Anda di halaman 1dari 9

TAJUK TUGASAN

Apakah faktor-faktor yang boleh menyumbangkan kepada pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan seterusnya mendorong murid untuk belajar dengan baik.

1. PENDAHULUAN Pengajaran dan pembelajaran (P&P) merupakan elemen terpenting dalam proses di semua sekolah. Malah kejayaan sesuatu sekolah dalam arena kurikulum selalunya dikaitkan dengan P&P. Ia juga sebenarnya merupakan suatu rahsia untuk memberi dorongan kepada murid-murid supaya belajar dengan bersungguh-sungguh. Kaedah (P&P) boleh diolah dengan pelbagai cara dengan syarat ia tidak terkeluar daripada kerangka matlamat dan ruang lingkup yang dibenarkan.

2. REFLEKSI Setelah saya menerima tugasan ini, saya mula memikirkan apa tindakan pertama yang perlu saya lakukan untuk memulakan tugasan. Tambahan pula, inilah kali pertama saya menjejakkan kaki ke sekolah sebagai seorang guru. Sepanjang hari pertama, macam-macam yang saya fikirkan terutama sekali bagaimana penerimaan guru-guru lain terhadap diri saya. Bermula seawal pagi saya berada di sekolah, melapor diri kepada Guru Besar dan saya telah dijelaskan serba sedikit mengenai SK Bertam Perdana. 36

Hari pertama berada disekolah, saya mulakan langkah pertama dengan mengenali guru-guru dan melihat persekitaran sekolah. Hari kedua di sekolah, saya berasa lebih yakin untuk melaksanakan tugasan kerana guruguru banyak memberikan bantuan. Saya bertemu dengan guru penolong kanan 1, guru penolong kanan ko-kurikulum dan guru penolong hal ehwal murid. Saya mengumpul semua maklumat yang ada mengenai sekolah Bertam Perdana, kemudian saya terus melangkah masuk ke kelas tahap 1 dan melihat bagaimana guru-guru melaksanakan (P&P). Melihatkan

pengalaman guru-guru dalam melaksanakan (P&P), saya mula berfikir, adakah saya juga mampu melakukan perkara yang sama. Mula dari hari itu saya menanam azam untuk jadi guru terbaik bagi mendidik anak bangsa. Pada hari ketiga berada di sekolah,saya semakin seronok untuk

menyelesaikan tugasan, saya mengambil kesempatan untuk hari-hari berikutnya dengan mengumpul sebanyak mungkin maklumat bagi

menyelesaikan tugasan dengan baik. Untuk membuat tugasan Minggu Orentasi Sekolah (MOS) ini, bagi saya bukannya mudah. Saya perlu memahami dan mengetahui apa yang perlu dikaji dan bertindak untuk mempertingkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah, menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah sama ada dengan guru besar, guru-guru kanan dan guru-guru yang lain serta anakanak didik kelak. Hari akhir dalam minggu Minggu Orientasi Sekolah(MOS), saya telah diberi jadual kelas untuk mengajar murid, keyakinan untuk mengajar semakin 37

bertambah di dalam diri saya dan saya berazam untuk lakukan yang terbaik. Dengan itu, ribuan terima kasih saya ucapkan kepada mereka yang membantu saya dalam menjayakan Minggu Orientasi Sekolah(MOS) ini.

3. FAKTOR-FAKTOR KEBERKESANAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Antara faktor-faktor yang mewujudkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di sekolah ialah seperti berikut : 3.1) Komitmen guru. Guru memainkan peranan penting untuk memastikan kecemerlangan murid-murid. Pada dasarnya guru adalah penentu arah tuju pendidikan. Untuk itu guru mesti memberikan komitmen yang tinggi dalam menjalankan tugas. Guru mestilah menunjukkan penampilan yang kemas, dinamik, sopan dan berakhlak mulia supaya menjadi ikutan murid-muridnya. Pengurusan masa adalah suatu yang amat penting bagi profesyen perguruan. Masuk kelas tepat pada masanya, perlu menjadi budaya hidup seorang guru. Guru juga mestilah menunjukkan minat yang tinggi pada kerjayanya. Dia sentiasa mengamalkan budaya hidup yang sihat dengan setiap pihak dan individu yang berada di sekitarnya seperti murid-murid, rakan-rakan guru, pentadbir sekolah, ibubapa/waris murid dan lain-lain.

38

3.2) Perancangan sekolah. Sekolah yang baik adalah sekolah yang mempunyai visi dan misi yang jelas dan terarah. Setiap individu dalam organisasi sekolah itu pula mesti diberi kefahaman yang jitu sehingga mereka dapat berperanan dengan baik dan mampu mencapai matlamat yang telah digariskan oleh pihak perancang atau pentadbir sekolah. Di perancangan sekolah ialah antara perkara yang terkandung memastikan sukatan pelajaran dalam adalah

bersesuaian dengan ketetapan Kementerian Pelajaran Malaysia. Sukatan yang dirangka itu sudah pasti mengambil kira tahap keupayaan murid. Jadual waktu persekolahan pula mesti diselaras dengan sebaik mungkin dengan mengambil kira jumlah waktu bagi setiap matapelajaran untuk setiap tahun. Kebiasaannya ia sudah ditetapkan oleh pihak Kementerian. Maklumat berkenaan jadual waktu ini perlu diketahui oleh pihak sekolah, murid dan ibu bapa supaya memudahkan segala urusan. Dalam masa yang sama, pihak sekolah boleh memainkan peranan utama untuk meningkatkan kemantapan guru-guru dengan sentiasa memberi dorongan seperti

menghantar guru-guru ke kursus-kursus yang berkaitan, menggalakkan guru-guru menambah ilmu pengetahuan dan tahap pencapaian akademik, memberi insentif dan nasihat yang berguna. Dengan itu guru-guru akan lebih bermotivasi dan profesional dalam menjalankan tugas bagi

memastikan kecemerlangan para pelajar.

39

Dalam membicarakan soal perancangan sekolah, sudah pasti pihak yang paling memberi pengaruh ialah Guru Besar dan barisan pentadbir. Guru Besar mesti memainkan peranan dengan bijak dan berkarisma supaya dapat memacu seluruh kekuatan sekolah ke arah yang diimpikan. Dia juga berperanan sebagai badan penentu dalam setiap keputusan di sekolah. Sudah tentu tugas Guru Besar amat penting dalam memastikan pengajaran yang cemerlang. Guru Besar yang baik ialah boleh berperanan sebagai seorang pentadbir, pengarah, perancang dan dalam masa yang sama menjadi rakan yang kuat menolong, kawan yang saling bekerjasama dan ayah yang pandai menegur serta menasihati.

3.3) Kelengkapan yang sempurna. Penyediaan material juga merupakan faktor penting ke arah

kecemerlangan (P&P). Pada zaman ini setiap sekolah seharusnya mempunyai bangunan dan kawasannya sendiri. Bangunan dan kawasan tersebut mestilah lengkap dengan segala peralatan yang dikira mampu

melangsungkan proses (P&P). Contohnya bilik darjah yang selesa dan mencukupi, buku teks dan bahan-bahan bacaan yang lain, kerusi dan meja yang sesuai dan kemudahan-kemudahan asas yang lain.

40

Bahan Bantu Mengajar (BBM) pula perlu diserahkan kepada pihak yang bertanggungjawab untuk menggunakannya. Ia perlu direkod dan dijaga dengan baik. BBM tidak membawa apa-apa erti jika tidak digunakan dengan semaksima mungkin. Maka guru mesti sentiasa mencari idea untuk mempelbagaikan corak (P&P). Dewasa ini kita bagaikan tidak mampu menolak fakta bahawa pengetahuan dalam teknologi maklumat amat penting. Pendedahan

berkenaannya adalah wajar dilaksanakan di peringkat sekolah rendah lagi mengikut keperluan tahap murid. Justeru penyediaan peralatan seperti komputer, projector LCD, komputer riba malah internet juga tidak terkecuali. Namun ia perlu dikawalselia dengan baik supaya mampu memberi pulangan yang bermanfaat lantaran apabila kita memasuki alam dunia tanpa sempadan kita akan berhadapan dengan musuh maya yang mampu menyumbang ke arah ketempangan rohani. Segala kelengkapan yang diperuntukkan adalah suatu anugerah yang perlu disyukuri. Ia perlu dimanfaatkan untuk kepentingan sekolah

terutamanya murid-murid. Sudah pasti proses pembelajaran akan membawa kesan yang maksima jika disokong dengan kelengkapan yang sempurna.

41

3.4) Suasana persekitaran. Kita yang mencorakkan suasana bukan suasana mencorakkan kita. Istilah itu wajar diamalkan oleh warga sekolah. Kebersihan sekolah merupakan suatu kemestian. Bilik darjah yang bersih dan tersusun kemas akan memberi keselesaan kepada murid-murid dan guru-guru. Segala peralatan perlu disusun dengan baik selepas digunakan. Buku-buku mesti dikembalikan ke tempatnya apabila selesai dibaca. Susunan meja dan kerusi mestilah teratur. Begitulah juga sepatutnya berlaku kepada tempat-tempat lain dalam sekolah. Faktor keselamatan juga adalah amat penting bagi sesebuah sekolah. Keselamatan di sini bermaksud terhindar dari segala ancaman bahaya fizikal mahupun mental. Sekolah sebagai institusi pendidikan adalah tidak wajar dijadikan sebagai medan perbalahan atau pertengkaran. Pengawasan

sepanjang masa perlu dilakukan agar sekolah tidak dicerobohi oleh pihakpihak yang tidak bertanggungjawab sehingga mengundang sebarang bahaya. Di samping itu bahaya dari sudut mental tidak kurang hebatnya. Sekolah tidak boleh sama sekali diracuni dengan pemikiran-pemikiran songsang seperti ajaran sesat, black metal mahupun budaya-budaya hedonisme yang sedang menghantui hidup masyarakat sekarang. Para guru mesti berusaha untuk mewujudkan suasana persekitaran yang sihat dan segar di sekolah seperti hormat menghormati, bertolak ansur, tolong menolong dan bersemangat juang yang tinggi. Dengan itu proses pengajaran akan lebih bermakna kepada setiap pelajar. 42

3.5) Kepelbagaian Kaedah Mengajar Pembelajaran pelajar akan berlaku dengan baik jika guru mengetahui kaedah yang sesuai dengan isi pelajaran. Kaedah pengajaran untuk mengajar teori adalah berbeza daripada kaedah untuk mengajar kemahiran. Oleh itu guru perlu berkemahiran dalam pelbagai kaedah mengajar. Contohnya, saya sempat melihat guru-guru mengajar dengan menggunakan alat bantu mengajar seperti LCD, penggunaan kad nyanyian, penyoalan dan sebagainya untuk membolehkan murid-murid mengikuti pembelajaran yang berkesan. Murid-murid juga nampak gembira belajar pada hari itu. Saya bertekad dalam hati bahawa apabila saya mengajar nanti saya akan lakukan yang terbaik untuk membolehkan murid belajar dengan sempurna dan gembira. Di samping mereka memperolehi sesuatu yang baru dalam hidup mereka dengan jayanya. Bagi murid-murid yang kurang minat untuk belajar, timbul minat mereka untuk belajar kerana guru menunjukkan sesuatu yang baru semasa proses pengajaran dan pembelajaran yang dapat menarik perhatian mereka. Tidak syak lagi proses (P&P) akan mencapai kemuncak kejayaan apabila seluruh elemen kekuatan yang ada digembelingkan bersama, semua peluang yang ada dimanfaatkan sebaiknya dan segala kelemahan dan halangan di atasi dengan penuh bijaksana. Dengan itu sekolah akan berjaya melahirkan warganegara yang cemerlang, berketerampilan dan dinamis manifestasi daripada proses pembelajaran dan pengajaran yang baik.

43

4. KEBAIKAN Setelah Minggu Orentasi Sekolah(MOS) dijalankan, perkara pertama yang ingin saya utarakan ialah dengan adanya tugasan ini membolehkan saya mengenali secara keseluruhan mengenai SK Bertam Perdana, bermula dari keadaan serta persekitaran sekolah, kerjasama guru-guru dan paling penting peluang yang diperolehi dalam tempoh seminggu untuk saya menyesuaikan diri di sekolah, didedahkan dengan keadaan fizikal,

persekitaran dan suasana pembelajaran yang baik. Saya melihat bahawa guru-guru juga begitu akrab walaupun baru seminggu saya berada di sekolah tersebut.sikap yang ditunjukkan oleh guru cukup memberikan motivasi kepada saya untuk meningkatkan kecekapan saya dalam bidang perguruan ini. Saya juga didedahkan dengan dengan program-program sekolah dengan lebih teratur. Selain daripada itu, guru pembimbing saya juga memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada saya dengan baik. Pihak sekolah memberikan kerjasama untuk menjayakan Minggu Orentasi Sekolah. Sekarang ini kami sebagai guru j-QAF telah memiliki bilik sendiri untuk memudahkan pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar dan berkesan untuk membimbing murid. 5. KELEMAHAN Bagi saya semasa melakukan Minggu Orentasi Sekolah (MOS) ini tiada kelemahannya. Cuma sekiranya terdapat sesetengah pihak yang tidak bersetuju akan diatasi dengan segera oleh pihak pentadbir sekolah. Saya berasa sungguh gembira semasa berada di sekolah. 44

Anda mungkin juga menyukai