Anda di halaman 1dari 9

PEMARKAHAN RIS SEMESTER 1 SESI 2010/2011

KPF 3012: PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA: FALSAFAH DAN DASAR

TAJUK

Membangunkan Rakyat Berdisiplin Dan Berminda Kelas Pertama Menerusi Peraturan Dan Disiplin Dalam Pendidikan Di Malaysia

DISEDIAKAN OLEH NAMA MOHD SHAIPUL RIZAL BIN KADIR NO. KP 811203 04 5049 NO. MATRIK D 20102045711

PUSAT PEMBELAJARAN: EL N05 NAMA TUTOR E-LEARNING: DR. NORILA BT. MD SALLEH TARIKH SERAH: 17 APRIL 2012

Isi kandungan

NO. 1.

PERKARA Konsep peraturan dan disiplin

M/S 34 45 56

2.

Situasi disiplin

3.

Membangunkan Rakyat Berdisiplin Dan Berminda Kelas Pertama Menerusi Peraturan Dan Disiplin Dalam Pendidikan Di Malaysia

4.

Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA National Key Result Area) Program Permata Negara

68 89 9

Kesimpulan

Konsep Peraturan dan disiplin Apakah itu peraturan sekolah? Peraturan sekolah merupakan satu persetujuan yang telah dipersetujui bersama oleh warga sekolah dalam mengawal disiplin dan tingkahlaku manusia yang berada di dalamnya. Maksud peraturan ialah undang-undang yang ditetapkan untuk menentukan ketenteraman, keharmonian dan kelicinan perjalanan aktiviti-aktiviti dalam masyarakat atau sekolah. Tujuan peraturan ini dibuat adalah bagi mengawal tingkahlaku dan melicinkan perjalanan hidup warga sekolah supaya proses pembentukan jati diri dan pendidikan berjalan lancar tanpa ada sebarang gangguan. Apabila terdapat gangguan yang tidak diingini berlaku ianya akan menyebabkan sistem pendidikan yang dirancang tidak dapat dijalankan dengan teratur dan secara tidak langsung ianya juga membantutkan usaha pembentukan nilai-nilai murni. Usaha pembentukan nilai murni ini adalah penting bagi para pelajar untuk menhadapi situasi yang sebenar dalam alam kehidupan sebenar. Disiplin merupakan salah satu kesadaran diri yang muncul dari batin terdalam untuk mengikuti dan menaati peraturan-peraturan,nilai-nilai, dan hukum yang berlaku dalam suatu lingkungan tertentu. Disiplin juga merupakan salah satu saranan dalam pendidikan. Dalam mendidik, disiplin berperanan mempengaruhi, mendorong, mengendalikan, mengubah, membina, dan membentuk perilaku pelajar sesuai dengan nilai-nilai yang ditanamkan. Agar pelajar menjadi peribadi yang baik dan membanggakan. Peraturan di sekolah juga harus diikuti oleh semua warga sekolah. Tidak hanya pelajar yang patuh dengan peraturan sekolah tetapi guru serta warga sekolah juga harus mengikuti aturan sekolah. Guru juga memegang peranan penting dalam menegakkan peraturan sekolah. Ini kerana guru berinteraksi langsung dengan murid secara langsung, serta guru tidak boleh lupa dengan peraturan sekolah jika sudah terlalu dekat dengan muridnya. Jadi guru lebih memberikan contoh yang baik kepada murid yang melanggar peraturan. Hukuman juga dapat mengawal pelajar agar taat dalam mematuhi aturan. Harapan agar dengan mendapat hukuman, pelajar menjadi takut untuk mengulangi perbuatannya yang melanggar peraturan itu. Tetapi harus di lihat juga hukuman yang di berikan. Hukuman yang diberikan tidak semata-mata untuk menyeksa dan mengekang pelajar. Tapi dengan cara yang baik dan bersifat mendidik. Jika tidak ia akan merosak mental pelajar dan mengganggu psikologi pelajar itu sendiri.

Patuh pada tata tertib atau peraturan, di sekolah sebagai pelajar tentunya kita telah mengetahui tata tertib sekolah. Dalam lingkungan masyarakat kita juga telah mengenal itu norma. Di dalam keluarga juga dapat di temui sebuah aturan meskipun biasa tak tertulis. Disiplin memiliki erti demikian ketika dihadapkan kepada peraturan-peraturan atau tata tertib tika ingin melakukan sesuatu. Setiap peraturan itu bersifat mengikat, ertinya siapapun yang berada pada lingkungan yang memiliki suatu peraturan secara tidak langsung orang tersebut memiliki tanggung jawab pada peraturan tersebut. Ketika orang tersebut mematuhi peraturan tersebut maka ia telah bersikap disiplin dan ketika berbuat sebaliknya dia telah berbuat tidak disiplin dan akan dikenakan tindakan yang sesuai untuknya. Situasi disiplin Dalam kehidupan sehari-hari sering kita dengar orang mengatakan bahwa si X adalah orang yang memiliki disiplin yang tinggi, sedangkan si Y orang yang kurang disiplin. Sebutan orang yang memiliki disiplin tinggi biasanya tertuju kepada orang yang selalu hadir tepat waktu, taat terhadap aturan, berperilaku sesuai dengan norma-norma yang berlaku, dan sejenisnya. Sebaliknya, sebutan orang yang kurang disiplin biasanya ditujukan kepada orang yang kurang atau tidak dapat mentaati peraturan dan ketentuan berlaku, baik yang bersumber dari masyarakat (konvensi-informal), pemerintah atau peraturan yang ditetapkan oleh suatu lembaga tertentu (organisasional-formal). Seorang pelajar dalam mengikuti kegiatan belajar di sekolah tidak akan lepas dari berbagai peraturan dan tata tertib yang diberlakukan di sekolahnya, dan setiap pelajar dituntut untuk dapat berperilaku sesuai dengan aturan dan tata tertib yang yang berlaku di sekolahnya. Kepatuhan dan ketaatan pelajar terhadap berbagai aturan dan tata tertib yang yang berlaku di sekolahnya itu biasa disebut disiplin pelajar. Sedangkan peraturan, tata tertib, dan berbagai ketentuan lainnya yang berupaya mengatur perilaku pelajar disebut disiplin sekolah. Disiplin sekolah adalah usaha sekolah untuk memelihara perilaku pelajar agar tidak menyimpang dan dapat mendorong pelajar untuk berperilaku sesuai dengan norma, peraturan dan tata tertib yang berlaku di sekolah. Menurut Wikipedia (1993) bahwa disiplin sekolah refers to students complying with a code of behavior often known as the school rules. Yang dimaksud dengan aturan sekolah (school rule) tersebut, seperti aturan tentang standar berpakaian (standards of clothing), ketepatan waktu, perilaku sosial dan etika belajar/kerja. Pengertian disiplin sekolah kadangkala diterapkan pula untuk memberikan hukuman (sanksi) sebagai konsekuensi dari pelanggaran terhadap aturan, meski kadangkala menjadi kontroversi dalam menerapkan
4

kaedah pendisiplinannya, sehingga terjebak dalam bentuk kesalahan perlakuan fisik (physical maltreatment) dan kesalahan perlakuan psikologis (psychological maltreatment), sebagaimana diungkapkan oleh Irwin A. Hyman dan Pamela A. Snock dalam bukunya Dangerous School (1999). Berkenaan dengan tujuan disiplin sekolah, Maman Rachman (1999) mengemukakan bahwa tujuan disiplin sekolah adalah : (1) memberi dukungan bagi terciptanya perilaku yang tidak menyimpang, (2) mendorong siswa melakukan yang baik dan benar, (3) membantu siswa memahami dan menyesuaikan diri dengan tuntutan lingkungannya dan menjauhi melakukan hal-hal yang dilarang oleh sekolah, dan (4) siswa belajar hidup dengan kebiasaan-kebiasaan yang baik dan bermanfaat baginya serta lingkungannya. Sementara itu, dengan mengutip pemikiran Moles, Joan Gaustad (1992) mengemukakan: School discipline has two main goals: (1) ensure the safety of staff and students, and (2) create an environment conducive to learning. Sedangkan Wendy Schwartz (2001) menyebutkan bahwa the goals of dis cipline, once the need for it is determined, should be to help students accept personal responsibility for their actions, understand why a behavior change is necessary, and commit themselves to change. Hal senada dikemukakan oleh Wikipedia (1993) bahwa tujuan disiplin sekolah adalah untuk menciptakan keamanan dan lingkungan belajar yang nyaman terutama di kelas. Di dalam kelas, jika seorang guru tidak mampu menerapkan disiplin dengan baik maka pelajar mungkin menjadi kurang bermotivasi dan memperoleh penekanan tertentu, dan suasana belajar menjadi kurang kondusif untuk mencapai prestasi belajar pelajar. Membangunkan Rakyat Berdisiplin Dan Berminda Kelas Pertama Menerusi Peraturan Dan Disiplin Dalam Pendidikan Di Malaysia Setelah kita memahami konsep dan situasi yang diperjelaskan di atas, kita boleh merungkaikan peraturan dan disiplin dengan lebih signifikan berdasarkan kepada beberapa perkara yang akan saya perincikan. Apa yang saya cuba kaitkan adalah berdasarkan kepada perkara-perkara yang telah diusahakan oleh pihak kerajaan bagi mewujudkan serta membangunkan rakyat berdisiplin dan berminda kelas pertama menerusi peraturan dan disiplin dalam pendidikan di Malaysia. Dalam menjayakan transformasi kerajaan yang diterajui oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, Malaysia telah merancang pelbagai program serta melalui pelbagai perubahan bagi mengukuhkan serta memperhebatkan lagi Malaysia di mata rakyat
5

khususnya dan amnya kepada masyarakat global. Sehubungan itu, saya akan cuba perinci dan kaitkan tentang usaha-usaha kerajaan dalam menghuraikan tajuk yang diberikan ini. Bidang Keberhasilan Utama Negara atau NKRA (NATIONAL KEY RESULT AREAS) Kita mulakan dengan perkara yang menjadi tunjang utama dalam meningkatkan mutu dan kewibawaan Malaysia iaitu mengenai NKRA. Kita fahami terlebih dahulu apa itu NKRA? Bidang Keberhasilan Utama Negara atau NKRA (NATIONAL KEY RESULT AREAS) merupakan usaha kerajaan Malaysia untuk memenuhi keperluan rakyat selepas PRU 12. NKRA diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 11 Julai 2009. Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri Malaysia pada 3 April 2008. Hala tuju strategik NKRA , perancangan dan pelaksanaan selaras dengan Rancangan Malaysia ke-10. Ia dilancarkan dalam majlis Perdana Menteri Bersama Anggota Pentadbiran dan penjawat Awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Pengerusi Lembaga Pemandu NKRA ialah Senator Tan Sri Dr Koh Tsu Koon. Ketua Pegawai Eksekutif Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (Pemandu) NKRA ialah Senator Datuk Seri Idris Jala. Setiap NKRA, seorang menteri dilantik sebagai 'lead minister' atau menteri pimpinan bagi menerajui NKRA yang ditetapkan. Semua kementerian, jabatan dan agensi kerajaan negeri giat memperkasakan keupayaan pegawai dan kakitangan untuk memahami konsep, mengenal pasti dan melaksanakan keperluan penyediaan NKRA dan KPI di peringkat masingmasing. Kerajaan terbuka kepada semua maklum balas yang diterima dan bersedia untuk merealisasikan kesemua pelan. Sekarang lebih ramai menteri menanggalkan jaket dan menyinsing lengan untuk melihat sendiri masalah rakyat agar mereka dapat

menyelesaikannya. Rakyat bertembung dengan menteri di rumah-rumah pangsa yang sesak, pasar dan stesen bas, di lebuh raya yang sibuk, sekolah, hospital, malahan di kawasan sering dilanda banjir. Era menteri disediakan permaidani merah dan menerima cendera hati selepas menyampaikan ucapan sudah berlalu. Menteri perlu mendengar denyutan nadi rakyat. Terdapat enam bidang tumpuan NKRA ialah : 1. Mengurangkan jenayah - Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (Menteri Dalam Negeri) 2. Memerangi rasuah - Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) 3. Meluaskan akses kepada pendidikan bermutu dan termampu - Tan Sri Muhyiddin Yassin (Timbalan Perdana Menteri, Menteri Pelajaran)
6

4. Meningkatkan taraf hidup isi rumah berpendapatan rendah - Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat) 5. Memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman - Datuk Seri Shafie Apdal (Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah) 6. Menambah baik pengangkutan awam bandar - Datuk Seri Ong Tee Keat (Menteri Pengangkutan)

Sehubungan itu, pendekatan dan kaedah yang dilakukan oleh pihak kerajaan ini adalah menjurus kepada bagaimana hendak mendisiplinkan serta membangunkan rakyat minda kelas pertama melalui pendidikan, yang mana boleh dipetik dalam hieraki NKRA yang ke-3 iaitu meluaskan akses kepada pendidikan bermutu dan termampu yang diterajui oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin (Timbalan Perdana Menteri, Menteri Pelajaran). Cuba kita perincikan tentang NKRA ini yang mana ia terbahagi kepada empat iaitu :

1. Memperluas dan memantapkan pendidikan prasekolah 2. Meningkatkan kadar literasi dan numerasi (LINUS). 3. Mewujudkan Sekolah Berprestasi Tinggi 4. Insentif berbentuk kewangan dan bukan kewangan kepada kepimpinan sekolah.

Kanak-kanak seawal umur empat tahun dalam sistem prasekolah diharapkan dapat membina keyakinan anak-anak dan membentuk pemikiran kritis, kreatif dan inovatif. Standard antarabangsa menetapkan tempoh 12 tahun bagi setiap murid. 315 buah kelas prasekolah disediakan dengan bilangan guru prasekolah seramai 7,511 orang pada 2010. Semua prasekolah, kerajaan mahupun swasta akan menggunakan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK).

Kelas Prasekolah akan dibina di rumah-rumah panjang di Sarawak. Bangunan khusus akan dibina atau dibina dalam rumah panjang. Banyak rumah panjang di Sarawak kini menggunakan batu-bata dan simen, tidak lagi menggunakan kayu. Contohnya rumah panjang di Batang Ai. Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud berharap penghuni rumah panjang akan menyokong program pembangunan yang disediakan oleh kerajaan.

LINUS ditumpukan kepada murid yang lemah penguasaannya dalam kemahiran 3M. Kadar literasi murid sekolah rendah adalah 87 %. 2010 disasarkan 90 %. Guru-guru terbaik akan
7

mengajar Tahun 1. Guru Pemulihan ditambah kepada nisbah 1:15 murid. 20 % murid menyertai kelas prasekolah pada akhir 2012 . Semua murid normal boleh menguasai asas kemahiran literasi dan numerasi selepas tiga tahun mengikuti pendidikan rendah. Semua sekolah dipastikan mendapat bekalan elektrik 24 jam. Prasekolah berpusat terutama di kawasan pedalaman akan diperkenalkan.

20 buah sekolah disasarkan untuk menjadi Sekolah Berprestasi Tinggi pada tahun 2010. Tahun 2012 dijangka 100 buah sekolah.69 buah Sekolah Menengah Teknik distruktur semula untuk dijadikan Sekolah Menengah Vokasional. Sekolah aliran vokasional dan kemahiran menjadi satu daripada bidang aliran perdana dalam sistem pendidikan.

'New Deal' atau Bai'ah Baru diperkenalkan kepada pemimpin sekolah dengan hasrat untuk meningkatkan profesionalisme pengurusan dan kecemerlangan sekolah. UNESCO dalam Laporan Pemantauan Global Pendidikan Untuk Semua 2009 meletakkan Malaysia pada kedudukan ke-45 daripada 129 negara. Malaysia di kalangan 56 negara yang berada di kedudukan aras tinggi pada Indeks Pembangunan Untuk Semua.

Selain itu, dalam membangunkan rakyat berdisiplin dan berminda kelas pertama melalui pendidikan, kita juga boleh melihat usaha yang telah dijalankan oleh isteri Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Datin Seri Rosmah Mansor sendiri iaitu dalam Program Permata Negara. Justeru itu, marilah kita sama-sama memahami melalui falsafah dan fokus Pemata Negara.

Falsafah dan fokus Pemata Negara

Asuhan dan didikan awal kanak-kanak bertujuan mengembangkan potensi SETIAP ANAK PERMATA NEGARA secara holistik bagi mewujudkan modal insan negara yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani, sosial dan komunikasi. Usaha ini memerlukan kerjasama antara pendidik, ibu-bapa dan komuniti. Program PERMATA Negara memfokuskan pada asuhan dan didikan awal untuk kanak-kanak yang memenuhi kriteria berikut: i. ii. Berumur satu hingga empat tahun Menetap di pinggir atau luar bandar
8

iii. iv.

Keluarga berpendapatan rendah Berbilang kaum dan agama

Penglibatan ibu bapa dan komuniti adalah penting dalam pembelajaran anak-anak dan mempunyai matlamat secara keseluruhannya untuk meningkatkan kesediaan kanak-kanak memasuki alam pra dan sekolah rendah dengan persediaan pelbagai aspek perkembangan.

Fokus kepada merangsang perkembangan holistik dan intervensi awal kanak-kanak dari lahir hingga ke usia pra persekolahan. i. Kajian pembangunan psikopatologi terhadap perkembangan sel-sel otak bahawa terdapat satu tempoh kritikal dalam pembelajaran di peringkat awal umur kanak-kanak di mana lebih banyak sinaps dapat dibentuk dan dikekalkan sekiranya sel-sel ini dirangsang dari peringkat awal. ii. Bukti dari kajian neurosains menunjukkan 3 tahun pertama adalah penting dalam perkembangan otak kanak-kanakc. Dengan rangsangan yang betul dalam keadaan ceria dan gembira, otak kanak-kanak akan berkembang segar. Kesimpulan

Setelah diperincikan beberapa perkara tentang peranan kerajaan dalam Transformasi Kerajaan, maka kita boleh simpulkan di sini bahawa usaha-usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan amat menjurus kepada membangunkan rakyat berdisiplin dan berminda kelas pertama menerusi peraturan dan disiplin dalam pendidikan di Malaysia. Ia boleh dicapai melalui program-program dan aktiviti-aktiviti yang telah dirancang dengan sempurna, hanya kita sahaja sebagai rakyat Malaysia yang patut mengambil peluang serta inisiatif bagi menggunakan peluang sedia ada yang telah terbentang luas. Moga dengan pendekatan mahupun kaedah yang telah dirancang oleh pihak kerajaan ini akan membuahkan hasil kepada setiap golongan masyarakat di Malaysia agar aspirasi negara untuk menjadi Negara Wawasan 2020 akan tercapai dengan jayanya.

https://docs.google.com/open?id=0B48tYUSkswuwYzVIWkhkY2VhVlk
https://docs.google.com/open?id=0B48tYUSkswuwYzVIWkhkY2VhVlk