010. Jadual 1.4: Pendapatan Isi Rumah Bulanan Purata dan Kadar Kemiskinan Mengikut Negeri, 1999 dan 2004 Pendapatan isi rumah Bulanan Purata Kadar pertumbuhan RM Tahunan Purata(%) 1999 2004 2000-2004 1,612 1,743 1,413 3,128 2,260 2,335 3,702 4,105 2,126 2,207 2.046 3,531 2,792 2,886 5,175 5,011 5.7 4.8 7.4 2.5 4.3 4.3 6.9 4.1

Negeri Wilayah Utara Kedah Perak Perlis Pulau Pinang Wilayah Tengah Melaka Negeri Sembilan Selangor Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1 Wilayah Selatan Johor Wilayah Timur Kelantan

Kadar Kemiskinan (%) 1999 2004 14.2 6.8 13.6 0.7 2.9 4.1 1.9 0.4 7.0 4.9 6.3 0.3 1.8 1.4 1.0 1.5

2,646 1,314

3,076 1,829

3.1 6.8

3.1 25.2

2.0 10.6

Fatimah Kari, Rosita Hamdan

Pahang 1,482 2,410 10.2 Terengganu 1,599 1,988 4.4 1,905 2,487 5.5 Sabah2 2,276 2,725 3.7 Sarawak Malaysia 2,472 3,249 5.6 Sumber : Jabatan Perangkaan, Penyiasatan Isi Rumah, 1999 & 2004 1 Termasuk Wilayah Persekutuan Putrajaya 2 Termasuk Wilayah Persekutuan Labuan

9.8 22.7 23.4 10.9 8.5

4.0 `5.4 23.0 7.5 5.7

SOROTAN KAJIAN Konsep federalisme di Malaysia melibatkan pembahagian kuasa, semangat kerjasama dan kesepakatan antara dua peringkat kerajaan. Kerjasama yang baik antara kerajaan persekutuan dan negeri akan membuahkan strategi pembangunan yang baik dan cekap dalam mengurus sumber serta meningkatkan ekonomi rakyat melalui pembangunan koridor wilayah. Menerusi pembangunan ini, kerajaan negeri mendapat kewangan dan pembiayaan pembangunan daripada kerajaan persekutuan untuk menjalankan projek-projek pembangunan negeri. Kerajaan negeri boleh melaksanakan dasar pembangunan selagi tidak melanggar kuasa pemerintah persekutuan (Anuar, 2008). Di samping peranan kerajaan, rakyat juga memainkan peranan penting dalam sistem politik untuk memberikan pandangan serta kritikan yang membina supaya dasar-dasar pembangunan yang dijalankan dapat diperhalusi dan diperbaiki demi kepentingan rakyat. Di samping itu, nasib rakyat juga terbela dan penyelewengan dapat dihapuskan (Mayudin, 1980). Norris (2005) menyatakan bahawa perkongsian kuasa dalam federalisme menghasilkan banyak perubahan yang penting dari segi menyediakan peluang dan kerjasama antara pemimpin dalam usaha mencapai kestabilan demokrasi dan pemerintahan yang baik bagi masyarakat berbilang kaum. Federalisme mengarah kepada autonomi wilayah, melindungi hak kaum minoriti serta menyumbang kepada kestabilan sosial di mana diskriminasi dan ketidakadilan dapat dihapuskan. Walaubagaimanapun, sistem pemerintahan ini berbeza mengikut sejauhmana kuasa pembuatan keputusan dan tanggungjawab pentadbiran disebarkan di kalangan peringkat pentadbiran tempatan, negeri, wilayah dan pemerintahan pusat. Manakala, Posner (2005) berpendapat bahawa dari segi ekonomi, federalisme merupakan satu skim pemerintahan berpusat yang bertujuan untuk mengagihkan bantuan kerajaan secara optima. Walaubagaimanapun, pemerintahan federalisme mempunyai kekurangan dari segi kejelasan dalam aliran maklumat di antara kerajaan dan rakyat. Keputusan dan perintah yang di buat oleh kerajaan biasanya sampai kepada rakyat tetapi kadangkala suara atau keluhan rakyat tidak sampai kepada pemerintahan disebabkan sekatan aliran maklumat di peringkat pertengahan sebelum sampai kepada pemerintah pusat. Ini menyebabkan keputusan yang di ambil oleh kerajaan kadangkala tidak lengkap atau menepati kehendak dan keperluan rakyat. Pemusatan kuasa dalam membuat keputusan oleh kerajaan menyebabkan kurangnya persaingan antara negeri, kepelbagaian dan kesesuaian yang menyebabkan keputusan yang kurang tepat dalam pengagihan dan pembangunan negara. Pemusatan kuasa adalah bertujuan untuk menyeimbangkan antara golongan kaya dan miskin, pertumbuhan dan kestabilan secara efisyen dan berkesan. Pemusatan kuasa menguntungkan autonomi nasional dan juga polisi belanjawan. Walaubagaimanapun, ia juga mendatangkan konflik dari segi pensubsidian dan perpaduan antara autonomi tempatan dan agihan nasional. Dalam menjalankan pembangunan, pendekatan kordinasi antara kerajaan pusat dan negeri adalah sangat penting bagi mengurus penggunaan sumber kerana ianya melibatkan intensif modal dan juga memberi kesan yang mendalam dari segi impak sosioekonomi (EPU, 2005). Lauder dan Mansor (2005) mendapati bahawa setiap kerajaan negeri di Malaysia telah menjalankan dasar yang efektif dan mencapai hampir semua objektif pembangunan. Persekitaran makroekonomi membuktikan hasil yang positif ke atas segala polisi yang dijalankan oleh kerajaan pusat dan negeri. Ini menunjukkan keupayaan kerajaan dalam membentuk dasar pembangunan yang baik, menyusun keutamaan dan perlaksanaan sesetengah polisi dalam tempoh masa yang ditetapkan. Kejayaan pemerintahan federalisme telah berupaya mengekalkan pertumbuhan ekonomi dalam tempoh tiga dekad dan mengatasi masalah kemiskinan di negara ini. Menerusi pelan pembangunan yang digariskan oleh kerajaan pusat dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (2006-2010), keseimbangan dalam pembangunan wilayah merupakan antara agenda yang penting diteruskan dalam tempoh lima tahun rancangan tersebut. Rancangan Malaysia Kelapan mencatatkan keseimbangan pembangunan antara wilayah masih di tahap yang kurang menggalakkan walaupun kualiti hidup di dalam bandar dan luar bandar meningkat. Masih terdapat

Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke III 2008

jurang yang luas dan ketidakseimbangan pertumbuhan antara negeri, kawasan bandar dan luar bandar. Indeks komposit pembangunan tahun 2005 telah mengenalpasti bahawa Sabah selain Kelantan dan Terengganu merupakan negeri yang paling kurang membangun. Pencapaian ini di kenalpasti menerusi pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK), pendapatan isi rumah, kadar kemiskinan dan daya tarikan pelabur dalam sektor pembuatan. Sarawak pula mencapai 4.5 peratus pertumbuhan melebihi kadar purata negara dalam KDNK (Malaysia, 2006). Kerajaan telah melaksanakan lima pembangunan koridor wilayah di mana sumber dan potensi ekonomi wilayah tersebut dimajukan. Bagi mencapai keseimbangan sosioekonomi, kerajaaan mengambil langkah menyusun semula guna tenaga dan hak milik ekuiti dalam ekonomi mengikut kaum dan membangunkan usahawan bumiputera menerusi Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dengan penglibatan sektor awam dan swasta (Malaysia, 2008). Dalam separuh penggal Rancangan Malaysia Kesembilan, keseimbangan wilayah masih diteruskan mengikut negeri. Strategi yang di ambil adalah termasuk membangunkan pusat pertumbuhan dan koridor pertumbuhan merentasi sempadan negeri, memodenkan asas ekonomi negeri dan mengurangkan jurang di gital di kawasan bandar dan luar bandar. Pembangunan wilayah merupakan pendekatan baru oleh kerajaan bagi mewujudkan sumber pertumbuhan baru dan menetapkan pembangunan ekonomi yang terancang dan bersepadu secara komprehensif dan meluas. Dengan itu, pembasmian kemiskinan, penyusunan semula masyarakat dan penjanaan kekayaan dapat ditingkatkan melalui peluang pendapatan yang baru (Malaysia, 2008). Bagi melaksanakan strategi pembangunan wilayah, Koridor Pembangunan Sabah (SDC) merupakan koridor keempat yang dilancarkan pada Januari 2008 di Malaysia. Koridor ini di jangka akan menerima pelaburan sebanyak RM105 billion dalam tempoh 18 tahun perlaksanaannya. Manakala, Sarawak telah diperkenalkan dengan Koridor Pembaharuan Tenaga Sarawak (SCORE) sebagai projek pembangunan wilayah yang kelima. Projek ini di jangka bakal menerima pelaburan sebnyak RM334 billion dalam tempoh 23 tahun (Utusan, 2008). Di bawah pengawasan Pihak Pembangunan Berkuasa Pembangunan Ekonomi dan Pelaburan Sabah (SEDIA), Sabah memberi tumpuan dalam sektor pertanian, perlancongan, perkilangan dan logistik. Sarawak pula melalui peranan Pihak Berkuasa Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA) akan menumpu kepada pembangunan sumber-sumber asli atau tenaga dalam pembangunan wilayahnya. Projek Koridor Pembangunan Wilayah ini termasuk tiga lagi projek yang sama di negeri-negeri Semenanjung Malaysia diyakini bakal mendatangkan pertumbuhan ekonomi yang baik dan positif dalam tempoh jangka masa yang panjang kepada Malaysia dan seimbang dari segi matlamat sosio-ekonomi (Kamis, 2008). Dasar Visi Nasional (2001-2010) berfokus kepada pembangunan dan pembinaan negara yang maju dan bersaing, keseimbangan masyarakat dan menjamin kestabilan politik dan perpaduan. Sektor swasta menerajui pertumbuhan ekonomi manakala sektor awam menyediakan persekitaran yang membina bagi mencapai objektif sosio-ekonomi. Bagi mencapai matlamat ini, strategi utama yang dijalankan adalah termasuk membina ekonomi berasaskan pengetahuan, mengutamakan perkembangan sumber manusia dan meningkatkan perkembangan sektor utama kepada proses pengeluaran yang lebih efisyen dengan aktiviti nilai tambah yang tinggi (EPU, 2005). Integrasi pembangunan sosial dan ekonomi dalam ke semua agenda pembangunan Malaysia melibatkan penyediaan rangkaian infastruktur sosial yang kukuh dalam mencapai kemajuan ekonomi. Bagi mengurangkan ketidakseimbangan negeri di Malaysia, kerajaan pusat memberikan pelbagai geran pembangunan kepada kerajaan negeri. Peruntukan tersebut mengambil kira tentang status pembangunan terkini, potensi untuk pertumbuhan sumber sedia ada dan kapasiti perlaksanaan bagi setiap negeri (Lauder dan Mansor, 2005). Dion (2004) menjelaskan bahawa integrasi wilayah dapat memberi impak yang baik kepada pertumbuhan. Integrasi wilayah menggalakkan penyebaran teknologi antara wilayah dan penyebaran pengetahuan antara negeri-negeri yang berkait dalam hubungan perdagangan. Dengan itu, negeri yang lemah dapat dimajukan dari segi ekonomi melalui perkongsian pengetahuan dan sekaligus meningkatkan kepelbagaian sektor pembuatan yang dapat di jana melalui sumber yang ada. Pelaburan dagangan asing (FDI) dan pertukaran kemahiran antara negeri yang bekerjasama dapat merupakan faktor yang saling berkait menjadi pendorong kepada faedah ini. Manakala, pengurangan kos transaksi dan penyelesaian terhadap halangan perdagangan dan peniruan produk menggalakkan lagi pertumbuhan negeri yang menggalakkan keseimbangan wilayah antara negeri. Bagi menjamin kejayaan pembangunan wilayah pihak berkuasa yang dipertanggungjawabkan oleh kerajaan perlu memantau perkembangan projek tersebut mengikut jadual yang ditetapkan. Sehubungan itu, kerajaan berusaha untuk menarik lebih banyak penyertaan sektor swasta yang beupaya menyumbang kepada kemajuan projek pembangunan koridor ini. Kerajaan bercadang untuk

Fatimah Kari, Rosita Hamdan

menawarkan pakej insentif yang kompetitif sebagai satu cara menarik penyertaan sektor swasta dalam projek pembangunan wilayah tersebut (Malaysia, 2008). Dion (2004) dalam kajian empirikalnya mengesahkan bahawa integrasi ekonomi turut menggalakkan penyebaran idea-idea baru dan aktiviti R & D. R & D yang dijalankan bersama oleh kedua-dua negara merupakan saluran yang penting kepada kemajuan sektor ekonomi dan peningkatan produktiviti. Seterusnya, ia menggalakkan pemindahan teknologi antara dua rakan negeri perdagangan dan memberi kesan jangka masa panjang yang positif kepada pertumbuhan ekonomi. Mayudin (1980) menjelaskan bahawa dalam konsep sosiopolitik, pembangunan merujuk kepada perubahan dari taraf hidup rendah kepada tahap hidup yang lebih tinggi dan daripada pergantungan kepada satu hasil kepada kepelbagaian hasil ekonomi termasuk perkembangan dalam industri dan teknologi yang lebih moden. Dua penekanan atau objektif penting yang perlu di capai dalam pembangunan ialah menambah dan meluaskan pengagihan barang-barang dan keperluan asas hidup terutamanya makanan, tempat kediaman, kesihatan dan keselamatan serta meninggikan taraf kehidupan kepada pendapatan yang tinggi, peluang pekerjaan yang banyak, taraf pendidikan yang lebih baik di samping meningkatkan nilai-nilai kebudayaan dan kemanusiaan yang dapat meningkatkan martabat sebuah bangsa. Menerusi projek pembangunan wilayah yang dijalankan oleh kerajaan, negeri Sarawak berfokus kepada pencapaian enam objektif penting iaitu membangunkan modal insan dan keupayaan Penyelidikan dan Pembangunan (R & D), pembangunan kawasan pedalaman secara pesat, penjanaan modal bagi sumber tenaga, menarik penglibatan sektor swasta, meningkatkan kualiti hidup dan memperbaiki sistem penghantaran dan penggunaan jentera atau mesin (Sarawak, 2008). Sehubungan itu, lima strategi pembangunan yang berterusan akan dijalankan iaitu menumpukan pembangunan kepada pelaburan tiga industri utama di sepanjang koridor iaitu di Tanjung Manis, Mukah dan Similijau, membina jaringan infrastruktur pengangkutan dan komunikasi yang terbaik, memajukan pembangunan bekalan tenaga dengan pesat, meningkatkan pembangunan modal insan menerusi koridor dan membangunkan industri pelancongan (Sarawak, 2008). Koridor pembangunan Sabah menumpu kepada tiga prinsip utama iaitu industri dan perkhidmatan yang bernilai tinggi, pertumbuhan ekonomi yang seimbang dan pemuliharaan alam sekitar. Pelancongan, pertanian, pembuatan dan logistik di kenalpasti sebagai pemacu kepada koridor pembangunan negeri Sabah. Oleh itu, menerusi koridor pembangunan ini, beberapa rangka tindakan yang telah di rancang dalam tempoh 18 tahun koridor pembangunan ini termasuk memanfaatkan kedudukan geografi, sumber asli, warisan budaya dan biodiversiti bagi pertumbuhan yang seimbang; membina sektor perkhidmatan bermargin tinggi dalam pelancongan dan logistik dan memperkasakan penyertaan luar bandar serta meningkatkan hasil pertanian, meningkatkan penguasaan nilai bagi sumber aktiviti pembuatan hiliran. Di samping itu, negeri Sabah juga merancang untuk membangunkan infrastruktur dan modal insan, memperbaiki taraf hidup dan agihan pendapatan rakyat, memulihara dan melindungi alam sekitar dan merancang serta melaksanakan pertumbuhan dengan amalan murni korporat (Sabah, 2008).

SCORE DAN SDC: PEMBANGUNAN EKONOMI WILAYAH Koridor pembangunan SDC Sejajar dengan khazanah alam Sabah, SDC dibangunkan untuk memastikan sumber negeri di urus secara mapan dengan cara membangunkan sektor pelancongan dengan mengetengahkan kepelbagian seni budaya serta keindahan alam semula jadi di negeri itu. Matlamat SDC termasuklah: (a) (b) (c) (d) Meningkatkan kadar pertumbuhan ekonomi Sabah supaya setanding dengan Semenanjung Merapatkan jurang pembangunan bandar dan luar bandar Memastikan pengurusan mapan ke atas sumber alam semulajadi negeri Menjadikan Sabah antara lokasi mesra perniagaan, riadah dan tempat tinggal

Prinsip utama SDC adalah termasuk, (a) (b) (c) menjana pertumbuhan ekonomi memberangsangkan dalam industri memastikan pengagihan ekonomi saksama merangka pertumbuhan mapan menerusi pemuliharaan alam sekitar

Tiga fokus utama yang menjadi tumpuan SDC:

Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke III 2008

(a) (b) (c)

membasmi kemiskinan tegar memelihara alam sekitar dan meningkatkan menjalankan aktiviti bernilai tinggi dalam industri

Lima teras pembangunan yang dinyatakan dalam SDC, (a) (b) (c) (d) (e) menjadi gerbang utama perdagangan, pelaburan dan pelancongan di rantau ini. sebagai negeri harmoni dan sejahtera tanpa mengira bangsa ataupun agama sebagai negeri mesra teknologi dalam segenap aspek kehidupan untuk menjamin kualiti hidup lebih bermutu. sebagai negeri yang kaya dengan peluang pekerjaan untuk semua sebagai negeri yang selesa didiami dengan kualiti hidup yang tinggi dan kepelbagaian budaya, warisan serta alam sekitar.

Bagi menjayakan rancangan tersebut, Sabah menerima peruntukan berjumlah RM20.1 bilion di bawah RMK9 iaitu RM18.4 bilion bagi pembangunan dan RM1.7 bilion lagi menerusi Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI). Di bawah SDC, program pembangunan terancang akan dilaksanakan dengan peruntukan tambahan sebanyak RM5 bilion bagi melaksanakan projek berimpak tinggi di bawah RMK9. Koridor Pembangunan SCORE Koridor Pembaharuan Tenaga Sarawak (SCORE) memberi fokus kepada penggunaan optimum kekayaan sumber tenaga asli di negeri Sarawak menerusi pembangunan industri berasaskan tenaga. SCORE yang terletak di Wilayah Tengah Sarawak meliputi kawasan sepanjang 320 kilometer di kawasan pesisiran dari Tanjung Manis ke Similajau serta meliputi kawasan sekitarnya dan pedalaman. Pembangunan SCORE berteraskan kepada sumber tenaga yang terdapat di wilayah tengah Sarawak seperti kuasa hidro (28,000 megawatt), arang batu (1.46 bilion tan metrik) dan gas asli (40.9 trilion kaki padu persegi). Beberapa teras pembangunan SCORE termasuklah: 1. Industri (a) (b) (c) 2. Menarik kemasukan industri baru Memacu pembangunan kluster berkaitan Mengembangkan dan memantapkan kluster dan indsutri sedia ada

Sektor Tenaga (a) (b) (c) Pengembangan industri secara besar-besaran Merangsang pertumbuhan permintaan Menetapkan harga yang kompetetif

3.

Modal Insan (a) (b) (c) Pembangunan kepakaran Membina kapasiti Kemudahan latihan dan pendidikan

4.

Infrastuktur Fizikal (a) (b) (c) (d) (e) (f) Pertambahan rangkaian jalan raya Mewujudkan pertumbuhan baru Memantapkan perkhdimatan pelabauran dan lapangan terbang Mewujudkan zon dan kawasan industri Menyediakan teknologi informasi dan makumat Memantapkan sistem bekalan air dan pembentungan

10

Fatimah Kari, Rosita Hamdan

CABARAN KORIDOR SCORE DAN SDC Harga barangan dan kos pengangkutan Secara umumnya trend harga merupakan tekanan inflasi yang dihadapi dalam sesuatu pasaran. Pada hakikatnya, perbezaan harga di antara Semenanjung Malaysia dan WSS merupakan isu struktur pasaran yang mempunyai kesan ke atas pelbagai aspek lain, misalnya agihan dan kemiskinan, kualiti hidup serta melemahkan segala kesan titisan ke bawah yang di jangka diperolehi daripada kadar pertumbuhan ekonomi dalam sesuatu masa. Permasalahan perbezaan harga ini boleh membebankan rakyat terutama untuk barangan keperluan asas seperti buku teks sekolah, surat khabar, majalah, beras, kereta nasional dan sebagainya yang rata-rata jauh lebih tinggi di negeri Sabah dan Sarawak. Perbezaan harga yang berlaku banyak disebabkan oleh kos pengangkutan. Perbezaan ini lebih ketara bagi beberapa barangan yang di bawa dari Semenanjung. Kos pengangkutan yang tinggi menyebabkan harga barangan menjadi lebih tinggi apabila tiba di negeri Sabah dan Sarawak. Peningkatan kos dalam industri pembuatan dan perkhidmatan setiap tahun telah memberi kesan negatif kepada ekonomi dan masyarakat di Sabah dan Sarawak. Antara beberapa faktor ketara yang menyebabkan perbezaan harga di antara wilayah wujud ialah: (a) monopoli oleh syarikat-syarikat perkapalan dari Semenanjung ke atas perniagaan perkapalan di Sabah dan Sarawak dikenalpasti sebagai penyebab kepada peningkatan kos pengangkutan barangan ke negeri Sabah dan Sarawak dan seterusnya meningkatkan harga barangan. beberapa perkara lain yang tidak dapat diketepikan adalah kemunduran dari segi industri, perniagaan, logistik dan pelaburan yang disebabkan oleh faktor geografi sehingga menghalang kepada pembangunan ekonomi. Barangan kegunaan harian dan sebagainya perlu di kawal serta diseragamkan di antara Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

(b)

Tidak terdapat sebarang strategi yang diumumkan dalam RMK9 untuk menangani masalah ini. Walaubagaimanapun, insentif galakan melalui dasar agresif agar syarikat gergasi sama ada dari dalam dan luar negeri boleh mendirikan kilang ataupun pejabat di negeri Sabah dan Sarawak untuk mengurangkan kos pengeluaran serta merendahkan harga barangan di negeri-negeri tersebut. Isu perbezaan harga produk barangan antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak perlulah di cari penyelesaiannya agar perbezaan yang ketara dapat diatasi. Sesetengah harga barangan keperluan asas adalah sangat tinggi di tempat-tempat tertentu dan ini membebankan masyarakat yang tidak mempunyai pilihan lain bagi mendapatkan keperluan tersebut. Oleh yang demikian, dicadangkan supaya harga barangan terutamanya barangan keperluan dan kegunaan harian di kawal dan diseragamkan di seluruh negara. Kewujudan hypermarket juga turut memberi kesan kepada peniaga dan pengusaha tempatan memandangkan telah terdapat banyak supermarket di Sarawak. Dalam konteks ini, kewujudan dan peranan supermarket/hypermarket (asing dan tempatan) dalam sektor perdagangan pengedaran mestilah selari dengan kedai-kedai runcit yang boleh menawarkan persaingan dengan cara yang tersendiri dalam sektor peruncitan. Malangnya, perkembangan sektor perdagangan pengedaran di bawah RMK9 banyak menekankan aspek saiz dan konglomerat yang mempunyai kuasa monopoli yang kukuh dalam pasaran. Seharusnya, sektor runcit kecil-kecilan patut dijadikan aktiviti ekonomi di peringkat komuniti yang boleh menjadi peluang pekerjaan dan pendapatan yang berpotensi. Dalam konteks ini, pergerakan koperasi pengguna patut dijadikan instrumen untuk bersaing yang akhirnya dapat mengurangkan tekanan harga. Disebabkan masalah perbezaan harga antara wilayah merupakan satu fenomena yang agak kompleks, dasar perdagangan domestik harus menjadikan aspek persaingan sebagai teras dasar dalam menggembangkan sektor-sektor peruncitan dan pemborongan dalam negeri. Kerajaan juga perlu mengambil peranan khususnya dalam mengawal item bagi memastikan tidak berlaku perbezaan harga barangan yang ketara antara harga barangan di Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak. Ini boleh di capai dengan ketelusan dasar kerajaan terutama sekali dalam aspek meningkatkan dasar pengawalan harga di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Kerajaan disarankan untuk memberikan sokongan kepada sektor swasta di Sarawak ke arah mengurangkan kos pengangkutan seperti pengurangan cukai yang melibatkan pengangkutan barangan dan pelabuhan di kawasan industri, caj terminal serta kos pengangkutan yang melibatkan pengangkutan udara. Sehubungan itu, sistem pengangkutan yang cekap dan berkesan mestilah dijadikan satu asas untuk mengurangkan perbezaan harga antara wilayah berkenaan.

Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke III 2008

11

Kerajaan juga harus peka kepada isu perkapalan di negeri Sabah dan Sarawak terutamanya dari segi pengawalan dan pelaksanaan undang-undang yang berkaitan kawalan harga barangan. Sistem pengangkutan udara yang diterokai oleh Air Asia dan Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) menunjukkan bahawa persaingan yang terkawal mampu memberi kesan utama terhadap kos pengangutan antara Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Model persaingan seperti ini patut digalakkan dikalangan sektor pengangkutan khususnya perkhidmatan dan perkapalan yang akhirnya memberi kesan kepada pembangunan koridor ekonomi yang dicadangkan. Dengan itu, akhirnya ia mampu mengintegrasikan ke semua koridor ekonomi di samping mewujudkan kesan limpahan yang lebih luas. Sekiranya model yang sama dapat dilaksanakan untuk pengangkutan barangan, maka ianya juga dapat meningkatkan perdagangan domestik. Pusat (hab) aktiviti dagangan dalam negeri Sabah dan Sarawak dapat dijadikan satu pasaran utama supaya faedah ekonomi berskala dapat diwujudkan. Seperti yang dinyatakan sebelumnya, tidak terdapat dasar yang eksplisit dalam RMK9 yang cuba mengatasi masalah ini, kecuali melalui program pembangunan yang sedia ada. Ini bermaksud program pembangunan yang dijalankan mestilah juga mengambil kira masalah perbezaan harga antara wilayah yang sudah lama berlarutan. Pembangunan infrastruktur utiliti (Bekalan air dan elektrik) Kemudahan dan perkhidmatan infrastruktur yang cekap penting untuk menyokong pertumbuhan ekonomi. Sejumlah RM38.7 billion dibelanjakan untuk meningkatkan keupayaan serta menaiktaraf rangkaian infrastruktur dan kemudahan awam bagi memenuhi pertambahan dan meningkatkan kualiti perkhidmatan. Walau bagaimanapun, cabaran yang seterusnya ialah untuk memastikan bekalan keperluan asas seperti air bersih dan elektrik di seluruh negara perlu terus diberi perhatian yang sewajarnya. Selain itu, cabaran utama yang lain ialah untuk memastikan keperluan asas seperti bekalan air yang bersih dan elektrik merupakan kemudahan fizikal yang mesti diadakan untuk memudahkan sesuatu komuniti menjadi lebih produktif dan proaktif. Secara amnya, akses kepada keperluan asas seperti ini akan menjadi kayu ukur dalam menilai tahap kemiskinan sesuatu komuniti. Kluster industri wilayah Sabah dan Sarawak Pembangunan sektor perindustrian di Sabah dan Sarawak dibangunkan dalam tempoh yang lambat jika dibandingkan dengan Semenanjung Malaysia. Pada asasnya, fokus ialah terhadap sektor asas seperti industri makanan, sumber asli serta asas pertanian yang sedia ada. Kajian yang dilakukan menunjukkan bahawa sebahagian daripada industri ini tidak mempunyai kluster rantaian yang besar. Antara alasannya ialah kerana dasar galakan yang salah serta persaingan dari pasaran Semenanjung Malaysia yang sudah pun kukuh. Rajah 1.1 di bawah menunjukkan komponen industri (Sabah dan Sarawak) yang mempunyai indeks penumpuan yang agak tinggi berbanding Semenanjung Malaysia. Rajah 1.1 Komponen industri di Sabah dan Sarawak

12

Fatimah Kari, Rosita Hamdan

Cabaran sektor perkhidmatan tenaga Kerajaan menyediakan peruntukan bagi projek pembekalan ini bagi memastikan sektor kerajaan dan swasta dapat menjalankan projek dengan lebih efisyen, produktif dan kompetitif. Kerajaan negeri memohon sebanyak RM429.71 juta daripada kerajaan persekutuan untuk bekalan elektrik luar bandar di Sabah dalam RMK9. Pihak kerajaan perlu memastikan bahawa pihak firma swasta yang dipilih dalam kaedah inisiatif kewangan swasta (Private Initiative Funding) mestilah terdiri daripada golongan pelabur tempatan yang berpotensi, berkeupayaan dan boleh membawa objektif sosial pembangunan negara. Inisiatif ini perlu diperluaskan dalam menerokai bahan tenaga alternatif terutama sekali biofuel yang mempunyai potensi besar untuk dimajukan. Rantaian di antara sektor ladang komersial dan sektor tenaga di Sabah dan Sarawak patut diberi fokus serta insentif yang berterusan, terutama sekali dari aspek R & D serta pemasaran produk yang dihasilkan. Kerajaan persekutuan diminta menjadikan sektor alternatif bio-fuel ini sebagai niche area yang akan diteroka dan meletakkan rantaian sektor perladangan dan sektor tenaga di Sabah dan Sarawak dikalangan pelabur luar dan dalam negeri. Walau bagaimannapun, kewujudan sektor-bio-fuel ini mestilah juga mengimbangi kepentingan keperluan asas seperti pengeluaran dan bekalan makanan serta kepentingan alam sekitar yang mesti diurus secara lebih mapan dan ekonomikal. Penerokaan sumber secara kecil-kecilan seperti solar dan tenaga dari sisa pepejal akan menyokong keperluan tenaga khususnya dalam menangani pencemaran alam sekitar serta membantu mewujudkan bekalan di kawasan yang terpencil. Oleh kerana keadaan fisikal yang luas dan terpisah, pilihan untuk mewujudkan tenaga bersih yang boleh diperbaharui mestilah diterokai secara agresif di kawasan Sabah dan Sarawak. Insentif yang komprehensif mestilah diwujudkan oleh pihak kerajaan untuk membolehkan pihak swasta menerokai bidang ini dengan menekankan Inisiatif Kewangan Sektor Swasta (PFI) yang menjadi teras kepada skim pembiayaan di bawah RMK9. Sehubungan itu, negeri Sabah dan Sarawak dicadangkan menjadi hab utama dalam membangunkan sektor sumber bersih (air, suria, bio-gas, landfill) dan cabaran utama yang mesti diatasi ialah menubuhkan majlis kerjasama di antara tiga pembekal utama sumber tenaga iaitu SESCO, Lembaga Letrik Sabah dan TNB (Semenanjung Malaysia). Aspek R & D yang sudah banyak dilaksanakan tetapi masih terpisah dan belum dipatenkan mestilah disegerakan dan langkah utama adalah dengan membentuk database terhadap semua produk serta penyelidikan yang sudah dijalankan. Di samping itu, ketiadaan pelaburan ataupun modal teroka (venture capital) untuk mengkomersialkan R & D yang dibangunkan merupakan halangan utama dalam memajukan teknologi tempatan.

IMPAK KE ATAS PERLAKSANAAN STRATEGI PEMBANGUNAN WILAYAH SCORE DAN SDC Selaras dengan peranan SCORE sebagai pusat pembangunan tenaga boleh diperbaharui (tenaga hijau), pembentukan SCORE mestilah juga mengambil kira struktur kawal selia dalam bidang tenaga yang sedia ada. Sehingga kini, tidak ada komitmen dasar yang telah diumumkan yang memastikan dasar kawal selia yang sedia ada dikekalkan/diubahsuai bagi membolehkan penerokaan sumber tenaga boleh dibaharui dibangunkan seiring dengan sektor tenaga konvensional (berasaskan petroleum). Pada dasarnya, pelaburan dalam bidang tenaga boleh diperbaharui memakan jangka masa matang yang agak lama dan berterusan. Walaubagaimanapun, tempoh waktu berkenaan akan dapat dipendekkan dan sektor pasaran tenaga direalisasikan dengan mengambil kira aspek jangka panjang segala pelaburan tenaga boleh diperbaharui (tenaga hijau). Memandangkan struktur pelaburan ke atas sektor tenaga hijau berasaskan tempoh jangka panjang, kerajaan perlu membentuk dasar yang menyokong pioner status supaya firma dapat melakukan anjakan pasaran yang sempurna dan tersusun tanpa membebankan mana-mana pihak. Projek-projek pembangunan di bawah SDC akan memberikan impak yang positif dalam penambahbaikan taraf hidup rakyat Sabah dan dapat mengurang masalah kadar kemiskinan di negeri tersebut. Walaubagaimanapun, dasar kerajaan yang baik dan terancang sangat penting bagi memastikan segala projek pembangunan mencapai objektif dan keuntungan seperti yang diharapkan dalam membangunkan taraf hidup rakyat dan ekonomi tempatan.

PENUTUP Pembangunan koridor ekonomi dimodelkan untuk meningkatkan integrasi dan limpahan kesan pembangunan ekonomi yang lebih meluas. SDC dan SCORE yang dibangunkan dapat

Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke III 2008

13

memaksimumkan potensi pertumbuhan negeri Sabah dan Sarawak yang secara relatifnya agak ketingalan berbanding dengan Semenanjung Malaysia. Sehubungan itu, Sabah dan Sarawak mempunyai halangan struktural yang agak unik terutama sekali dari saiz fisikal yang agak besar serta taburan penduduk yang agak berselerak. Di samping itu, terdapat beberapa masalah pembangunan yang sudah lama diketepikan oleh kerajaan pusat dan faktor berkenaan perlu diselesaikan melalui strategi yang jauh lebih fokus dan komprehensif. Pembangunan SCORE dan SDC tidak semestinya dapat membantu masalah berkenaan dalam jangka terdekat kerana pembangunan koridor secara prinsipnya merupakan dasar perancangan jangka panjang yang memerlukan masa untuk dicapai. Ketiadaan proses pemantauan dan kordinasi yang teratur dan sistematik akan menyulitkan lagi permasalahan ekonomi yang sedia ada. Dalam konteks ini, pembangunan SCORE dan SDC mestilah dirancang dan dilaksanakan secara sistematik dan menyeluruh agar rakyat tidak hanya melihat proses pembangunan sebagai gajah putih yang hanya memberi kesan putih mata yang berpanjangan.

RUJUKAN Anuar, A. R. 2008. Sistem Federalisme Utama Hak Rakyat. Di muat turun pada 20 Julai 2008 daripada http://www.bharian.com.my/klik/khas/pilihanraya/Berita/Rencana/20080320122819/Article/in dexrencana.html. Dion, D. 2004. Regional Integration and Economic Development: A Theoretical Approach. Discussion Paper No.20. Governance and the Efficiency of economics systems GESY. Retrieved on July 16, 2008 from http://econpapers.repec.org/paper/trfwpaper/20.htm. Dion, D. 2004. Regional Integration and Economic Development: An Empirical Approach. Discussion Paper No. 21. Governance and the Efficiency of economics systems GESY. Retrieved on July 16, 2008 from http://econpapers.repec.org/paper/trfwpaper/21.htm. EPU. 2005. Malaysia Achieving the Millenium Development Goals: Succeses and Challenges. Economic Planning Unit. Malaysia: Thumb-Print Studio Sdn Bhd. Kamis, K. 2008. Projek Pembangunan Koridor Tawar Pakej Lengkap kepada Pelabur Asing. Di muat turun pada 18 Julai 2008 daripada http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp. Lauder, K. and Mansor, N. 2005. Effective States and Engaged Societies: Capacity Development for Growth, service Delivery, empowerment and Security in Africa. A Country Study Used for Comparative Purposes: The Case of Malaysia. Retrieved on July 21, 2008 from www.adb.org/Documents/Books/Role-Public-Admin-Building-HarmoniousSociety/session3.pdf. Malaysia. 2006. Ninth Malaysia Plan. Economic Planning Unit. Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Malaysia Berhad. Malaysia. 2008. Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan 2006-2010. Economic Planning Unit. Kuala Lumpur:Percetakan Nasional Malaysia Berhad. Mayudin, G. 1980. Beberapa Aspek Mengenai Suasana Sosiopolitik untuk Pembangunan. Kertas Dibentangkan di Seminar Strategi Perancangan Pembangunan Negeri Sabah dan Sarawak, Unit Penyelidikan Sosioekonomi Cawangan Sabah, Labuan, 25-27 Februari 1980. Norris P. 2005. Do Power Sharing Institutions Work? Stable Democracy and Good Governance in Divided Societies. Retrieved on July 21, 2008 from www.innovations.harvard.edu/cache/documents/6669.pdf. Posner, R. 2005. Federalisme, Economics and Katrina. Retrieved from http://www.becker-posnerblog.com/archives/2005/10/federalism_econ.html. on July 22, 2008. Sabah. 2008. Rangka Tindakan Koridor Pembangunan Sabah 2008-2025: Menggembeleng Kesatuan dalam Kepelbagaian bagi Menjana Kekayaan dan kesejahteraan Sosial. Kota Kinabalu: Institut Kajian Pembangunan Sabah. Utusan. 2008. Komitmen Bangunkan Lima Koridor Ekonomi. Dimuat turun pada 18 Julai 2008 daripada http://www.utusan.com.my/utusan/arkib. Sarawak. 2008. Sarawak Corridor of Renewable Energy: An Overview. Sarawak: Government of Sarawak.