Anda di halaman 1dari 22

1.

Pengenalan Gejala sosial semakin meningkat sejak kebelakangan ini. Sungguhpun gejala

sosial berlaku pada semua lapisan masyarakat yang berbilang kaum di Malaysia, tajuk pada kali ini lebih berpusat kepada masyarakat Melayu. Gejala sosial yang dibincangkan adalah penglibatan bangsa Melayu terutamanya dalam kes-kes yang melibatkan gejala pembuangan bayi dan lari daripada rumah. Tajuk pertama yang akan dibincangkan ialah masalah pembuangan bayi. Definisi pembuangan bayi menurut Pembuangan bayi adalah satu jenayah yang berat. Ia terjadi berpunca daripada kehamilan yang tidak diingini. Gejala pembuangan bayi ini juga banyak berlaku di kalangan remaja kerana mereka berasa terdesak dengan situasi yang mereka hadapi selain perasaan malu dan takut kesan daripada perbuatan mereka tersebut. Gejala pembuangan bayi yang disentuh membincangkan punca-punca pembuangan bayi, kesan pembuangan bayi dan langkah penyelesaian. Tajuk kedua yang akan dibincangkan adalah lari dari rumah. Paling mengejutkan, mengikut statistik orang hilang Polis Diraja Malaysia (PDRM), ada kes mengikut teman lelaki membabitkan remaja perempuan seawal usia 10 tahun, manakala peringkat umur 14 dan 17 tahun adalah paling ramai terbabit iaitu 4,097 orang. Perkembangan ini seharusnya membimbangkan kerana pada usia masih mentah, golongan terbabit sebenarnya berisiko tinggi menjadi mangsa jenayah kekerasan, sama ada dirogol, dilacurkan atau dibunuh. Ini kerana, daripada 3,246 kes orang hilang tahun lalu, 71 ditemui mati, begitu juga pada 2005 apabila 71 daripada 4,103 orang hilang ditemui mati, dengan lima disahkan dibunuh. Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Acryll Sani Abdullah Sani, berkata daripada jumlah keseluruhan remaja hilang sejak Januari 2004 hingga Mei tahun ini, 4,237 atau 67.5 peratus sudah pulang ke rumah. Bagaimanapun, baki seramai 2,033 lagi tidak dapat dikesan dan ini sangat membimbangkan kerana mereka dikhuatiri terbabit gejala sosial, dirogol, diserang atau ditemui mati,

2.0 2.1

Bukti Kes Pembuangan Bayi Bukti 1

Jangan layan bayi macam sampah Tan Bee Leng | Jul 31, 08 9:06pm Sedekad kebelakangan ini, kita sama-sama menyaksikan peningkatan kes pembuangan bayi di negara kita ini. Tiap-tiap tahun ada banyak kes. Kebanyakan kes bayi-bayi yang dibuang ini mati. Sesungguhnya kita semua amat kesal peningkatan fenomena yang menyayat hati ini. Fenomena ini tidak serasi dengan negara kita sebagai negara timur yang mementingkan semangat kekeluargaan. Kita harus mengecam gejala pembuangan bayi ini. Pendidikan agama harus diteruskan dan diperkuatkan; pendidikan keselamatan seks juga harus diteruskan dan diperkuatkan di sekolah. Semua usaha-usaha murni ini harus diperhebatkan. Selain itu, kita juga perlu adakan sedikit "payung terjun" untuk ibu-ibu remaja malang ini yang betul-betul memerlukannya. Mereka barangkali terjebak kerana kejahilan. Mereka barangkali ditipu, atau ada sebabsebab yang lain. Adakah kita harus membiarkan kes pembuangan bayi ini berulang dan terus ulang lagi? Ataupun kita boleh mengambil langkah yang proaktif? Di Amerika Syarikat, ada hospital kerajaan yang menyediakan inkubator bayi di koridor satu contoh "payung terjun" yang boleh disediakan. Barangkali sesetengah pihak akan mengecam saya sebagai menggalakkan pertambahan anak haram. Tidak apa, hujah itu hak mereka untuk mengecam.

Saya tetap berpendapat kita memerlukan saluran yang lebih berperikemanusiaan untuk ibu-ibu remaja yang tidak berhati-hati ini. Sesungguhnya ibu-ibu remaja ini pasti akan menyesal seumur hidup selepas membuangan anak. Penyeksaan sanubari mereka akan bertambah hebat lagi apabila mereka menyedari anak yang dibuang mereka mati. Tidakkah harus kita menyediakan "payung terjun" untuk ibu-ibu remaja ini bersama dengan bayi-bayi yang sesungguhnya berhak untuk terus hidup? Bayi-bayi ini sesungguhnya anak-anak Malaysia seperti anda dan saya juga!

2.2

Bukti 2

Tangani segera kes buang bayi Syahadatul Hafizah Abdullah | Apr 25, 08 8:50pm Isu buang bayi nyata tumbuh kembali. Dahulu ia pernah hangat seketika, kembali senyap tetapi kini semakin menjadi-jadi. Dengan kejadian semakin banyaknya penemuan bayi tidak berdosa, kebanyakannya hanya tinggal jasad, dengan litupan hanyir sampah sarap dan gigitan semut merah. Kita membaca lagi berita mengenai dua mayat bayi ditemui di Pulau Pinang - seorang daripadanya lelaki, ditemui di depan pintu tandas wanita di tingkat satu Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar). Mayat bayi kedua masih masih lagi berdarah, terapung di perangkap sampah dalam kolam Indah Water Konsortium (IWK), berhampiran Pusat Perniagaan Asas Murni Taman Sukun. Perangkaan ibu pejabat polis persekutuan Bukit Aman mendapati 65 kes buang bayi dicatat pada 2000 dan meningkat kepada 83 kes tahun lalu.

Selangor mencatatkan angka tertinggi iaitu 22 kes (pada 2000) dan 24 kes (2006). Daripada jumlah tahun lalu, 79 kes membabitkan kes pembuangan bayi yang baru dilahirkan dan empat lagi kes pembuangan janin. Hal Ehwal Wanita dan Mahasiswi (HEWI) Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) memandang serius permasalahan ini kerana ia berkaitan dengan isu wanita dan juga keluarga. Sekarang masanya untuk kita duduk bersama, bermuhasabah dan membincangkan ketempangan akhlak dan moral yang semakin meruncing dan mengambil tindakan lanjutan untuk menanganinya. Siapa daripada kita yang dapat menyangkal mengenai kepentingan institusi keluarga itu sendiri? Imam Al-Ghazali berkata: "Anak-anak adalah amanah atas ibu bapa, jika dia terbiasa dengan benda yang baik, dia akan membesar dalam kebaikan dan biasa dengannya. Dan jika dibesarkan dalam suasana yang tidak baik, maka menderitalah dia dan binasa." Justeru, penting sekali untuk diingatkan kepada ibu bapa agar mendidik anak-anak dengan baik. Bukanlah isunya membalas dendam - sekiranya sewaktu kecil dahulu kita tidak dibesarkan dalam keluarga yang sejahtera namun berkaitan dengan soal pilihan. Pilihan justeru ada di tangan kita. Pilihlah yang baik dan sejahtera untuk kehidupan kita dan generasi kita selepas ini. Apakah suluhan yang lebih baik daripada cahaya dan panduan agama itu sendiri? Justeru, rujuklah kembali penyelesaian agama dalam membangun sebuah keluarga yang sakinah. Demikian juga tanggungjawab pemerintah dan pihak berwajib. Janganlah kerana terlalu taksub dan teruja dengan situasi politik yang ada sekarang sehingga mengabaikan tugas asasi yang terpikul di bahu masing-masing.

Agenda pembangunan ummah dan kebajikan perkara nombor satu yang harus diutamakan. Pada hemat kami, tentulah yang paling dipertanggungjawabkan dan harus cakna mengenai isu ini Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Malah badan-badan bukan kerajaan (NGO), dan persatuan-persatuan yang banyak tumbuh di laman kampus juga harus menggalas tanggungjawab ini - mendidik masyarakat dan juga mahasiswa mengenai bahayanya gejala-gejala sosial seumpama ini. Kami insaf dengan tanggungjawab kami, dan dengan itu kami akan menyokong penuh dan membantu segala cadangan dan gerak kerja yang baik oleh kerajaan dan pihak berwajib. Bagaimanapun, kesedaran seseorang individu tetaplah yang paling utama. Kami menggesa semua pihak, khususnya seluruh wanita Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama, agar sama-sama beringat-ingat dan berjaga-jaga. Jangan lagi sebagai wanita, kita rela dan mudah diperlakukan sewenang-wenangnya. Bukan sedikit kes yang timbul akibat sifat terlalu "mudah percaya" kepada individuindividu yang tidak bertanggungjawab. Kukuhkanlah diri dengan jati diri wanita yang baik dan terpelihara. Kembalilah kepada ajaran agama, nescaya semuanya akan bahagia dan sejahtera. Syahadatul Hafizah Abdullah adalah anggota HEWI Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM)

3.0 3.1

Punca-punca Pembuangan Bayi Pasangan yang belum bersedia menerima anak kedua

Salah satu punca yang mengakibatkan pembuangan bayi ialah pasangan yang belum bersedia ingin membesarkan bayi atau membina sesebuah keluarga. Ini adalah mungkin mereka tidak mempunyai kewangan yang cukup untuk meyara satu lagi bayi yang wujud dalam keluarga. Pasangan tersebut mungkin telahpun menghadapi masalah kewangan, mala kewujudan anak kedua akan menambahkan bebanan kewangan keluarga. Keperluan bayi seperti susu dan lampin bukanlah satu masalah yang kecil tetapi agak besar dari bentuk perbelanjaan pembelian bahan tersebut seperti susu dan lampin bayi. Dengan tekanan kewangan yang tidak mencukupi, kebanyakan pasangan akan membuang atau meninggalkan bayi mereka di tempat tertentu kerana mereka tidak mampu untuk menyaranya dan mengharapkan sesiapa sahaja akan menemui dan seterusnya menyara bayi tersebut.

3.2

Seks Rambang Pergaulan bebas yang semakin melampau kini meyebabkan semakin ramai yang

terlibat dengan seks rambang. Mereka yang terlibat kebanyakan remaja yang masih mentah dari segi pemikiran rasional mereka. Mereka senang terpengaruh dengan budayabudaya barat yang terbuka terutamanya pelajar IPTA, IPTS dan mereka yang masih bersekolah. Pelajar IPTA dan IPTS yang mengalami kejutan budaya akan semakin terjerumus dengan budaya barat. Mereka berasa budaya sebegini budaya yang seronok,maka seks rambang semakin menjadi-jadi. Apabila seks rambang berlaku, maka remaja tidak pernah membuat pertimbangan tentang akibat yang akan berlaku. Setelah hubungan seks tanpa sebarang langkah pencegahan, jadilah kes pembuangan bayi yang semakin meruncing. Bagi remaja yang masih bersekolah, pendedahan terhadap hubungan seks rambang merupakan satu perkara yang baru bagi mereka dan perasaan ingin mencuba mula menguasai diri mereka. Tanpa pengawasan daripada guru sewaktu di sekolah dan ahli keluarga di rumah, golongan remaja mudah terpengaruh dengan golongan masyarakay yang di angggap sampah masyarakay dan mula membuang masa di tempattempat yang tidak berfaedah.

3.3

Sikap Masyarakat Sikap masyarakat yang suka menuding jari kepada remaja apabila mereka

melakukan kesilapan juga menyumbang kepada gejala pembuangan bayi ini. Hai ini kerana masyarakat kini tidak mengambil tanggungjawab untuk mengajar serta mendidik remaja untuk kembali ke landasan yang betul. Mereka hanya menyalahkan remaja apabila gejala ini semakin meningkat. Mereka tidak pernah menyalahkan diri mereka yang tidak bertanggungjawab untuk mendidik anak-anak mereka, tetapi membiarkan anak-anak terus terpesung jauh dari landasan agama. Sikap yang sambil lewa tentang perkembangan anak-anak harus diubah agar tiada lagi remaja melakukan kesilapan yang dikesali mereka seumur hidup. Sikap masyarakat yang juga tidak mahu menjaga tepi kain orang lain membuatkan semakin merebaknya gejala tidak sihat di kalangan remaja. Budaya prihatin dengan keaddan sekeliling tidak di praktikkan lagi kesan daripada pelbagai alasan seperti sibuk bekerja, bukan ahli keluarga mereka dan remaja-remaja tersebut mampu untuk berfikir sendiri. Sungguhpun demikian, golongan remaja sebenarnya memerlukan bimbingan dari semua lapisan masyarakat di sekeliling mereka untuk mengelakkan mereka terjerumus dalam gejala yang tidak sihat seperti pembuangan bayi.

3.4

Pegangan Agama yang Nipis Pegangan agama agak nipis dalam kalangan remaja pada hari ini. Mereka tidak

lagi mempunyai ilmu serta didikan agama yang tebal seperti golongan yang lebih tua. Mereka semakin terpengaruh dengan budaya barat yang mengutamakan keterbukaan. Namun, remaja sering salah faham dengan perkataan keterbukaan. Keterbukaan seseorang itu harus seiring dengan didikan agamanya. Sesuatu yang dibenarkan oleh agama boleh dilakukan, tetapi remaja kini suka melakuan sesuatu yang bercanggah dengan didikan agama mereka. Seseorang yang nipis pegangan agamanya sememangnya sukar untuk dididik kerana minda serta hatinya sudah penuh dengan keseronokan dunia

luar. Yang dikejari mereka itu keseronokan, kegembiraan serta kebendaan. Mereka sudah melupakan diri serta identiti mereka. Oleh yang demikian, didikan agama dan pegangan agama yang kukuh perlu dalam mengawal hawa nafsu remaja terutamanya yang sentiasa ingin menuba sesuatu yang baru dan mencabar bagi mereka.

3.5

Inkubator untuk Bayi Terbuang yang Disediakan Inkubator yang disediakan untuk bayi-bayi terbuang sememangnya baik untuk

bayi. Namun, kalau dilihat dari perspektif yang berlainan, inkubator-inkubator inilah juga yang menjadi pendorong kepada gejala pembuangan bayi ini. Oleh kerana incubator banyak disediakan, jadi pesalah beranggapan bahawa anak-anak yang mereka buang mesti akan dijaga dengan rapi dan baik oleh pihak inkubator tersebut. Inkubator yang disediakan demi bayi-bayi terbuang secara tidak langsungnya menjadi alasan untuk pesalah membuang bayinya sesuka hati. Mereka tidak perlu risau akan bayi yang dilahirkan kerana bayi dapat penjagaan yang sepatutnya oleh pihak kebajikan. Kemudahan yang sepatutnya menolong bayi terbuang telah pun menjadi penyumbang kepada kes-kes pembuangan bayi.

4.0 4.1

Kesan Pembuangan Bayi Sudut Perubatan Kadar kematian bayi yang lebih tinggi disebabkan penjagaan perubatan yang

tidak sempurna. Bayi yang baru lahir terutamanya memerlukan penjagaan yang rapi dari segi perubatan, makanan, pakaian dan situasi sekeliling bayi tersebut. Antibodi dan daya imunisasi yang lemah memudahkan bayi yang baru lahir senang dihidapi penyakit jika tidak dijaga dengan betul. Pemerhatian yang rapi terhadap bayi amat penting. Justeru itu, mereka yang membuang bayi tidak mahu mengambil risiko kewangan yang perlu mereka hadapi untuk

perbelanjaan perubatan bayi tersebut sehinggalah mereka besar. Kesedaran sivik berkaitan kesihatan anak yang tidak berdosa tersebut menjadi alat permainan mereka selepas melakukan hubungan yang terlarang. Kesihatan ibu yang mengandung akan terjejas seperti kehilangan darah, jangkitan kuman serta keederaan sewaktu bersalin. Ini kerana, selepas melahirkan bayi, tubuh ibu yang mengandung masih lemah dari segi fizikal dan mental mereka. Golongan yang membuang bayi biasanya tidak akan mengambil berat berkaitan kesihatan tubuh badan mereka atau bayi yang dilahirkan kerana bagi mereka, bayi tersebut tidak di perlukan dan tiada alasan mengapa mereka perlu menjaga kesihatan sewaktu kehamilan.

4.2

Sudut Psikologi dan Sosial Dari sudut psikologi dan sosial mereka yang membuang bayi, mereka akan

dibelenggu segala bentuk masalah seperti kemurungan, hilang keyakinan pada diri sendiri, rasa bersalah, resah atau gelisah, masalah emosi dan konflik hubungan interpersonal. Perassan bersalah yang dibelenggu sesetengah golongan yang membuang bayi adalah kerana mereka berasa trauma jika perbuatan mereka di ketahui oleh pihak tertentu terutama pihak berkuasa atau ahli keluarga. Masalah sosial yang mereka hadapi juga melibatkan komunikasi harian mereka dengan rakan-rakan atau ahli keluaraga terganggu. Perasaan bersalah dan resah yang mereka hadapi membuatkan mereka sukar berkomunikasi dengan mereka di sekeliling. Percakapan mereka hanya terhad kepada perkara-perkara tertentu sahaja. Bagi mereka yang masih bersekolah, tekanan psikologi yang mereka hadapi lebih tinggi dengan desakan para guru dan rakan-rakan yang akan mempersoalkan perubahan sikap mereka atau bentuk fizikal mereka (perempuan).

5.0

Langkah-langkah Penyelesaian

5.1

Tanggungjawab Diri Sendiri Individu harus mengelakkan diri dari perhubungan seks kerana mereka harus

bertanggungjawab ke atas hidup mereka sendiri. Mereka perlu tegas dalam pendirian sendiri bahawa tidak akan melakukan perhubungan seks sebelum berkahwin. Individu boleh melibatkan diri dalam aktiviti yang lebih berfaedah seperti sukan, bersenam, aktiviti kebudayaan dan kerja-kerja sukrela, tetapi bukan membaca atau menonton bahanbahan lucah. Individu harus pandai berfikir tentang kesan dan akibat dengan teliti dan mendalam jika mengadakan hubungan seks sebelum perkahwinan.

5.2

Pendidikan Agama Pendidikan agama memainkan peranan yang penting bagi membantu

meyelesaikan masalah sosial ini. Seks sebelum kahwin adalah tidak dibenarkan oleh kesemua agama di Malaysia, iaitu Islam, Kristian, Buddhist, Hindu dan lain-lain. Bah kata perpatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Pendidikan agama ini haruslah dididik oleh ibu bapa sejak kecil lagi, supaya mereka taat dan patuh kepada ajaran agama mereka. Dengan hati yang taat dan patuh, mereka tidak akan melakukan hubungan luar nikah sebelum kahwin lalu dapatlah mengelakkan masalah yang akan membawa kepada pembuangan bayi. Kes pembuangan bayi bukan sahaja disebabkan oleh seks sebelum kahwin, ada juga pasangan yang tidak belum bersedia membesarkan anak atau membina keluarga akan buangkan bayi mereka. Jikalau pasangan belum bersedia untuk membesarkan anak, mereka haruslah mengelakkan mengadakan perhubungan seks.

5.3

Kasih Sayang IbuBapa Ibu bapa merupakan pihak yang terdekat dengan anak-anak. Jadi peranan ibu bapa

amat signifikan dalam membentuk insan yang bermoral serta berhemah. Ibu bapa harus memberi kasih sayang yang secukupnya kepada anak-anak supaya mereka tidak berasa

sunyi dan berniat jahat. Kasih sayang ibu bapa sangat penting supaya anak-anak tidak ketandusan kasih sayang. Anak-anak yang hidup bahagia dengan kasih sayang ibu bapa akan berasa puas hati dengan keluarga yang dimiliki dan mereka tidak akan melakukan perkara yang akan menjatuhkan maruah ibu bapa atau mengecewakan mereka.

5.4

Masyarakat Penyayang Masyarakat harus memikul tanggungjawab sebagai pendidik kepada remaja dan

bukannya hanya menyalahkan mereka. Masyarakat harus mengambil berat tentang perkembangan remaja. Jangan sesekali memandang rendah mereka atau menyakitkan hati remaja dengan sikap yang negative. Peluang harus diberi kepada remaja yang pernah melakukan kesilapan supaya mereka sedar bahawa mereka masih dihargai dan disayangi. Jika mereka merasai penghargaan masyarakat, maka mereka akan menjadi seorang yang baik untuk terus mendapat penghargaan masyarakat.

5.5

Kempen Kesedaran tentang Seks Kempen kesedaran harus sering diadakan untuk meyampaikan didikna seks yang

betul dan sah. Didikna seks sepatutnya disalurkan kepada setiap remaja supaya mereka memahami erti seks dan tujuan seks dijalankan. Pakar-pakar perubatan harus menyedarkan remaja supaya jangan melakukan hubungan seks sewenang-wenangnya. Jika hubungan seks rambang sering dijalankan, maka remaja itu sendiri berkemungkinan tinggi untuk mendapat AIDS yang tiada penawarnya.

6.0

Bukti Kes Lari dari Rumah

8 Ogos 2007 KES 1

RAWANG: Seorang bapa hairan apabila anak gadisnya yang menuntut di tingkatan tiga dan sepatutnya menduduki peperiksaan percubaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) hari ini hilang dari bilik tidurnya ketika ingin dikejutkan ibunya, pagi Ahad lalu. Lebih memeranjatkan, gadis itu, Nor Amira Dayana Norzahan, 15, meninggalkan sekeping nota kepada keluarganya sebelum meninggalkan rumah di Bandar Bukit Beruntung, Rawang, dipercayai mengikut teman lelaki. Bapanya, Norzahan Mohammed, 42, berkata nota berbunyi: Jangan cari Mira lagi Mira tak akan menyusahkan hidup abah dan mama Anggaplah Mira sebagai anak angkat, mengguriskan hati mereka sekeluarga. KES 2 KUALA LUMPUR: Seorang gadis berusia 21 tahun yang bekerja sebagai kerani dilaporkan hilang selepas menjalin hubungan dengan seorang lelaki yang baru dikenali beberapa bulan lalu. Gadis terbabit yang dikenali sebagai Han Melati Akop, 21, didakwa lesap, dipercayai disembunyikan seorang lelaki yang tinggal di Cheras. Bapa mangsa, Akop Berahim, 46, mendakwa anaknya yang dihantar majikan untuk menaiki bas di Puduraya pada 23 Julai lalu ada menghubunginya dan memaklumkan dia mengikut seorang lelaki baru dikenali. KES 3 KUALA LUMPUR: Ibu tunggal, Tan Seu Mee, 42, mendakwa anaknya yang berusia 18 tahun, Lam Kah Mun lari bersama seorang lelaki dipercayai bapa ayam. Katanya, kejadian disedari apabila anaknya tidak pulang ke rumah selepas keluar minum dengan rakan di kedai berhampiran rumah.

Menurutnya, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di depan rumah menunjukkan Lam dijemput seorang lelaki dipercayai bapa ayam yang kerap berkeliaran di kawasan itu. 14 Julai 2007 KUALA LUMPUR: Misteri kehilangan seorang gadis dari rumahnya yang didakwa diculik, terjawab apabila abang sulungnya menemuinya di rumah seorang lelaki di Raub, Pahang, sejurus selepas laporan kehilangannya di siarkan Harian Metro, 10 Julai lalu. Difahamkan, kehilangan Norhidayani Yusuf, 21, lima hari sebelum laporannya disiar, menimbulkan tanda tanya apabila dia dipercayai diculik berikutan mangsa kali terakhir bercakap menerusi telefon bimbit dalam keadaan suara menggeletar dan ketakutan. Abang mangsa, Yusmikushairi, berkata adiknya ditemui semula kira-kira jam 3 petang di kediaman seorang lelaki berusia 23 tahun yang mendakwa dirinya sebagai teman lelaki adiknya dan mengajaknya berkahwin. 10 Julai 2007 KUALA LUMPUR: Seorang remaja perempuan berusia 18 tahun yang hilang sejak tiga minggu lalu ditemui di pekarangan pusat membeli-belah, Maju Junction dalam keadaan tidak terurus pada jam 5 petang semalam. Abangnya, Mohd Arefendi Mahat, berkata beliau menerima panggilan misteri daripada seseorang yang hanya dikenali sebagai Lan memberitahu menemui adiknya, Muzzalifah merayau di kawasan pusat membeli-belah itu. Sejurus mendapat panggilan jam 4 petang, saya terus mencarinya di sekitar kawasan yang dikatakan Lan. Setibanya di situ, saya dapati adik saya dalam keadaan terpingapinga, katanya. 25 Jun 2007

KLANG: Pelajar Kolej Universiti Teknologi Pengurusan Malaysia di Shah Alam, yang hilang ketika dalam perjalanan menemui teman lelakinya di Jalan Klang Lama di sini, pulang ke pangkuan keluarganya di Klang, petang semalam. Difahamkan, Siti Mariana Suhaimi, 22, selamat dan pulang ke rumah keluarganya di Taman Seri Andalas, dengan memandu kereta Kancil miliknya pada jam 5.30 petang. Bapanya, Kapten Suhaimi Aziz, 47, berkata dia sekeluarga bersyukur dengan kepulangan anak gadisnya yang meninggalkan rumah. Testimonial: Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang lari dari rumah kerana mengikut teman lelaki bulan lalu, Siti Diana Abdul Hamid, dari Senawang, Negeri Sembilan, mengakui dia bertindak tanpa berfikir panjang dan disebabkan terlalu percayakan kekasihnya. Saya mengikut teman lelaki ke rumah saudaranya di Rawang dan tinggal beberapa hari. Ketika itu perasaan bercampur baur kerana teringatkan keluarga dan rakan di sekolah. Saya ada beritahu padanya (teman lelaki) supaya menghantar saya pulang ke Senawang, tapi dia tidak berbuat demikian, menyebabkan saya terpaksa tinggal beberapa hari, katanya. Siti Diana lari dari rumahnya di Taman Jasmin, Senawang, dekat sini, pada 12 Julai lalu, sebelum ditemui empat hari kemudian selepas berita kehilangannya disiarkan akhbar. Anak bongsu daripada empat beradik dalam keluarga ibu tunggal itu kini insaf bahawa perbuatannya tidak memberi faedah untuk masa depan. Saya menyesal lari dari rumah kerana terlalu ikutkan perasaan dan berjanji tidak mengulanginya. Asalnya saya pergi ke Rawang kerana hendak jumpa bapa di Kuala Lumpur, tapi nombor telefon bimbitnya bertukar dan tidak dapat dihubungi.

Saya akhirnya mengikut teman lelaki, tapi kini saya insaf. Guru dan rakan sekelas turut memarahi saya dan saya juga sedar saya menyusahkan ibu dan ahli keluarga. Saya juga akan lebih berhati-hati dalam memilih kawan, katanya. Ibu Siti Diana, Hashimah Ismail, 47, berkata dia mahu kejadian yang menimpa keluarganya dijadikan pengajaran kepada ibu bapa lain. Sambil bersyukur anaknya pulang dengan selamat, Hashimah berkata, Siti Diana ditemui di rumah emak saudara teman lelakinya di Rawang dengan bantuan polis selepas anaknya enggan dibawa pulang. Ibu bapa tidak boleh bersikap terlalu tegas kepada anak remaja hingga tidak mahu menerima pandangan mereka. Kejadian ini menyedarkan saya, dan diharap dapat diambil iktibar oleh ibu bapa lain, katanya.

7.0 7.1

Punca Kes Lari dari Rumah Faktor Persekitaran Remaja yang membesar dikalangan mereka yang pernah melarikan diri dari

rumah ataupun di kawasan-kawasan di mana kes berlaku mempunyai kecenderungan untuk juga melarikan diri apabila menghadapi sesuatu kekangan dalam hidup. Ramai yang telah mengambil keputusan untuk melarikan diri dari rumah apabila sesuatu yang tidak diingini berlaku di rumah kerana disekeliling mereka pernah timbul kejadian tersebut dan diambil sebagai teladan dalam hidup mereka. Ini adalah kerana mereka mendapat tahu bahawa mereka yang pernah melarikan diri dari rumah kini hidup dengan senang dan gembira bersama suami atau rakan-rakan. Pada hakikatnya, mereka akan bertemu dengan lebih banyak kesusahan apabila melarikan diri dari rumah berbanding dengan berhadapan dengan apa-apa masalah yang sedang berlaku.

7.2

Pengaruh Media Cetak dan Elektronik

Filem-filem barat kini lebih banyak menunjukkan bahawa budaya melarikan diri dari rumah adalah suatu kebiasaan dan dianggap tidak serius. Walaupun dipandang remeh, filem ataupun wayang mempunyai impak yang besar terhadap remaja pada zaman sekarang yang banyak menonton televisyen dan mengunjungi panggung wayang bersama dengan rakan-rakan pada masa lapang. Remaja pada zaman sekarang juga mudah dipengaruhi oleh budaya-budaya barat yang kelihatan lebih moden dan bergaya berbanding denga budaya di Negara sendiri. Terutamanya fesyen pakaian dan jenis-jenis muzik yang berunsurkan keganasan. Begitu juga dengan pengaruh filem yang semakin kurang dari segi rohani dan lebih kepada keganasan, hubungan seks secara rambang dan sebagainya.

7.3

Sistem Pendidikan Sistem pengajaran dan pendidikan tidak menyentuh tentang perkara-perkara yang

melibatkan jalinan hubungan antara kekasih. Subjek-subjek seperti pendidikan moral dan agama Islam kurang menjelaskan tentang hubungan antara lelaki dan perempuan. Ini menyebabkan remaja tidak mempunyai ilmu pengetahuan tentang bagaimana mereka hendak bertindak dalam keadaan-keadaan seperti begitu.

7.4

Pengaruh Kawan/kekasih Rakan sebaya mempunyai pengaruh yang besar terhadap seseorang remaja

terutamanya apabila sedang mengalami sesuatu masalah. Nasihat yang diberikan oleh rakan dan terutamanya oleh kekasih akan diikuti tanpa difikirkan dua kali. Ini merupakan suatu faktor yang besar dalam kejadian larikan diri dari rumah. Sebagai contoh senario, seorang remaja perempuan yang mengalami masalah di rumah ingin mendapatkan nasihat daripada rakan-rakannya dan mereka mencadangkan bahawa dia melarikan diri dari rumah bersama kekasihnya. Kekasihnya juga menggalakkannya maka remaja tersebut mengambil keputusan untuk melarikan diri dari rumah.

7.5

Ingin Bebas Perasaan ingin bebas ini merupakan satu factor yang besar dalam kes-kes

melarikan diri dari rumah. Ramai remaja yang tidak dapat menerima kenyataan bahawa setiap peraturan yang telah ditetapkan oleh ibu bapa mereka di rumah adalah demi kebaikan mereka sendiri. Terdapat sesetengah remaja yang berasa bahawa mereka dikongkong oleh ibu bapa mereka maka berasa tertekan dan inginkan kebebasan. Ini menyebabkan remaja memikirkan pelbagai cara untuk mendapatkan kebebasan tersebut. Salah satunya adalah dengan melarikan diri dari rumah yang juga merupakan kaedah yang paling mudah.

7.6

Tidak mahu Belajar / Mencari Pekerjaan Sistem pembelajaran di negara ini tidak mempunyai kesan yang sama terhadap

setiap remaja. Terdapat juga remaja yang tidak mempunyai minat untuk belajar tetapi ibu bapa mereka tidak membenarkan mereka untuk berhenti sekolah dan bekerja. Oleh itu, mereka kerap ponteng sekolah dan melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah apabila waktu persekolahan sedang berlangsung. Keluarga mereka tidak membenarkan mereka untuk menghentikan pelajaran mereka dan mula bekerja maka ini menyebabkan remaja untuk melarikan diri dari rumah demi mengelakkan dari menghadiri sekolah dan mula bekerja. Pada zaman sekarang, ramai remaja yang telah keluar dari rumah dan berpindah ke negeri yang lain dengan hasrat mencari pekerjaan. Walaupun kebanyakannya telah mendapat kebenaran dari ibu dan bapa tetapi terdapat juga mereka yang telah melakukannya tanpa keizinan ibu bapa mereka.

7.7

Hubungan tidak baik dengan Ahli Keluarga Keadaan di rumah tidak sentiasanya baik dan kerap kali anak-anak berada di

tengah konflik yang berlaku diantara ibu dan bapa. Mereka tidak tahan dengan tekanan

yang dihadapi dan telah mencapai tahap yang maksima oleh itu demi melepaskan diri dari beban tersebut, remaja mengambil keputusan untuk melarikan diri. Ada juga keadaan dimana terdapat salah faham antara anak dengan ibu atau bapa. Daripada mecuba untuk menyelesaikan pertelingkahan tersebut, remaja mengambil jalan yang mudah dengan melarikan diri dari rumah.

8.0

Kesan Kes Lari dari Rumah Terdapat pelbagai kesan negatif yang boleh berkait rapat dengan masalah lari dari

rumah dan kesan-kesan tersebut boleh dipecahkan kepada tiga aspek utama iaitu, kesan terhadap individu itu sendiri, kedua kesan terhadap masyarakat dan yang terakhir adalah kesan masalah yang disebutkan terhadap negara. 8.1 Kesan terhadap Individu: Jika kita lihat dari aspek pandangan individu itu sendiri, jalan penyelesaian yang dipilih untuk lari dari rumah merupakan satu cara yang paling mudah dan terbaik untuk dilakukan untuk lari dari masalah yang mereka hadapi. Tetapi, tanpa mereka sedari, tindakan yang mereka ambil itu akan menjurus ke arah masalah yang lebih merumitkan hidup mereka. Jika seseorang individu itu lari dari rumah, sudah semestinya mereka akan hilang tempat untuk bergantung, melainkan individu tersebut adalah seorang yang telah mempunyai kerjaya yang baik yang boleh menampung keperluan hidup mereka sendiri, atau dengan erti kata lain individu tersebut adalah seorang yang boleh berdikari. Bagaimana pula jika seseorang indidvidu itu adalah seornag yang tidak mempunyai hala tuju hidup atau tidak mempunyai tempat untuk bergantung harap? Sudah semestinya mereka akan memilih jalan yang singkat untuk menampung keperluan hidup mereka. Secara tidak langsungnya akn berlakulah masalah-masalah sosial yang lain seperti kes ragut, merompak, pengadaran dadah, pelacuran dan sebagainya. Selain dari itu, jika individu yang memilih untuk melarikan diri dari rumah dan juga memilih kerjaya sebagai seorang penjenayah untuk menampung hidup mereka,

perkara ini sudah semestinya akan menjejaskan masa depan individu itu sendiri. Menurut statistik yang dikeluarkan olek Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, 85% daripada individu yang lari dari rumah ini terlibat dengan jenayah. Apabila mereka terlibat dengan sebarang kesalahan jenayah, adalah susah bagi mereka untuk bangkit semula sebagai individu yang baru dan kembali ke pangkal jalan tanpa bimbingan dan tunjuk ajar dari pihak ketiga. 8.2 Kesan terhadap Masyarakat: Seperti mana yang kita sedia maklum, kes lari dari rumah ini juga sedikitsebanyak boleh mendatangkan kesan terhadap masyarakat sekeliling. Ini kerana adalah menjadi lumrah bagi setiap individu yang dilahirkan di dunia ini untuk hidup dalam sesuatu komuniti atau juga dikenali sebagai masyarakat. Tidak ada individu yang normal yang boleh hidup di dunia ini tanpa sebarang pergaulan dengan individu yang lain. Seperti yang kita sedia maklum bahawa kecenderungan untuk individu yang lari dari rumah ini untuk melakukan masalah-masalah sosial yang lain adalah amat tinggi kerana mereka tidak mempunyai tempat untuk bergantung harap dan menampung kehidupan seharian mereka baik dari segi makan minum mereka dan juga tempat tinggal. Apabila perkara sedemikian berlaku, maka kegiatan jenayah akan berleluasa dan secara tidak langsung, ia akan mencetuskan rasa bimbang masyarakat sekeliling tentang aspek keselamatan diri. Tahap keselamatan masyarakat akan terancam sekiranya terdapat penjenayah disekeliling mereka. Selain itu, perkara ini juga akan mengganggu ketenteraman pihak awam untuk menjalankan aktiviti harian mereka. Mereka terpaksa berhati-hati dalam setiap gerak geri yang ingin dilakukan kerana bimbang akan diserang oleh individu yang lari dari rumah yang memilih jalan singkat untuk meneruskan hidup mereka dengan melakukan jenayah. 8.3 Kesan terhadap Negara: Jika disebut tentang negara, perkara yang pertama akan datang dalam fikiran adalah sebuah komuniti yang besar yang terdiri dari pelbagai jenis etnik, bangsa dan juga agama. Banyak faktor-faktor yang berkait rapat diantara satu sama lain dalam sesebuah

negara itu. Tanpa faktor-faktor ini, adalah mustahil bagi sesebuah negara itu untuk membangun dengan pesat dan mengukir nama di persada dunia. Becakap tentang isu lari dari rumah, tidak dapat dinafikan bahawa isu ini juga boleh mendatangkan kesan kepasa sesebuah negara itu. Kita lihat dahulu dari aspek imej negara tersebut. Sekiranya terdapat perkara-perkara seperti ini berlaku dalam sesebuah negara itu, sudah semestinya ia akan direkodkan dan dijadikan tatapan umum sebagai pengajaran kepada semua lapisan masyarakat. Tetapi, tanpa kita sedari, ada pihak luar yang akan menganalisis data-data ini dan membuat perbandingan dengan negara mereka. Perkara ini secara tidak langsung akan mengguris imej negara yang mempunyai kadar kes yang paling tinggi dan perkara ini akan dihebohkan melalui medium-medium penyampaian diseluruh dunia. Selain dari itu, seperti yang kita sedia maklum bahawa kecenderungan bagi individu yang lari dari rumah untuk melakukan jenayah adalah amat tinggi dan kebanyakannya terdiri daripada golongan muda-mudi yang akan memnjadi perintis kepada generasi yang seterusnya. Apakah yang akan terjadi kepada nasib sesebuah negara itu jika ramai diantara golongan perintis ini menjadi penjenayah? Dimanakah letaknya bakal-bakal pemimpin negara yang seterusnya jika sebahgian besar dari golongan muda-mudi ini terlibat dengan masalah-masal sosial seperti ragut, merompak, melacur dan sebagainya? Tentulah masa depan negara itu akan terjejas dengan tidak adanya pemimpin-pemimpin yang berkaliber dan berdisiplin. Maka akan berlakunya kacau-bilau dalam negara tersebut seterusnya akan mengganggu pertumbuhan ekonomi dan juga infrastruktur negara itu secara tidal langsungnya. Keadaan ini telah mengakibatkan tekanan hidup bagi individu, keluarga, kelompok dan komuniti dalam menghadapi berbagai-bagai masalah sosial yang mendesak, yang boleh mengganggu kesejahteraan negara dan yang boleh membawa masalah penjenayahan, pelacuran, penderaan kanak-kanak, keciciran dan kenakalan di kalangan murid sekolah, kenakalan juvana, keganasan dalam keluarga, penceraian, pengangguran, pelarian kanak-kanak, penyalahgunaan dadah serta belia berpelesaran.

9.0 9.1

Langkah Mengatasi Lari dari Rumah Ibu Bapa Ibu bapa memainkan peranan yang amat penting dalam mengatasi gejala ini. Pada

peringkat umur remaja merupakan tahap hidup yang amat rumit dan tidak stabil. Oleh itu, ibu bapa perlu memahami bahawa anak-anak mereka sedang berada dalam keadaan yang amat sensitif maka tindakan yang diambil untuk mendisiplin mereka perlulah bersesuaian. Mereka juga perlu berubah menjadi lebih fleksibel dalam melibatkan diri dalam hidup anak mereka. Dengan kata lain, mereka perlu mengambil tahu hidup anak mereka tetapi pada masa yang sama tidak terlalu mengkongkong. Begini, ibu bapa dapat tahu dan mengenali rakan-rakan anak mereka dan memberi nasihat yang bersesuaian dengan keadaan. Pengaruh rakan-rakan akan dihadkan kerana anak akan lebih mempercayai kata-kata ibu bapa mereka berbanding dengan rakan-rakan mereka.

9.2

Media Massa Syarikat-syarikat media biarpun kerajaan ataupun swasta haruslah mengambil

inisiatif untuk menapis filem-filem dan cerita-cerita yang melibatkan remaja melarikan diri dari rumah bersama kekasih. Pada umur yang mudah dipengaruhi ini, remaja senang dan laju mengikuti gaya-gaya yang dilakonkan di dalam filem. Oleh itu, pihak-pihak yang berkenaan patut lebih berusaha dalam memastikan bahawa remaja lebih terlindung daripada didedahkan kepada bahan-bahan hiburan sebegini.

9.3

Sistem Pendidikan Jabatan Pendidikan Malaysia patut mengubah inti pengajaran agama Islam dan

moral untuk mengandungi juga subjek tentang hubungan antara lelaki dan perempuan.

Remaja mula mempunyai perasaan ingin tahu tentang hubungan kekasih pada waktu persekolahan dan tidak mempunyai panduan yang baik dalam mempelajari apa yang baik dan apa yang buruk. Begitu, remaja tidak akan melakukan sesuatu yang tidak sepatutnya dilakukan dan menyesal pada kemudiannya.

10.0 11.0

Penutup Rujukan

Anda mungkin juga menyukai