Anda di halaman 1dari 4

KEPENTINGAN PENGUNAAN 1 BAHASA PENGHANTAR Sayangkan anak, tangan-tangankan Sayangkan isteri, tinggal-tinggalkan Sayangkan kerajaan, ku beri sokongan Sayangkan

pembangkang, ku hadiahkan bidasan.

Contoh 2 : Memaku dulang, paku serpih Mengata orang, kerajaan yang lebih.

DEFINISI Bahasa didefinisikan sebagai satu sistem bahasa penghantar yang terdiri daripada lambang2x yang diujarkan oleh manusia dengan bantuan alat artikulasi yang telah tersedia pada mereka. Setiap petuturan mempunyai makna-makna tertentu berdasarkan masyarakat yang menuturkan. Bahasa merupakan alat komunikasi untuk berinteraksi antara satu sama lain. Pembangkang telah mengusulkan untuk membangkang penggunaan 1 bahasa penghantar agar melebihi daripada 1 bahasa.. terdapat kepentingan menggunakna 1 bahasa dalam proses pembangunan negara ini. bermaksud menggunakan bahasa selain bahasa melayu untuk dijadikan bahasa penghantar. suatu masa dahulu, bahsa melayu merupakan bahasa penghantar lingua franka. Para pedangan yang datang merantau ke negara ini menjadikan bahasa penghantar yaitu bahasa melayu sebagai bahasa komunikasi untuk perdagangan. Tetapi apa yang berlaku pada masa kini ialah negara kita telah menyerap masuk bahasa ingeris jelas dan nyata banyak mempengaruhi bahsa melayu masa kini.

Inilah salah satu faktor mengapa bahasa melayu dulu bahasa lingua franka menjadi bahsa rojak. Ini melemahkan lagi sistem bahasa kita. Pepatah berdiri sama tinggi duduk sama rendah. Aras mengukur negara kita ini lebih berhalakan negara barat. Walhal kita tidak melihat negara yang lebih maju iaitu negara jepun dimana penggunaan bahasa jepun yang kuat dan sukar untuk bahasa asing menjadi bahasa kebiasaan mereka. Kita perlulah mempertahankan bahasa kita yang sedia ada ini. bukanya tidak boleh berbahasa lain, tetapi kita mestilah melihat kemampuan negara kita untuk bersaing dari segi bahasa. Bahasa kita mampu untuk berada di tahap yang lebih tinggi lagi jika kita mulakan dari sekarang. Kita lihat kepada negreri Sarawak dan sabah, sebahagian besarnya tidak mempunyai tradisi bahasa tulisan atau kesusasteraan bertulis yang cukup lama untuk dijadikan bahasa penghantar. Oleh yang demikian bahasa asing tidak dapat menyatupadukan khusus hanya rakyat Malaysia yang berbilang kam kerana hanysa segelintir sahaja yang mampu untuk bertutur bahasa asing. Bahasa asing tidak pernah menjadi bahasa bersama untuk masyarakat Malaysia dan tidak dapat dijadikan bahasa perpaduan. Oleh yang demikian, saya tegakkan disini, bahasa melayu mampu berdiri tanpa perlunya bahasa lain sebgai bahasa penghantar. Point kedua. Bahasa penghantar lebih menjurus kepada sekolah. Mengapa sedemikian saya katakan kerana bahasa harian bahasa budaya atau bahasa bangsa sendiri. Bermula dair sekolahlah penggunaan bahasa penghantar bahsa melayu menjadi bahasa utama. Kita melihat kepada

kepenggunaan bahasa rasmi sekolah. Penyampaian yang menggunakan bahasa melayu menjadikan pengajaran yang disampaikan lebih bermakna. Buktinya jelas bersuluh di siang hari, sains dan matematik yang sebelum nya kini berbahsa ingeris dan kini ditukar semula ke bahasa melayu kerana penurunan pencapaian pelajar. Program psmi tidak membuahkan hasil yang memberangsangkan. Kerana kajian tidak dijalankan terlbih dahulu tanpa melihat kemampuan pelajar luar Bandar terlebih dahulu. Pihak pembangkang menegaskan henknya bahasa lain sebagai bahasa penghantar. Sedangkan bahasa melayu sendiri masih belum utuh di kalngan masayarakt kita khususnya pelajar sekolah yagn bakal menjadi arkitek negara. Dimana letakknya bahasa penghantar lain sebagai bahasa yang membangunkan negara kalau bukan bahasa melayu..

Bahasa Inggeris telah menjadi semakin penting dalam era globalisasi dimana ia merentasi sempadan mana-mana negara. Bahasa inggeris juga dalah bahasa ilmu pengetahuan dimana 80 peratus bahan dalam internet adalah berbahasa inggeris. Sebagai bahasa hubungan antarabangsa, pelajar boleh memperolehi maklumat

mengenai perkembangan terkini dalam bidang Sains dan Matematik disamping meningkatkan kebolehan mengakses maklumat dari pelbagai sumber. Melihat kepada kepentingan bahasa Inggeris ini, maka pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris pada tahun 2003 telah dicadangkan oleh kerajaan. Pada masa yang sama pelaksanaannya memberi peluang kepada guru dan pelajar peluang menggunakan bahasa Inggeris dan meningkatkan profisien berkomunikasi dalam bahasa tersebut.