Anda di halaman 1dari 14

PENDAHULUAN

Teori-teori pembelajaran merujuk kepada prinsip-prinsip dan hokum-hukum


pembelajaran yang dihasilkan daripada kajian ahli-ahli psikologi pendidikan. Melalui
teori-teori pembelajaran ini, guru akan memahami pelbagai cara pelajar-pelajar belajar
dan seterusnya menghubungkaitkan prinsip dan hukumnya dengan kaedah dan teknik
mengajar untuk mencapai objektif pelajaran dengan berkesan. Oleh itu dalam menjadi
seorang guru yang dapat merangsang dan meningkatkan keberkesanan proses pengajaran
dan pembelajaran (P&P) maka kaedah terbaik adalah melalui pengaplikasikan teori-teori
pembelajaran yang ada di dalam bilik darjah kelak.

Merujuk kepada Kamus Dewan, Psikologi didefinisikan sebagai “Kajian tentang


proses mental dan pemikiran, terutamanya berhubung dengan perlakuan manusia dan
haiwan; pola pemikiran dan perlakuan seseorang atau sesuatu kumpulan tertentu; dan
kebijaksanaan memahami sifat manusia”. Maka, secara ringkasnya psikologi boleh
didefinisikan sebagai kajian saintifik terhadap mental dan tingkah laku manusia serta
haiwan.

Ahli-ahli psikologi pendidikan percaya bahawa manusia belajar melalui berbagai-


bagai cara. Walau bagaimanapun, cara pembelajaran dapat di bahagikan kepada empat
mazhab yang utama iaitu:-

Teori-teori Pembelajaran

Behavioris Kognitif Sosial Humanis

Rajah 1: Mazhab Teori Pembelajaran

1
SOALAN:

Sebagai seorang guru yang berkesan, anda perlu sentiasa berusaha mengkaji teori dan
proses pembelajaran ke atas pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran untuk memastikan
hasil pembelajaran yang optimun. Ini akan dapat meningkatkan keberkesanan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan dalam bilik darjah

Bincangkan lima cara guru dapat merangsang dan meningkatkan keberkesanan proses
pengajaran dan pembelajaran berdasarkan teori yang telah dipelajari.

Teori Pembelajaran Unsur Berkaitan Tokoh Psikologi

Behavioris Tingakahlaku, Pelaziman klasik Pavlov


(emosi) ,(tabiat) Watson
Pelaziman Operan, cuba-ralat Guthrie
dan peneguhan Thorndike
Skinner
Kognitif Pemikiran, Celik akal, Koffka/Kohler,Bruner
(Gestalt) Penemuan, Kategori Gagne ,Ausuble
pembelajaran, Resepi
Sosial Prestasi Bandura
(neo behavioris) Pemodelan
Humanis Kemanusiaan ,Sempurna Rogers
kendiri, Keperluan asas dan Maslow
meta.
Jadual 1 : Teori Dan Proses Pembelajaran

Diantara tokoh-tokoh mazhab behavioris yang terpengaruh ialah Parlov,


Thorndike dan Skinner. Mereka berpendapat pembelajaran adalah berkaitan dengan
perubahan tingkah laku. Kebanyakkan teori pembelajaran mereka adalah dihasilkan
daripada pemerhatian dan ujian ke atas haiwan seperti anjing, tikus, kucing dan burung
dalam keadaan bilik makmal. Ujian mereka ditumpukan kepada perhubungan rangsangan

2
dan gerak balas yang menghasilkan perubahan tingkah laku. Menurut mereka, tingkah
laku pelajar boleh diperhatikan, dikawal dan diramal.

Parlov, Thorndike dan Skinner menghuraikan perubahan tingkah laku sebagai


proses pembelajaran adalah kerana berlakunya hubungan stimuli atau rangsangan dengan
tindak balas organisma. Melalui proses pembelajaran berlandaskan perlaziman sesuatu
perhubungan yang baru akan dibentuk daripada menghubungkaitkan stimuli dengan
tindak balasnya, dan akibatnya akan membawa perubahan tingkah laku organisma
berkenaan.

Merujuk kepada jadual di atas saya telah memilih salah satu cara seorang guru
dapat merangsang dan meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di
dalam bilik darjah adalah melalui teori Behaviorisme yang dipelopori oleh empat tokoh
iaitu Watson, Pavlov, Thorndike dan skinner. Saya memilih teori ini untuk diaplikasikan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas untuk membantu murid-murid
yang menghadapi masalah pembelajaran.

Teori Pembelajaran Behaviorisme ini menjurus kepada sikap atau aspek


perubahan tingkah laku manusia yang boleh diperhatikan dan diukur, teori yang sesuai
digunakan untuk membantu pelajar yang tidak boleh membaca ialah menggunakan Teori
Behaviorisme menurut tokoh psikologi Pavlov, Thorndike dan Skinner mereka
berpendapat bahawa pembelajaran adalah berkaitan dengan perubahan tingkah laku
seseorang. Menurut tokoh tersebut tingkah laku seorang murid boleh diperhatikan,
dikawal melalui ganjaran atau dendaan dan juga boleh diramal. Mereka menekankan
bahawa perkaitan gerak balas individu dengan rangsangan merupakan sesuatu proses
pembelajaran demi membentuk sesuatu tingkah laku yang baru.

Model pembelajaran Pelaziman Pavlov yang merujuk kepada perlaziman klasik


contohnya boleh digunakan dalam membantu para guru dalam proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah lebih berkesan maka seseorang guru harus
mengaitkan pengalaman positif atau rangsangan terlazim dengan tugasan pembelajaran

3
rangsangan tak lazim demi menghasilkan gerak balas terlazim iaitu melalui aktiviti
pembelajaran yang memuaskan dan menarik minat murid tersebut. Contohnya jika
seorang guru mengajar mata pelajaran Kajian Tempatan sekiranaya cara penyampaian
guru adalah bersahaja maka murid-murid akan kurang tertarik untuk memberi tumpuan
tetapi jika guru tersebut mengajar secara kreatif dan menarik semasa sesi pengajaran atau
menggunakan alat bantu mengajar yang menarik dalam menyampaikan ilmu berkaitan
maka dapat merangsang minat murid-murid untuk memberi tumpuan dalam sesi
pembelajaran.

Seorang guru juga harus memupuk gerak balas positif melalui pelaziman klasik
dimana guru tidak kedekut dalam memberi pujian kepada murid jika murid tersebut
sering menyiapkan tugasan dengan sempurna, lama-kelamaan murid tersebut akan
bergerak balas secara positif, walaupun tanpa pujian daripada guru. Ini kerana murid
tersebut telak memupuk perasaan kerana sering mendapat pujian maka secara outomatik
murid tersebut akan terbiasa menyiapkan tugasan yang diberikan.

Guru memberi pujian Murid gembira


(rangsangan tak terlazim) (Gerak balas tak terlazim)

Pelaziman

Kehadiran guru Murid gembira


(rangsangan terlazim) (gerak balas terlazim)

Rajah 2: Perasaan Memupuk Pelaziman Klasik

Implikasi Teori Thorndike dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam


meningkatkan tahap kesediaan belajar murid-murid maka guru harus menggunakan

4
motivasi yang sesuai sebagai merangsang minda mereka dengan suntikan semangat untuk
belajar, dalam mengukuhkan pertalian antara rangsangan dan gerak balas murid-murid
adalah melalui kaedah memperbanyakkan aktiviti latihan, ulangkaji, aplikasi, serta
pengukuhan dalam keadaan yang menyeronokan. Pemberian ganjaran atau peneguhan
untuk respons atau gerak balas yang betul daripada pelajar adalah perlu agar dapat
menaikkan semangat mereka untuk terus belajar. Seorang guru juga perlu memberi
peluang kepada pelajar untuk menikmati kejayaan dalam pembelajaran mereka.

Berdasarkan kepada Teori Behaviorisme Thorndike, rangsangan dan gerak balas


berlaku melalui hukum-hukum ini dimana melalui hukum kesediaan dimana murid-murid
harus bersedia mempelajari sesuatu contohnya sekiranya seorang murid tersebut tidak
tahu membaca maka persediaan harus ditunjukkan melalui sikap dan set mental. Hukum
latihan pula dimana murid-murid akan diberi ganjaran tertentu ini akan meningkat
keinginan murid-murid untuk mencapai matlamat sehingga tahu membaca. Hukum kesan
dimana ganjaran yang akan diberikan kepada murid yang telah menunjukkan perubahan
tingkah laku yang diingini atau yang menjadi matlamat harus melalui tahap-tahap tertentu
ini bertujuan untuk mengukuhkan tingkah laku yang dihajatkan tersebut sekaligus
mengelakkan tingkah laku yang tidak diingini.

Kebaikan teori ini juga akan dapat membantu para guru dengan mempelbagaikan
rangsangan untuk mewujudkan kesan pembelajaran yang lebih menyeronokkan agar
murid-murid yang tidak boleh membaca, akan lebih berminat untuk mengikuti sesi
pembelajaran. Berdasarkan Teori Pelaziman Operan Thorndike pembelajaran boleh
berlaku melalui hukum pembelajaran yang telah dinyatakan, sekiranya ketiga-tiga hukum
ni diguna pakai maka pengajaran dan pembelajaran akan lebih berkesan kerana ini sudah
pasti dapat memulihkan murid-murid tidak boleh membaca menjadi boleh membaca
dengan lebih lancar kelak.

Teori Behaviorisme ini dapat digunakan untuk membantu murid-murid, adalah


kerana teori ini menekankan kepada perubahan tingkah laku manusia. Seperti yang kita
sedia maklum bahawa murid-murid yang tidak boleh membaca dan gagal dalam pelajaran

5
salah satu sebab ialah dipengaruhi oleh sikap atau tingkah laku yang tidak mengambil
berat mengenai pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dan tidak suka membuat
ulangkaji pelajaran. Sekiranya sikap ini dapat dikikis dan diubah dengan sikap atau
tingkah laku yang lebih positif seperti rajin membuat latihtubi membaca di rumah pasti
seseorang itu bolah berjaya dalam pelajarannya.

Selain itu, guru-guru juga perlu memastikan terlebih dahulu kesediaan murid-
muridnya untuk belajar. Menurut Teori Pelaziman Operan Thorndike,dimana hukum
kesediaan terbahagi kepada tiga aspek utama iaitu kesediaan psikomotor, afektif dan
kognitif. Ini bermaksud, guru-guru perlu memastikan murid-murid dalam kelasnya betul-
betul bersedia sebelum belajar atau memulakan sesi pembelajaran. Peruntukkan masa
lima minit mungkin diperlukan oleh seseorang guru untuk berinteraksi dengan murid-
murid mengenai hal-hal umum seperti sarapan apa pada waktu pagi, keluarga semua sihat
dan sebagainya sebelum memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran. Masa lima minit
sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran akan memberi masa yang cukup untuk murid-
murid bersedia menerima ilmu pada hari tersebut. Justeru itu, murid-murid akan dapat
memberi sepenuh tumpuan pada pelajaran khususnya dalam menguasai kemahiran
membaca dengan lebih lancar.

Penggunaan Teori Behaviorisme berpandukan Teori Pelaziman Operan Thorndike


yang menyatakan tiga hukum pembelajaran iaitu hukum kesediaan, latihan dan kesan
akan dapat membantu murid-murid berlajar dengan lebih baik dan berupaya membaca
pada tahap yang ditetapkan. Ini kerana tiga hukum pembelajaran yang dinyatakan tadi
akan dapat memberi panduan kepada guru-guru untuk membuat persiapan-persiapan
yang perlu sebelum mengajar. Persiapan yang dimaksudkan di sini ialah bahan,
rangsangan atau teknik yang akan digunakan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.
Pelbagai rangsangan yang digunakan oleh guru akan mewujudkan kesan pembelajaran
yang menyeronokkan. Contohnya, murid-murid yang berjaya membaca lancar petikan
yang diberi akan memperolehi baucer makanan tengahari di kantin bersama guru.
Rangsangan yang diberikan ini pasti dapat menarik minat murid-murid agar membaca
dengan lebih lancar dan belajar bersungguh-sungguh. Selain itu latihan yang berulang-

6
ulang dilakukan oleh murid-murid akan dapat mengukuhkan kefahaman terhadap
pelajaran. Latihan membaca dan menulis yang diulang-ulang akan dapat membantu
murid-murid lebih lancar membaca.

Penemuan dalam pembelajaran yang diperolehi oleh Thorndike telah digunakan


oleh seorang ahli psikologi Amerika bernama Skinner dalam kajian sama bidang.
Perlaziman Operan Skinner berlaku apabila konsekuan pada gerak balas tertentu akan
menentukan sama ada sesuatu itu dipelajari atau tidak. Dengan kata-kata lain, tingkah
laku akan diberi peneguhan dan akan menyebabkan tingkah laku tersebut akan diulang.
Sebaliknya pula jika tingkah laku yang tidak diberi peneguhan atau diberi dendaan akan
menyebabkan tingkah laku tersebut tidak atau kurang berulang. Menurut Skinner (1953)
kajiannya menunjukkan pelaziman operan organisma bertindakbalas terhadap
persekitaran dalam proses pembelajaran. Pelaziman operan meningkatkan kebarangkalian
pengulangan sesuatu gerak balas, dan peneguhan biasanya dapat menambahkan
kebarangkalian gerak balas yang akan berlaku.

Tingkah Laku
Operan dihasilkan Peneguh Tingkah laku operan
Positif/Negetif diulangi,diperkukuh
dan dikekalkan.

Ulangkaji Prestasi Motivasi belajar


Cemerlang bertambah.

Rajah 3 : Proses Peneguhan

Salah satu cara guru dapat merangsang dan meningkatkan keberkesanan proses
pengajaran dan pembelajaran melalui aplikasi Teori Behaviorisme oleh Skinner dengan
menggunakan dua cara peneguhan iaitu dengan cara peneguhan positif dan negatif pasti

7
dapat merangsang murid agar lebih berusaha sehingga berjaya mengguasai kemahiran
membaca. Hadiah yang dijanjikan kepada murid-murid yang berjaya membaca dengan
lancar pasti dapat menjadi pemangkin kepada usaha murid-murid yang lain untuk belajar
membaca. Hadiah yang diberikan juga mungkin dalam bentuk maujud seperti buku atau
peralatan sekolah agar dapat meningkat semangat murid-murid ketika sesi pembelajaran.

Menurut Hukum Pembelajaran Skinner iaitu Hukum Kesan, menyatakan bahawa


jika sesuatu tindakan diikuti oleh sesuatu perubahan persekitaran yang menyeronokkan,
kebarangkalian tindakan itu berlaku akan meningkat dan sebaliknya. Ini bermaksud,
sekiranya suasana pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan dengan pelbagai cara atau
lebih menarik akan dapat memberi lebih keseronokkan untuk murid belajar seterusnya
menguasai apa yang sedang dipelajari. Berpandukan Hukum Kesan Skinner ini guru-guru
boleh mewujukan suasana pembelajaran yang lebih menarik dan kondusif. Contohnya,
dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik, seorang guru boleh
menggunakan alat bantu mengajar yang menarik dalam bentuk power point, tayangan
video, peta minda dan lain-lain.

Bahan pengajaran dan pembelajaran ini adalah bertujuan untuk melatih murid-
murid membaca dengan lancar dan bahan pengajaran yang lain boleh dimuatkan
contohnya jika seorang guru menggunakan kaedah pengajaran berbentuk dalam power
point maka guru-guru boleh menggunakan makmar komputer sebagai tempat pengajaran
beliau. Situasi ini pasti memberi sedikit kelainan persekitaran pengajaran dan ini sudah
pasti dapat meningkatkan minat murid-murid untuk belajar. Selain itu juga, jika
pengajaran yang dibuat berbentuk power point yang menyelitkan dengan bunyi-bunyi
yang manarik pasti dapat memberi lebih kefahaman kepada murid-murid untuk menguasi
ilmu yang disampaikan oleh guru tersebut. Kretiviti dan kelainan penyampaian ilmu oleh
guru mendorong murid-murid akan sentiasa menunggu kelas-kelas berikutnya yang diajar
oleh guru tersebut, ini kerana murid-murid berasa teruja dengan kelainan pengajaran dan
pembelajaran yang dilakukan oleh guru tersebut.

8
Berdasarkan Teori pelaziman operan Skinner ini juga yang menekankan proses
peneguhan iaitu perkara yang perlu dilakukan untuk menggalakkan sesuatu perlakuan itu
diulang. Peneguhan positif ialah memberi ganjaran setelah murid melakukan sesuatu
perbuatan yang baik dan ganjaran yang diberikan oleh guru itu akan memotivasikan
murid untuk buat sesuatu dengan lebih baik dan berulang kali. Peneguhan Positif ini
boleh diterapkan oleh para guru ketika berada di dalam kelasnya. Contonya memberi
pujian kepada murid yang menunjukkan peningkatan ketika membaca seperti ucapan kata
puji-pujian seperti “pandai”, “syabas”, “bagus” ungkapan-ungkapan seperti itu pasti akan
dapat memotivasikan murid tersebut agar meneruskan usaha untuk berjaya dalam
perlajaran mereka kelak.

Antara teori pembelajaran yang boleh digunakan dalam pengajaran dan


pembelajran di dalam bilik darjah ialah Teori Pembelajaran Sosial yang diasaskan oleh
Albert Bandura.Teori yang dmaksudkan ialah Teori Pembelajaran Tiruan dimana teori ini
digunakan adalah bertujuan untuk memudahkan murid-murid meniru secara langsung
mengenai pergerakkan psikomotor khususnya pergerakkan yang perlu dilakukan oleh
murid-murid dalam melakukan sesuatu aktiviti. Disini saya mengambil contoh dalam
mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Memandangkan murid tidak tahu cara
yang betul untuk melakukan aktiviti regangan sebelum melakukan aktiviti yang lebih
agresif maka tugas guru perlu membuat demonstrasi atau tunjuk cara aktiviti regangan
tersebut dimana guru akan menunjukkan pergerakan beliau dihadapan murid-murid, dan
apa yang dibuat oleh guru tersebut akan ditiru terus oleh murid. Peniruan terus yang
dibuat oleh murid dapat memastikan murid dapat mengetahui teknik yang betul untuk
membuat regangan tersebut.

Teori pembelajaran lain yang boleh diguna pakai semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran ialah Teori Behaviorisme yang dikembangkan oleh Skinner yang
menggunakan cara peneguhan positif dan negatif, teori ini bertujuan memastikan sesi
pengajaran dan pembelajaran akan lebih berkesan. Apakah yang di maksudkan oleh
peneguhan positif oleh Skinner merupakan Peneguhan yang digunakan untuk
menggalakkan murid sentiasa memberi komitmen terhadap pelajaran. Salah satu contoh

9
peneguhan positif yang diberikan dalam bilik darjah ialah memberi kata-kata pujian
dengan segera selepas murid tersebut dapat menjawab soalan yang dikemukana oleh
guru. Seterusnya pujian yang diberikan sudah pasti akan memberi perangsang kepada
murid-murid agar dapat terus menjawab soalan yang diberikan oleh guru dengan tepat
dan betul. Sekiranya murid tersebut menjawab dengan betul maka guru-guru akan
memberi pujian seperti guru senyum, puji seperti “pandai”, “bagus” dan “percubaan
yang baik” dan beri tunjuk kasih sayang terhadap murid tersebut.

Manakala peneguhan negatif pula ialah rangsangan segera terhadap tingkah laku
yang tidak selesa. Contohnya, jika guru meminta murid yang tidak menyiapkan latihan
yang telah diberikan, menyiapkannya dengan segera. Sekiranya latihan tidak dapat
disiapkan murid tersebut tidak boleh keluar rehat sekiranya latihan tersebut tidak siap
maka murid tersebut sudah pasti menyiapkan latihan yang diberi kerana mereka takut
tidak dapat keluar kelas pada waktu rehat. Justeru itu, jelas menunjukkan bahawa
peneguhan positif yang lebih membawa keseronokan kepada murid-murid adalah lebih
berkesan berbanding peneguhan negatif yang membawa kesakitan kepada mereka.

KESIMPULAN

10
Tuntasnya, pelbagai teori yang boleh diaplikasikan oleh guru-guru dalam bilik
darjah yang dapat membantu guru untuk mencapai objektif pelajaran yang telah
dirancang. Teori-teori pembelajaran yang digunakan mestilah mengambil kira aspek
perbezaan yang ada pada diri setiap murid khususnya dari segi psikomotor, efektif dan
kognitif. Sebagai seorang guru yang mengharapkan anak-anak didiknya berjaya sudah
semestinya mencari pendekatan dengan pelbagai teori yang difikirkan baik akan
diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Namun begitu pemilihan teori
pembelajaran bukan dilakukan dengan membuta tuli sahaja tetapi dilakukan dengan cara
yang lebih teliti. Pemilihan teori pembelajaran sebenarnya bergantung kepada
persekitaran kelas, tahap kesediaan murid untuk belajar, objektif pengajaran dan
pembelajaran serta perbezaan gaya kognitif dan belajar bagi setiap murid yang bergelar
pelajar. Dalam menyampaikan ilmu kepada murid-murid bagi sesi pengajaran dan
pembelajaran maka seorang guru tersebut kena ada keyakinan dan kreatif agar dapat
menarik minat murid-murid mengikuti sesi pembelajaran yan dijalankan.

REFLEKSI

11
Assalamualaikum……

Ucapan syukur saya panjatkan kepadaNya yang telah memberikan peluang keemasan ini
untuk saya menyambung pengajian bagi meningkatkan lagi ilmu di dalam diri saya, bakal
bergelar pendidik yang kemudiannya memasuki semula alam seorang pelajar pastinya
ada kejutan yang adakalanya membimbangkan fikiran. Walaubagaimanapun dengan
sokongan padu keluarga, sahabat seperjuangan seterusnya para pensyarah yang ditemui
menguatkan lagi semangat untuk saya meneruskan pengajian ini.

Hari pertama tugasan ini diberikan begitu menggusarkan hati saya, kerana saya
masih tidak dapat membuat bayangan bagaimana untuk membuat tugasan yang diberikan.
Melalui perbincangan di dalam kelas maka sedikit sebanyak meredakan kegusaran saya
untuk menyiapakan tugasan ini, pelbagai kerumitan yang saya alami dengan kekurangan
sumber buku rujukan dan masa yang diberi dalam menyiapakan tugasan ini pun agak
singkat ditambah dengan beban tugas lain menjadikan saya seorang pelajar yang begitu
menitik beratkan soal masa, saya mengagihkan masa yang untuk mencari maklumat di
pusat sumber ketika kelas tidak ada dan cuba mendapatkan seberapa banyak bahan yang
bersesuaian untuk tugasan ini. Kerana kekangan masa maka saya membuat salinan buku-
buku yang berkaitan kerana pada ketika itu semua pelajar KPLI masih belum mendapat
kad matrik, oleh itu kami tidak dibenarkan untuk meminjam buku untuk dibawa balik ke
rumah.

Dalam menyiapkan tugasan ini saya memperuntukan masa pada hujung minggu
ini kerana saya perlu membaca dan memahami terlebih dulu teori-teori pengajaran dan
pembelajaran sebelum menyiapan tugasan. Ini adalah kerana sebelum membuat tugasan
ini kaedah yang perlu digunakan oleh guru dalam meningkatkan proses pengajaran dan
pembelajaran hendaklan berdasarkan kepada teori-teori yang ada, sekiranya saya tidak

12
memhami teori yang ada maka agak sukar untuk saya menyiapkan tugasan ini. Walaupun
tugasan ini telah siap sepenuhnya namun saya masih belum memahami sepenuhnya
mengenai teori-teori yang ada.

Membuat tugasan ini amat meletihkan tetapi berkat usaha dan sabar yang ada saya
gagahi jua ibarat bersusah-susah dahulu dan bersenang-senang kemudian. Dengan
bantuan Cik Wan Mardziah selaku pensyarah Ilmu Pendidikan maka melicinkan lagi
kerja saya jutaan terima kasih yang tidak terhingga saya ucapakan atas segala tunjuk ajar
yang diberikan saya begitu menghargai. Buat keluarga tercinta yang banyak memberi
sokongan padu agar saya terus bersemangat dalam menempuhi hari-hari mendatang dan
tidak lupa buat rakan sekelas 1J, kajian sosial 2009 yang banyak membantu dan memberi
tunjuk ajar kepada saya terima kasih saya ucapkan.

Akhir sekali, buat orang perseorangan yang hadir membantu ku untuk terus mara

kehadapan......

Nukilan ……..

Hardiana Hj Umar
IPBMM
28 FEBUARI 2009

BIBLIOGRAFI

13
Lee Shok Mee. 1993. Asas Pendidikan 2 Psikologi Dalam Bilik Darjah. Kuala Lumpur :
Kumpulan Budiman sdn.bhd.

Laile Suzana Jaafar. 1996. Psikologi Kanak-Kanak & Remaja. Selangor : Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Mok Soon Sang. 2007. Ilmu pendidikan untuk KPLI sekolah menengah semester 1&2.
Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman sdn.bhd.

Shahabuddin Hasim, Mahani Razali dan Ramlah Jantan. 2007. Psikologi Pendidikan.
PTS Profesional. Selangor : Nightingale Printing Sdn. Bhd.

Dr Ragbir Kaur A/P Joginder Singh. 2008. Panduan ulangkaji ilmu pendidikan untuk
sekolah rendah dan menengah. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Internet:

http://www.scribd.com/doc/4875845/teori-pembelajaran 15 Februari 2009

14

Anda mungkin juga menyukai