Anda di halaman 1dari 1

17 April 2013 Cik Zarina Bt Shakri Sekolah Menengah Agama Dato Haji Mustafa, 72200 Batu Kikir, Negeri

Sembilan Darul Khusus Cik, SURAT PENGESAHAN-LAWATAN KE MUZIUM KESENIAN ISLAM MALAYSIA Terima kasih kerana telah memilih Muzium Kesenian Islam Malaysia ( MKIM ) sebagai destinasi lawatan. Berikut adalah butir-butir lawatan ; Tarikh Masa Bilangan Bayaran : : : : 28 April 2013 ( Ahad ) 2.30 petang 160 orang pelajar dan 16 orang guru RM 6 untuk seorang pelajar RM 12 untuk seorang dewasa PERCUMA untuk kanak-kanak di bawah umur 6 tahun

Untuk makluman saudari, waktu lawatan kami adalah di antara 10.00 pagi hingga 6.00 petang. Sila maklumkan kepada Bahagian Pendidikan jika terdapat pembatalan atau pindaan pada tarikh dan masa lawatan. Kami juga ada menyediakan aktiviti pendidikan serta pakej makanan bagi para pelajar seperti di lampiran. Kami akan menyediakan pegawai untuk membantu dan memberikan informasi kepada pihak saudari mengenai kesenian Islam dan artifak di MKIM agar memperolehi pemahaman yang lebih jelas mengenainya. Di sini kami juga ingin menjemput saudari dan para pelajar ke sambutan Hari Muzium Sedunia yang bakal diadakan di MKIM pada 17hb Mei 2013 ( Jumaat ). Kemasukan adalah PERCUMA dan pelbagai aktiviti menarik disediakan untuk pengunjung. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi kami di talian 03-2270 5111 / 5101 / 5103 / 5136 , atau fakskan ke 03-2272 5346 atau emelkan kepada education@iamm.org.my Terima kasih dan Ahlan Wa Sahlan ke MKIM! Yang benar, Hazrena Bt Hashim Eksekutif, Bahagian Pendidikan Muzium Kesenian Islam Malaysia
JALAN LEMBAH PERDANA, 50480 KUALA LUMPUR Tel : 03-2274 2020 Fax : 03-2272 5346 (378837-H)

Anda mungkin juga menyukai