Anda di halaman 1dari 55

TAMBAHAN PERUNDANGAN PERSEKUTUAN AKTA KILANG DAN JENTERA 1967 [AKTA 139] P.U.

(A) 328/86 PERATURAN-PERATURAN KILANG DAN JENTERA (KENDALIAN BANGUNAN DAN KERJA-KERJA BINAAN KEJURUTERAAN) (KESELAMATAN) 1986
Tarikh diterbitkan dalam Warta : Tarikh mula berkuatkuasa : 30 September 1986 1 Oktober 1986

___________________________
SUSUNAN PERATURAN

___________________________
Mukadimah. BAHAGIAN I - PERMULAAN Peraturan 1. Nama dan mula berkuatkuasa. Peraturan 2. Tafsiran. Peraturan 3. Pemakaian. Peraturan 4. Kewajipan. BAHAGIAN II - PERUNTUKAN AM Peraturan 5. Pemakaian Peraturan-Peraturan Kilang dan Jentera (Pemagaran Jentera dan Keselamatan) 1983. Peraturan 6. Jentera yang dipasang di mana-mana tingkat atas daripada tingkat tanah. Peraturan 7. Bahaya lemas. Peraturan 8. Bahaya tergelincir. Peraturan 9. Bahaya tersadung dan luka. Peraturan 10. Akses tingkat kerja. Peraturan 11. Habuk dan gas. Peraturan 12. Bahan kakisan. Peraturan 13. Perlindungan mata. Peraturan 14. Alat pernafasan. Peraturan 15. Pakaian perlindungan. Peraturan 16. Bahaya elektrik. Peraturan 17. Gergaji yang menggunakan kuasa. Peraturan 18. Kenderaan lalulintas awam.

Peraturan 19. Kestablian struktur. Peraturan 20. Cahaya di tempat laluan dll. Peraturan 21. Simpanan bahan dan perkakas. Peraturan 22. Membuang puing. Peraturan 23. Menomborkan dan menandakan tingkat-tingkat. Peraturan 24. Penggunaan topi keledar. Peraturan 25. Penyelia keselamatan tapakbina. Peraturan 26. Penyelia keselamatan kontraktor. Peraturan 27. Jawatankuasa keselamatan. BAHAGIAN III - KERJA-KERJA KONKRIT Peraturan 28. Kehendak-kehendak am. Peraturan 29. Pemeriksaan dan penyeliaan. Peraturan 30. Rasuk, lantai dan atap. Peraturan 31. Penanggalan. Peraturan 32. Penyanggaan semula. BAHAGIAN IV - PEMASANGAN KELULI STRUKTUR DAN KONKRIT SIAP TUANG Peraturan 33. Meletakkan bahagian struktur. Peraturan 34. Melubang atau memotong bahagian struktur. Peraturan 35. Tali pengawal. Peraturan 36. Pembinaan ambang. Peraturan 37. Lantai tetap pembinaan rangka keluli bagi bangunan bertingkat. Peraturan 38. Lantai sementara pembinaan rangka keluli bagi bangunan bertingkat. BAHAGIAN V - MENCUCI, MEMBAIKI DAN MENYENGGARA ATAP, TALANG, TINGKAP, RAM DAN PENGGANTI-UDARA Peraturan 39. Tugas majikan. Peraturan 40. Bekerja di atas atap yang curam. Peraturan 41. Pembinaan dan pemasangan pendakap atap. Peraturan 42. Bod merangkak. BAHAGIAN VI - PLATFORM TADAH Peraturan 43. Platform tadah. Peraturan 44. Binaan platform tadah. Peraturan 45. Butir-butir lanjut mengenai platform tadah dll. BAHAGIAN VII - PELUNGSUR, TALI KELEDAR DAN JARING KESELAMATAN Peraturan 46. Pelungsur. Peraturan 47. Pembinaan. Peraturan 48. Tanda bahaya. Peraturan 49. Penyenggaraan pelungsur. Peraturan 50. Tali pinggang keledar. Peraturan 51. Penyangkut yang dikehendaki. Peraturan 52. Arahan penggunaan tali pinggang keledar. Peraturan 53. Perlindungan bagi tali nyawa. Peraturan 54. Pemeriksaan tali pinggang keledar. Peraturan 55. Jaring keselamatan. Peraturan 56. Simpanan. Peraturan 57. Pemeriksaan jaring keselamatan.

BAHAGIAN VIII - LANDASAN DAN LERENGAN Peraturan 58. Untuk kegunaan kenderaan. Peraturan 59. Untuk kegunaan pekerja. Peraturan 60. Untuk kegunaan gerabak sorong dll. Peraturan 61. Cerun. BAHAGIAN IX - TANGGA DAN TANGGA LIPAT Peraturan 62. Pembinaan. Peraturan 63. Penahanan tangan hendaklah diadakan. Peraturan 64. Pengecualian. Peraturan 65. Penapak gegai. Peraturan 66. Mencegah daripada tergelincir. Peraturan 67. Bergoncang dan melendut. Peraturan 68. Pelantar. Peraturan 69. Larangan daripada menggunakan tangga yang cacat. Peraturan 70. Pembinaan tangga kayu. Peraturan 71. Am. BAHAGIAN X - PERANCAH Peraturan 72. Pembinaan. Peraturan 73. Penyenggaraan. Peraturan 74. Penyeliaan kerja dan pemeriksaan bahan-bahan. Peraturan 75. Rekabentuk dan lukisan perancah hendaklah diluluskan. Peraturan 76. Tiang, tiang tegak, belebas dan putlog. Peraturan 77. Tupang dan kestabilan perancah. Peraturan 78. Alat untuk mengampai perancah. Peraturan 79. Perancah-perancah juluran, jib, bentuk dan pendakap, dll. Peraturan 80. Perancah yang ditupang oleh bangunan. Peraturan 81. Perancah ampaian dinaikkan atau diturunkan oleh win. Peraturan 82. Perancah-perancah ampaian yang lain. Peraturan 83. Langkauan ketam, timba, bakul, kerusi, boatswain dll. tidak boleh digunakan sebagai perencah ampaian. Peraturan 84. Perancah kekuda. Peraturan 85. Pemeriksaan perancah-perancah. Peraturan 86. Platform kerja. Peraturan 87. Bod dan papan-papan di platform kerja. Peraturan 88. Rel-rel pengadang dan bod jari ditempat kerja. Peraturan 89. Platform kerja dipermukaan bangunan. Peraturan 90. Platform tidak boleh terhalang dan berkemampuan memberi penahan tapak yang selamat. Peraturan 91. Perancah tiub. Peraturan 92. Alat pengunci perancah. Peraturan 93. Bahan alat pengunci. Peraturan 94. Pembinaan perancah tiub. Peraturan 95. Saiz perancah tiub. Peraturan 96. Faktor keselamatan. Peraturan 97. Rembatan. Peraturan 98. Kuasa untuk melarang kegunaan perancah yang tidak selamat.

BAHAGIAN XI - PEROBOHAN Peraturan 99. Tanda-tanda amaran. Peraturan 100. Persediaan. Peraturan 101. Pelindung bagi bangunan yang bersampingan. Peraturan 102. Perobohan dinding, petak, dll. Peraturan 103. Pemeriksaan. Peraturan 104. Cara pengendalian. Peraturan 105. Akses ke tingkat. Peraturan 106. Pembukaan di lantai. Peraturan 107. Perobohan struktur keluli. Peraturan 108. Menyimpan bahan-bahan. Peraturan 109. Rintangan, platform tadah dan tanda-tanda amaran. Peraturan 110. Cara perobohan mekanikal. BAHAGIAN XII - KERJA KOREKAN Peraturan 111. Perlindungan bagi orang-orang awam. Peraturan 112. Kestablian struktur. Peraturan 113. Kehendak-kehendak am. Peraturan 114. Mencerucuk, menyangga dan merembat. Peraturan 115. Akses. Peraturan 116. Mengorek parit. Peraturan 117. Parit dalam. Peraturan 118. Meletakkan jentera. BAHAGIAN XIII - PENGENDALIAN DAN PENYIMPANAN BAHAN-BAHAN, KEGUNAAN DAN PEMBUANGAN Peraturan 119. Kehendak-kehendak am. Peraturan 120. Keruntuhan kayu. Peraturan 121. Lorong dan laluan jangan dihalangi. Peraturan 122. Tempat simpanan bahan-bahan. Peraturan 123. Membuang bahan buangan. BAHAGIAN XIV - MENCERUCUK Peraturan 124. Kestabilan struktur yang bersampingan. Peraturan 125. Pemeriksaan. Peraturan 126. Perlindungan bagi operator. Peraturan 127. Kelayakan operator. Peraturan 128. Pengendalian cerucuk. Peraturan 129. Pelantak cerucuk yang tidak digunakan. Peraturan 130. Tangga. Peraturan 131. Platform kerja. Peraturan 132. Cerucuk. Peraturan 133. Menguji cerucuk. Peraturan 134. Penapakan. BAHAGIAN XV - PELETUPAN DAN PENGGUNAAN BAHAN LETUPAN Peraturan 135. Pengendalian bahan letupan. Peraturan 136. Merokok dan penyalaan terbuka. Peraturan 137. Membuka bungkusan. Peraturan 138. Menggerudi lubang.

Peraturan 139. Mengeluarkan bungkusan kartus. Peraturan 140. Memuatkan berhampiran dengan pengendalian-pengendalian lain. Peraturan 141. Mengisi dan menghentak. Peraturan 142. Amaran sebelum letupan. Peraturan 143. Kembali ke kawasan letupan. Peraturan 144. Tak jaya letup. Peraturan 145. Langkah berjaga-jaga sebelum letupan. Peraturan 146. Pengendalian semasa ribut petir. BAHAGIAN XVI - ALATAN TANGAN DAN ALATAN KUASA Peraturan 147. Kehendak-kehendak am. Peraturan 148. Alatan tangan. Peraturan 149. Alat kendalian kuasa elektrik. Peraturan 150. Alatan kuasa pneumatik. Peraturan 151. Alatan yang menggunakan kuasa bahanapi. Peraturan 152. Alatan kuasa hidraulik. Peraturan 153. Alatan gerak kuasa. BAHAGIAN XVII - PELBAGAI Peraturan 154. Penalti.

Mukadimah.
PADA menjalankan kuasa-kuasa yang diberi oleh subseksyen (1) seksyen 56 Akta Kilang dan Jentera 1967 [Akta 139], Menteri membuat peraturan-peraturan yang berikut :

BAHAGIAN I - PERMULAAN

Peraturan 1. Nama dan mula berkuatkuasa.


Peraturan-Peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-Peraturan Kilang dan Jentera (Kendalian Bangunan dan Kerja-Kerja Binaan Kejuruteraan) (Keselamatan) 1986 dan hendaklah mula berkuatkuasa pada 1hb Oktober 1986.

Peraturan 2. Tafsiran.
Dalam Peraturan-Peraturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain"belebas" ertinya bahagian pelengkap perancah yang memanjang secara melintang dari tiang ke tiang, yang bersudut tepat kepada putlog, menupang putlog, menjadi satu ikatan di antara tiangtiang itu, dan menjadi sebahagian daripada rembatan perancah; "bod jari" ertinya penghalang yang terletak di sepanjang pinggir platform perancah, landasan dll, dan dipasang dengan teguh untuk menyekat bahan-bahan supaya tidak terjatuh; "jalinan" ertinya papan merentang yang dipasang di hadapan cerucuk turap yang menjadi sebahagian dari struktur penahan untuk bahagian pinggir lubang korekan dan parit selepas penggalian; "Jurutera Profesional" ertinya Jurutera Profesional berdaftar sebagaimana yang ditakrifkan oleh seksyen 2 Akta Pendaftaran Jurutera 1967 [Akta 138]; "Diluluskan" ertinya diluluskan secara bertulis oleh Ketua Pemeriksa; "kerja-kerja meroboh" ertinya apa-apa kerja yang bersampingan atau berkaitan dengan menanggal atau membinasakan keseluruhan atau sebahagian dari bangunan atau struktur selain dari bangunan, dan termasuklah mengalih atau menanggal jentera atau peralatan-peralatan lain; "kontraktor" ertinya seseorang yang mengikat satu kontrak bagi maksud menjalankan apa-apa kendalian bangunan atau kerja binaan kejuruteraan dan termasuklah kontraktor utama atau subkontraktor; "kontrak perkhidmatan" termasuklah perjanjian perantis; "kontraktor utama" ertinya seseorang yang mengikat kontrak dengan pemunya atau penyewa harta atau ejennya bagi maksud menjalankan kendalian bangunan atau kerja-kerja binaan kejuruteraan;

"korekan" ertinya memindahkan tanah, batu-batu atau bahan-bahan lain yang berkaitan dengan pembinaan atau kerja-kerja meroboh; "lif pekerja" ertinya kereta yang menggunakan kuasa yang dikendalikan mengikut panduan dan kegunaan utamanya adalah untuk membawa pekerja ke arah pugak; "loji" termasuklah sebarang logi atau peralatan, gear, jentera, radas atau kelengkapan, atau mana-mana bahagian daripadanya; "majikan" ertinya seseorang yang mengajikan seseorang lain di bawah kontrak perkhidmatan; "mesin angkat bahan" ertinya platform gantung atau timba gantung yang menggunakan kuasa atau manual yang dikendalikan mengikut rel panduan dan digunakan hanya untuk menaikkan atau menurunkan bahan-bahan dan dikendalikan serta dikawal daripada tempat luar kawasan pembawaan; "orang yang ditetapkan" ertinya seorang kompeten yang dilantik oleh majikan untuk menjalankan apa-apa kerja penyeliaan atau pemeriksaan atau melaksanakan apa-apa tugas atau kewajipan yang telah ditetapkan oleh Peraturan-Peraturan ini; "papan merangkak" ertinya sekeping papan atau bod yang mana strip silang atau tetupai dipaku pada jarak yang sama untuk merangkak naik atau turun di tempat curam; "pekerja" ertinya seseorang yang telah mengikat kontrak perkhidmatan dengan majikan; "penanggung" pada perancah tiub adalah bahagian pelengkap cara silang yang menanggung papan platform; "pendakap atap" ertinya pendakap yang digunakan untuk pembinaan atap yang curam dan mempunyai hujung yang tajam atau cara-cara lain untuk melekatkannya bagi mengelakkan daripada mengelunsur; "penyelia keselamatan kontraktor" ertinya penyelia keselamatan kontraktor yang dilantik di bawah peraturan 26; "penyelia keselamatan tapakbina" ertinya penyelia keselamatan tapakbina yang dilantik di bawah peraturan 25; "perancah" ertinya mana-mana struktur sementara yang disediakan yang mana di atasnya atau darinya orang-orang melakukan kerja berkaitan dengan kendalian atau kerja-kerja yang Peraturan-Peraturan ini terpakai baginya dan mana-mana struktur sementara yang disediakan yang membolehkan orang-orang mendapat akses atau yang membolehkan bahan-bahan di bawa ke mana-mana tempat di mana kerja-kerja tersebut dilakukan, dan termasuklah mana-mana platform kerja, laluan titian, landasan, tangga atau tangga lipat selain dari yang bukan merupakan sebahagian dari struktur tersebut bersama dengan mana-mana rel pengadang bod jari atau alatalat keselamatan yang lain dan pengadang bod jari atau alat-alat keselamatan yang lain dan semua lekatan, tetapi tidak termasuk perkakas angkat atau mesin angkat atau struktur yang hanya digunakan untuk menupang perkakas tersebut atau mesin tersebut untuk menupangkan loji atau peralatan lain; "perancah bebas" ertinya perancah yang ditupang dari tapak dengan dua baris tiang tegak, tidak ditupang dari dinding dan dibina dari tiang tegak, belebas, penanggung platform ufuk, dan

rembatan pepenjuru; "perencah buaian" ertinya perencah, yang mana platformnya ditupang oleh besi pencekak atau penggantung dengan jarak tidak lebih dari dua tempat, tergantung dari penupang atas dengan sedemikian cara yang membolehkannya dinaikkan atau diturunkan mengikut kedudukan yang dikehendaki; "perencah dalam untuk tukang plaster" ertinya perancah yang dibina untuk kerja-kerja ringan di dalam bangunan, yang mana dibina platformnya ditupang oleh tangga kekuda, atau perancah bertiang ringan; "perancah gantung" ertinya perancah yang ditupang dari atas, yang mana platformnya ditupang dengan jarak lebih dari dua tempat dengan kabel dawai keluli, tergantung dari katir atas yang ditambatkan kepada rangka keluli atau konkrit bangunan dan ia boleh dilengkapkan dengan drum angkat atau jentera angkat supaya platform itu boleh dinaikkan atau diturunkan; "perancah jek tangga" ertinya perancah, yang mana platformnya ditupang oleh jek yang dilekatkan kepada tangga; "perancah jek tingkap" ertinya perancah, yang mana platformnya ditupang oleh jek yang bertujah luar yang terjulur melalui pembukaan tingkap; "perancah katir" ertinya perancah, yang mana platformnya ditupang oleh katir atau tujahan luar yang terjulur dari dinding bangunan, yang bahagian hujung dalamnya dikukuhkan dalam bangunan; "perancah kekuda" ertinya perancah, yang mana platformnya ditupang oleh kekuda; "perancah satu talian" ertinya platform yang terletak di atas putlog atau rasuk lintang, yang mana hujung luarnya ditupang di atas belebas yang dipasang dengan kukuh kepada satu barisan tiang atau tiang tegak dan hujungnya di sebelah pada dinding atau lubang dinding; "platform kerja" termasuklah pentas kerja; "putlog" atau "penanggung" ertinya bahagian perancah yang mana di atasnya terletak platform; "sub-kontraktor" ertinya seorang yang telah mengikat kontrak dengan seorang kontraktor lain bagi maksud menjalankan apa-apa kendalian bangunan atau kerja-kerja binaan kejuruteraan; "tempat duduk boa swain" ertinya tempat duduk untuk menupang pekerja dalam keadaan duduk dengan menggunakan tali yang diikatkan kepada tali yang tergantung; "tiang" dalam perencah tiub ertinya bahagian pelengkap penupang pugak; "tiub rentangan" dalam perencah tiub ertinya bahagian pelengkap ufuk yang memanjang.

Peraturan 3. Pemakaian.
(1) Peraturan-Peraturan ini hendaklah dipakai(a) bagi kendalian bangunan; dan (b) bagi kerja-kerja binaan kejuruteraan, yang diusahakan secara trade atau perniagaan, atau bagi maksud apa-apa pengusahaan perindustrian atau perdagangan, atau oleh atau bagi pihak Kerajaan atau mana-mana badan berkanun atau pihak berkuasa awam dan bagi mana-mana garisan atau cabang garisan yang digunakan berkaitan dengan dan bagi maksud-maksud itu selain dari landasan keretapi : Dengan syarat bahawa Menteri boleh menggantung melalui pemberitahuan dalam Warta sebahagian atau keseluruhannya pemakaian Peraturan-Peraturan ini bagi mana-mana jenis kendalian bangunan dan mana-mana kerja-kerja binaan kejuruteraan yang difikirkannya layak dan Menteri bolehlah membatalkan atau mengubah perintah tersebut dari semasa ke semasa sebagaimana yang difikirkanya berpatutan. (2) Peruntukan-peruntukan dalam Peraturan-Peraturan ini adalah sebagai tambahan kepada dan bukannya sebagai menggantikan atau mengurangkan kehendak-kehendak lain yang dikenakan oleh atau di bawah Akta Kilang dan Jentera 1967.

Peraturan 4. Kewajipan.
(1) Adalah menjadi kewajipan tiap-tiap kontraktor dan tiap-tiap majikan yang mengusahakan apaapa kendalian atau kerja-kerja yang mana Peraturan-Peraturan ini terpakai(a) bagi mematuhi apa-apa kehendak Peraturan-Peraturan ini yang menyentuh dirinya atau mana-mana orang yang diambil kerja olehnya; Dengan syarat bahawa kehendak-kehendak Peraturan-Peraturan ini hendaklah disifatkan tidak menyentuh mana-mana pekerja jika dan selagi kehadirannya di mana-mana tempat itu tidak dalam masa melaksanakan apa-apa kerja bagi pihak majikannya dan tidak secara nyata atau disifatkan diberi kuasa atau dibenarkan oleh majikannya; (b) bagi mematuhi apa-apa kehendak Peraturan-Peraturan ini yang berkaitan dengan apa-apa kerja, perbuatan atau kendalian yang dilaksanakan atau hendak dilaksanakan oleh mana-mana kontraktor atau majikan itu, dan adalah menjadi kewajipan tiap-tiap kontraktor dan tiap-tiap majikan yang mendirikan atau mengubahkan apa-apa perancah supaya mematuhi apa-apa kehendak Peraturan-Peraturan ini berkaitan dengan hal mendirikan atau mengubahkan perancah dengan memberi perhatian tentang maksudnya perancah itu direkabentuk pada masa mendirikan atau mengubahkannya; dan tiap-tiap kontraktor dan tiap-tiap majikan yang mendirikan, memasang, mengejakan atau menggunakan mana-mana loji atau perkakasa yang mana peruntukan Peraturan-Peraturan ini terpakai untuk mendirikan, memasangkan, mengerjakan atau menggunakan mana-mana loji atau perkakas dengan sedemikian cara yang mematuhi semua peruntukan ini.

(2) Apabila kotraktor, yang mengusahakan mana-mana kendalian atau kerja yang mana Peraturan-Peraturan ini terpakai, melantik mana-mana pakar, tukang atau orang lain yang bukannya seorang sub-kontraktor untuk melaksanakan apa-apa jua kerja atau perkhidmatan di bawah kontrak perkhidmatan, adalah menjadi kewajipan kontraktor untuk mematuhi mana-mana kehendak Peraturan-Peraturan ini, yang melibatkan pakar, tukang atau orang lain itu dan bagi maksud ini apa-apa sebutan dalam Peraturan-Peraturan ini mengenai mana-mana pekerja hendaklah termasuk sebutan mengenai pakar, tukang atau orang lain itu dan kontraktor itu hendaklah disifatkan sebagai majikannya. (3) Adalah menjadi kewajipan tiap-tiap pekerja untuk mematuhi segala kehendak PeraturanPeraturan ini berhubungan dengan perlaksanaan atau pun penegahan dari melakukan olehnya akan sesuatu perbuatan. (4) Tiada seorang pun kontraktor atau majikan boleh membenarkan seseorang pekerja melakukan apa-apa jua yang tidak menepati prinsip-prinsip yang diakui umum tentang amalan yang baik dan selamat. (5) Tiada seorang pekerja pun boleh melakukan apa-apa jua yang tidak menepati prinsip-prinsip yang diakui umum tentang amalan yang baik dan selamat. (6) Tiada seorang pun boleh dengan sengaja melakukan apa-apa perbuatan yang boleh menyebabkan dirinya atau orang lain tercedera.

BAHAGIAN II - PERUNTUKAN AM

Peraturan 5. Pemakaian Peraturan-Peraturan Kilang dan Jentera (Pemagaran Jentera dan Keselamatan) 1983.
Melainkan jika diperuntukkan selainnya, semua peruntukan Peraturan-Peraturan Kilang dan Jentera (Pemagaran Jentera dan Keselamatan) 1983 [P.U. (A) 113/1983] adalah terpakai bagi setiap jentera yang di gunakan berkaitan dengan atau bagi maksud kendalian bangunan dan kerja-kerja binaan kejuruteraan.

Peraturan 6. Jentera yang dipasang di mana-mana tingkat atas daripada tingkat tanah.
(1) Tiada apa-apa jentera boleh digunakan atau menyebabkan digunakan di mana-mana tingkat atas daripada tingkat bawah di mana-mana bangunan atau struktur melainkan jika tingkat atau struktur ini telah direkabentuk dan dibina untuk menupang beban jentera itu atau sebaliknya telah diperkukuhkan bagi maksud itu. (2) Mana-mana lantai atau aras kerja di sekeliling jentera hendaklah disenggara dengan baik dan berkeadaan selamat dan hendaklah, sebagaimana yang praktik, bebas daripada bahan-bahan curai, dan dalam keadaan yang tidak licin.

Peraturan 7. Bahaya lemas.


Jika pekerja-pekerja terdedah kepada bahaya jatuh lemas ke dalam air yang mana seseorang boleh lemas, maka hendaklah diperuntukkan pada setiap masa semasa pendedahan tersebut perkakas yang cukup dan orang terlatih yang cukup bagi membolehkan orang supaya terapung dan bagi menyelamatkan orang dalam air dengan segera. Sebuah bot yang dikendalikan oleh orang dan dilengkapkan sewajarnya hendaklah diperuntukkan jika difikirkan perlu oleh Ketua Pemeriksa.

Peraturan 8. Bahaya tergelincir.


Seseorang majikan tidak boleh membiarkan atau membenarkan seseorang pekerja menggunakan tempat laluan, atau perancah, platform atau lain-lain dataran kerja tinggi yang berkeadaan licin. Minyak, gris, air dan bahan-bahan lain yang boleh menyebabkan kelicinan kepada tapak hendaklah dibuangkan, ditabut pasir atau ditutup untuk memberi tempat pijakan yang tidak licin.

Peraturan 9. Bahaya tersadung dan luka.


(1) Semua tempat laluan, platform dan tempat-tempat kerja yang lain hendaklah dipastikan tiada timbunan kotoran dan puing serta apa-apa penghalang lain yang boleh menyebabkan seseorang itu tersadung. (2) Apa-apa juluran yang boleh melukakan pekerja hendaklah dipindahkan atau dijadikannya selamat.

Peraturan 10. Akses tingkat kerja.


(1) Laluan tangga, lerengan atau landasan hendaklah disediakan sebagai cara akses ke aras kerja di atas atau di bawah tanah kecuali di mana jenis perkembangan kerja menghalang pemasangannya yang mana tangga atau cara-cara lain yang selamat hendaklah disediakan. (2) Semua bangunan dalam peringkat pembinaan yang lebih dari dua tingkat tingginya hendaklah disediakan dengan akses jelas di tingkat bawah, lengkap dengan tutup pelindung atas bagi orang keluar masuk bangunan itu.

Peraturan 11. Habuk dan gas.


Habuk dan gas hendaklah dikawal secara gantiudara atau cara-cara lain untuk mengelakkan pengumpulan yang amat sangat yang boleh merosakkan kesihatan atau menghalang penglihatan atau daripada melebihi aras yang selamat .

Peraturan 12. Bahan kakisan.


Semua alkali, asid dan bahan-bahan kakisan, beracun atau merbahaya yang lain hendaklah disimpan dan digunakan supaya tidak membahayakan pekerja-pekerja. Perkakas perlindungan yang sesuai bagi kegunaan bahan-bahan itu hendaklah disediakan. Air bersih atau bahan pencuci yang sesuai hendaklah sentiasa ada untuk menyuci bahan-bahan kakisan yang terpercik kepada pekerja.

Peraturan 13. Perlindungan mata.


Alat perlindungan mata yang sesuai hendaklah disediakan oleh majikan dan hendaklah digunakan oleh pekerja semasa membuat kerja-kerja kimpalan atau kerja-kerja pemotongan atau penyerpihan, pemotongan atau mencanai apa-apa bahan yang daripadanya boleh menyebabkan partikel berterbangan, atau semasa membuat sesuatu kerja lain yang boleh membahayakan mata.

Peraturan 14. Alat pernafasan.


Jika Peraturan-Peraturan ini menghendaki alat pernafasan disediakan, majikan hendaklah menyediakan alat pernafasan itu dan pekerja hendaklah menggunakan alat pernafasan yang sesuai bagi jenis kerja yang mana ia akan digunakan. Majikan hendaklah menyenggara alat pernafasan itu dengan baik dan menyediakan cara supaya alat pernafasan itu sentiasa berada dalam keadaan baik; dan ia hendaklah mengadakan pemeriksaan, pencucian dan pembasmian kuman yang tetap bagi peralatan tersebut. Jika tidak digunakan alat-alat tersebut hendaklah disimpan dalam bekas tertutup.

Peraturan 15. Pakaian perlindungan.


(1) Tiap-tiap pekerja yang dikehendaki melalui atau bekerja dalam kawasan yang mana terdapat bahaya ditimpa oleh barang- barang atau bahan-bahan yang jatuh hendaklah dibekalkan dengan topi keledar dari jenis yang diluluskan oleh Ketua Pemeriksa. (2) Tiap-tiap pekerja yang dikehendaki bekerja dalam air, konkrit basah atau mana-mana tempat berpijak lain yang berkeadaan basah hendaklah dibekalkan dengan but kalis air yang sesuai. (3) Tiap-tiap pekerja yang dikehendaki bekerja dalam hujan atau keadaan basah yang serupa itu hendaklah dibekalkan dengan baju hujan dan topi kalis air. (4) Tiap-tiap pekerja yang dikehendaki menggunakan bahan-bahan kakisan atau beracun hendaklah dibekalkan dengan pakaian perlindungan dan peralatan yang sesuai.

Peraturan 16. Bahaya elektrik.


(1) Sebelum kerja dimulakan, majikan hendaklah memastikan dengan cara siasatan atau pemerhatian terus, atau dengan alatan, jika mana-mana bahagian litar kuasa elektrik terdedah atau tersembunyi, dan ia terletak sedemikian yang mana semasa menjalankan kerja boleh menyebabkan mana-mana orang, alat atau jentera mendapat sentuhan fizikal atau elektrikal dengannya. (2) Majikan hendaklah memaparkan dan menyenggara tanda amaran dengan baik dalam bahasa kebangsaan di mana terdapatnya litar seperti itu. (3) Majikan hendaklah menasihatkan pekerja-pekerjanya di mana talian itu terdapat, bahaya yang akan timbul dan langkah-langkah pengawalan yang patut diambil dan hendaklah, jika praktik, memotong bekalan tenaga kepada litar kuasa elektrik tersebut. (4) Tiada seseorang majikan boleh membiarkan atau membenarkan seseorang pekerja bekerja berhampiran dengan mana-mana bahagian litar kuasa elektrik yang boleh mendedahkannya untuk bersentuh dengan litar kuasa elektrik semasa menjalankan kerjanya melainkan jika pekerja itu dilindungi terhadap renjatan elektrik dengan memotong bekalan tenaga litar itu dan membumikannya atau menjaganya dengan penebatan yang berkesan atau cara-cara lain yang boleh diterima oleh Ketua Pemeriksa Elektrik. (5) Kawasan kerja yang mana tempat sebenarnya terdapat talian kuasa elektrik itu tidak diketahui, pekerja-pekerja yang menggunakan tukul jek, bar atau alatan-alatan tangan lain yang mungkin boleh tersentuh dengan talian itu hendaklah disediakan dengan sarung tangan pelindung bertebat dan kasut pelindung bertebat. (6) Semua pendawaian hendaklah ditupang pada penebat yang sesuai dan tidak dililitkan kepada paku atau pendakap. (7) Tiada apa-apa pendawaian boleh dibiarkan di atas tanah atau di atas lantai sesuatu bangunan melainkan keadaan itu tidak dapat dielakkan dan jika perlu memasang pendawaian elektrik dibuat di atas tanah atau di atas lantai sesuatu bangunan, pendawaian itu hendaklah dari jenis kalis-cuaca dan hendaklah disediakan dengan perlindungan mekanikal yang cukup untuk menahan daripada haus dan lusuh yang akan dialaminya dan ia hendaklah disenggarakan dengan baik dan selamat semasa digunakan. (8) Dawai tak salut atau pengalir-pengalir tak lindung yang lain hendaklah diletakkan dalam lingkungan empat meter dari mana- mana permukaan di mana pekerja boleh bekerja atau lalu, melainkan jika diadang sepenuhnya dengan pagar atau pengadang- pengadang lain. (9) Jika perkakas elektrik dan alat pembawa arus mempunyai peruntukan untuk dibumikan, ia hendaklah dibumikan dengan sewajarnya. (10) Semua pepasangan elektrik sementara dalam bangunan dan ditapakbina kerja binaan kejuruteraan hendaklah disediakan dengan pemutus litar bocor bumi. (11) Talian kuasa yang dinaikkan hendaklah mempunyai kelegaan pugak yang mencukupi jika ia menyeberangi lebuhraya, jalan akses atau kawasan yang dilalui trak, kerin, penyuduk atau peralatan lain yang serupa dan rendahnya mestilah tidak kurang daripada 5.2 meter dari permukaan tanah. (12) Semua pepasangan elektrik dalam bangunan dan ditapakbina kerja binaan kejuruteraan

hendaklah mematuhi kehendak-kehendak pihak berkuasa yang sesuai. (13) Semua pepasangan elektrik hendaklah diuji dan diluluskan oleh Ketua Pemeriksa Elektrik, atau wakilnya, sebelum ia mula dikendalikan dan pepasangan tersebut hendaklah disenggarakan dengan baik dan selamat semasa digunakan pada setiap masa.

Peraturan 17. Gergaji yang menggunakan kuasa.


(1) Semua gergaji tangan mudalih yang menggunakan kuasa yang tidak dilekatkan dengan meja gergaji kecuali gergaji rantai hendaklah dilengkapi dengan pengadang di atas pelit tapak yang boleh melindungi pengendali sepenuhnya daripada terkena dengan bilah gergaji apabila bergerak dan dengan pengadang pelaras sendiri di bawah pelit tapak yang akan menutupi gergaji itu sepenuhnya sehingga ke dalam matanya apabila gergaji dialih daripada potongan itu. (2) Tiap-tiap gergaji yang menggunakan kuasa yang dilekatkan dengan meja gergaji hendaklah dilengkapkan dengan pengadang yang boleh menutup bilah gergaji ke takat yang boleh menghalang sentuhan dengan mana-mana bahagian mata yang lebih daripada 50 milimeter dari atas meja gergaji dan tidak dilindungi dengan peluas lepa atau alat yang serupa. Semasa dalam kendalian, pengadang hendaklah secara automatik naik disebabkan tekanan daripada bahan itu atau hendaklah diselaraskan sedemikian supaya semasa gergaji memotong bahan itu, jarak bahan itu dengan bahagian pengadang tidak melebihi 12 milimeter. Mata gergaji yang terdedah di bahagian bawah meja hendaklah diadang dengan berkesan. (3) Tiap-tiap gergaji bulat meja yang digunakan untuk memotong hendaklah disediakan dengan peluas lepas yang dipasang dengan kukuh ditempatnya dan dengan suatu alat yang berkesan untuk menahan bahan dari tendang-balik.

Peraturan 18. Kenderaan lalulintas awam.


(1) Apabila mana-mana kerja dilakukan ke atas, di atas atau di kawasan berhampiran dengan lebuh raya atau mana-mana tempat lain yang mana kenderaan awam boleh mendatangkan bahaya kepada orang yang sedang bekerja, kawasan kerja itu hendaklah diadang dan tanda amaran dan lampu amaran yang sesuai hendaklah dipasang untuk mengarahkan kenderaan supaya lalu jauh dari tempat itu dan, apabila perlu, lalulintas hendaklah dikawal khas oleh orang yang ditetapkan. (2) (a) semua kenderaan yang digunakan di kawasan kerja binaan mestilah sesuai untuk digunakan di jalan dan didaftarkan dengan pihak berkuasa yang berkenaan mengikut Ordinan Lalulintas Jalan 1958 [Ord. 48/1958]. (b) Tiada seseorang pun dibenarkan memandu kenderaan dari mana-mana kelas atau jenis di dalam kawasan binaan melainkan jika ia pemegang lesen memandu yang memberi kuasa kepadanya untuk memandu kenderaan dari kelas atau jenis itu.

Peraturan 19. Kestablian struktur.


Tiada dinding, cerombong atau mana-mana struktur atau sebahagian daripada struktur boleh dibiarkan tanpa dijagai dalam keadaan yang mana ia mungkin jatuh, rebah atau ruai disebabkan oleh tekanan angin atau gegaran.

Peraturan 20. Cahaya di tempat laluan dll.


Cahaya yang mencukupi untuk menyenggara keadaan kerja selamat hendaklah disediakan di mana sahaja seseorang di kehendaki bekerja atau lalu. Bagi tempat laluan, tangga dan lataran, cahaya itu tidak boleh kurang daripada 50 lux.

Peraturan 21. Simpanan bahan dan perkakas.


(1) Semua bahan bangunan hendaklah disimpan atau disusun dengan cara yang selamat dan teratur supaya tidak menghalang mana-mana tempat laluan atau tempat kerja. (2) Timbunan bahan hendaklah disimpan atau disusun mengikut cara yang memastikan ia cukup stabil. (3) Bahan atau perkakas tidak boleh disimpan di atas mana-mana lantai atau platform dalam apa-apa kuantiti sehingga melebihi keupayaan membawa yang selamat. (4) Bahan atau pekakas tidak boleh disimpan atau diletakkan terlalu dekat dengan tepi lantai atau platform sehingga boleh membahayakan orang-orang di bawah.

Peraturan 22. Membuang puing.


(1) Puing hendaklah diangkut dan dibuang mengikut cara yang tidak membahayakan orang. (2) Puing tidak boleh dibiarkan menimbun sehingga menjadi suatu bahaya. (3) Puing hendaklah lembab secukupnya supaya habuk tidak berterbangan.

Peraturan 23. Menomborkan dan menandakan tingkat-tingkat.


Tiap-tiap tingkat di setiap bangunan dalam pembinaan hendaklah dinomborkan atau ditanda dengan betul di lataran di setiap tangga pada tiap-tiap tingkat atau tempat akses yang lain.

Peraturan 24. Penggunaan topi keledar.


Semua orang yang menjalankan apa-apa jenis kerja atau perkhidmatan di dalam kawasan kerja hendaklah memakai topi keledar.

Peraturan 25. Penyelia keselamatan tapakbina.


(1) Kontraktor utama di sesuatu tapakbina kerja hendaklah melantik seorang penyelia keselamatan tapakbina separuh masa yang menghabiskan masanya sekurang-kurangnya lima belas jam seminggu khusus mengenai pengawasan keselamatan dan menggalakkan tatakerja yang selamat amnya di tapakbina. (2) Penyelia keselamatan tapakbina hendaklah seorang yang kompeten untuk melaksanakan tugas-tugas yang ditetapkan dalam sub-peraturan (3) dan (4), mempunyai kelayakan yang diluluskan oleh Ketua Pemeriksa dan berpengalaman sekurang- kurangnya selama dua tahun sebagai forman tapakbina. (3) Penyelia keselamatan tapakbina hendaklah--(a) memastikan bahawa peruntukan-peruntukan Akta dan mana-mana Peraturan yang dibuat di bawahnya dipatuhi; dan (b) menggalakkan tatakerja yang selamat amnya di tapakbina kerja. (4) Tugas-tugas penyelia keselamatan tapakbina termasuklah--(a) memeriksa dan memperbaiki mana-mana tempat kerja yang tidak selamat; (b) membetulkan mana-mana amalan yang tidak selamat; (c) memeriksa kerja-kerja sub-kontraktor untuk memastikan bahawa Akta dan PeraturanPeraturan yang dibuat di bawahnya dipatuhi; dan (d) berhubung terus dengan penyelia keselamatan kontraktor yang dilantik di bawah peraturan 26 berkenaan dengan keselamatan bekerja yang diakujanji oleh subkontraktor.

Peraturan 26. Penyelia keselamatan kontraktor.


(1) Tiap-tiap kontraktor selain daripada kontraktor utama yang bertanggungjawab atas tapakbina kerja yang menggaji lebih dari dua puluh orang pekerja untuk bekerja di tapakbina kerja hendaklah melantik seorang penyelia keselamatan kontraktor separuh masa, yang hendaklah menghabiskan masanya sekurang-kurangnya lima jam seminggu khusus mengenai pengawasan keselamatan dan menggalakkan tatakerja yang selamat amnya oleh pekerjanya. (2) Penyelia keselamatan kontraktor hendaklah seorang yang kompeten untuk melaksanakan tugas-tugas yang ditetapkan dalam sub-peraturan (3) dan berpengalaman sekurang-kurangnya

dua tahun sebagai forman tapakbina. (3) Penyelia keselamatan kontraktor hendaklah--(a) memastikan bahawa peruntukan-peruntukan Akta dan Peraturan-Peraturan yang dibuat di bawahnya dipatuhi; dan (b) menggalakkan tatakerja yang selamat dikalangan pekerja-pekerja lain majikannya yang digaji di tapakbina kerja itu.

Peraturan 27. Jawatankuasa keselamatan.


(1) Kontraktor utama di tapakbina kerja yang mana lima puluh orang atau lebih sedang digajikan (sama ada oleh kontraktor utama atau kontraktor-kontraktor lain) hendaklah menubuhkan suatu jawatankuasa keselamatan (yang mana kedua-dua pihak pekerja dan pihak majikan diwakili) bagi maksud mengkaji semula keadaan di tapakbina kerja yang boleh menjejaskan keselamatan dan kesihatan orang-orang bekerja di dalamnya. (2) Jawatankuasa keselamatan itu hendaklah dianggotai oleh kakitangan kanan kontraktor utama di tapak bina, penyelia keselamatan tapakbina, semua penyelia keselamatan kontraktor dan pekerja-pekerja lain di tapakbina yang dilantik sebagai anggota. (3) Jawatankuasa keselamatan hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan.

Peraturan 28. Kehendak-kehendak am.


(1) Acuan dan penyangga semula hendaklah diperakui sebagai binaan yang selamat oleh Jurutera Profesional dan hendaklah dirembat atau diikat sekali dengan sempurnanya supaya dapat mengekalkan kedudukan dan bentuknya. (2) Jika struktur acuan mempunyai dua tetingkat atau lebih, ia hendaklah mempunyai titisamping yang mencukupi dan akses- akses lain yang selamat untuk maksud pemeriksaan.

BAHAGIAN III - KERJA-KERJA KONKRIT

Peraturan 29. Pemeriksaan dan penyeliaan.


(1) Seseorang orang yang ditetapkan hendaklah menyelia pembinaan acuan termasuklah penyangga, perembat dan tupang-tupang lain. (2) Apabila acuan telah dibina, orang yang ditetapkan itu hendaklah membuat pemeriksaan menyeluruh untuk memastikan bahawa acuan itu selamat.

(3) Seseorang orang yang ditetapkan hendaklah kerap memeriksa acuan, penyangga, perembat dan tupang-tupang lain semasa memasukkan konkrit. Penyangga-penyangga semula hendaklah juga diperiksa sedemikian. (4) Mana-mana keadaan yang tidak selamat yang ditemui sewaktu pemeriksaan yang dinyatakan dalam sub-peraturan (2) dan (3) hendaklah dibaiki dengan segera. (5) Orang yang ditetapkan itu hendaklah menyimpan semua rekod pemeriksaan di tapakkerja dan hendaklah mengemukakannya untuk diperiksa apabila diminta oleh seseorang Pemeriksa.

Peraturan 30. Rasuk, lantai dan atap.


(1) Perembat ufuk dan perembat pepenjuru hendaklah di peruntukkan pada arah pugak dan arah melintang, sebagaimana perlu untuk mendapatkan kestabilan struktur. Penyangga di sebelah atas dan bawah hendaklah berkedudukan betul, dan hendaklah kekal di tempatnya. (2) Jika penyangga terletak di tanah, pelit asas hendaklah digunakan. (3) Jika tinggi di antara lantai dan siling tidak melebihi 9.14 meter, semua alatan menyokong acuan itu hendaklah mempunyai saiz dan jarak yang mencukupi. (4) Jika tinggi di antara lantai dan siling melebihi 9.14 meter atau jika dek acuan ditupang oleh penyangga yang dibina dengan dua tetingkat atau lebih, atau jika beban mati, beban hidup dan beban hentaman ke atas acuan itu melebihi 732.3 kgf satu meter persegi, struktur acuan tersebut hendaklah direkabentuk oleh Jurutera Professional dan penentuan dan lukisan hendaklah disimpan di tempat kerja untuk digunakan oleh Pemeriksa dan salinan rekabentuk dan lukisan tersebut hendaklah dikemukakan kepada Ketua Pemeriksa sebelum kerja dimulakan. (5) Jika struktur acuan direka oleh Jurutera Professional, Jurutera Professional itu adalah bertanggungjawab untuk menyelia pembinaan dan kestabilan struktur tersebut.

Peraturan 31. Penanggalan.


(1) Penanggalan tidak boleh dimulakan sehingga konkrit telah kering sepenuhnya mengikut penentuan Jurutera Professional dan telah diluluskan olehnya sebelum penanggalan dimulakan. (2) Acuan yang telah ditanggalkan hendaklah dipindahkan atau disusun dengan rapi secepat mungkin selepas penanggalan di semua kawasan yang orang-orang dikehendaki menjalankan kerja atau lalu. (3) Paku yang terjulur, dawai pengikat dan alat-alat lengkap lain yang tidak diperlukan bagi kerja seterusnya hendaklah dicabut, dipotong atau dijadikan selamat.

Peraturan 32. Penyanggaan semula.


(1) Penyanggaan semula hendaklah diperuntukkan apabila perlu untuk menupang slab dan rasuk dengan selamatnya selepas penanggalan, atau jika bahagian-bahagian tersebut mengalami beban tindih disebabkan oleh pembinaan di atas slab dan rasuk itu. (2) Kehendak-kehendak sub-peraturan (1) dan (2) peraturan 30 hendaklah dipakai bagi penyanggaan semula.

BAHAGIAN IV - PEMASANGAN KELULI STRUKTUR DAN KONKRIT SIAP TUANG

Peraturan 33. Meletakkan bahagian struktur.


Semasa meletakkan bahagian struktur yang terakhir, beban itu tidak boleh dilepaskan daripada tali pengangkat sehingga bahagian-bahagian itu dipasangkan dengan betul di tempatnya.

Peraturan 34. Melubang atau memotong bahagian struktur.


Tiada bahagian struktur yang menanggung beban boleh menjadi ruai secara matan apabila dipotong, dilubangi atau cara-cara lain kecuali mengikut arahan bertulis daripada Jurutera Professional.

Peraturan 35. Tali pengawal.


Semasa panel atau bahagian struktur diangkat, tali pengawal hendaklah digunakan untuk menghalang daripada pergerakan yang tidak terkawal.

Peraturan 36. Pembinaan ambang.


Jika ambang luar didirikan di atas rangka bangunan keluli atau konkrit selepas lantai-lantai tetap dipasang, perancah yang sesuai hendaklah digunakan melainkan jika tiap-tiap pekerja yang terlibat dalam pembinaan ambang itu memakai tali pinggang keledar.

Peraturan 37. Lantai tetap pembinaan rangka keluli bagi bangunan bertingkat.
Lantai tetap binaan rangka keluli di bangunan bertingkat hendaklah dipasang semasa pembinaan bahagian struktur berjalan dan tidak boleh lebih daripada lapan tingkat di antara lantai pembinaan dan lantai tetap yang di atas sekali.

Peraturan 38. Lantai sementara pembinaan rangka keluli bagi bangunan bertingkat.
(1) Lantai pembinaan hendaklah dipapan dengan tegap meliputi keseluruhan bahagian permukaan kecuali bagi pembukaan akses. Pemapanan hendaklah cukup teguh untuk menampung beban kerja dan hendaklah dibaringkan dengan kemas dan berkeadaan teguh untuk menghalang pergerakan. (2) Papan-papan yang tersusun rapat mencukupi bagi lantai di antrara dua tingkat atau lapan meter hendaklah juga disediakan, mengikut mana yang kurang, di bawah dan bertentangan dengan bahagian bawah tiap-tiap rasuk tetingkat di mana kerja-kerja membolt, meribet, mengimpal atau mengecat dijalankan.

BAHAGIAN V - MENCUCI, MEMBAIKI DAN MENYENGGARA ATAP, TALANG, TINGKAP, RAM DAN PENGGANTI-UDARA

Peraturan 39. Tugas majikan.


(1) Tiap-tiap majikan hendaklah mengadakan dan menghendaki pekerjanya menggunakan peralatan yang disenggara dengan baik dan alatan keselamatan sebagaimana yang dikehendaki oleh Peraturan-Peraturan ini, semasa menjalankan kerja-kerja mencuci, membaiki dan menyenggara atap, talang, tingkap, ram dan pengganti-udara. (2) Semua cara akses ke atap, talang, tingkat, ram, pengganti-udara dan lain-lain lekapan, bahagian atau peralatan yang dikehendaki untuk dicuci pada waktu tertentu atau disenggara hendaklah disenggara dalam keadaan baik dan selamat.

Peraturan 40. Bekerja di atas atap yang curam.


(1) Apabila kerja sedang dilaksanakan di atas atap yang curamnya lebih dari satu di dalam empat, maka hendaklah di adakan satu cara untuk melindungi daripada menggelunsur, terdiri daripada pendakap atap atau bod merangkak. (2) Peruntukan-peruntukan sub-peraturan (1) tidaklah terpakai jika tiap-tiap pekerja yang terlibat dalam kerja di atas atap itu dilindungi oleh tali pinggang keledar.

Peraturan 41. Pembinaan dan pemasangan pendakap atap.


(1) Pendakap atap hendaklah dibuat supaya padan dengan curaman bumbung atap dan sewaktu digunakan hendaklah mengadakan platform kerja yang datar. (2) Pendakap atap hendaklah dipasang dengan selamat dengan cara memaku logam berhujung tajam yang terjulur yang dilekatkan disebelah bawah pendakapan dipaku dengan kemas ke dalam atap atau dengan tali yang kukuh melalui atas kutub rabung dan diikat.

Peraturan 42. Bod merangkak.


Bod merangkak tidak boleh kurang daripada 250 milimeter lebar dan 25 melimeter tebal dan hendaklah mempunyai tetupai sekurang-kurangnya 38 milimeter lebar, direnggangkan pada jarak yang sama tidak melebihi 310 milimeter di sepanjang lebar bod itu dan dipaku dengan teguhnya. Bod itu hendaklah dipanjangkan dari kutub rabung ke cucur atap apabila digunakan berhubung dengan pembinaan, membaiki atau menyenggara atap.

BAHAGIAN VI - PLATFORM TADAH

Peraturan 43. Platform tadah.


(1) Semasa kerja meroboh bahagian luar dinding yang struktur asalnya melebihi 12 2 meter tinggi, platform tadah hendaklah dibina di sepanjang permukaan luar dinding tersebut, yang mana perlu untuk mengelakkan kecederaan kepada orang ramai dan juga orang yang bekerja di bawah. (2) Platform itu hendaklah direkabentuk oleh Jurutera Professional dan diperakui selamat sebelum dibina. (3) Platform tadah itu hendaklah dibina dan disenggara tidak lebih dari 6 meter di bawah tingkat dari mana kerja-kerja membuang dinding luar sedang dijalankan. (4) Platform tadah tidak boleh digunakan sebagai tempat menyimpan bahan atau digunakan sebagai platform bekerja atau tempat laluan.

Peraturan 44. Binaan platform tadah.


(1) Platform tadah hendaklah sekurang-kurangnya 1.5 meter lebar dan hendaklah condong supaya tepi di sebelah luar ialah 152 milimeter lebih tinggi dari tepi di sebelah dalam. Papan hendaklah diatur dengan rapat dan dipakukan Bahagian hujung platform tadah yang terbuka hendaklah dipagar dengan baik setinggi tidak kurang 0.9 meter. (2) Platform tadah boleh dibina daripada bahan selain daripada kayu dengan syarat bahawa bahan tersebut adalah sama kekuatannya dan selainnya tidak mengurangkan keselamatan terhadap bahan-bahan yang jatuh.

(3) Platform tadah hendaklah berupaya menanggung beban hidup yang tidak kurang daripada 735 kgf satu meter persegi.

Peraturan 45. Butir-butir lanjut mengenai platform tadah dll.


Butir-butir lanjut mengenai pembinaan platform tadah dan gubuk kakilima hendaklah menurut kehendak-kehendak Kod Amalan bagi Kod Pengendalian Bangunan.

BAHAGIAN VII - PELUNGSUR, TALI KELEDAR DAN JARING KESELAMATAN

Peraturan 46. Pelungsur.


(1) Pelungsur kayu atau logam yang disediakan utuk membuang bahan-bahan dan yang bersudut lebih dari 45 darjah dengan ufuk hendaklah ditutup di semua bahagian tepi, melainkan bahagian yang terbuka yang digunakan untuk menerima atau mengeluarkan bahan-bahan. (2) Semua pembukaan pelungsur kecuali pembukaan atas hendaklah ditutup apabila tidak digunakan. (3) Pelungsur yang bersudut 45 darjah atau kurang dengan ufuk boleh dibuka di bahagian atas.

Peraturan 47. Pembinaan.


(1) Tiap-tiap pelungsur hendaklah dibina daripada papan atau kepingan logam yang cukup tebalnya. (2) Tiap-tiap pelungsur hendaklah mempunyai bahagian bawah yang kukuh, di bahagian di mana bahan menghempap pelungsur dan hendaklah ditupang dengan teguh di sepanjang pelungsur itu. (3) Get yang kukuh hendaklah dibina di bahagian bawah tiap-tiap pelungsur muatan untuk mengawal muatan bahan ke dalam trak dan untuk menutup pelungsur itu pada setiap masa yang lain. (4) Papan pelanting hendaklah dibina untuk menahan bahan-bahan daripada terpelanting ke kawasan orang ramai. (5) Pelungsur yang melebihi 12 meter tinggi hendaklah dibina mengikut rekabentuk dan lukisan Jurutera Professional. (6) Jika pelungsur dibina mengikut sub-peraturan 5, salinan yang diperakui bagi rekabentuk dan lukisan pelungsur itu hendaklah sedia didapati di tapakkerja untuk diperiksa oleh Pemeriksa.

Peraturan 48. Tanda bahaya.


Pemberitahu amaran yang mudah tetapi berkesan dalam bahasa kebangsaan hendaklah diletakkan di tempat yang mudah dilihat di bahagian hujung pengeluaran di tiap-tiap pelungsur untuk memberi amaran kepada pekerja-pekerja dan orang awam.

Peraturan 49. Penyenggaraan pelungsur.


Tiap-tiap pelungsur hendaklah dibersihkan apabila puing telah terkumpul ke paras tinggi yang telah ditentukan oleh jurutera mereka, di mana berkenaan, walau bagaimana pun sekurangkurangnya sekali dalam sehari.

Peraturan 50. Tali pinggang keledar.


Tali pinggang keledar, tali nyawa dan semua peralatan untuk menyangkut tali nyawa hendaklah cukup kuat dan daripada jenis yang telah diluluskan oleh Ketua Pemeriksa.

Peraturan 51. Penyangkut yang dikehendaki.


(1) Tiap-tiap tali pinggang keledar yang disediakan atau dibekalkan kepada pekerja untuk perlindungan dirinya hendaklah digunakan oleh pekerja itu semasa menjalankan kerjanya. (2) Pada setiap masa pemakaian, tali pinggang keledar hendaklah disangkut kepada tali nyawa yang disangkut dengan kukuh kepada tambahan yang mencukupi dan tidak boleh lebih panjang dari yang diperlukan untuk membolehkan pekerja itu menjalankan kerjanya. (3) Tempat tambatan tali nyawa tidak boleh lebih rendah daripada paras tempat kerja pekerjapekerja. (4) Maka hendaklah juga disediakan tempat tambatan yang mencukupi dan sesuai apabila penggunaan tali pinggang keledar atau tali nyawa diperlukan.

Peraturan 52. Arahan penggunaan tali pinggang keledar.


Tiap-tiap pekerja yang dibekalkan dengan tali pinggang keledar hendaklah diberi arahan mengenai cara yang betul memakai dan menggunakannya, dan juga cara menyangkutkannya kepada tali nyawa.

Peraturan 53. Perlindungan bagi tali nyawa.


Mengalas, membungkus atau apa-apa cara yang sama hendaklah disediakan untuk melindung tiap-tiap tali nyawa daripada terkena tepi atau benda-benda yang boleh memotong atau menggempelaskan tali nyawa itu dengan teruk.

Peraturan 54. Pemeriksaan tali pinggang keledar.


(1) Tiap-tiap tali pinggang keledar dan tiap-tiap tali nyawa hendaklah diperiksa oleh seseorang orang yang ditetapkan sebelum digunakan oleh seseorang pekerja. (2) Tiada majikan boleh membiarkan atau membenarkan seseorang pekerja menggunakan tali pinggang keledar atau tali nyawa yang menunjukkan tanda-tanda kehausan, kerosakan atau keburukan yang berkemungkinan menjejas keteguhannya dan tali pinggang keledar atau tali nyawa yang sedemikian tidak boleh disimpan di tapakkerja.

Peraturan 55. Jaring keselamatan.


(1) Tiap-tiap jaring keselamatan hendaklah daripada jenis yang telah diuji dan diluluskan oleh badan pemeriksa yang diluluskan oleh Ketua Pemeriksa. (2) Tiap-tiap jaring keselamatan atau kombinasi jaring-jaring keselamatan hendaklah mempunyai saiz dan keteguhan yang mencukupi untuk menahan mana-mana orang yang mana kegunaannya ialah untuk melindungi orang itu dan ia hendaklah ditempatkan sedemikian rupa supaya meliputi tempat-tempat di mana berkemungkinan seseorang itu jatuh. (3) Tiap-tiap jaring keselamatan hendaklah disangkut kepada tambatan atau tupang yang secukupnya di sebelah luar dan melampaui kawasan yang mana seseorang mungkin terjatuh dan ditupang yang tingginya mencukupi untuk mengelakkan daripada melendut ke permukaan atau barang di bawah semasa menahan kejatuhan seseorang.

Peraturan 56. Simpanan.


Tiap-tiap jaring keselamatan hendaklah kering keseluruhannya sebelum disimpan di tempat yang kering. Ia hendaklah dilindungi daripada kerosakan mekanikal atau kerosakan yang disebabkan oleh asid atau bahan-bahan kakisan yang lain.

Peraturan 57. Pemeriksaan jaring keselamatan.


(1) Tiap-tiap jaring keselamatan hendaklah diperiksa oleh orang yang ditetapkan setiap kali sebelum ia dipasang. (2) Tiada jaring keselamatan yang menunjukkan tanda-tanda kehausan, kerosakan atau keburukan yang secara matan menjejaskan keteguhan mana-mana bahagiannya boleh dipasang. (3) Selepas jaring keselamatan itu dipasang, orang yang ditetapkan hendaklah memeriksa jaring keselamatan itu serta tupangnya setiap hari. (4) Keputusan pemeriksaan sebagaimana yang dikehendaki di bawah sub-peraturan (1) dan (3) hendaklah dimasukkan ke dalam daftar yang mana daftar itu hendaklah disimpan di tapakkerja untuk diperiksa oleh Pemeriksa.

BAHAGIAN VIII - LANDASAN DAN LERENGAN

Peraturan 58. Untuk kegunaan kenderaan.


Semua landasan dan lerengan hendaklah dibina sedemikian banyak yang mencukupi dan dirembat dan ditupang dengan kukuh. Landasan dan lerengan untuk kegunaan trak motor atau kenderaan lebih berat hendaklah lebarnya tidak kurang daripada 3.7 meter dan hendaklah disediakan bahu jalan daripada kayu yang tidak kurang dariapada 200 milimeter kali 200 milimeter yang diletakkan selari dengan tepi landasan atau lerengan yang dipasang dengan kukuh padanya dan hendaklah direkbentuk oleh Jurutera Professional.

Peraturan 59. Untuk kegunaan pekerja.


Landasan dan lerengan untuk kegunaan pekerja tidak boleh kurang daripada 430 milimeter lebar dan hendaklah dibina daripada papan yang tebalnya tidak kurang daripada 25 milimeter, ditupang dengan teguhnya berhubungan dengan rentang dan dirembat. Papan-papan itu hendaklah diatur rapat, secara tanggamtemu dan dipaku dengan kukuh tanpa hujungnya terjulur. Landasan dan lerengan untuk kegunaan pekerja dan terletak atau paras naiknya yang melebihi 3 meter dari permukaan lantai atau tanah hendaklah diperuntukkan dengan rel pengadang di sebelah yang terbuka. Landasan atau lerengan, apabila digunakan sebagai tempat laluan pekerja, hendaklah diperuntukkan dengan susur-susur yang standard.

Peraturan 60. Untuk kegunaan gerabak sorong dll.


Landasan dan lerengan untuk kegunaan gerabak sorong kereta sorong dan trak sorong tidak boleh kurang daripada satu meter lebar dan hendaklah dibina daripada papan yang tidak kurang daripada 50 milimeter tebal, ditupang dengan teguh berhubungan dengan rentang dan dirembat. Papan-papan itu hendaklah diatur rapat, secara tanggamtemu dan dipaku dengan kukuh tanpa hujungnya terjulur. Landasan dan lerengan untuk kegunaan gerabak sorong kereta sorong atau trak sorong dan terletak atau paras naiknya yang melebihi 3 meter daripada permukaan lantai

atau tanah hendaklah mempunyai rel pengadang yang sesuai, yang cukup kukuh di sebelah mana yang terbuka.

Peraturan 61. Cerun.


Lerengan hendaklah mempunyai cerun yang tidak melebihi satu dalam empat dan kenaikan penuh sepanjang lerengan yang digunakan oleh pekerja yang membawa bahan atau yang menggunakan gerabak sorong tidak boleh melebihi 3.7 meter, melainkan jika ia mempunyai pelantar ufuk sekurang-kurangnya 12 meter panjang. Jika cerunnya melebihi satu dalam lapan, lerengan hendaklah dipasang dengan tetupai-tetupai yang jaraknya tidak lebih daripada 350 milimeter di antara satu dengan yang lain dan dipasang dengan kukuh kepada papan untuk membolehkan penahan tapak. Ruang di tetupai boleh diperuntukkan untuk laluan roda kenderaan.

BAHAGIAN IX - TANGGA DAN TANGGA LIPAT

Peraturan 62. Pembinaan.


Tiap-tiap tangga dan tangga lipat hendaklah dibina dengan baik, bahan yang kukuh dan keteguhan yang mencukupi bagi kegunaan yang dimaksudkan.

Peraturan 63. Penahanan tangan hendaklah diadakan.


Apabila tangga digunakan sebagai alat perhubungan atau sebagai tempat kerja, tangga itu hendaklah dinaikkan, atau mempunyai penahanan tangan yang mencukupi, kepada tinggi sekurang-kurangnya satu meter lebih tinggi daripada pelantar atau anak tangga yang tertinggi yang boleh dicapai oleh kaki mana-mana orang yang bekerja di atas tangga, mengikut mana yang berkenaan atau, jika itu adalah tidak praktik sehingga pada tinggi yang paling praktik, melainkan jika kemudahan lain dan penahanan tangan yang kukuh disediakan ditempat itu. Anak tangga hendaklah ditinggalkan daripada bahagian pemanjangan ini.

Peraturan 64. Pengecualian.


Tiada apa-apa jua yang terkandung dalam peraturan 63 boleh dipakai bagi tangga merangkak.

Peraturan 65. Penapak gegai.


Tangga dan tangga lipat tidak boleh bertapak di atas batu bata gegai atau pengalas gegai yang lain, tetapi hendaklah berada di atas tapak yang datar dan kukuh.

Peraturan 66. Mencegah daripada tergelincir.


Tiap-tiap tangga hendaklah, setakat mana yang praktik, dipasang dengan kukuh supaya ia tidak boleh bergerak dari tempat berhenti sama ada di bahagian atas atau bawah. Sekiranya ia tidak boleh dipasang dengan selamat, ia hendaklah, setakat mana yang praktik, dipasang dengan selamatnya di bahagian tapaknya atau sekiranya cara pemasangan di tapak adalah tidak praktik, seseorang hendaklah berada di bahagian tapak tangga untuk mencegah tangga itu daripada tergelincir : Dengan syarat bahawa peraturan ini tidaklah terpakai bagi tangga yang tidak lebih dari 3 meter panjang dan tidak digunakan sebagai satu alat perhubungan sekiranya ia ditempatkan dengan selamat untuk menegah daripada tergelincir atau terjatuh.

Peraturan 67. Bergoncang dan melendut.


Tiap-tiap tangga hendaklah--(a) dipasang dengan kukuh untuk menegah daripada goncangan yang tidak dikehendaki; (b) ditupang di atas tiap-tiap tiang tegak sama rata dan sempurna; dan (c) digunakan sedemikian rupa dengan tidak menyebabkan ia melendut dengan berlebihan.

Peraturan 68. Pelantar.


Tiap-tiap tangga atau anak tangga yang naik pugaknya melebihi jarak 9 meter hendaklah jika praktik disediakan pelantar atau pelantar-pelantar di antaranya supaya jarak pugaknya di antara dua pelantar itu tidak melebihi 9 meter. Tiap-tiap pelantar itu hendaklah mempunyai dimensi yang mencukupi dan, jika seseorang itu boleh terjatuh darinya sejarak lebih dari 3 meter, hendaklah, kecuali setakat mana ia difikirkan tidak praktik, disediakan dengan rel pengadang yang mencukupi dan sesuai sekurang-kurangnya setinggi 0 9 meter di atas pelantar. Jika tangga melalui pembukaan di lantai pelantar, pembukaan itu hendaklah seberapa kecil setakat mana yang difikirkan praktik.

Peraturan 69. Larangan daripada menggunakan tangga yang cacat.


Tiada tangga yang--(a) tidak mempunyai anak tangga, anak tangga yang patah atau yang cacat; (b) rel tepinya pecah atau patah; (c) pembinaannya rosak atau cacat; atau (d) mana-mana daripada anak tangga yang tupangnya bergantung hanya kepada paku, pepaku, atau cara pemasangan lain yang serupa itu, boleh digunakan.

Peraturan 70. Pembinaan tangga kayu.


Tiada tangga kayu boleh digunakan melainkan jika ia dibina dengan--(a) tiang tegak yang mempunyai kekuatan yang mencukupi yang diperbuat daripada kayu yang iranya tidak mempunyai kecacatan dan ira kayu itu selari memanjang; (b) anak tangga yang diperbuat daripada kayu yang iranya lurus yang tidak cacat dan ditanggalkan puting dengan kukuhnya ditakuk kepada tiang tegak; dan (c) tetulang ikatan logam jika putingnya tidak dikuatkan dengan baji.

Peraturan 71. Am.


(1) Kecuali jika laluan tangga yang kekal atau sementara atau lerengan atau landasan yang sesuai disediakan, tangga hendaklah disediakan untuk memberi akses kepada semua lantai atau kepada semua perancah atau platform yang mana kerja-kerja sedang dijalankan yang tingginya melebihi 1.5 meter dari paras bumi atau di atas lantai tetap atau lantai sementara. (2) Tangga yang menjadi sebahagian daripada struktur tetap selepas selesai kendalian bangunan hendaklah menurut Peraturan-Peraturan ini.

BAHAGIAN X - PERANCAH

Peraturan 72. Pembinaan.


(1) Tiap-tiap perancah dan tiap-tiap bahagiannya hendaklah dibina dengan baik, dari bahan yang sesuai dan baik dan mempunyai kekuatan yang mencukupi bagi maksud yang hendak digunakannya. (2) Bahan yang mencukupi hendaklah diperuntukkan dan hendaklah digunakan untuk pembinaan perancah. (3) Kayu yang digunakan untuk pembinaan perancah hendaklah daripada kayu keruing atau kayu yang sama atau lebih kekuatannya. (4) Kayu yang digunakan untuk pembinaan perancah hendaklah digergaji secara kasar dan hendaklah sempurna, iranya lurus, dan tidak reput-kering, atau tidak ada kecacatan-kecacatan lain yang boleh menjejaskan kekuatan atau keteguhannya. (5) Kayu yang digunakan untuk pembinaan perancah hendaklah dibuang semua kulitnya, dan tidak boleh disapu cat atau dibersihkan dengan apa-apa cara yang boleh menyebabkan segala kecacatan itu tidak mudah dilihat. (6) Bahagian-bahagian logam yang digunakan untuk perancah hendaklah daripada kualiti yang sesuai dan berkeadaan baik dan tidak berkarat atau lain-lain kecacatan paten yang mungkin menjejaskan kekuatannya secara matan. (7) Semua perancah dan tupang-tupang hendaklah berupaya menupang beban yang mana ia direkabentuk untuk membawa dengan faktor keselamatan sekurang-kurangnya empat.

Peraturan 73. Penyenggaraan.


(1) Tiap-tiap perancah hendaklah disenggara dengan sempurna dan tiap-tiap bahagiannya hendaklah dipasang kekal, dikukuhkan atau diletakkan dalam keadaan supaya dapat mencegah, setakat mana yang praktik, daripada teranjak ke tempat lain dengan tidak sengaja. (2) Tiada perancah atau mana-mana bahagiannya boleh di tanggal sebahagian daripadanya dan dibiarkan berkeadaan begitu sehingga ia boleh digunakan, melainkan sama ada--(a) perancah itu seterusnya menepati Peraturan-Peraturan ini; atau (b) suatu tanda amaran yang ketara di dalam bahasa kebangsaan yang menunjukkan perancah itu atau sebahagian daripadanya adalah tidak boleh digunakan, dilekatkan berhampiran dengan tempat di mana perancah itu atau bahagiannya, mengikut mana yang berkenaan, mungkin boleh menyebabkan orang menuju ke situ bagi maksud menggunakannya.

Peraturan 74. Penyeliaan kerja dan pemeriksaan bahan-bahan.


(1) Tiada perancah boleh dibina atau sebahagian besarnya diubah atau ditanggalkan kecuali di bawah penyeliaan terus oleh orang yang ditetapkan. (2) Semua bahan yang akan digunakan untuk pembinaan perancah hendaklah diperiksa oleh orang yang ditetapkan setiap kali sebelum ia digunakan.

Peraturan 75. Rekabentuk dan lukisan perancah hendaklah diluluskan.


(1) Tiap-tiap perancah tiub logam yang melebihi 40 meter tingginya dan tiap-tiap perancah lain yang melebihi 15 meter tingginya hendaklah dibina mengikut rekabentuk dan lukisan Jurutera Professional. Semua rekabentuk dan lukisan perancah tiub logam yang lain hendaklah mendapat kelulusan daripada Ketua Pemeriksa. (2) Satu salinan rekabentuk dan lukisan bagi sturkturnya hendaklah dikemukakan kepada Ketua Pemeriksa untuk rekodnya sebelum struktur itu dibina. (3) Satu salinan lukisan rekabentuk yang telah disahkan oleh Jurutera Professional hendaklah boleh didapati ditapakkerja untuk diperiksa oleh seseorang Pemeriksa.

Peraturan 76. Tiang, tiang tegak, belebas dan putlog.


(1) Tiang atau tiang-tegak bagi perancah hendaklah--(a) jika boleh dipraktikkan tegak atau cundung sedikit ke arah bangunan; dan (b) dipasang dengan cukup dan berdekatan untuk mendapat kestabilan perancah itu dengan memberi perhatian kepada semua hal keadaan. (2) Pemindahan di bahagian kaki mana-mana tiang atau tiang-tegak hendaklah, melainkan jika dicegah mengikut apa-apa cara lain yang mencukupi, dicegah sama ada--(a) dengan mencucuk tiang atau tiang-tegak itu secukupnya ke dalam bumi; atau (b) dengan menempatkan tiang atau tiang-tegak di atas pelit tapak yang mencukupi mengikut apa-apa cara yang dapat mencegahnya daripada tergelincir. (3) Belebas hendaklah seberapa yang boleh berkenaan melintang dan dipasang dengan kukuhnya kepada tiang-tegak, atau apa-apa cara menupang atau mengampai yang lain dengan bolt, paku siung, tali atau cara-cara lain yang berkesan. (4) Apabila dua belebas dirangkaikan, rangkaiannya hendaklah kukuh dan mengenai belebasbelebas kayu yang tidak dirangkaikan kepada kepada tiang-tegak atau di tempat ampaian, kedua-dua belebas itu hendaklah di rangkaikan ke belebas sambungan berasingan yang cukup kukuh yang merentangi di antaranya dan dipasang dengan kukuhnya kepada tiang-tegak, tempat

atau ampaian pada bahagian-bahagian yang bertentangan dengan rangkaian belebas itu. (5) Putlog hendaklah lurus atau hampir-hampir lurus dan hendaklah dipasang dengan kukuhnya kepada belebas atau tiang-tegak, kecuali mengenai putlog kayu yang dibentuk dan ditempatkan sedemikian supaya pemasangan itu tidak diperlukan untuk mengelakkannya daripada teranjak. Putlog yang satu hujungnya ditupang oleh dinding hendaklah mempunyai permukaan tupangan yang rata dan mencukupi di hujung itu. Paku tidak boleh digunakan untuk melekatkan putlog. (6) Jarak antara dua putlog yang berturut-turut atau tupang-tupang lain yang di atasnya terletak platform hendaklah dipasang dengan memberi perhatian kepada beban yang akan diguna dan jenis lantai platform itu. sebagai kaedah am jarak antara dua putlog itu untuk pemapanan selapis hendaklah tidak melebihi satu meter dengan tebal papannya 32 milimeter, 1.5 meter dengan tebal papannya 38 milimeter, atau 2.6 meter dengan tebal papannya 50 milimeter.

Peraturan 77. Tupang dan kestabilan perancah.


(1) Tiap-tiap perancah hendaklah ditupang atau diampai dengan kukuh dan jika perlu perancah itu hendaklah disangga atau dirembat secukupnya dengan baik untuk menentukan kestabilannya : Dengan syarat bahawa jika perancah tidak direkabentuk dan dibina dengan betul sebagai perancah bebas, ia hendaklah di rangkaikan kepada bangunan itu dengan kukuhnya. (2) Semua struktur dan peralatan yang digunakan sebagi tupang perancah, platform kerja, laluan titian atau laluan hendaklah dibina dengan selamat, dengan mempunyai tapak yang kukuh atau ditupang dengan teguh, dan jika perlu, hendaklah disangga atau dirembat secukupnya, dengan baik untuk menentukan kestabilan. (3) Mana-mana perancah bergerak atau perancah yang boleh digerakkan di atas roda atau alat luncur, melainkan jika ia perancah ampaian atau andohan, hendaklah--(a) dibina dengan memberi pertimbangan kepada kestabilan, dan jika perlu untuk kestabilan, dibebankan dengan secukupnya pada tapak; (b) digunakan hanya di atas permukaan yang kukuh dan rata, tidak terlalu curam hingga boleh menimbul risiko ketidakstabilan perancah atau mana-mana beban yang di atasnya; (c) dipasang secukupnya untuk mencegah daripada bergerak apabila seseorang bekerja di atasnya; dan (d) bergerak hanya dengan menggunakan tenaga pada tapak atau berhampiran dengannya.

Peraturan 78. Alat untuk mengampai perancah.


(1) Rantai, tali dan alat mengangkat yang digunakan untuk mengampai perancah hendaklah dari bahan yang baik, cukup kekuatan dan kualiti yang sesuai serta dalam keadaan yang baik. (2) Tiada tali selain daripada tali dawai boleh digunakan untuk mengampai perancah, tetapi kehendak ini tidaklah terpakai bagi perancah ampaian yang dinaikkan atau diturunkan dengan apa-apa cara selain dari menggunakan win atau berkenaan dengan peralatan yang digunakan bagi maksud perancah ampaian mengikut peraturan 83. (3) Rantai, tali dan tiub logam yang digunakan untuk mengampai perancah selain daripada perancah ampaian hendaklah dipasang dengan kukuh dan sempurna pada tempat tambatan yang selamat dan pada belebas perencah atau bahagian tupangan utama yang lain. Ia hendaklah ditempatkan sedemikian untuk memastikan kestabilan perancah, hampir-hampir pugak dan sentiasa tegang. (4) Tiap-tiap perancah yang diampai menggunakan tali atau rantai hendaklah kukuh untuk mencegah pergerakan mendatar semasa ia digunakan sebagai platform kerja.

Peraturan 79. Perancah-perancah juluran, jib, bentuk dan pendakap, dll.


(1) Tiada perancah juluran atau jib boleh digunakan melainkan jika ditupang, dipasang dan ditambat secukupnya pada bahagian yang bertentangan dengan tupang, mempunyai katir yang cukup panjang dan cukup muka-keratan dan, jika perlu, disangga dan dirembat secukupnya dengan baik untuk menentukan ia tegak dan stabil. (2) Tiada platform kerja yang terletak di atas penanggung-penanggung yang termasuk ke dalam dinding pada satu penghujung dan tanpa penupang lain boleh digunakan melainkan jika penanggung-penanggung itu cukup kekuatannya, menembusi dinding dan terpasang dengan kukuh di sebelah yang satu lagi itu. (3) Tiada perancah bentuk atau pendakap yang ditupang atau disokong oleh paku siung, pepaku dan pemasangan yang serupa itu boleh digerakkan yang mungkin boleh mengopak batu atau batu-batu di mana ia dilekatkan.

Peraturan 80. Perancah yang ditupang oleh bangunan.


Tiada apa-apa bahagian bangunan boleh digunakan sebagai tupang bagi mana-mana bahagian perancah melainkan jika ia dariapda bahan yang baik dan cukup stabil dan cukup kuat untuk membolehkan ia ditupang dengan selamat. Cucur atap yang terjulur tidak boleh digunakan sebagai tupang sedemikian melainkan jika ia direka khas sebagai tempat berjalan dan mempunyai kekuatan yang mencukupi.

Peraturan 81. Perancah ampaian dinaikkan atau diturunkan oleh win.


Perancah ampaian yang dinaikkan atau diturunkan dengan menggunakan win tidak boleh digunankan melainkan jika--(a) Katirnya--(i) mempunyai panjang dan keteguhan yang mencukupi serta dipasang dan ditupang dengan betul; (ii) dipasang melintang; (iii) dipasang dengan jarak yang betul berbanding pada putlog besi geladak; (iv) dipasang kukuh pada bangunan dengan menggunakan bolt tambatan atau cara lain yang serupa itu, atau jika pemasangan seperti itu tidak semunasabahnya praktik, ia hendaklah ditambat secukupnya dan dengan kukuh di penghujung bahagian dalam; dan (v) di bekal dengan penahan yang mencukupi di bahagian penghujung sebelah luar; (b) tempat-tempat ampaian adalah dijarak mendatar yang memadai dari permukaan bangunan; (c) tali ampaian adalah--(i) dibuat dengan baik, bahan yang elok, kekuatan yang cukup dan bebas daripada kecacatan paten; (ii) disangkut kukuh pada katir atau tupang-tupang lain dan pada deram kerekan; dan (iii) mempunyai panjang di mana kedudukan platform yang tebawah sekali, ada sekurang-kurangnya dua pusingan tali pada tiap-tiap deram kerekan; dan (d) platformnya adalah--(i) tidak kurang daripada 635 milimeter lebar; dan (ii) diatur atau dikukuhkan supaya, pada tiap-tiap kedudukan kerja, tepi platform itu (sama ada platform biasa atau tambahan daripadanya menghala ke permukaan bangunan, mengikut mana yang berkenaan) adalah seberapa dekat yang praktik, kepada permukaan bangunan, tetapi agar supaya bila pekerja duduk di tepi platform itu untuk bekerja, jarak di antara tepi dengan permukaan itu tidak melebihi 460 milimeter.

Peraturan 82. Perancah-perancah ampaian yang lain.


Perancah ampaian selain daripada perancah yang dinaikkan atau diturunkan dengan menggunakan win tidak boleh digunakan melainkan jika--(a) katirnya--(i) mempunyai panjang dan keteguhan yang cukup dan dipasang dan ditupang dengan betul; (ii) ditambat kukuh di penghujung bahagian dalam; dan (iii) dipasang kukuh kepada mana-mana ballas atau beban penimbal; (b) tempat-tempat ampaian semuanya dijarak mendatar yang cukup dari permukaan bangunan. (c) platformnya adalah--(i) tidak kurang daripada 430 milimeter lebar; (ii) diampai dengan tali atau rantai yang jarak di antaranya tidak lebih daripada 3.2 meter, dan dikekalkan dalam keadaan tegang dan dipasang dengan baik dan kukuh; dan (iii) diampai untuk mencepah platform daripada terjungkit atau memiring; (d) tali atau ramai ampaian adalah dibina dengan baik, bahan yang elok, kekuatan yang cukup dan bebas daripada kecacatan paten; dan (e) alat adalah disediakan serta boleh digunakan, jika perlu, untuk memastikan jarak yang cukup di antara platfom dengan dinding, apabila seseorang pekerja terpaksa bekerja dalam berkeadaan duduk : Dengan syarat bahawa sub perenggan (ii) perenggan (c) peraturan ini tidaklah terpakai bagi perancah yang diampai dengan kukuhnya dari tambatan tetap dan mempunyai platform lebih daripada 635 milimeter lebar yang ditupang di atas penanggung logam dengan betul dan kukuh serta disambung kepada takal penaik dan penurun (iaitu tali dawai atau takal rantai yang berkeupayaan untuk menahan beban itu).

Peraturan 83. Langkauan ketam, timba, bakul, kerusi, boatswain dll. tidak boleh digunakan sebagai perencah ampaian.
(1) Langkauan ketam, timba, bakul, kerusi boatswain atau alat-alat yang serupa itu tidak boleh digunakan bagi maksud-maksud perancah ampaian kecuali dalam hal keadaan tertentu yang mana kerja yang dibuat adalah mempunyai jangkamasa yang pendek, sehingga menyebabkan penggunaan perancah ampaian adalah tidak munasabah atau yang mana penggunaan perancah ampaian adalah tidak semunasabahnya praktikal dan hendaklah digunakan hanya di bawah pengawasan orang yang ditetapkan.

(2) Alat-alat tersebut tidak boleh digunakan bagi maksud perancah ampaian melainkan jika--(a) alat itu termasuklah tali atau rantai ampaian dan cara tupangnya adalah dibina dengan baik, bahan yang elok, kekuatan yang cukup, dan bebas daripada kecacatan paten serta tali atau rantai hendaklah disangkut dengan kukuh; dan (b) langkah-langkah yang sesuai hendaklah diambil untuk mencegahnya daripada terpusing atau terjungkit dan mencegah seseorang yang duduk di atasnya daripada terjatuh. (3) Tiada langkauan ketam, timba atau bakul boleh digunakan bagi maksud perancah ampaian melainkan jika ia--(a) sekurang-kurangnya sedalam 760 milimeter; dan (b) sama ada dibina keseluruhannya dengan logam yang sesuai atau dibawa oleh dua gulung logam yang sesuai yang kukuh yang dilekatkan dengan baiknya dan meliputi bahagian tepi dan bawah.

Peraturan 84. Perancah kekuda.


(1) Tiada perancah kekuda boleh digunakan--(a) jika ia dibina lebih dari tiga tingkat; atau (b) jika ia mempunyai platform kerja yang lebih daripada 4.5 meter atas permukaan bumi atau lantai atau mana-mana permukaan lain di mana perancah itu dibina. (2) Peruntukan-peruntukan sub-peraturan (1) tidaklah terpakai bagi perancah kekuda yang dibina menurut rekabentuk dan lukisan Jurutera Professional. (3) Tiada perancah kekuda boleh didirikan di atas platform perancah melainkan jika--(a) lebar platform itu adalah sedemikian dan mempunyai ruang yang cukup bagi mengangkut bahan-bahan; dan (b) kekuda atau tiang tegak itu disangkutkan dengan kukuh pada platform dan dirembat secukupnya untuk mencegahnya daripada teranjak. (4) Tiada perancah kekuda boleh didirikan di atas perancah ampaian.

Peraturan 85. Pemeriksaan perancah-perancah.


(1) Tetakluk kepada peruntukan Peraturan-Peraturan ini, tiada perancah boleh digunakan melainkan jika--(a) ia telah diperiksa oleh orang yang ditetapkan dalam tempoh tujuh hari sebelum hari pemeriksaan itu; dan (b) ia telah diperiksa oleh orang yang ditetapkan setelah ia terdedah kepada keadaan cuaca yang mungkin menjejas keteguhan atau kestabilannya atau telah menyebabkan mana-mana bahagiannya teranjak; dan (c) keputusan pemeriksaan tersebut hendaklah dimasukkan oleh orang yang ditetapkan ke dalam buku daftar yang disimpan di tapak kerja untuk diperiksa oleh Pemeriksa. (2) Peruntukan-peruntukan perenggan (a) sub-peraturan (1) peraturan ini tidaklah terpakai bagi perancah yang mana tiada bahagiannya telah dibina lebih dari tempoh tujuh hari, dan perancah kekuda atau perancah yang seseorang tidak mungkin boleh jatuh lebih daripada 3 meter dari bahagian itu.

Peraturan 86. Platform kerja.


Tiap-tiap platform kerja yang mana darinya seseorang mungkin boleh jatuh lebih daripada 3 meter hendaklah--(a) sama ada disusunkan rapat-rapat, dipadankan dan dipelikan, atau suatu platform yang mengandungi pembukaan jaringan logam yang keluasan celahnya tidak melebihi daripada 3,870 milimeter persegi; (b) sekurang-kurangnya 635 milimeter lebar jika platform itu digunakan sebagai tapak sahaja dan bukan untuk meletak apa-apa bahan; (c) sekurang-kurangnya 860 milimeter lebar jika platform itu digunakan untuk meletak bahan-bahan; dan (d) sekurang-kurangnya 1.1 meter lebar jika platform itu digunakan bagi menupang mana-mana platform yang lebih tinggi.

Peraturan 87. Bod dan papan-papan di platform kerja.


(1) Tiap-tiap bod atau papan yang menjadi sebahagian daripada platform kerja atau digunakan sebagai bod jari hendaklah--(a) tebalnya berkeupayaan menanggung keteguhan yang cukup dengan mengambil perhatian kepada jarak di antara putlog atau tiang; dan (b) tidak kurang daripada 200 milimeter lebar atau mengenai bod atau papan yang melebihi 50 milimeter tebal, tidak kurang daripada 150 milimeter lebar.

(2) Tiada bod atau papan yang menjadi sebahagian daripada platform kerja boleh terjulur melebihi tupangan hujung ke jarak yang melebihi empat kali tebal bod atau papan itu melainkan jika ia dipasang dengan kukuh untuk mencegah daripada terjungkit, atau ke suatu jarak, dengan memberi perhatian kepada ketebalan dan kekuatan papan, menyebabkan bahagian papan yang terjulur itu menjadi penupang yang tidak selamat bagi apa-apa beban yang akan berada di atasnya. (3) Langkah-langkah yang sesuai seperti mengadakan bentukan-bentukan serong yang cukup hendaklah diambil untuk mengurangkan sehingga minima risiko terjungkit dan untuk memberi kemudahan bergerak kepada gerabak apabila bod-bod atau papan-papan yang menjadi sebahagian daripada platform kerja adalah berlapis antara satu sama lain atau yang tebalnya tidak semunasabahnya sama apabila ianya bertemu antara satu sama lain atau disebabkan melengkong atau dengan apa-apa sebab lain yang tidak memberikan permukaan yang datar. (4) Tiap-tiap bod atau papan yang menjadi sebahagian daripada platform kerja hendaklah--(a) terletak dengan kukuh dan sama di atas tupangnya; dan (b) terletak sekurang-kurangnya di atas tiga tupang, melainkan jika dengan mengambilkira tentang jarak di antara tupang dan ketebalan bod atau papan itu, keadaannya adalah sedemikian untuk mencegah daripada lendusan yang tak berpatutan, tupang yang lebih adalah di kehendaki (5) Apabila kerja hendak dilakukan di penghujung dinding, platform kerja di dinding itu hendaklah, di mana praktik, dipanjangkan sekurang-kurangnya 610 milimeter melebihi penghujung dinding itu.

Peraturan 88. Rel-rel pengadang dan bod jari ditempat kerja.


(1) Tertakluk kepada sub-peraturan (3), (4) dan (5), tiap-tiap tepi platform kerja atau tempat kerja, sebagai bahagian tepi yang mana ada kemungkinan seseorang itu terjatuh dari jarak lebih daripada 3 meter hendaklah diperuntukkan dengan rel pengadang yang sesuai atau rel pengadang yang cukup kuat setinggi sekurang-kurangnya satu meter dari atas platform atau tempat dan di atas mana-mana tempat berdiri yang dinaikkan di atas platform, dan mempunyai bod jari yang tingginya yang mencukupi tetapi tidak boleh kurang daripada 200 milimeter dan ditempatkan sedemikian untuk mencegah seberapa yang mungkin orang, bahan dan alat terjatuh daripada platform atau tempat itu. (2) Rel pengadang dan bod jari yang digunakan atas platform kerja atau tempat kerja hendaklah ditempatkan di sebelah dalam tiang tegak, dan ruang di antara mana-mana bod jari dan rel pengadang yang bawah sekali di atasnya tidak boleh melebihi 690 milimeter. (3) Rel pengadang dan bod jari yang dikehendaki oleh subperaturan (1) dan (2) boleh diubah atau tidak didirikan pada waktu itu dan setakat yang perlu bagi akses orang atau pergerakan bahan-bahan. (4) Di sebelah tepi perancah ampaian yang menghadap ke dinding--(a) rel pengadang apabila dikehendaki oleh peraturan ini tidak boleh melebihi 690 milimeter tinggi melebihi platform jika kerja itu adalah tidak praktikal dengan adanya rel

pengadang yang lebih tinggi; (b) rel pengadang dan bod jari tidak dikehendaki jika pekerja duduk di hujung platform untuk bekerja dan jika tali atau rantai berkemampuan memberi semua pekerja pemegang tangan yang selamat dan kukuh dibekalkan. (5) Kehendak-kehendak sub-peraturan (1) dan (2) berhubung dengan bod jari tidaklah terpakai bagi platform perancah kekuda atau jika peruntukan bod jari adalah tidak praktikal menurut jenis atau halkeadaan kerja itu.

Peraturan 89. Platform kerja dipermukaan bangunan.


Apabila kerja-kerja di permukaan bangunan dilakukan daripada platform kerja, ruang di antara permukaan bangunan dan platform kerja hendaklah seberapa dekat yang praktik dan apabila pekerja duduk di pinggir platform untuk bekerja, ruang itu tidak boleh lebih daripada 460 milimeter.

Peraturan 90. Platform tidak boleh terhalang dan berkemampuan memberi penahan tapak yang selamat.
(1) Tiap-tiap platform hendaklah bebas daripada halangan yang tidak menentu, bahan atau kotoran dan dari apa-apa juluran paku. (2) Sekiranya platform menjadi licin, langkah-langkah yang sesuai hendaklah diambil seberapa segera yang semunasabahnya praktik untuk membaiki kecacatan itu.

Peraturan 91. Perancah tiub.


Bahagian-bahagian perancah daripada perancah tiub hendaklah daripada tiub keluli yan mematuhi kehendak BS 1139 "Perancahan Logam".

Peraturan 92. Alat pengunci perancah.


Semua bahagian pugak dan ufuk perancah tiub hendaklah dilekatkan dengan menggunakan penyambung atau alat pengunci yang diluluskan, menjadikannya penyambungan yang positif. Alat pengunci hendaklah daripada jenis yang tidak mempunyai bahagian-bahagian curai.

Peraturan 93. Bahan alat pengunci.


Alat pengunci atau penyambung hendaklah daripada keluli penempaan-ayum.

Peraturan 94. Pembinaan perancah tiub.


Dalam pembinaan perancah tiub, bahagian-bahagian dimensi yang berikut hendaklah digunakan-(a) bagi perancah tiub jenis ringan, semua tiang, tiub rentangan, dan penangung hendaklah daripada tiub berukuran 50 milimeter garispusat luar dengan jarak tiangtiangnya 1.5 meter kali 3 meter di sepanjang perancah dan semua rembatan hendaklah daripada tiub berukuran 50 milimeter garispusat luar; (b) bagi perencah tiub jenis sederhana, semua tiang dan tiub rentangan hendaklah daripada tiub berukuran 50 milimeter garispusat luar dan penanggungnya 60 milimeter garispusat luar dengan jarak tiang-tiangnya 1.8 meter kali 2.4 meter di sepanjang perancah dan semua rembatan hendaklah daripada tiub berukuran 50 milimter garispusat luar; dan (c) bagi perancah tiub jenis berat, semua tiang dan tiub rentangan hendaklah daripada tiub berukuran 50 milimeter garispusat luar dan penanggungnya hendaklah 60 milimeter garispusat luar dan jarak tiang-tiangnya ialah 1.8 meter kali 2.4 meter mengikut panjang perancah, dan semua rembatan hendaklah daripada tiub berukuran 50 milimeter garispusat luar.

Peraturan 95. Saiz perancah tiub.


Bagi perancah tiub keluli yang tingginya sehingga 22 meter, tiang yang tiubnya yang berukuran 50 milimeter garispusat luar hendaklah digunakan dan bagi tinggi di antara 22 meter hingga 61 meter, tiang yang tiubnya berukuran 60 milimeter garispusat luar hendaklah digunakan.

Peraturan 96. Faktor keselamatan.


Semua perancah tiub hendaklah direkabentuk dengan menggunakan faktor keselamatan tidak kurang dari empat.

Peraturan 97. Rembatan.


Tiang-tiang hendaklah berkeadaan pugak semasa mendirikannya dan perancah itu hendaklah seterusnya dipastikan pugak dan kukuh dengan rembatan yang mencukupi.

Peraturan 98. Kuasa untuk melarang kegunaan perancah yang tidak selamat.
Seseorang Pemeriksa boleh melarang kegunaan mana-mana perancah atau sebahagian daripadanya yang tidak mematuhi kehendak-kehendak Peraturan-Peraturan ini atau rekabentuk atau pembinaan yang kelihatan tidak selamat oleh Pemeriksa itu, dengan apa jua cara yang disifatkannya layak.

BAHAGIAN XI - PEROBOHAN

Peraturan 99. Tanda-tanda amaran.


Pada tiap-tiap kerja meroboh, tanda-tanda bahaya hendaklah ditampalkan dengan nyata di sekeliling harta benda itu, dan di setiap pintu masuk atau laluan masuk terus yang memberi akses ke harta benda itu hendaklah dirintangi melainkan jika digunakan sebagai laluan bagi orang atau alat-alat dan semasa gelap, lampu merah atau suar hendaklah ditempatkan di atas atau di merata -rata rintangan itu.

Peraturan 100. Persediaan.


Sebelum memulakan apa-apa kerja meroboh semua cermin di permukaan luar hendaklah diubah. Semua talian pembekalan gas, elektrik, air, wap dan talian-talian pembekalan lain hendaklah ditutup dan diketepikan. Bagi tiap-tiap kes itu, pihak berkuasa yang berkenaan hendaklah diberitahu terlebih dahulu. Apabila ia perlu untuk mengekalkan bekalan kuasa, air, gas atau talian elektrik semasa kerja-kerja meroboh, talian-talian tersebut hendaklah dipasangkan semula di tempat lain atau dilindungi dengan pelindung yang mencukupi untuk mengelakkan daripada kerosakan dan juga mewujudkan keadaan yang selamat kepada pekerja.

Peraturan 101. Pelindung bagi bangunan yang bersampingan.


Dalam masa merobohkan apa-apa struktur, majikan yang membuat kerja-kerja meroboh itu hendaklah memeriksa semua struktur-struktur dinding yang bersampingan dengan struktur yang hendak dirobohkan. Pemeriksaan tersebut termasuklah menentukan ketebalan dan cara tupangan dinding-dinding semua struktur yang bersampingan. Jika ada sebab bagi mempercayai bahawa struktur yang bersampingan itu adalah tidak selamat atau akan menjadi tidak selamat disebabkan oleh kerja-kerja meroboh itu, tiada kerja-kerja meroboh akan boleh diteruskan sehingga telah diadakan cerucuk tebing, penyanggaan, rembatan atau lain-lain cara yang difikirkan perlu untuk memastikan kestabilan struktur yang bersampingan itu dan untuk mencegahkan struktur itu atau harta-benda harta-benda lain dari runtuh.

Peraturan 102. Perobohan dinding, petak, dll.


(1) Perobohan dinding dan petak hendaklah dijalankan dengan cara sistematik dan semua kerja ke atas tiap-tiap tingkat bagi rasuk lantai hendaklah disiapkan sebelum keselamatan tupangannya terjejas. (2) Batu-batu tidak boleh curai atau dibiarkan jatuh dengan banyak yang mana boleh membahayakan kestabilan struktur mana-mana lantai atau tupangan struktur. (3) Tiada dinding, serombong atau struktur-struktur lain atau sebahagian daripada struktur boleh dibiarkan tanpa diadang dalam keadaan yang mana ia boleh jatuh, runtuh atau ruai disebabkan oleh tekanan agin atau gegaran. (4) Dalam kerja-kerja meroboh menggunakan tangan di bahagian luar dinding, tapak yang selamat bagi pekerja-pekerja hendaklah disediakan dalam bentuk lantai atau perancah yang kukuh. (5) Dinding atau petak yang hendak dirobohkan dengan tangan tidak boleh dibiarkan tegak melebihi dari satu tingkat di atas lantai tertinggi yang di atasnya terdapat orang sedang bekerja.

Peraturan 103. Pemeriksaan.


Semasa dirobohkan, pemeriksaan yang berterusan hendaklah dibuat oleh orang yang ditetapkan semasa kerja-kerja sedang dijalankan untuk mengesan keadaan yang boleh membahayakan pekerja yang disebabkan oleh kecuaian atau kerosakan lantai atau dinding, atau dari bahanbahan curai. Tiada pekerja boleh dibiarkan atau dibenarkan bekerja jika terdapat di tempat itu bahaya melainkan jika ia dibetulkan dengan disangga, dirembat atau dengan cara-cara lain yang berkesan.

Peraturan 104. Cara pengendalian.


Puing, batu-bata dan bahan-bahan lain hendaklah dipindahkan--(a) dengan menggunakan pelungsur, timba atau mesin angkat; atau (b) melalui pembukaan di lantai.

Peraturan 105. Akses ke tingkat.


Maka hendaklah juga disediakan pada setiap masa akses yang selamat untuk masuk dan keluar dari tiap-tiap bangunan semasa kerja-kerja meroboh dengan menggunakan jalan masuk, laluan balai, tangga atau larian tangga yang dilindungi untuk melindungi orang-orang yang menggunakannya daripada bahan-bahan yang jatuh.

Peraturan 106. Pembukaan di lantai.


Tiap-tiap pembukaan yang digunakan untuk memindahkan puing atas tiap-tiap lantai yang tidak tertutup aksesnya, kecuali di atas atau di lantai kerja, hendaklah disediakan dengan kurungan dari lantai ke siling. Dengan cara lain, pembukaan itu hendaklah dirintangi supaya tiada seorang pun boleh akses ke kawasan 6 meter jarak ufuk dari mana-mana pembukaan di atas yang melaluinya puing itu dijatuhkan. Kawasan pembukaan bagi batu baur di lantai di bawah lantai yang dirobohkan hendaklah tidak melebihi 25 peratus daripada jumlah luas lantai itu.

Peraturan 107. Perobohan struktur keluli.


Semasa struktur keluli hendaklah dirobohkan dari jarak tiang ke jarak tiang dan dari tingkat ke tingkat. Tiap-tiap bahagian struktur yang telah ditanggalkan tidak boleh dibebankan melainkan dengan keberatannya sendiri dan bahagian tersebut hendaklah dirantai dan diikat ke tempatnya untuk menghalangnya daripada terhayun atau terjatuh tanpa terkawal. Bahagian struktur yang besar tidak boleh dibaling atau dijatuhkan dari bangunan, tetapi hendaklah diturunkan dengan cermat. Apabila derik digunakan bagi kerja meroboh, rangka binaan keluli, lantai yang di atasnya derik itu bertapak hendaklah diatur dengan papan sepenuhnya dan lantai itu hendaklah cukup kuat bagi kendalian itu.

Peraturan 108. Menyimpan bahan-bahan.


Bahan-bahan tidak boleh disimpan di atas platform tadah dan platform perancah, lantai atau tangga bagi bangunan yang dirobohkan kecuali lantai bangunan itu boleh digunakan sebagai tempat menyimpan sementara bahan apabila lantai itu mempunyai kekuatan untuk menupang dengan selamatnya akan beban bahan-bahan itu. Ruang tempat menyimpan tidak boleh terlibat dengan mana-mana akses ke mana-mana tangga atau tempat laluan, dan rintangan yang sesuai hendaklah diadakan untuk menghalang bahan dari menggelunsur atau melantun ke dalam ruangan yang digunakan oleh pekerja atau orang awam.

Peraturan 109. Rintangan, platform tadah dan tanda-tanda amaran.


(1) Di sepanjang tiap-tiap jalan atau laluan masuk terus bersempadankan dengan kendalian kerja-kerja meroboh maka hendaklah didirikan rintangan yang mencukupi untuk mencegah orang-orang yang tidak dibenarkan daripada memasuki kawasan kerja itu. (2) Semasa kerja-kerja meroboh batu di sebelah luar dinding atau atap daripada tempat melebihi 12 meter di atas aras tanah bersambungan, jika orang-orang yang di bawah terdedah kepada bahan-bahan yang terjatuh, platform tadah yang memenuhi kehendak-kehendak peraturan 43 hendaklah diperuntukkan dan dikekalkan di aras yang tidak melebihi 6 meter di bawah aras bekerja jika perancah di bahagian luar memberi perlindungan yang mencukupi. (3) Tanda-tanda amaran yang sesuai hendaklah diletakkan di tempat-tempat yang mudah dilihat.

Peraturan 110. Cara perobohan mekanikal.


(1) Penggunaan beban ayun, timba clamshell, penyodok kuasa, jentolak atau cara-cara lain bagi maksud meroboh hendaklah mengikut kehendak-kehendak yang berikut--(a) bangunan atau struktur atau bahagiannya yang tertinggal tidak boleh lebih daripada 24 meter tinggi; (b) apabila beban ayun digunakan, suatu zon perobohan yang mempunyai jejari sekurang-kurangnya satu setengah kali tinggi struktruk atau bahagiannya yang dirobohkan hendaklah dikekalkan di sekeliling zon hentaman; (c) apabila timba clamshell digunakan, zon perobohan hendaklah dikekalkan dalam lingkungan 8 meter mengikut garisan perjalanan timba; (d) apabila lain-lain daya usaha digunakan untuk menyebabkan keruntuhan sepenuhnya atau sebahagiannya maka hendaklah dikekalkan dalam kawasan di mana bahagian yang terlibat itu akan jatuh, suatu zon perobohan sekurang-kurangnya satu setengah kali tinggi struktrur atau bahagiannya yang tertinggal; dan (e) tiada seorang pun selain dari pekerja yang dikehendaki untuk mengendalikan alat-alat tersebut boleh dibenarkan memasuki zon perobohan yang hendaklah disediakan dengan rintangan yang mencukupi.

BAHAGIAN XII - KERJA KOREKAN

Peraturan 111. Perlindungan bagi orang-orang awam.


(1) Semua jalan laluan, laluan tepi, dan laluan masuk terus bersempadankan dengan atau merentasi kawasan korekan hendaklah disediakan dengan rel-rel pengadang atau pagar-pagar papan yang kukuh. Sebagai tambahan, lorong jalan kaki sementara di sebelah susur jalan hendaklah dibina dengan kukuh dan diperuntukkan dengan perlindungan di kedua-dua belah lorong itu. (2) Seorang penjaga bendera atau pengawal hendaklah ditetapkan untuk memberi amaran kepada orang-orang awam tentang kedatangan trak-trak dan untuk mengarahkan trak-trak yang masuk dan keluar daripada kawasan harta-benda itu. Tanda bahaya atau tanda amaran hendaklah ditampalkan di semua jalan masuk dan jalan keluar trak-trak. (3) Waktu gelap, semua laluan tepi bagi orang-orang awam hendaklah diterangi dengan cahaya dan lampu-lampu amaran atau suar hendaklah diletakkan di sekitar kawasan korekan untuk memastikan keselamatan kepada orang-orang berjalan kaki dan lalulintas kenderaan-kenderaan awam.

Peraturan 112. Kestablian struktur.


Apabila terdapat sebarang keraguan tentang kestabilan struktur di sebelah atau di atas kawasan yang hendak dikorek, struktur itu hendaklah ditupang, apabila perlu, dengan cara menupang bawah, cerucuk turap, sangga, merembat atau dengan cara-cara lain dibuat atau didirikan mengikut rekabentuk Jurutera Professional untuk mencegah kecederaan kepada mana-mana orang.

Peraturan 113. Kehendak-kehendak am.


(1) Pekerja-pekerja tidak dibenarkan masuk ke mana-mana kawasan korekan melainkan jika cerucuk turap, sangga atau pelindung-pelindung lain yang perlu untuk perlindungannya di sediakan. (2) Kawsan korekan dan kawasan sekitarnya hendaklah diperiksa oleh orang yang ditetapkan setelah berlakunya tiap-tiap hujan ribut atau bertambahnya kejadian bahaya yang lain dan perlindungan terhadap gelinciran tanah dan runtuhan hendaklah dipertingkat, jika perlu. (3) Cerucuk turap sementara yang dipasang untuk membolehkan pembinaan dinding peneguh tidak boleh dicabut sehingga dinding itu memperolehi kekuatan yang penuh. (4) Apabila benteng-benteng sudah terputus, penyangga yang kuat hendaklah disediakan untuk menupang bahan-bahan yang tergantung. (5) Bahan-bahan korekan dan bahan-bahan tertimbun yang lain hendaklah ditempatkan sekurang-kurangnya 610 milimeter dari pinggir lubang korekan dan parit, dan hendaklah dicerucukkan atau diteguhkan sedemikian supaya bahan-bahan itu tidak akan terjatuh ke dalam bahagian korekan, atau menyebabkan tebingnya gelincir atau menyebabkan dasar korekan terbongkar. (6) Batu batan curai atau bahan-bahan lain yang boleh gelunsur, terguling atau jatuh ke atas mana-mana orang yang berada di bawah, tidak boleh terdapat pada benteng-benteng. (7) Bahagian-bahagian korekan yang terbuka di mana seseorang boleh terjatuh lebih dari 3 meter hendaklah diadang dengan rintangan yang mencukupi dan tanda-tanda amaran yang sesuai hendaklah diletakkan di tempat-tempat yang mudah dilihat. (8) Pekerja-pekerja tidak dibenarkan masuk bekerja di mana ia boleh terkena atau menjadi bahaya oleh mesin mengorek atau oleh bahan yang terkeluar atau terjatuh dari mesin itu.

Peraturan 114. Mencerucuk, menyangga dan merembat.


(1) Papan yang digunakan sebagai cerucuk turap hendaklah sekurang-kurangnya 50 milimeter tebal. Jarak maksima di antara jalinan melintang hendaklah dibuat sebegitu rupa agar papanpapan itu masih mempunyai tegasan lentur yang selamat. Sangga dan rembat hendaklah cukup dimensanya untuk kekakukan dan hendaklah diletakkan sedemikian hingga berkesan bagi maksud-maksudnya. Tiap-tiap hujung jalinan hendaklah dirembat berasingan.

(2) Tupang atau rembat yang disokongkan ke bumi hendaklah menahan tapak yang cukup luasnya dan kestabilannya untuk mencegah daripada berganjak.

Peraturan 115. Akses.


Dalam tiap-tiap korekan yang dalamnya lebih daripada 1.2 meter, maka ia hendaklah disediakan dengan tangga, laluan bertangga atau lerengan untuk memberi akses dan jalan keluar dari korekan itu dengan selamat. Tangga, laluan bertangga atau lerengan seperti itu hendaklah mematuhi peruntukan-peruntukan Peraturan-Peraturan ini dan hendaklah dipasang sebanyak yang cukup dan di tempat-tempat yang mudah untuk akses.

Peraturan 116. Mengorek parit.


(1) Pencerucuk, penyangga dan perembat yang digunakan dalam korekan parit untuk melindung pekerja-pekerja daripada bahan-bahan yang terjatuh atau mengelunsur hendaklah mempunyai kekuatan yang mencukupi. Apabila parit yang hendak dikorek melebihi 4 meter dalamnya, perlindungan seperti itu hendaklah dibina mengikut rekabentuk dan pelan-pelan seseorang Jurutera Professional. (2) Apabila parit yang dibuat oleh penggali mekanikal melebihi 1.5 meter dalamnya, maka perlindungan yang dikehendaki oleh sub-perenggan (1) hendaklah mengikut jib seberapa dekat yang boleh.

Peraturan 117. Parit dalam.


Apabila parit memerlukan dua kali panjang cerucuk turap, secara bertindih, cerucuk bawah hendaklah diletakkan di sebelah dalam jalinan bawah pada jalinan cerucuk atas dan hendaklah dipacang dan dirembat semasa kerja-kerja korekan djalankan.

Peraturan 118. Meletakkan jentera.


Tiada seorang pun dibenar meletak atau mengendalikan jentera mengikut apa-apa cara yang mungkin boleh membahayakan dirinya sendiri atau orang-orang lain yang berada di sekitar kawasan korekan.

BAHAGIAN XIII - PENGENDALIAN DAN PENYIMPANAN BAHAN-BAHAN, KEGUNAAN DAN PEMBUANGAN

Peraturan 119. Kehendak-kehendak am.


(1) Semua bahan-bahan dalam beg, bekas, atau bungkusan, dan bahan-bahan lain yang disimpan bertingkat-tingkat hendaklah disusun, disekat, dijalin, dan tingginya adalah terhad supaya ia berkeadaan stabil dan juga selamat dari meluncur atau runtuh. (2) Apabila mana-mana bahan di simpan di tempat lorong laluan awam ia hendaklah ditempatkan sedemikian untuk mengelakkan sehabis kurang bahaya terjadinya kemalangan, dan mengganggu lalulintas dan juga orang awam. Orang-orang yang tidak dibenarkan tidak dibolehkan berada di atas atau di sekitar bahan itu.

Peraturan 120. Keruntuhan kayu.


(1) Kayu hendaklah disusun supaya ia terselamat daripada runtuh atau tumbang dan semasa mengeluarkan daripada susunan, ia hendaklah dilakukan serentak. (2) Kayu-kayu yang tidak digunakan hendaklah dicabut pakunya sebelum ia disusun melainkan jika ia hendaklah dibakar tanpa apa-apa kendalian lagi.

Peraturan 121. Lorong dan laluan jangan dihalangi.


Lorong dan laluan hendaklah jangan dihalangi untuk mengadakan pergerakan yang bebas dan selamat bagi mengendalikan alat atau pekerja. Kawasan-kawasan itu hendaklah sentiasa dalam keadaan baik.

Peraturan 122. Tempat simpanan bahan-bahan.


(1) Bahan-bahan yang disimpan di dalam bangunan yang sedang dibina tidak boleh ditempatkan dalam lingkungan 1.8 meter dari laluan mengangkat atau pembukaan di lantai, atau pun di antara 3 meter dari dinding luar yang tidak dipanjangkan di atas tempat simpanan bahan itu. (2) Pekerja-pekerja yang dikehendaki menyimpan bahan-bahan di dalam silo, corong tuang, tangki dan kawasan tempat simpanan yang serupa itu hendaklah dilengkapkan dengan tali nyawa dan tali pinggang keledar. (3) Bahan-bahan yang tidak digunakan hendaklah diasingkan tempat simpanannya. (4) Bahan-bahan di dalam beg hendaklah disusun secara bertangga ke belakang dan menyilangkan beg itu sekurang-kurangnya setinggi tiap-tiap 10 beg. (5) Bahan-bahan tidak dibenarkan disimpan di atas perancah atau landasan melebihi bekalan yang dikehendaki untuk kegunaan segera.

(6) Penyusunan batu-bata tidak boleh lebih dari 2.1 meter tinggi. Apabila batu-bata yang tidak berikat mencapai 1.2 meter tinggi, ia hendaklah tirus ke belakang 50 milimeter di setiap 0.3 meter. (7) Apabila blok batu disusun, ia hendaklah tirus satu setengah blok ke belakang pada tiap-tiap satu tingkat yang melebihi paras 1.8 meter. (8) Kayu hendaklah disusun di atas ambang yang ditupang dengan kukuh dan hendaklah disusun sedemikian supaya stabil dan berdiri sendiri. (9) Tiang, paip, stok bar dari keluli struktrur dan bahan-bahan selinder yang lain hendaklah dipasangkan dan diadang supaya ia tidak bersepahan atau jungkit.

Peraturan 123. Membuang bahan buangan.


(1) Apabila bahan dijatuhkan dari paras lebih dari 6 meter ke mana-mana tempat di luar dinding luar sesuatu bangunan, pelungsur yang tertutup daripada kayu, atau bahan yang serupa itu hendaklah digunakan. Bagi maksud sub-peraturan ini, pelungsur yang tertutup ialah gelunsur, yang ditutup di semua bahagian, yang melaluinya bahan-bahan itu dibawa dari tempat yang tinggi ke tempat yang rendah. (2) Apabila puing dijatuhkan melalui lubang di lantai tanpa menggunakan pelungsur, kawasan di atas mana bahan-bahan itu dijatuhkan hendaklah diadang sepenuhnya dengan rintangan tidak kurang daripada 1.2 meter tinggi dan tidak kurang daripada 1.8 meter ke belakang dari hujung juluran permukaan di atas. Tanda amaran bahaya bahan jatuh hendaklah ditampalkan pada setiap tingkat. Pemindahan tidak dibenarkan di kawasan bawah sehingga semua puing dari atas telah selesai dikendalikan. (3) Semua kayu yang tidak dipakai, bahan buangan dan kotoran hendaklah dipindahkan dari tempat kerja itu semasa kerja-kerja sedang dijalankan. (4) Pembuangan bahan-bahan buangan atau puing dengan membakar hendaklah mematuhi peraturan-peraturan jabatan bomba tempatan. (5) Semua pelarut buangan, perca kain buruk berminyak dan cecair yang mudah terbakar hendaklah disimpan di dalam bekas rintangan api yang tertutup sehingga ia dipindahkan dari tapak kerja.

BAHAGIAN XIV - MENCERUCUK

Peraturan 124. Kestabilan struktur yang bersampingan.


Apabila terdapat sebarang keraguan tentang kestabilan struktrur yang bersampingan dengan kawasan yang hendak dicerucukkan, struktur itu hendaklah ditupang di mana perlu, dengan cara menupang bawah, mencerucuk turap, menyangga, merembat atau dengan cara-cara lain mengikut rekabentuk Jurutera Professional untuk mengelakkan kecederaan kepada sesiapa jua.

Peraturan 125. Pemeriksaan.


Semua alat pelantak cerucuk hendaklah diperiksa setiap hari oleh orang yang ditetapkan sebelum memulakan kerja dan tiap-tiap kecacatan hendaklah dibetulkan dengan segera sebelum pelantakan cerucuk bermula. Tiap-tiap rangka pelantak cerucuk dan pepasangannya hendaklah diperiksa dengan teliti oleh seseorang yang diluluskan sekurang-kurangnya sekali dalam tiap-tiap dua belas bulan.

Peraturan 126. Perlindungan bagi operator.


Operator tiap-tiap pelantak cerucuk hendaklah dilindungi dari benda-benda jatuh, setim, hangusan dan air dengan penutup yang teguh.

Peraturan 127. Kelayakan operator.


Setiap anggota pekerja pelantak cerucuk hendaklah diberi arahan dengan betul tentang kerja yang hendak dilakukannya dan pengendalian hendaklah di bawah jagaan orang yang ditetapkan yang akan mengarahkan kerja-kerja itu sendiri dan memberi isyarat-isyarat pengendalian.

Peraturan 128. Pengendalian cerucuk.


Persiapan cerucuk hendaklah dilakukan di jarak yang selamat daripada tempat pengendalian pelantak. Semasa mengangkat cerucuk, semua orang yang tidak terlibat dengan pengendalian alat-alat dan mengendalikan cerucuk hendaklah menjauhkan diri dari tempat itu.

Peraturan 129. Pelantak cerucuk yang tidak digunakan.


Apabila pelantak cerucuk tidak digunakan, penukulnya hendaklah digalang atau disekat dalam pelandas atau diturunkan ke tanah.

Peraturan 130. Tangga.


Tangga yang memanjang dari bawah pelandas ke syif atas hendaklah dipasang dengan kekal kepada struktur yang menupang pelandas itu.

Peraturan 131. Platform kerja.


Apabila menara struktur menupang pelandas, platform kerja yang sesuai dengan kekuatan yang mencukupi hendaklah disediakan pada tingkat-tingkat pelandas di mana perlu untuk orang-orang bekerja. Platform itu hendaklah disediakan dengan rel keselamatan dan bod jari di sekelilingnya, kecuali pada bahagian penukul atau bahagian pelandas platform itu. Apabila platform tidak disediakan, tali pinggang keledar hendaklah diperuntukkan.

Peraturan 132. Cerucuk.


Semua cerucuk konkrit hendaklah mencapai kekuatan yang dikehendaki sebelum ia diangkat atau dikenakan beban cerucuk.

Peraturan 133. Menguji cerucuk.


(1) Ujian ke atas cerucuk hendaklah dilakukan di bawah penyeliaan terus orang yang ditetapkan. (2) Langkah-langkah keselamatan yang wajar hendaklah di ambil untuk memberitahu seseorang supaya jangan menghampiri kawasan dalam lingkungan 50 meter di mana cerucuk sedang diuji. (3) Walau pun dalam apa jua hal keadaannya seseorang tidak boleh dibenarkan menghampiri cerucuk yang sedang diuji semasa proses menambah atau mengurangkan beban ujian dijalankan. (4) Semasa proses menambah atau mengurangkan beban ujian tidak dijalankan, seseorang yang menghampiri cerucuk yang sedang diuji bagi apa-apa maksud hanya dibenarkan berbuat demikian di bawah arahan tertentu oleh orang yang ditetapkan yang akan mengambil langkahlangkah wajar yang difikirkan praktik untuk memastikan yang beban lawan adalah berkeadaan stabil dan selamat untuk dihampiri.

Peraturan 134. Penapakan.


Sebelum pelantak cerucuk ditempatkan atau dimajukan, tanah itu hendaklah diperiksa oleh orang yang ditetapkan dan, jika perlu, untuk mendapatkan tapak yang kukuh dan rata, kayu hendaklah diletakkan. Selepas pelantak cerucuk itu ditempatkan atau dimajukan, pemeriksaan dan pembetulan ke atas tapak hendaklah dibuat, apabila perlu untuk mengekalkan kestabilannya.

BAHAGIAN XV - PELETUPAN DAN PENGGUNAAN BAHAN LETUPAN

Peraturan 135. Pengendalian bahan letupan.


Bahan letupan tidak boleh dikendalikan atau digunakan kecuali mengikut arahan pembuat, jika ada, dan di bawah kawalan terus orang yang ditetapkan yang mempunyai latihan, pengetahuan atau pengalaman dalam lapangan pengangkutan, penyimpanan, pengendalian, dan penggunaan bahan letupan. Orang tersebut dikehendaki mengemukakan bukti kompetensinya yang memuaskan dalam pengendalian bahan letupan dan melaksanakan dengan cara yang selamat jenis letupan yang akan dijalankan dan ia hendaklah mempunyai pengetahuan yang mencukupi mengenai bahaya berhubungan dengan kegunaannya; dan langkah-langkah hendaklah diambil untuk memastikan apabila cas dibakar, semua orang berada dalam tempat di mana, setakat mana yang boleh diagakkan, mereka tidak terdedah kepada risiko kecederaan dari letupan atau serpihan yang berterbangan.

Peraturan 136. Merokok dan penyalaan terbuka.


Merokok, penyalaan terbuka dan api terbuka atau alat yang mengeluarkan bunga api adalah dilarang berada di dalam atau di sekeliling magazin bahan letupan atau tempat simpanan tertutup dan hendaklah ditampalkan dan disenggarakan tanda-tanda amaran sesuai dalam bahasa kebangsaan bagi maksud itu.

Peraturan 137. Membuka bungkusan.


Bungkusan bahan letupan tidak boleh dibuka di mana-mana tempat yang kurang dari 15.3 meter jauhnya dari mana-mana magazin, dan peralatan berlogam tidak boleh digunakan untuk membuka kotak bungkusan bahan letupan.

Peraturan 138. Menggerudi lubang.


(1) Menggerudi dalam mana-mana lubang yang pada bila-bila masa mempunyai letupan adalah dilarang. (2) Semua lubang untuk memasukkan kartus bahan letupan hendaklah dari saiz yang mencukupi untuk kartus itu dimasukkan sepenuhnya sehingga ke bawah lubang tanpa menggunakan kuasa atau melantak.

Peraturan 139. Mengeluarkan bungkusan kartus.


(1) Dinamit tidak boleh dikeluarkan dari bungkusan asalnya sebelum ia dimasukkan ke dalam lubang. (2) Semua bahan letupan hendaklah diambilkira pada setiap masa.

Peraturan 140. Memuatkan berhampiran dengan pengendalianpengendalian lain.


Pengisian ke dalam lubang hendaklah di bawah pengawasan terus peletup. Lubang tidak boleh diisi di kawasan merbahaya yang berhampiran dengan penggerudian atau pengendalianpengendalian lain.

Peraturan 141. Mengisi dan menghentak.


Semasa mengisi dan menghentak bahan letupan hanya rod kayu keras tanpa bahagian logam boleh digunakan.

Peraturan 142. Amaran sebelum letupan.


Sebelum menembak, peletup hendaklah membunyikan amaran yang kuat yang boleh didengar oleh semua orang yang berada di dalam zon bahaya dan mereka itu hendaklah berundur ke jarak yang selamat atau ke tempat perlindungan yang selamat. Tiada letupan boleh ditembak semasa mana-mana orang berada di dalam zon bahaya sebagaimana yang ditentukan oleh peletup.

Peraturan 143. Kembali ke kawasan letupan.


Tiada seorang pun boleh dibenarkan keluar daripada jarak yang selamat atau tempat perlindungan yang selamat sehingga dibenarkan berbuat demikian oleh peletup dengan cara bunyi atau tanda isyarat.

Peraturan 144. Tak jaya letup.


Sebaik sahaja letupan dibuat, kawasan itu hendaklah di periksa oleh peletup untuk mencari kesan-kesan cas tak letup. Sebaik sahaja ia mengetahui mengenai cas tak letup, tiap-tiap orang yang berada dalam zon bahaya hendaklah berundur ke jarak yang selamat atau tempat perlindungan yang selamat. Hal tak jaya letup itu hendaklah dilaporkan segera oleh peletup kepada orang yang bertanggungjawab dan mengawal letupan itu. Orang yang bertanggungjawab itu hendaklah menetapkan pekerja yang tertentu untuk cas tak jaya letup itu dan hendaklah menentukan cara yang selamat dan betul untuk melupuskannya. Tiada seorang pun kecuali

mereka yang ditetapkan untuk menjalankan pelupusan itu sahaja dibenarkan masuk ke dalam zon bahaya sehingga cas tak jaya letup itu dapat dilupuskan.

Peraturan 145. Langkah berjaga-jaga sebelum letupan.


Sebelum diletupkan, pemunya hendaklah mengambil semua langkah berjaga-jaga melindungi nyawa dan harta-benda, dan notis-notis amaran hendaklah diberi kepada semua penduduk dan mereka dalam kawasan-kawasan yang berhampiran dengan kendalian letupan itu.

Peraturan 146. Pengendalian semasa ribut petir.


Semua penggunaan bahan letupan dan pengendalian bahan letupan hendaklah diberhentikan dengan serta-merta apabila ribut-petir akan berlaku dan semua pekerja di dalam kawasan itu hendaklah dengan serta-merta mencari tempat perlindungan yang selamat sebagaimana yang diarahkan oleh orang yang bertanggungjawab bagi letupan itu.

BAHAGIAN XVI - ALATAN TANGAN DAN ALATAN KUASA

Peraturan 147. Kehendak-kehendak am.


(1) Semua alatan tangan dan alatan kuasa dan alat-alat yang serupa itu sama ada dibekalkan oleh majikan atau pekerja, hendaklah disenggarakan dalam keadaan yang selamat. (2) Apabila alatan kendalian kuasa direkabentuk bagi kegunaan pengadang, ia hendaklah dilengkapkan dengan pengadang tersebut apabila digunakan. (3) Tali pinggang, giar, syaf, takal, gegancu, sepindal, deram, roda-tenaga, rantai atau salinan putaran atau bahagian bergerak alat-alat itu yang lain hendaklah diadang jika bahagian-bahagian itu terdedah kepada sentuhan pekerja atau selainnya menyebabkan kemalangan, mengikut kehendak-kehendak Peraturan-Peraturan Kilang dan Jentera (Pemagaran Jentera dan Keselamatan) 1970. (4) Pekerja-pekerja yang menggunakan alatan tangan dan alatan kuasa dan terdedah kepada bahaya terjatuh, benda berterbangan, bahan las, dan bahan terpercik, atau terdedah kepada bahaya habuk, wasap, kabus, wap atau gas hendaklah dibekalkan dengan alat-alat perlindungan diri yang perlu untuk melindungi mereka daripada bahaya itu. (5) (a) semua alatan pegangan tangan yang digerakkan dengan tenaga iaitu pelitekan perata, pencanai yang rodanya bergaris pusat 51 milimeter atau kurang, penyodok, pengetam, peretang melapis, pengunggis, perincih, gergaji skrol dan gergaji jig yang mempunyai tangkaibilahnya selebar 6 milimeter atau kurang boleh dilengkapkan dengan hanya satu pengawal positif "hidupmati" sahaja. (b) Semua alatan pegangan tangan yang digerakkan dengan tenaga iaitu gerudi, pengetap, pengikat, pemantak, pencanai ufuk, pugak dan sudut beroda yang garispusatnya lebih dari 51 milimeter, perata ceper, perata tali, gergaji salingan, dan alat-alat kendalian lain yang digerakkan dengan tenaga hendaklah dengan pengawal sentuhan "hidup-mati" dan hendaklah mempunyai

"pengawal kunci-hidup" dengan syarat bahawa pematian boleh di buat dengan satu pergerakan jari atau jari-jari yang sama yang menghidupkannya. (c) Semua alatan pegangan tangan yang digerakkan dengan tenaga yang lain seperti gergaji bulat, gergaji rantai, dan alat-alat tukulan yang tidak mempunyai cara pegangan tambahan yang positif, hendaklah dilengkap dengan suis tekanan malar yang boleh memotong kuasa itu apabila tekanan itu dilepaskan.

Peraturan 148. Alatan tangan.


(1) Majikan tidak boleh memberi, membiarkan atau membenarkan penggunaan alatan tangan yang tidak selamat. (2) Perengkoh, termasuklah perengkoh hujung paip dan soket boleh laras tidak boleh digunakan apabila rahang-rahangnya kenyal sehingga boleh menyebabkan berlaku kegelinciran. (3) Alatan hentaman, seperti pin hanyut, baji dan pahat, hendaklah jangan dibiarkan terjadi seperti kepala cendawan. (4) Pemegang kayu bagi alatan hendaklah bebas dari serpihan atau rekahan dan hendaklah melekat ketat pada alatan itu.

Peraturan 149. Alat kendalian kuasa elektrik.


(1) Alat-alat kendalian kuasa elektrik hendaklah ditebatkan mengikut kehendak-kehendak Peraturan-Peraturan Jemaah Pemeriksa Elektrik 1984 [P.U. (A) 313/1984]. (2) Penggunaan tali elektrik bagi menaikkan atau menurunkan alatan adalah dilarang.

Peraturan 150. Alatan kuasa pneumatik.


(1) Alatan kuasa pneumatik hendaklah dipasang dengan kukuh kepada hos atau wip dengan menggunakan cara yang positif untuk menghalang alat itu daripada tertanggal dengan tidak sengaja. (2) Kelip keselamatan atau penahan hendaklah dipasang dengan kukuh dan disenggarai pada alatan hentaman pneumatik (tukulan) untuk menghalang sambungan daripada tercampak dengan tidak sengaja. (3) Semua pemaku yang menggunakan kuasa pneumatik iaitu pemaku, penyemat dan alat-alat lain yang serupa itu yang disediakan dengan suaan automatik, yang dikendalikan dengan tekanan lebih dari 7 bar pada alatan itu hendaklah mempunyai alatan keselamatan dimuncungnya untuk menghalang pengikat pada alatan itu dari terpelanting melainkan jika muncung itu tersentuh dengan permukaan kerja.

(4) Udara mampat tidak boleh digunakan untuk mencuci pakaian atau bahagian anggota. (5) Penentuan dari pembuat berkaitan dengan tekanan kendalian yang yang selamat bagi hos, paip, injap, penapis dan pemasangan-pemasangan lain tidak boleh dilebihi. (6) Penggunaan hos bagi mengangkat atau menurunkan peralatan adalah tidak dibenarkan. (7) Semua hos yang garispusat dalamnya melebihi 13 milimeter hendaklah mempunyai alat keselamatan di punca bekalan atau talian cabang untuk mengurangkan tekanan jika berlaku kegagalan hos. (8) Senapang sembur tanpa udara dari jenis yang mengabus cat dan bendalir pada tekanan lebih dari 70 bar hendaklah di lengkapkan dengan alat keselamatan automatik atau alat keselamatan yang dikendali secara manual yang boleh dilihat yang yang boleh menghalang tarikan pemetik untuk mengelak terkeluarnya cat atau bendalir sehingga alat keselamatan itu dilepaskan secara manual atau secara alternatif, satu pembaur yang boleh menghalang tekanan yang tinggi atau terkeluarnya halaju yang tinggi, semasa hujung muncung diubah, termasuk juga pengadang hujung muncung yang akan menghalang hujung itu daripada tersentuh dengan operator, atau alat pelindung lain yang sama, hendaklah disediakan.

Peraturan 151. Alatan yang menggunakan kuasa bahanapi.


(1) Semua alatan berkuasakan bahanapi hendaklah diberhentikan semasa diisi bahanapi, diservis, atau disenggara, dan bahanapi hendaklah diangkut, dikendali dan disimpan dengan selamatnya. (2) Apabila alatan berkuasakan bahanapi digunakan di dalam ruang yang tertutup, PeraturanPeraturan yang terpakai berkaitan dengan pengumpulan gas beracun yang amat sangat dan penggunaan alat-alat pelindung diri hendaklah dipatuhi.

Peraturan 152. Alatan kuasa hidraulik.


(1) Bendalir yang digunakan bagi alatan kuasa hidraulik hendaklah dari jenis bendalir rintangan api, dan hendaklah mengekalkan sifat kendaliannya dalam keadaan suhu yang paling tinggi yang mana ia mungkin terdedah. (2) Penentuan dari pembuat berkaitan dengan tekanan kendalian yang selamat bagi hos, paip, injap, penapis dan pemasangan- pemasangan lain tidak boleh dilebihi.

Peraturan 153. Alatan gerak kuasa.


(1) Hanya pekerja-pekerja yang telah dilatih dalam pengendalian sesuatu alatan tertentu yang digunakan boleh dibenarkan mengendalikan sesuatu alatan gerak-kuasa. (2) Alatan itu hendaklah diuji tiap-tiap hari sebelum dibebankan untuk memastikan yang alat-alat keselamatan adalah dalam keadaan kerja yang baik. Cara mengujinya hendaklah mengikut

tatacara yang telah disyorkan oleh pembuatnya. (3) Mana-mana alat yang didapati tidak berada dalam keadaan boleh-pakai yang baik atau didapati mempunyai kecacatan semasa digunakan hendaklah dengan serta-merta jangan digunakan dan tidak boleh digunakan sebelum ia diperbaiki dengan betul. (4) Alatan hendaklah dimuatkan dalam jangkamasa yang munasabah sebelum masa ia hendak digunakan. Alatan bermuatan dan juga alatan tanpa muatan tidak boleh dihalakan kepada manamana pekerja. Tangan tidak boleh menghampiri hujung laras yang terbuka. (5) Alatan yang telah dimuat tidak dibenarkan terbiar. (6) Pengikat tidak dibenarkan dilantak ke dalam bahan yang terlalu keras atau rapuh termasuklah, tetapi tidak terhad kepada besi tuang, genting gilap, keluli permukaan keras, blok kaca, batu hidup, bata muka, atau ubin rongga. (7) Melantak ke dalam bahan-bahan yang senang ditembusi hendaklah dielakkan melainkan jika bahan tersebut dialas dengan bahan yang boleh menghalang pin atau pengikat dari menembusi keseluruhannya. (8) Tiada pengikat boleh dilantak di tempat mudah terkupas yang disebabkan oleh ikatan yang tidak memuaskan. (9) Alatan tidak boleh digunakan di dalam suasana yang mudah meletup atau terbakar.

BAHAGIAN XVII - PELBAGAI

Peraturan 154. Penalti.


Mana-mana orang yang melanggar mana-mana peruntukan Peraturan-Peraturan ini adalah bersalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh dikenakan denda tidak melebihi dua ribu ringgit.

Diperbuat pada 16hb September 1986. [KB. Sulit 32/1/2/5/1/1 SJ. (3); PN. (PU2) 235.] DATO' LEE KIM SAI, Menteri Buruh

Anda mungkin juga menyukai