Anda di halaman 1dari 9

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT DAMANSARA

JALAN BERINGIN, KUALA LUMPUR

LAPORAN PROGRAM TRANSISI TAHUN 1 2012

Minda Cerdas Mata Bercahaya

PROGRAM ORIENTASI DAN TRANSISI 2012


1. Pendahuluan Program Transisi Prasekolah ke Tahun Satu merupakan satu program yang bertujuan untuk membantu murid menghadapi perubahan daripada pendidikan tidak formal di rumah atau tadika kepada pendidikan lebih formal di tahun satu sekolah rendah. Dalam masa yang sama program ini juga dapat memastikan agar semua murid Tahun Satu yang datangnya dari latar belakang, pengalaman dan sosio ekonomi yang berbeza akan dapat memulakan proses pembelajaran di Tahun Satu pada tahap pencapaian yang hampir sama. 2. Pelaksanaan Program Transisi Secara keseluruhannya Program Transisi Prasekolah ke Tahun Satu ini mengambil masa selama 3 minggu. Program ini bermula pada minggu pertama sesi persekolahan dan berakhir pada minggu ketiga. Jangkamasa 3 minggu ini pula telah dibahagikan kepada beberapa fasa aktiviti mengikut keperluan tertentu. Walaubagaimanapun, dari segi persediaan ianya perlu bermula sejak awal lagi iaitu bermula bulan oktober hinggalah bermulanya sesi persekolahn yang baru.

3. TAHAP PELAKSANAAN PROGRAM TRANSISI TAHAP PERTAMA Persediaan awal ( Oktober hingga Disember ) Pada tahap ini, persediaan yang dilakukan ialah seperti membuat persiapan fizikal bilik darjah dan perancangan aktiviti untuk pendaftaran murid Tahun 1, taklimat dengan ibu bapa, minggu orientasi, program pembelajaran dan pengajaran selepas minggu orientasi hingga tamat program transisi dan aktiviti lanjutan untuk murid yang masih memerlukan penyesuaian.

TAHAP KEDUA Pelaskanaan Minggu Orientasi ( Minggu Pertama ) Aktiviti di minggu orientasi ini berteraskan prinsip untuk memperluaskan pengalaman prasekolah dan pengenalan ke sekolah baru kepada murid-murid tahun satu. Dalam minggu pertama minggu orientasi beberapa aktiviti perlu disediakan mengikut objektif seperti suaikenal, hidup bersama, pembentukan tingkah laku, motivasi diri, penglibatan dalam aktiviti kreatif, main sambil belajar dan belajar sambil meneroka.

TAHAP KETIGA Pelaksanaan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran ( Minggu ke-2 hingga 3 ) Selepas minggu orientasi selama 1 minggu, diharapakan muridmurid tahun satu sudah bersedia untuk meneruskan proses pembelajaran dalam suasana yang menyeronokkan. Namun begitu, peluang masih diberikan kepada murid yang masih kurang berkemampuan mencapai tahap yang diharapkan melalui aktiviti yang berterusan sehinggalah tamat dalam jangkamasa 3 minggu proses transisi. 4. Matlamat Pada akhir Program Transisi murid dapat mengenali dan membina hubungan mesra di kalangan kanak-kanak dan antara kanakkanak dan guru dalam masa singkat. Murid juga dapat didedahkan dengan suasana dan persekitaran sekolah baru. Murid didedahkan dengan suasana pengajaran dan pembelajaran KBSR yang menyeronokkan. Selepas program ini murid juga dapat meningkatkan perkembangan potensi diri dalam bidang kognitif dan bahasa, psikomotor dan fizikal dan sosio- emosi secara beransur-ansur. Murid juga dapat membina dan meningkatkan kemahiran dan potensi diri mereka. Murid juga dapat memulakan pengajaran dan pembelajaran KBSR yang bersepadu melalui pendekatan tematik.

5. Butiran Program 5.1 5.2 5.3 Tarikh Masa Tempat : 04.01.2012 hingga 20.01.2012 : 07.35 pagi hingga 12.25 tgh. : Dewan Bestari SKBD, kelas Tahun 1 dan sekitar bangunan sekolah.

6. Kumpulan sasaran Semua murid-murid Tahun 1 seramai 200 orang.

7. Pengisian Program Sila rujuk lampiran 1.

OBJEKTIF PROGRAM TRANSISI SK BUKIT DAMANSARA


Membantu kanak-kanak menghadapi perubahan diri dalam keadaan transisi dari pendidikan tidak formal kepada pendidikan secara formal Membantu murid menyesuaikan diri dengan persekitaran baru Mengurangkan jarak perbezaan yang berlaku di kalangan kanak-kanak Meningkatkan keyakinan diri di kalangan kanak-kanak tertentu Memperkembangkan sosio-emosi kanak-kanak Membantu kanak-kanak mencapai perkembangan kognitif yang hampir sama untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran Membangkitkan minat kanak-kanak untuk belajar

PROGRAM TRANSISI 2012 SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT DAMANSARA PELAN TINDAKAN


TARIKH/MASA SEPT 2011 AKTIVITI Taklimat program transisi kepada guruguru dan staf sokongan. TEMPAT Bilik mesyuarat TINDAKAN Semua guru dan staf Membentuk Jawatankuasa Induk Orientasi dan minggu Transisi Bilik mesyuarat Semua guru dan staf SEPT 2011 Maklumat kepada ibu bapa berkenaan pengesahan kemasukan murid ke Tahun satu 2011,melalui surat. Pejabat Staf sokongan

OKT-DIS 2011

Penyediaan senarai nama murid-murid tahun 1 bagi sesi 2011.

Pejabat

Staf sokongan

NOV 2011

-Taklimat jawatankuasa (kerja ) pelaksanaan orientasi dan transisi. - Bengkel penyediaan rancangan/aktiviti untuk program transisi dan orientasi 2011. - Penyediaan fail peribadi dan maklumat murid murid 2011. -Pembahagian murid-murid mengikut kelas. -menyenaraikan nama murid-murid mengikut kelas. -menyediakan soalan ujian untuk hari Orientasi.

Bilik mesyuarat

Semua guru yang terlibat

DIS 2011

-Taklimat untuk Hari Orientasi

Bilik

Guru-guru

mesyuarat -Persiapan bahan/dewan /kelas dan buku program untuk Hari orientasi. Dewan kelas 21 DIS 2011 Hari Orientasi bagi murid-murid Tahun 1 2011. (Rujuk buku program Orientasi) Penyerahan fail peribadi yang mengandungi borang-borang berikut: (Hal Ehwal Murid/Kad Pergigian/Buku Rekod Kesihatan/Yuran/baju PJK dll.) Dewan Kelas Tahun 1

tahun 1

Semua guru.

30 DIS 2011

- pemberian buku teks kepada muridmurid Tahun 1 2012.

Kelas tahun 1 Bilik buku teks.

Guru-guru tahun 1 dan guru buku teks.

4-20 JAN 2012

Program Transisi dilaksanakan -program lanjutan -Pendekatan Bersepadu dan Tematik

Kelas tahun 1

Semua guru Tahun 1

JAWATANKUASA INDUK PROGRAM TRANSISI 2011

PENASIHAT : PN.ZARINA BINTI JAMIL PPN. (GURU BESAR) PENGERUSI : PN HJH.ROHANI BINTI HJ.JAAFAR (GPK HEM) NAIB PENGERUSI :EN.ROSEDI BIN HAMID (GPK TAKBIR & KURIKULUM) EN.MOHD RIZUWAN BIN TOHARUDDIN (GPK KOKURIKULUM) PENYELARAS: PN ZAINI BINTI MD SAAD SETIAUSAHA : PN L KAMALRIZALDIANA BT ZAHARI AJK : GURU-GURU KELAS TAHUN 1 GURU DISIPLIN GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING GURU PUSAT SUMBER SEMUA KETUA PANITIA

Anda mungkin juga menyukai