Anda di halaman 1dari 26

(TEMPLET TUGASAN - VERSI BAHASA MALAYSIA)

(MUKA SURAT HADAPAN)

FAKULTI BAHASA DAN PENDIDIKAN

SEMESTER JANUARI / TAHUN 2012

HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN

NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGNEALAN NO. TELEFON E-MEL

: : : :

741117715068002 741117715068 0175547718 etysujak@yahoo.com.my

PUSAT PEMBELAJARAN

PUSAT PEMBELAJARAN IPDA

HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN EKA RUSMAWATY BINTI SUJAK 741117715068

PENGENALAN Pendidikan Seni Visual merupakan salah satu mata pelajaran wajib di peringkat sekolah rendah. Mata pelajaran ini disampaikan kepada pelajar dengan tujuan ianya dapat membentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya kesenian. Kurikulum Pendidikan Seni Visual sekolah rendah merangkumi empat bidang iaitu menggambar, membuat rekaan dan corak, membentuk dan membuat binaan dan kraf tradisional. Kurikulum Pendidikan Seni Visual memberi penekanan kepada nilai murni dan semangat patriotik bagi menyedarkan pelajar akan peranan dan tanggungjawab mereka sebagai warganegara maju dan masyarakat berilmu. Melalui mata pelajaran ini, para pelajar diasuh untuk berfikir, berilmu pengetahuan luas, bertata etika tinggi, bijaksana, serta dapat menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi secara berkesan. Apa yang diharapkan adalah ia dapat melahirkan pelajar yang berkeyakinan dan tabah mengatasi segala rintangan dan cabaran dalam kehidupan. Jika dahulu ia dikenali dengan nama Pendidikan Seni, namun kini ia digantikan dengan Pendidikan Seni Visual kerana ia dirasakan lebih sesuai. Dalam hubungan seni di sekolah, Pendidikan Seni Visual lebih menjurus kepada seni tampak atau visual, dan tidak merujuk kepada seni yang lain seperti seni muzik, seni sastera, seni tari atau seni mempertahankan diri. Ianya bertujuan memberi peluang kepada pelajar untuk memupuk minat, memperkembang keperibadian, memberi kesedaran dan kepekaan terhadap nilainilai kesenian dan alam sekitar serta kaitannya dengan mata pelajaran lain. Pendidikan Seni Visual memainkan peranan memperkembang sifat kreatif, ekspresif dan aktif pelajar sekolah rendah melalui persepsi visual, imaginasi dan daya pemikiran. Kegiatan pemikiran, penerokaan dan reka bentuk dalam pelbagai jenis seni visual akan membolehkan mereka menyatakan idea dan ekspresi diri. Pengalaman ini penting kerana ia membantu pelajar membina keyakinan diri, membuat penilaian dan mengenali cita rasanya sendiri. Bilik darjah merupakan tempat berlansungnya proses pengajaran dan pembelajaran serta tempat yang terpenting yang perlu ada pada sesebuah sekolah kerana 2

HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN EKA RUSMAWATY BINTI SUJAK 741117715068

tanpa bilik darjah tidaklah bangunan itu bergelar sekolah. Ia juga merupakan medan perjuangan utama bagi kerjaya seseorang guru. Umumnya, bilik darjah adalah bilik- bilik di sekolah di mana sekumpulan murid atau pelajar mengikuti pelajaran atau belajar sesuatu mata pelajaran yang diajar oleh guru. Untuk konsep yang lebih meluas, bilik darjah tidak semata- mata merupakan ruang untuk proses pengajaran dan pembelajaran, tetapi mencakupi pelajar- pelajar dan guru yang belajar dan mengajar dan berinteraksi antara satu sama lain di dalamnya. Oleh itu keperluan akan wujudnya sebuah bilik seni visual adalah penting bagi membolehkan pelajar mencipta pengalaman belajar yang penuh bermakna. Pentadbiran dan pengurusan bilik seni visual merupakan suatu aspek utama dalam konteks proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual. Guru Pendidikan Seni Visual perlu bijak memainkan peranan penting dalam aspek ini agar dapat mewujudkan keadaan dan suasana yang sesuai bagi proses kelangsungan pengajaran dan pembelajaran. Suasana dalam bilik seni visual seharusnya berjaya menjadi daya penarik dan sumber ilham bukan hanya kepada para pelajar dan guru bahkan seluruh warga sekolah dan pelawat yang bertandang ke bilik tersebut.

HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN EKA RUSMAWATY BINTI SUJAK 741117715068

1.0

PELAN CADANGAN REKA BENTUK BILIK SENI Dalam tugasan ini, Sekolah Kebangsaan Pokok Sena yang terletak di Pokok Sena,

Kedah adalah merupakan lokasi pilihan bagi menyempurnakan tugasan kerana saya bertugas di sekolah tersebut. Sekolah Kebangsaan Pokok Sena tidak mempunyai bilik seni yang khusus. Apa yang ada hanyalah ruangan bagi menempatkan peralatan-peralatan dan kelengkapan untuk mengajar mata pelajaran Pendidikan Seni Visual. Selain itu, terdapat juga ruangan di setiap kelas yang mempamerkan hasil kerja seni para pelajar. i. Pelan lokasi Sekolah Kebangsaan Pokok Sena

Lokasi Sekolah Kebangsaan Pokok Sena

HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN EKA RUSMAWATY BINTI SUJAK 741117715068

ii. Pelan bangunan Sekolah Kebangsaan Pokok Sena

P E L AN B ANGUNAN D AN K E MUD AH AN S E K O L AHK E B ANGS AANP OK OKS E NA

KUARTERS GURU

PADANG SEKOLAH SK POKOK SENA

5 IBNU KHALDUN T A N G G A 4 IBNU KHALDUN BILIK KAUNSELING


B. SUM BER BEKALAN

5 IBNU SINA 4 IBNU SINA

5 IBNU HANBAL 4 IBNU HANBAL

BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP MAKMAL SAINS T A P ERS ALINAN N G BILIK WUDUK G A BILIK BOSS
B.

TANDAS TANDAS TANDAS TANDAS RUMAH PAM

TAMAN P ERMAINAN P RA

BANGUNAN PRA SEKOLAH SK POKOK SENA

BILIK SENI

TAMAN HERBA PRA

TAMAN FLORA

BILIK PENGAWAS

SURAU J-QAF

DEWAN TERBUKA SK POKOK SENA

T. LETAK KERETA

T. LETAK KERETA

KAFETARIA / KANTIN SK POKOK SENA

TEMPAT LETAK KERETA D AN BASIKAL

PONDOK BACAAN

TAMAN PPKI

T. LETAK KERETA

TAPAK PERHIMPUNAN

PONDOK BACAAN B. KEBAL LPM/KPM

PONDOK BACAAN

SURAU

PINTU M ASUK 2

PINTU M ASUK UTAM A

PINTU M ASUK 3

Lokasi Bilik Seni Sekolah Kebangsaan Pokok Sena Pelan di atas merupakan pelan bangunan Sekolah Kebangsaan Pokok Sena. Dalam pelan tersebut, terdapat bilik yang dicadang akan diubahsuai menjadi sebuah bilik seni. Bilik tersebut terletak di Aras 1, bangunan Blok C. Lokasi tersebut dipilih kerana kedudukannya yang terletak jauh dari kesibukan jalan raya dan kebisingan. Keadaan yang tenteram akan mewujudkan unsur teraputik dan memudahkan para pelajar mendapat ilham serta ketenangan berfikir. 5

T. LETAK KERETA

T A N G G A

2 IBNU KHALDUN PEJABAT

2 IBNU SINA

2 IBNU HANBAL BILIK GURU

3 IBNU HANBAL

3 IBNU SINA
T A N G G A

TANDAS

3 IBNU KHALDUN PPKI/BENGKEL

TANDAS TANDAS TANDAS TANDAS RUMAH PAM

6 IBNU KHALDUN

6 IBNU SINA

6 IBNU HANBAL

TAPAK SEMAIAN

T A N G G A

MAKMAL ICT

1 IBNU HANBAL

1 IBNU SINA

1 IBNU KHALDUN

T. LETAK KERETA

BILIK MEDIA

BILIK PEMULIHAN

PUSAT SUMBER SEKOLAH

LALUAN BERTINGKAT

HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN EKA RUSMAWATY BINTI SUJAK 741117715068

iii. Pelan cadangan reka bentuk bilik seni


PELAN CADANGAN REKABENTUK BILIK SENI SEKOLAH KEBANGSAAN POKOK SENA

Papan Hitam Pentas Meja Guru

Pintu

Meja Pelajar

Meja Pelajar

Meja Pelajar

Meja Pelajar

Meja Pelajar

Meja Pelajar

Pintu

Petunjuk : Papan Pameran Blok Pameran Kabinet/Almari/Rak Sinki Sudut Alam Papan Pameran Gantung

HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN EKA RUSMAWATY BINTI SUJAK 741117715068

2.0

PENGURUSAN IKLIM BILIK SENI Pengurusan mempunyai pelbagai takrifan yang berbeza. Seperti bidang-bidang

pengajian dan pendidikan yang melibatkan manusia, istilah pengurusan sukar untuk ditakrifkan bagi membolehkan ia diterima secara umum. Mary Parker Follett, seorang pelopor pengurusan klasik mentakrifkan pengurusan sebagai satu seni melakukan kerja melalui sumbangan orang lain (Azman Che Omar: 2003). Takrif pengurusan yang diberi oleh Follett ini banyak didapati dalam buku pengurusan moden. Harold Koontz pula mentakrifkan pengurusan sebagai satu seni melakukan kerja melalui dan bersama orang lain di dalam suatu kumpulan yang sengaja diadakan (Azman Che Omar: 2003). Takrif pengurusan seperti ini memberitahu kepada kita bahawa pengurusan biasanya mencapai objektif dengan cara memberikan tugasan kepada orang lain supaya kerja- kerja dapat dilaksanakan bagi mencapai objektif tersebut. Pengurusan juga boleh ditakrifkan sebagai satu proses mendapatkan penyertaan, kerjasama dan campurtangan ahli untuk mencapai objektif- objektif organisasi atau kumpulan, gerak kerjanya termasuk merancang mengelola, memimpin, mengarah dan mengawal. Oleh itu, dalam usaha untuk mencapai matlamat Pendidikan Seni Visual iaitu membentuk keperibadian celik budaya, mempunyai nilai estetik yang tinggi, kreatif, inovatif dan mempunyai rasa kesyukuran terhadap tuhan serta menghargai keindahan alam, peranan guru amatlah penting. Pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual di sekolah disampaikan secara teori dan praktikal. Namun begitu, pendekatan mata pelajaran ini bergantung kepada kebijaksanaan guru untuk mengendalikannya yang meliputi tiga domain utama iaitu, pengetahuan, kemahiran dan nilai. Antara perkara yang perlu ditegaskan dalam bidang penghasilan seni visual adalah kegiatan kreatif yang melibatkan benda-benda yang dapat disentuh, dilihat dan diimaginasi bagi menggalakkan perkembangan persepsi dan daya intuisi. Dengan ini diharapkan fahaman nyata dan abstrak dapat diselaraskan dan pemupukan minat terhadap Pendidikan Seni Visual dapat dikembangkan.

HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN EKA RUSMAWATY BINTI SUJAK 741117715068

Pengurusan bilik darjah didefinisikan sebagai set tingkahlaku yang kompleks yang digunakan oleh guru untuk menetapkan, dan memastikan keadaan- keadaan bilik darjah dapat membawa ke pencapaian objektif pengajaran yang berkesan (Sharifah Alwiah Alsagoff: 1983). Menurut Lee Shok Mee(1995) pula, pengurusan bilik darjah boleh ditakrifkan sebagai semua tindakan guru mengendalikan kelas supaya mewujudkan suasana persekitaran yang tersusun untuk menggalakkan pembelajaran. Kesimpulannya, pengurusan bilik darjah merupakan satu proses yang memerlukan guru mengurus bilik darjah agar aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dapat dijalankan. Oleh yang demikian, pengurusan bilik seni yang baik akan mempengaruhi proses pembelajaran. Tugas mengurus bilik darjah termasuk juga aktiviti mengatur reka letak fizikal dan mewujudkan komunikasi dan interaksi dikalangan pelajar dan guru. Guru pula perlu peka dengan keperluan dari segi aspek fizikal, emosi dan sosial dalam menghasilkan ruang atau bilik khusus yang dapat memberi impak yang maksimum terhadap pembelajaran para pelajar. Dengan itu secara amnya dapat dilihat bahawa kekuatan Pendidikan Seni Visual di sesebuah sekolah terletak kepada peranan guru dan tempat operasi mata pelajaran itu sendiri iaitu Bilik Pendidikan Seni Visual. Iklim dan persekitaran bilik darjah berkaitan dengan pengurusan fizikal seperti pembentukan iklim fizikal, sosial, emosi dan penyusunan bilik darjah. Iklim bilik darjah dalam konteks pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual di bilik seni juga merangkumi keadaan fizikal, social dan emosi agar wujud suasana pembelajaran yang sesuai dan kondusif. (a) Aspek fizikal Suasana fizikal sesuatu bilik seni merupakan rangka yang menentukan keadaan pembelajaran Pendidikan Seni Visual. Suasana fizikal mampu menggalakkan atau menghalang pembelajaran, dan oleh sebab inilah suasana fizikal bilik darjah harus dapat dikawal atau ditentukan oleh guru. Perancangan dan penyusunan fizikal bilik seni melibatkan organisasi, merancang dan menggunakan perkara- perkara yang berkaitan 8

HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN EKA RUSMAWATY BINTI SUJAK 741117715068

dengan tempat duduk murid, bahan bantu mengajar, ruang pameran dan berbagai- bagai perabot lain dengan sempurna. Guru juga perlu berusaha memastikan bahawa bilik seni adalah bersih, susunan perabot adalah teratur dan sesuai untuk aktiviti yang akan dijalankan. Sudut seni untuk pameran contoh-contoh hasil kerja pelajar perlu ada dan diuruskan dengan menarik dan kemaskini. Berikut adalah antara perkara-perkara yang boleh dilakukan untuk mewujudkan suasana bilik seni yang kondusif dari aspek fizikal: (i) Meja dan kerusi murid disusun mengikut kumpulan. Penyusunan tempat duduk

murid penting dalam pengurusan fizikal dan iklim bilik darjah. Apa yang penting ialah guru dapat mengawasi setiap pergerakan dan tingkah laku pelajar agar pelajar sentiasa selamat dan perkara-perkara yang tidak diingini seperti kemalangan dan kecederaan dapat dielakkan. (ii) Carta, gambar, rak pameran dan alat bantu mengajar di bilik Pendidikan Seni diatur

kemas dan menghiasi bilik seni tersebut bagi menggalakkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Susun atur dan hiasan bilik seni yang cantik dan kemas dapat menyuntik unsur teraputik yang akan membuatkan para pelajar berasa selesa.

HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN EKA RUSMAWATY BINTI SUJAK 741117715068

Beberapa sudut pameran hasil seni para pelajar yang terdapat di Sekolah Kebangsaan Pokok Sena

(iii)

Saiz bilik yang mempunyai ruang yang cukup untuk bergerak dapat memberi

keselesaan kepada pelajar menjalankan aktiviti kumpulan dan permainan. Kemudahan ruang simpanan peralatan seperti almari atau kabinet juga akan dapat membantu guru menguruskan bahan-bahan dan peralatan bilik seni dengan lebih sistematik.

10

HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN EKA RUSMAWATY BINTI SUJAK 741117715068

Sebahagian daripada peralatan seni dan almari menyimpan peralatan seni di Sekolah Kebangsaan Pokok Sena

(iv) Bilik Seni mestilah mempunyai tingkap-tingkap dan pintu yang mencukupi agar membolehkan cahaya masuk dan udara beredar secara bebas dalam bilik. Keadaaan cahaya dan udara bilik yang cukup dapat membangkitkan suasana yang segar dan membawa keselesaan kepada pelajar. (v) Keadaan kebersihan dan keindahan bilik seni pula dapat meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, kemudahan lain seperti sinki, juga perlu diambil berat bagi memastikan kebersihan diri pelajar selepas melakukan aktiviti selain dapat mendidik pelajar untuk berdikari. (b) Aspek Sosial Suasana sosial merujuk kepada perhubungan dan corak interaksi di antara murid dengan pelajar, khasnya dalam bilik darjah. Pelajar yang dapat berinteraksi dalam pembelajarannya akan mudah menguasai ilmu yang dipelajari. Guru perlu dapat merancang pergerakan pelajar, tingkahlaku pelajar di dalam kelas sewaktu proses 11

HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN EKA RUSMAWATY BINTI SUJAK 741117715068

pembelajaran berlaku, mewujudkan kumpulan perbincangan, bertanyakan soalan, berbudi bahasa, mengadakan prosedur dalam peminjaman dan pemulangan peralatan pembelajaran. Pelajar secara tidak langsung dilatih melalui sosiometri dalam penguasaan berinteraksi dalam sesuatu kumpulan dan di sinilah proses pengajaran dan pembelajaran akan berlaku. Penekanan aspek sosial akan memberi impak besar terhadap minat pelajar kepada mata pelajaran Pendidikan seni Visual. Selain itu aspek sosial juga boleh berfungsi sebagai pemangkin untuk mengembangkan minat, bakat, kreativiti dan inovatif yang diterapkan melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Guru perlu menyampaikan pengajaran agar mewujudkan suasana interaksi antara pelajar dengan pelajar, pelajar dengan guru dan pelajar dengan bahan. Ini akan dapat menambah keberkesanan proses pembelajaran. (c) Aspek emosi Suasana emosi merujuk kepada perasaan para pelajar terhadap guru mereka. Suasana emosi ini akan menimbulkan jenis-jenis tingkah laku murid yang ditentukan oleh sifat guru dan gaya mengajarnya. Guru perlu memiliki kemahiran komunikasi dan kelucuan penuh dengan budi bahasa untuk mewujudkan kemesraan dan empati di samping mengendurkan perasaan takut dan suasana tegang di kalangan pelajar. Mengikut kajian, suasana emosi bilik darjah yang kondusif biasanya ditimbulkan oleh guru yang mempunyai sifat penyayang, bertimbang rasa, peramah dan lucu serta menjalankan tugas dengan adil, bertanggungjawab, mengamalkan sikap demokrasi dan tidak memilih kasih. Ganjaran dan pujian merupakan salah satu cara yang dapat memotivasikan para pelajar. Guru boleh mewujudkan suasana rapport dan disenangi oleh murid dengan memenuhi kehendak fisiologi iaitu memuaskan deria, memenuhi kehendak mental, untuk keperluan berfikir, membentuk suasana yang meransang kreativiti dan menghasilkan suasana persekitaran yang memberi keyakinan untuk berkarya. 12

HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN EKA RUSMAWATY BINTI SUJAK 741117715068

3.0 AKTIVITI SENI VISUAL i) MENGGAMBAR

Menggambar merupakan satu representasi visual sesuatu objek atau imej yang dihasilkan di atas suatu permukaan yang rata. Reprentasi itu mengandungi suatu komposisi artistik yang dihasilkan melalui aplikasi warna di atas permukaan yang rata dalam bentuk dua dimensi. Ilustrasi yang digunakan menerangkan sesuatu objek dengan lebih jelas. Gambaran huruf pula diterangkan dalam bentuk grafik. Oleh itu, definisi menggambar yang lebih mudah difahami ialah membuat atau menghasilkan gambar. Mengambar merupakan salah satu bidang daripada empat bidang kegiatan yang terdapat dalam sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual. Bidang kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran serta kemampuan murid terhadap aspek melukis serta kegiatan membuat gambar dengan pelbagai media dan teknik yang menekankan aspek ruang, struktur, imbangan dan komposisi. Bidang ini menekankan perkembangan imaginasi, kreativiti dan ekspresi diri. Kegiatan menggambar merangkumi penerokaan kesan seni serta mengenali pelbagai alat, bahan dan kegunaannya. Kegiatan menggambar akan memperkenalkan pelbagai kemahiran asas dan teknik dalam proses rekaan. Kesedaran melalui pemerhatian alam persekitaran menjadi fokus kegiatan menggambar. Kegiatan ini dapat memperkembangkan persepsi visual pelajar dan kesedaran terhadap asas seni reka seperti warna, garisan, susunan dan kesannya. Ini akan membolehkan pelajar menyelaras apa yang dilihat dan dialami dengan apa yang dilakukan melalui gubahan. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita.

Antara kegiatan-kegiatan menggambar adalah :

13

HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN EKA RUSMAWATY BINTI SUJAK 741117715068

a) LUKISAN - Antara teknik yang sering digunakan untuk menghasilkan lukisan ialah teknik lakaran, garisan, lorekan, silang-menyilang, gurisan, sgrafito, gosokan, campuran dan sebagainya. b) CATAN Catan merupakan cara menghasilkan karya dengan menggunakan Sapuan cat akan

bahan mengecat seperti cat air, cat poster, cat emulsi, cat gloss dan lain-lain lagi. Ianya menggunakan berbagai jenis berus atau alat improvisasi lain. gambar. c) KOLAJ - Kolaj adalah kaedah menggambar yang menggunakan tampalan dari gubahan bahan-bahan seperti pelbagai jenis kertas, bahan buatan manusia dan bahan alam semulajadi ke atas sesuatu permukaan seperti kertas atau plastik atau papan secara bebas dan boleh bertindih. Bahan yang berlaian sifat atau jalinan dapat memberi kesan kepada kandungan dan penyampaian gambar. menonjolkan karya dan memberi pelbagai kesan kepada kandungan dan penyampaian

Kolaj d) CETAKAN Cetakan adalah salah satu cara menghasilkan karya dengan mencetak. Terdapat pelbagai jenis cara cetakan. Pelbagai media dan bahan cetakan boleh digunakan. Untuk cetakan jenis blok, imej pada blok disediakan dan warna atau dakwat cetakan dicetak di atas permukaan kertas. Contoh bahan cetakan lain ialah cetakan lino, strawboard dan poliform.

14

HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN EKA RUSMAWATY BINTI SUJAK 741117715068

e) RESIS Resis ialah kaedah menggambar menggunakan bahan yang tidak bercampur antara satu sama lain contohnya warna air dan warna lilin atau warna air atau cow gum. Resis biasanya menggunakan lilin cair atau pepejal. Lilin boleh digunakan untuk melukis atau memadamkan sesuatu kawasan permukaan melukis seperti kertas. Warna air boleh disapukan ke atasnya iaitu kawasan yang tidak berlilin. Warna air akan diserap manakala di kawasan yang berlilin warna air tidak akan diserap. Lilin akan menolak warna air maka terdapat dua kawasan dengan dua jenis kesan. Di peringkat sekolah rendah pelajar menggunakan krayon. Proses batik merupakan salah satu daripada teknik resis.

Resis f) GOSOKAN Kaedah gosokan merupakan kaedah menggambar menggunakan krayon dan gosokkannya di atas kertas yang diletakkan di atas sesuatu yang kasar. Contohnya duit syiling. Jalinan di atas objek akan memberi kesan kepada hasil gosokan. g) STENSILAN - Stensilan merupakan kaedah menggambar menggunakan rupa bentuk gambar yang dikeluarkan dari alat stensil dengan sesuatu cara supaya meninggalkan ruang kosong di atas alat stensil tersebut. Apabila bahan warna disapu di atas stensil yang diletakkan atas kertas, bahan warna akan melalui ruang kosong atau lubang di atas stensil dan diserap oleh kertas. Garis luar pada lubang itu memberi kesan kepada sifat garis luar rupa bentuk yang dihasilkan h) PERCIKAN Percikan ialah kaedah menggunakan alat yang boleh memercikkan bahan warna seperti berus (jalinan bertitik). Percikan boleh dihalang dengan

15

HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN EKA RUSMAWATY BINTI SUJAK 741117715068

menggunakan sesuatu objek atau kertas. Objek atau kertas boleh diubah kedudukannya supaya kesan tindihan berlakuy apabila warna kedua dipercikkan. i) GURISAN - Ia dilakukan menggunakan sesuatu alat yang tajam untuk mengguris keluar sesuatu bahan yang lembut dari sesuatu permukaan. Cara melakukannya permukaan kertas disapu dengan krayon secara berlapis supaya bahan krayon yang tebal berlekat di atas kertas. Gurisan dilakukan dengan alat yang keras atau tajam seperti kayu, paku atau plastik supaya gambar terhasil. Kesan yang berlainan terhasil apabila guna bahan yang berlainan j) CAPAN - Capan boleh digolongkan dalam kategori cetakan. Ia menggunakan bahan yang disapukan warna (cat air atau cat poster) dan dicat ke atas sesuatu permukaan. Ia boleh menggunakan berbagai jenis bahan seperti sayuran, cengkerang. Jalinan berbagai bahan sama dengan kesan jalinan pada hasil capan. k) MOZEK Mozek ialah cara menghasilkan karya dengan menyusun dan menambah bahan-bahan seperti kertas warna, plastik dan lain-lain ke atas sesuatu permukaan seperti kertas, plastik dan papan secara tersusun, bersebelahan dan tidak bertindih. Kepingan bahan yang diulang secara tidak bertindih memberi kesan khas pada mozek yang dihasilkan. Sempadan kepingan bahan yang ditampal itu memberi jalinan keseluruhan kepada gambar yang dihasilkan. l) MONTAJ - Tampalan gambar-gambar yang dipotong yang membentuk satu cerita. Bahan- bahan yang digunakan adalah kertas warna, gambar, majalah, surat khabar. Contoh Bidang A - Menggambar Tajuk Menyusun gambar secara mozek Bahan-bahan yang diperlukan: 1. Kertas lukisan 2. Kertas warna (pelbagai warna) atau gambar 3. Gunting 4. Gam 16

HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN EKA RUSMAWATY BINTI SUJAK 741117715068

Langkah langkah menyusun gambar secara mozek 1. Lakarkan gambar yang sesuai seperti ikan atau pemandangan dan tentukan warna yang akan dipilih untuk gambar itu. - Atau pilih gambar yang sesuai daripada buku, majalah atau surat khabar lama. 2. Gunting kertas warna menjadi kepingan segiempat sama yang kecil. Lekatkan kepingan-kepingan kertas warna pada bahagian yang telah ditentukan warnanya. - Gunting gambar menjadi kepingan segiempat sama yang kecil. Gamkan gambar pada kertas lukisan atau kertas warna.

3. Pastikan keratan yang digam tidak bercantum antara satu sama lain. Lakukan kemasan.

ii)

REKAAN DAN CORAK

17

HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN EKA RUSMAWATY BINTI SUJAK 741117715068

Rekaan dan corak salah satu daripada empat bidang kegiatan dalam kurikulum Pendidikan Seni Visual. Ia merupakan suatu asas utama dalam menghasilkan sesuatu karya seni. Bidang kegiatan rekaan dan corak memberi peluang kepada pelajar memahami pelbagai cara untuk menghasilkan corak dan mengaplikasikannya menjadi suatu rekaan lain. Corak dan rekaan tersebut boleh juga dipadankan kepada mana-mana hasil daripada bidang kegiatan lain seperti binaan, kraf dan sebagainya. Corak bermaksud suatu susunan motif sama ada secara teratur, terancang atau secara bebas dan terhasil daripada pelbagai teknik dan cara. Seringkali corak boleh diperoleh daripada: Alam semulajadi seperti bunga, siput, kayu, serangga dan haiwan

Bahan buatan manusia seperti kerusi, meja, rumah dan gunting Geometri seperti bulat, segi tiga dan segi empat Rupa barangan kraf tradisional seperti wau, gasing dan keris Oleh itu, corak boleh dibahagikan kepada dua cabang iaitu Corak Terancang dan Corak Tidak Terancang. Antara cara mengkasilkan rekaan dan corak adalah melalui kegiatan seperti: Corak tidak terancang a) Pualaman (Cat kilat dalam air) Corak terancang a) Lukisan b) Catan c) Cetakan d) Capan e) Lipatan dan guntingan f) Resis Pualaman b) Tiupan c) Titisan d) Ikatan dan celupan e) Renjisan dan percikan g) Kolaj h) Kaligrafi

18

HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN EKA RUSMAWATY BINTI SUJAK 741117715068

Bidang ini membolehkan pelajar mengenali dan mengkaji pelbagai corak dalam alam dan kehidupan seharian. Bahagian ini menegaskan kegiatan mengenal motif dan olahannya untuk menghasilkan rekaan corak tertentu. Kegiatan ini memberi peluang kepada pelajar membuat rekaan corak tidak terancang, corak terancang dan juga corak tradisional dengan teknik tertentu. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pergerakan, peragaan dan lakonan. Contoh Bidang B Rekaan dan corak Tajuk Menghasilkan corak garisan menggunakan teknik resis Bahan-bahan yang diperlukan: 1. Kertas lukisan (boleh dibahagi dua) 2. Warna air 3. Krayon Langkah langkah menghasilkan corak garisan

1. Lakar corak garisan di tengah kertas lukisan menggunakan krayon.

2. Hasilkan pelbagai garisan ciptaan mengikut kreativiti.

3. Warnai latar keseluruhan kertas lukisan menggunakan warna air yang lebih gelap. Lakukan kemasan.

19

HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN EKA RUSMAWATY BINTI SUJAK 741117715068

iii)

MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN Membentuk dan membuat binaan merupakan satu proses penghasilan objek tiga

dimensi bersifat konkrit, berisipadu, mempunyai pandangan sisi, kiri, kanan, atas dan bawah. Objek ini berupa objek semula jadi, objek buatan manusia atau bentuk ilusi. Kegiatan membentuk boleh dilakukan sama ada daripada bentuk dua dimensi seperti dari tanah liat kepada pasu bunga atau bentuk tiga dimensi iaitu daripada kota mancis kepada lori. Bidang kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi murid terhadap aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan. Berpandukan aspek tersebut murid dapat memahami dengan lebih jelas bila mereka membentuk dan membina sesuatu model. Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan juga mendedahkan murid dengan penggunaan pelbagai bahan, alat dan teknik penghasilan. Ini memberi peluang kepada murid berinteraksi secara kreatif dengan alat dan bahan, semasa menjalankan proses penghasilan seni. Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan di sekolah rendah iaitu arca timbul, arca asemblaj, arca bergerak, arca stabil, model, diorama, boneka, topeng dan origami. Kegiatan membentuk dan membuat binaan memberi peluang kepada murid-murid membuat rujukan kepada objek sebenar. Perbandingan ini akan memberi kesedaran bahawa idea dan kreativiti mempunyai fungsi dan makna. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita. Contoh Bidang C - Membentuk dan membuat binaan 20

HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN EKA RUSMAWATY BINTI SUJAK 741117715068

Tajuk Membuat Pasu Bunga Gantung Bahan-bahan yang diperlukan: 1. Kertas lukisan (boleh dibahagi dua) 2. Gunting 3. Gam 4. Warna Langkah-langkah membuat pasu bunga gantung: 1. Lipatkan kertas seperti contoh di sebelah.

2. Potongkan bahagian bawah yang berlebihan menjadi kertas kepada segiempat tepat.

3. Lipatkan lagi bentuk segitiga menjadi segitiga yang kecil.

4.Lipatkan kertas dari arah dalam, lalu membentuk segiempat pula (aktiviti dilakukan di depan dan belakang kertas)

21

HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN EKA RUSMAWATY BINTI SUJAK 741117715068

5. Hasilan segiempat pada langkah empat akan menghasilkan tiga lapisan di dalam. Masukkan dua lapisan ke dalam seperti yang ditunjukkan dalam gambar. 6. Binaan untuk pasu sudah pun siap. Sekarang, ambil lebihan kertas yang dipotong dalam langkah 1 dan lukiskan bunga dan daun di atasnya. Warnakan. Gunting dan tampal gambar pada pasu. Tangkai bunga hanyalah dilukis.

iv)

KRAF TRADISIONAL

Kraf tradisional boleh didefinisikan sebagai perusahaan atau kerja seni yang melibatkan kemahiran kerja tangan yang memerlukan daya cipta oleh masyarakat yang diwarisi turun-temurun. Kraf tradisional adalah merupakan warisan bangsa, pusaka peninggalan nenek moyang kita satu masa dahulu. Hasil ciptaan kraf tradisional, kaya dengan unsurunsur budaya dan ini jelas tercermin melalui bentuk, gaya, sifat, garis, gerak, dan 22

HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN EKA RUSMAWATY BINTI SUJAK 741117715068

warnanya. Barang-barang kraf ini dihasilkan mengikut kaedah reka bentuk dan hiasan tertentu. Bahan yang digunakan tidak terhad. Kebanyakan barang-barang kraf ini pada asalnya dihasilkan adalah untuk kegunaan harian atau untuk sesuatu kerohanian. Tukang pandai Melayu terus berusaha mencipta bukan sahaja untuk menghasilkan barang untuk tujuan kegunaan tetapi juga penghasilan bahan yang indah untuk berbagai-bagai tujuan. Di sekolah rendah, pelajar diperkenalkan dengan kraf tradisional seperti alat domestik, alat permainan, alat pertahanan diri, perhiasan diri (ornamen), batik, tekat, ukiran, tenunan, anyaman dan tembikar. a) Alat domestik merupakan perlatan harian masyarakat tradisional seperti senduk daripada tempurung, kukur kelapa daripada besi dan kayu, tenggala daripada kayu. Teknik teknik yang biasa digunakan ialah teknik luakan, assemble dan ukir. b) Alat permainan dalam kraf tradisional ini adalah alat permainan yang dimainkan untuk mengisi masa lapang selepas kerja menuai, seperti wau dan gasing. c) Alat pertahanan diri atau senjata digunakan untuk memburu dan mempertahankan diri, seperti keris, tombak, tumbuk lada, lawi ayam, lembing dan sumpit. d) Batik merupakan sejenis kraf yang dihasilkan melalui proses menerap lilin dan mewarnakan kain. e) Seni tekat adalah sejenis kraf tradisional yang mana tekstil dihasilkan dengan cara menyulam benang ke tasa kain dasar jenis baldu. f) Tembikar ialah barang kraf yang dihasilkan daripada tanah liat, dibentuk dan dibakar. g) Seni anyaman pula ialah satu proses menyalin helaian daun pandan,mengkuang. Bilah buluh, rotan, lidi, bertam, paku-pakis ribu-ribu melalui teknik selang-seli. h) Senu ukiran kayu pula ialah sejenis kraf tangan untuk menghiasi rumah. Ia berfungsi sebagai hiasan pada bahagian pintu, siling, dinding atau tebar layar. Bidang ini memberi kesedaran tentang adanya beberapa jenis kraf tradisional dalam budaya tanah air. Kegiatan kraf tradisional memperkenalkan fungsi, proses dan teknik membuat, alat dan bahan, motif, corak dan hiasan. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran yang merangkumi pengenalan, proses pembuatan serta mengenali tokoh-tokoh bagi setiap bidang kraf yang dinyatakan. 23

HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN EKA RUSMAWATY BINTI SUJAK 741117715068

Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita. Contoh Bidang D Kraf tradisional Tajuk Menghasilkan anyaman ikan Bahan-bahan yang diperlukan: 1. Kertas warna 2. Gunting 3. Gam 4. Kertas lukisan Langkah langkah menghasilkan gambar melalui hasil anyaman

1. Hasilkan satu bentuk anyaman mudah.

2. Guntingkan kertas warna atau kertas lukisan seperti bentuk ikan.

3. Gamkan kertas warna yang digunting tadi ke atas kertas anyaman. Lalukan kemasan.

RUMUSAN Kewujudan bilik seni amat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Seni Visual. Ia haruslah seberapa boleh diasingkan atau 24

HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN EKA RUSMAWATY BINTI SUJAK 741117715068

dijarakkan daripada kebisingan kantin, padang dan pejabat. Situasi teraputik ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa ketenangan dan kejauhan dari kebisingan tadi dapat mewujudkan mood atau suasana pembelajaran yang memberangsangkan dan menarik minat. Sebagai guru Pendidikan Seni, anda boleh berusaha untuk mewujudkan iklim bilik Pendidikan Seni yang dapat meningkatkan lagi kreativiti pembelajaran dan pengajaran.

RUJUKAN / REFERENSI Abd. Ghafar Md. Din, (2003). Prinsip dan Amalan Pengajaran, Selangor: Utusan Publication & Distributor. Atan Long Ph.D, (1980). Pedagogi Kaedah Am Mengajar, Kuala Lumpur: Fajar Bakti. Azman Che Omar, (2003). Pengurusan Di Malaysia Dari Perspektif Islam,Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Bahagian Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia. (2002). Kurikulum Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah Malaysia . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Ee Ah Meng, (2000). Pendidikan di Malaysia, Falsafah Pendidikan, Guru dan Sekolah(edisi kedua), Kuala Lumpur: Fajar Bakti. Rousliluddin Ambia, et. al. (2007). HBAE1103: Pengenalan Pendidikan Seni Visual, Kuala Lumpur: Open University Malaysia.

25

HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN EKA RUSMAWATY BINTI SUJAK 741117715068

Sharifah Alwiyah Alsagof, (1983). Ilmu Pendidikan: Pedagogi.Kuala Lumpur: Helnemann Asia. Zulkafli Md. Hashim, (2009). Menggambar. Diakses atas talian pada Mac 01, 2012, daripada blog Seni Dalam Pendidikan:

http://zul9990.blogspot.com/2009/09/menggambar-zul9990-pengenalanbidang.html

26