Anda di halaman 1dari 10

1.

0 SEJARAH OLAHRAGA DUNIA

Olahraga trek dan padang biasanya dikenali sebagai olahraga atau trek dan padang adalah satu koleksi acara sukan yangmelibatkan larian, balingan dan lompatan. Nama "olahraga" atau athletic berasal daripada perkataan Greek "athlos", bermaksud "bertanding". Acara asal dan hanya satu dalam Olimpik yang pertama pada 776 SM adalah lumba lari panjang-stadium atau "stad", diadakan di trek.

Terdapat beberapa temasya lain diadakan di Eropah semasa era klasik:

Sukan Panhellenic:
a)

Sukan Pythian (diasaskan pada 527 SM) diadakan di Delphi setiap empat tahun

b)

Sukan Nemean (diasaskan pada 516 SM) diadakan di Argolid setiap dua tahun

c)

Sukan Isthmian (diasaskan pada 523 SM) di Corinth Isthmus setiap dua tahun

Sukan Rom - acara olahraga khusus kepada lumba kaki, melontar, lumba kuda, bergusti dan pertempuran gladiator.

The Tailteann Games (dikatakan bermula pada 1829 SM).Diadakan berhampiran bandar Telltown di Ireland, perjumpaan tiga puluh har ini mrangkumi acara jalan kaki dan acara melempar batu.

Bangsa Celt, Teuton dan Goths yang berjaya menerajui empayar Rom juga meminati sukan olahraga. Namun begitu, ini kerap dikaitkan dengan latihan pertempuran dan tidak dikelolakan dengan baik.

Pada pertengahan abad ke-19, satu organisasi formal pertandingan olahraga ditubuhkan. Ini termasuk kerjasama antara pertubuhan sukan dan sekolah. Kolej Tentera Diraja Sandhurst membuat pertikaian bahawa mereka merupakan kolej

pertama yang menubuhkan organisasi olahraga pada 1812 dan 1825 tanpa sebarang bukti . Namun begitu, mesyuarat pertama organisasi olahraga yang dicatat diadakan di Shrewsbury, Shropshire pada tahun 1840 oleh Sekolah Diraja Shrewbury Hunt. Sehingga kini, tiada sebarang bukti yang kukuh yang dapat menyatakan tentang penubuhan organisasi formal olahraga.

Olahraga mula disertakan dalam pertandingan Olimpik pertama pada tahun 1896 dan masih diteruskan sehingga kini. Wanita hanya dibenarkan untuk menyertai acara trek dan padang pada tahun 1928. Sejak itu, beberapa pertubuhan atau organisasi olahraga telah ditubuhakan dengan giat di Amerika Syarikat. Ini termasuk International Association of Athletics Federations, Amateur Athletic Union dan USA Track & Field.

Jika permulaan di Greek Kuno diambil kira seperti yang dinyatakan oleh kebanyakan buku sejarah, bermakna olahraga sudah bermula sejak 3000 tahun yang lalu. Jika pendapat ini diterima, bermakna olahraga sudah tentu merupakan sukan terawal di dunia. Salah satu bukti yang kukuh untuk menjelaskan kesahihan kenyataan ini dapat dilihat pada sejarah awal Sukan Olimpik Kuno. Sukan itu dipercayai bermula pada tahun 776 SM, sehingga kini sudah diakui merupakan catatan awal bermulanya olahraga sebagai satu acara sukan. Ini disebabkan olahraga merupakan acara utama sukan tersebut. Dengan kata lain, orang Greek sudah mengambil bahagian dalam pertandingan olahraga, walaupun matlamat asal olahraga mereka bukanlah menjadikan olahraga sebagai acara sukan yang dipertandingkan. Mereka lebih menganggap olahraga sebagai salah satu cabang seni melalui persembahan peserta-peserta yang mengambil bahagian.

Dalam perjumpaan Sukan Olimpik Kuno, olahraga merupakan acara yang mendapat perhatian ramai. Sebuah buku tentang sejarah dan perkembangan sukan iaitu The Encyclopedia of Sports ada menyatakan tentang olahraga yang bermula pada zaman Greek Kuno dan mencatatkan bahawa lompat jauh dianggap sebagai acara pertama yang dipertandingkan dalam sukan tersebut. Sukan Olimpik ini yang bermula pada tahun 776 SM berjaya diadakan setiap empat tahun sekali sehingga tahun 397

SM. Selepas itu Sukan Olimpik tidak dapat diadakan lagi atas arahan Maharaja Rom, Theodosius, tanpa menyatakan alasannya.

Ketiadaan sukan itu menyebabkan penduduk pada ketika itu berasa kehilangan sesuatu. Mereka tidak lagi dapat berkumpul dan bertanding seperti sebelumnya. Walau bagaimanapun, mereka tetap meneruskan aktiviti berlari, melompat dan melontar. Setidak-tidaknya mereka dapat juga mempamerkan kemahiran dan kebolehan mereka untuk diadili oleh orang ramai. Oleh sebab pertandingan sukan olahraga menerusi Sukan Olimpik Kuno itu diadakan khusus untuk penduduk sekitar Greek sahaja, tiada negara lain yang sanggup meneruskan tradisi sukan tersebut akhirnya berkuburlah sukan itu. Hal itu berlanjutan sehingga abad ke-19. Walaupun tanpa sukan tersebut, mereka terus mengadakan pertandingan sesama mereka secara kecil-kecilan.

Menjelang abad ke-19, barulah timbul ura-ura untuk menghidupkan semula Sukan Olimpik yang sekian lama berkubur. Pada masa itu, terdapat pula usaha negaranegara lain yang mula menunjukkan minat (selain Greek) untuk menghidupkan semula sukan olahraga. Di England umpamanya, olahraga berjaya dihidupkan kembali oleh Royal Military College menerusi temasya sukannya yang diadakan pada tahun 1812. Perjumpaan sukan itu dianggap sebagai yang pertama diadakan selepas berkuburnya Sukan Olimpik Kuno. Kejayaan kolej itu mengadakan temasya sukan olahraga telah mendorong pihak-pihak lain untuk turut sama mengembangkan sukan ini ke merata tempat di England.

Tidak berapa lama selepas itu, muncul kelab olahraga yang pertama di dunia iaitu Kelab The New Guild di England. Penubuhan kelab ini juga turut mendorong kemunculan beberapa kelab olahraga yang lain selepas itu. Kebanyakan sekolah turut menggalakkan pelajar melibatkan diri dalam olahraga, begitu juga dengan universiti dan kolej. Sasaran menjadikan sekolah, kolej dan universiti sebagai tempat

mengembangkan sukan olahraga amat wajar dan dengan segala kemudahan serta pengurusan yang teratur, peluang untuk mengembangkan sukan olahraga amat cerah. Universiti Oxford adalah antara beberapa universiti yang terawal menubuhkan pasukan

olahraga, iaitu Exeter College Athletics Club yang ditubuhkan pada tahun 1850. Apa yang menarik kelab itu masih wujud hingga ke hari ini.

Perkembangan sukan di negara-negara Eropah khususnya di England termasuk sukan olahraga pada abad ke-19 memang ketara. Ini menjadikan penduduk di situ mudah mempelajari dan menerima kedatangan sukan olahraga ini. Oleh itu, tidak hairan jika dikatakan bahawa tahun-tahun 1860-an merupakan tempoh perkembangan sukan olahraga yang pesat di England. Sambutan penduduk setempat yang menggalakkan memudahkan lagi perkembangan sukan ini.

Bagi meningkatkan perkembangan sukan olahraga ini, kejohanan olahraga berbentuk terbuka mula dianjurkan oleh kelab-kelab olahraga di negara tersebut. Sekali lagi sukan olahraga mendapat sambutan yang sungguh menggalakkan daripada penduduk di situ. Orang ramai sudah mula meminati dan turut menonton kejohanankejohanan yang dianjurkan. Selain itu, olahraga turut diperkenalkan ke Amerika Syarikat dan Kanada. Usaha pengembangan sukan ini di England diteruskan pada tahun 1876, negara tersebut Berjaya mengadakan kejohanan olahraga pertama yang berbentuk pertandingan peringkat antarabangsa. Kejohanan tersebut melibatkan England dan Ireland.

Kemunculan sukan olahraga di Amerika Syarikat telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada rakyat negara tersebut. Perjumpaan olahraga turut diadakan dalam masa yang singkat. Pada penghujung abad ke-19 dan awal abad ke- 20, ahli-ahli olahraga Amerika Syarikat yang baru sahaja didedahkan dengan sukan ini mampu menunjukkan prestasi yang membanggakan. Sebilangan besar daripada atlit Amerika Syarikat bukan sahaja berjaya memenangi malah menguasai banyak perjumpaan sukan yang diadakan, termasuk di luar Amerika Syarikat.

Turut membanggakan lagi ialah penguasaan ahli-ahli olahraga Amerika Syarikat ini amat menonjol sehingga mampu mencipta dan memecahkan rekod yang terdahulu. Ketika itu kebanyakan rekod dunia masih belum mendapat pengiktirafan maka rekod-

rekod ini tidak dicatat untuk rujukan. Walau bagaimanapun, daripada senarai pemenang pada kebanyakan perjumpaan olahraga menunjukkan bahawa sebahagian besarnya adalah peserta dari Amerika Syarikat.

Perkembangan seterusnya ialah ke negara-negara Eropah yang lain, Kepulauan Inggeris dan ke beberapa negara dunia yang lain. Kemasukan sukan ini juga mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk setempat, malah dalam masa yang singkat sahaja sudah mampu menghasilkan olahragawan bertaraf dunia. Walau bagaimanapun, prestasi dan kebolehan para olahragawan Amerika Syarikat masih belum tergugat. Mereka masih menguasai sebilangan besar perjumpaan olahraga antarabangsa. Hal ini ditambah lagi dengan kemunculan atlit Amerika Syarikat yang berketurunan menakjubkan. Negro yang menunjukkan prestasi yang membanggakan dan

Di negara-negara lain juga turut diadakan kejohanan olahraga yang disertai oleh peserta-peserta luar negara. Malahan menerusi persatuanpersatuan olahraga masing-masing, mereka menjadikan perjumpaan olahraga sebagai

perjumpaan tahunan yang meriah. Perjumpaan olahraga seperti Sukan Olimpik telah dijadikan medan perjumpaan para olahragawan dari seluruh dunia untuk mengukur kebolehan dan keupayaan para peserta masing-masing dalam bidang olahraga. Sejak diadakan pada zaman kuno lagi, perjumpaan sukan ini dianggap sebagai perjumpaan sukan yang terbesar di dunia dan olahraga dijadikan acara yang utama dalam sukan tersebut.

Australia dan New Zealand juga berjaya melahirkan olahragawan yang mampu menandingi peserta dari negara-negara Eropah dan Amerika Syarikat. Olahragawan dari Asia, Afrika dan Amerika Selatan ketika itu masih belum mampu menggugat atau menandingi mereka, walaupun sukan olahraga telah diperkenalkan ke negara-negara tersebut. Selepas tahun 1960-an, barulah muncul peserta-peserta dari tiga bahagian dunia ini yang mampu menandingi dan memberi saingan, tetapi prestasi mereka masih belum mampu menggugat potensi ahli-ahli olahraga dari Amerika Syarikat, Eropah dan

Kanada. Kini semakin ramai olahragawan dari ketiga-tiga rantau Afrika, Amerika Selatan dan Asia yang telah menunjukkan prestasi yang baik dan memenangi beberapa acara sejak kebelakangan ini. Ini menjadikan pertandingan olahraga, khususnya menerusi Sukan Olimpik semakin mencabar dan menarik.

Kebanyakan negara mula menubuhkan persatuan olahraga masing-masing setelah beberapa tahun olahraga diperkenalkan di negara mereka. Persatuanpersatuan ini bertujuan menjadi badan penyelaras kepada setiap aktiviti dan kejohanan yang disertai oleh negara berkenaan. Persatuan ini juga bertindak sebagai badan yang bertanggungjawab ke atas perkembangan dan kemajuan olahraga di negara masingmasing.

Negara kita juga tidak ketinggalan menubuhkan persatuan olahraga sendiri sejak tahun 1926. Dengan adanya persatuan-persatuan olahraga ini telah memberi kesempatan dan peluang kepada peserta-peserta dari pelbagai negara mengambil bahagian dalam kejohanan dan perjumpaan olahraga yang dianjurkan oleh mana-mana persatuan yang bergabung dengan Persekutuan Olahraga Amatur Antarabangsa (IAAF) atau anjuran badan dunia itu sendiri.

SEJARAH LARI PECUT

Lari pecut merupakan salah satu acara terawal dalam pertandingan olahraga yang pernah dicatatkan. Pada zaman moden, antara rujukan terawal ialah perandingan di kalangan pekerja serta orang suruhan bangsawan. Pada abad ke-19 lari pecut menjadi semakin popular. Acara stade adalah antara acara yang mula-mula dipertandingkan dan melibatkan jarak 192 meter. Jarak ini juga merupakan panjang stadium yang digunakan. Berikutan ini acara ulang alik yang dinamakan dialos berjarak 384 (192 meter x 2 ) diadakan. Pada zaman olimpik kuno, larian bermula dengan blok permulaan yang dibina melintang keluasan stadium berkenaan.

Blok permulaan diperbuat daripada ketulan batu marmar. Blok permulaan disediakan dengan lubang saiz tapak kaki. Semua atlet menggunakan blok yang tetap walaupun saiz kaki mereka berbeza. Pagar permulaan yang dinamakan husplex digunakan untuk memulakan perlumbaan. Perkembangan lari pecut pada abad 19 terbatas kerana tiada undang-undang dan peraturan-peraturan, prosedur permulaan dan penjagaan masa yang tepat. Perlbagai cara permulaan digunakan, sehingga menjadi masalah mengenai cara mana yang patut digunakan. Walaubagaimanapun persetujuan dibuat untuk mejadikan cara permulaan berdiri sebagai cara permulaan yang paling baik dan diterima oleh semua pihak.

Pada tahun 1880an ramai jurulatih membuat percubaan cara memulakan sesuatu larian. Antara permulaan awal ialah pencil start, di mana para atlet berlari 20 meter pertama dengan memegang pensil. Permulaan dimulakan dengan persetujuan dan tembakan. Kemudian wujudlah gaya dekam pada tahun 1884. Di Australia gaya ini dikenali sebagai kangaroo start. Sebelum tahun 1921 kebanyakkan pertandingan hanya untuk lelaki sahaja, pertandingan pertama untuk wanita telah diperkenalkan pada tahun 1921 di Monte Carlo.

Dalam acara 100 meter, rekod rasmi lelaki yang pertama dilakukan oleh Harald Andersson dari Switzerland pada tahun 1890 dengan catatan 11.0, Marlies Gohr dari Jerman pula adalah pemegang rekod pertama dengan 10.88 saat yang dibuat pada Sukan Olimpik tahun 1928. dalam acara 200 meter, rekod larian sebelum olimpik moden dibayangi oleh larian yang dibuat pada jarak lurus tanpa selekoh. Charles Wood merupakan orang pertama yang mencatat 22 saat. Bagi wanita acara 200 meter diperkenalkan dalam Sukan Olimpik 1948, Wilma Rudolph dari Amerika Syarikat adalah pemegang rekod pada tahun tersebut dengan masa 22.9. Dalam acara 400 meter, Maxie Long adalah orang pertama yang berjaya mencatat masa 47.8 saat dan dipecahkan oleh Lee Evans pada tahun 1968 dengan masa 43.86 saat. Marlene Mathews dari Australia telah mencatat masa 57.0 saat bagi wanita dan masa ini telah diperbaharui iaitu di bawah 50 saat oleh Irena Szewinska dari Poland dengan catatan

masa 49.9 saat pada tahun 1974. Marita Koch dari Jerman pula telah berjaya mencatat masa 48.94 saat pada tahun 1978.

PERKEMBANGAN OLAHRAGA DI MALAYSIA

Sejarah perkembangan lari pecut mempunyai kaitan dengan keperluan aktiviti fizikal yang bermula pada penghujung tahun 1800. Ketika lari pecut merupakan aktiviti fizikal yang dijadikan salah satu acara yang dipertandingkan.

Pada tahun 1912, Persekutuan Olahraga Amatur Antarabangsa (IAAF) ditubuhkan untuk menyelaraskan program, aspek teknikal, peralatan, dan rekod dunia dalam acara olahraga. Olahraga mula diperkenalkan ke negara kita pada pertengahan abad
ke-19 di Singapura. Namun sukan ini tidak mendapat sambutan penduduk negara kita. Sehinggalah pada tahun 1906, kejohanan olahraga yang pertama diadakan di Ipoh, Perak. Namun begitu, penyertaan hanya terhad kepada para pegawai Inggeris sahaja. Pada tahun 1920, kejohanan olahraga diadakan di Kuala Lumpur dan pada masa yang sama Persatuan Olahraga Amatur British Malaya ditubuhkan. Keanggotaan Persatuan Olahraga Amatur British Malaya dibuka kepada semua negeri di Malaysia pada tahun 1931. Dalam kejohanan olahraga 1931, Mohd. Hanif Ghows (Perak) telah berjaya memenangi dan mencipta rekod baru dalam acara 100 ela pecut dan dia Merupakan peserta tempatan pertama yang berbuat demikian. Malaya mula melibatkan diri dalam perjumpaan olahraga antarabangsa pada tahun 1950-an. Pada tahun 1956, Malaya mengambil bahagian dalam Sukan Olimpik pada kali pertama di Melbourne. Pencapaian terbaik negara dalam sukan olahraga ialah selepas tahun 1960-an.

Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) ditubuhkan selaras dengan perkembangan olahraga iaitu pada tahun 1952 untuk mengendalikan sukan olahraga. Aktiviti olahraga bagi peringkat sekolah pula dikendalikan oleh Majlis Sukan SekolahSekolah Malaysia (MSSM), Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Negeri (MSSN) dan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah (MSSD).

2.0 SENARAI ACARA PADANG DAN BALAPAN DI PERINGKAT MSSM

KUMPULAN UMUR ACARA 18 80 m 100 m 200 m 400 m 800 m 1500 m 3000 m (Terbuka) LELAKI 15 12 10 18 PEREMPUAN 15 12 10

5000 m (Terbuka)
80 m Lari Berpagar (0.762 m) (Jarak pagar 12 m/8 m/ 12 m) 100 m Lari Berpagar (0.838 m) (Jarak pagar 13 m/8.5 m/ 10.5 m) 110 m Lari Berpagar (0.991 m/0.914 m) (Jarak pagar 13.72 m/ 9.14 m/14.02m)

200 m Lari Berpagar (0.914 m/0.762 m) (Jarak pagar 16 m/19 m/ 13 m)

18 400 m Lari Berpagar (0.914m/0.762m) (Jarak pagar 45 m/35 m/ 40 m) 3000 m Lari Berhalangan 2000 m 2000 m Berjalan Kaki 3000 m Berjalan Kaki 10,000 m Berjalan Kaki Lompat Tinggi

15

12

10

18

15

12

10

Lompat Jauh Lompat Kijang Lombol Bergalah (Terbuka) Melontar Peluru Melempar Cakera Merejam Lembing Membaling Tukul Besi (Terbuka) 4 X 100 m 4 X 200 m 4 X 400 m Pentatlon (Terbuka) Heptatlon (Terbuka) Lompat Jauh Berdiri Lari Berganti-ganti (Ulang-alik 50 m )

Anda mungkin juga menyukai