Anda di halaman 1dari 2

Bil 1

Tarikh 1/01/2013

Mutiara kata Baik kaya adalah kaya hati, sebaik-baik bekal adalah takwa, seburuk-buruk buta adalah buta hati dan sebesar-besar dosa adalah berdusta

8/01/2013

Yang dikatakan kawan bukanlah orang yang sentiasa memuji-muji kamu, tetapi adalah orang yang dapat menunjukkan kesalahan kamu.

15/01/2013 Yang paling kita perlukan dalam kehidupan ialah adanya seseorang yang selalu memberi semangat untuk melaksanakan hal-hal yang dapat kita kerjakan.

22/01/2013 Kita sering mengimbas kembali kenangan lalu tetapi jarang sekali berusaha untuk mengejar impian hari esok.

29/01/2013 Manusia yang berjaya akan memperolehi keuntungan daripada kesilapannya, dan mencuba lagi dengan cara yang lain.

5/02/2013

Tiada jalan singkat untuk kita sampai ke sesuatu destinasi yang sememangnya jauh. Perjalanan tetap melibatkan langkah demi langkah dan tingkat demi tingkat.

12/02/2013 Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalupenting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadimainan orang.

19/02/2013 Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yang tingginya enam kaki.

26/02/2013 Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.

10

5/03/2013

Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari member dengan banyak tapi diiringi dengan riak.

11

12/03/2013

Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dankeamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.

12

19/03/2013 Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.

13

26/03/2013 Setiap perkara ada gantinya. Setiap perlakuan ada ganjarannya. Setiap kejadian ada hikmah di sebalik kejadiannya.

14

2/04/2013

Belajar dari pengalaman adalah guru yang paling baik. Jatuh pada lubang yang sama adalah suatu kebodohan.

15

9/04/2013

Antara akhlak orang yang berjaya adalah optimis dan tidak berputus asa, mampu memperbaiki kesalahannya dan keluar daripada krisis serta mengubah kerugian menjadi keuntungan

16

16/04/2013 Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.( Hamka).

17

23/04/2013 Jangan berputus-asa kerana biasanya anak kunci terakhirlah yang dapat membuka kunci.

18

30/04/2013 Tiada jalan singkat untuk kita sampai ke sesuatu destinasi yang sememangnya jauh. Perjalanan tetap melibatkan langkah demi langkah dan tingkat demi tingkat.

Anda mungkin juga menyukai