Anda di halaman 1dari 17

DEFINISI

Buku Budaya dan Pembelajaran : Konsep bangsa atau nasional mempunyai maksud yang lebih luas dan terbentuk berasaskan gagasan ras atau etnik yang sedia ada. (Syed Ismail Syed Mustapa dan Ahmad Subki Miskon) John Stuart Mill

Bangsa merupakan rumpun manusia yang terikat oleh rasa taksub bersama dan rela bekerjasama sesama mereka, berbanding dengan rumpun bangsa yang lain.
Kamus Dewan (1999)

Merupakan sekumpulan orang yang mempunyai ciri ciri kebudayaan, nilai dan aspirasi yang sama.

Ciri ciri

Kelompok manusia

Identiti bersama

Bersatu padu

Satu wilayah

keterikatan

Rentetan ke arah Bangsa Melayu


Bangsa merupakan suatu kelompok manusia yang dianggap memiliki identiti bersama, yang bersatu pada satu wilayah dan mempunyai keterikatan dengan wilayah tersebut. Contohnya, Melayu, Cina dan India di Malaysia yang hidup bersama sejak dahulu dan telah membentuk identiti Malaysia yang ada kini. Bangsa juga merujuk kepada nilai sosial seperti bekerjasama, toleransi, hormat-menghormati, setiakawan, dedikasi, persahabatan, perkongsian, kesabaran dan kegigihan yang boleh dipupuk dalam kalangan murid untuk mencorakkan suasana bilik darjah yang sihat dan dinamik.

Melayu merujuk kepada mereka yang bertutur bahasa Melayu dan mengamalkan adat resam orang Melayu. Perkataan Melayu berasal daripada nama sebuah anak sungai yang bernama Sungai Melayu di hulu Sungai Batang Hari, Sumatera. Di sana letaknya "Kerajaan Melayu" sekitar 1500 tahun dahulu sebelum atau semasa adanya Kerajaan Srivijaya. Dari segi etimologi, perkataan "Melayu" berasal daripada perkataan Sanskrit "Malaya" yang bermaksud "bukit" ataupun tanah tinggi. Ada juga sumber sejarah yang mengatakan bahawa perkataan "Melayu" berasal dari "Sungai Melayu" di Jambi.

UNESCO, 1972 - "Melayu" ditakrifkan sebagai suku bangsa Melayu di Semenanjung Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina, dan Madagaskar. Namun, menurut Perlembagaan Malaysia, istilah "Melayu" hanya merujuk kepada seseorang yang berketurunan Melayu yang menganut agama Islam. Istilah "Melayu" merujuk kepada nama bangsa atau bahasa adalah suatu perkembangan yang agak baru dari segi sejarah, iaitu setelah adanya Kesultanan Melayu Melaka. Walaupun demikian, tidaklah sehingga abad ke-17 bahawa istilah "Melayu" yang merujuk kepada bangsa semakin digunakan secara meluas. Sebelum itu, istilah "Melayu" hanya merujuk kepada keturunan raja Melayu dari Sumatera sahaja.

Penakrifan orang Melayu merupakan satu pekerjaan yang sukar. Sekiranya menurut penakrifan orang Melayu sebagai orang yang bertutur dalam Bahasa Melayu, penakrifan ini merangkumi kebanyakan orang di Malaysia, Indonesia, dan sebahagian dari negeri Thai dan Filipina. Tetapi, apa yang menjadi masalahnya, di Indonesia, orang Melayu hanya merupakan salah satu daripada beratus-ratus kaum/suku di negara itu. Lebih-lebih lagi, warga Indonesia lebih suka mengenali diri mereka sebagai orang Indonesia dan mengenali bahasa mereka sebagai bahasa Indonesia.

ETNIK / KAUM
Merujuk kepada :

Kelompok manusia yang mempunyai budaya yang berbeza merangkumi-:


cara berfikir cara bertindak Sistem politik Kepercayaan

Agama
Bahasa Adat resam

RAS
Satu kelompok manusia yang mempunyai persamaan dari segi ciri-ciri fizikal.

Kelompok sosial yang mempunyai tanda pengenalan kolektif berasaskan ciri-ciri fizikal-biologikal yang nyata seperti warna kulit, warna mata, warna rambut dan sebagainya
Merujuk kepada satu kelompok manusia yang menganggap diri atau dianggap oleh kelompok lain sebagai berbeza daripada kelompok mereka berasaskan dasar perbezaan fizikal

Keadaan di malaysia
Malaysia merupakan sebuah negara berbilang kaum yang pernah menghadapi konflik etnik.
Hubungan antara etnik yang berbeza wujud dalam suasana yang baik dan mampu memacu perkembangan ekonomi negara.

Hubungan etnik mencerminkan darjah dan sumber ketegangan sosial dalam sesebuah masyarakat
Hubungan etnik mempengaruhi dasar sosial dan perancangan sosial sesebuah negara.

Penyerapan budaya
Penyerapan budaya melalui beberapa proses Asimilasi

-budaya masyarakat majoriti/ dominan menyerap budaya masyarakat minoriti/imigran


tanpa membawa perubahan kepada kebudayaan yang menyerapnya. Amalgamasi -proses percantuman dari segi biologi berlaku melalui perkahwinan campur -perkahwinan akan menghasilkan satu kelompok baru yang seterusnya membentuk budaya baru dalam masyarakat berkenaan

Pluralisme -proses mempertahankan kepelbagaian budaya -ciri-ciri kebudayaan pelbagai kelompok dikekalkan -setiap etnik mempunyai hak terhadap warisan kelompok, justeru itu terus mengamalkan budaya yang diwarisinya. Akomodasi -setiap etnik menyedari nilai dan norma antara satu sama lain. -Mereka menghormati budaya etnik lain dan dalam masa yg sama mempertahankan budaya mereka sendiri.

Akulturasi -Masyarakat menerima dan meminjam unsurunsur budaya golongan majoriti tanpa mengubah unsur-unsur budaya asal -proses ini juga dikenali sebagai asimilasi budaya

STRUKTUR MASYARAKAT / KELAS SOSIAL


Masyarakat merupakan sekelompok besar manusia yang hidup saling berhubungan dan bergantungan berasaskan satu budaya serta bidang tertentu dan mempunyai matlamat yang sama Roucek dan Warren (1979) masyarakat sebagai satu kumpulan manusia yang berhubung secara tetap dan tersusun dalam manjalankan aktiviti secara kolektif dan merasakan bahawa mereka hidup bersama De Fleur (1974) masyarakat sebagai sebuah pola yang sangat kompleks mengenai organisasi sosial, dimana ahli-ahlinya saling bergantung dan terdapat garis panduan bagi semua bidang tingkah laku sosial.

Ciri-ciri utama masyarakat


Hidup berkelompok

Mempunyai budaya
Sering mengalami perubahan Saling berinteraksi sama ada dalaman dan dengan pihak luar Mempunyai pemimpin Mempunyai aturan sosial

Struktur masyarakat atau kelas sosial berperanan untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat. Pergaulan bebas dan tidak berkelompok dalam satu masyarakat juga akan menentukan pola kehidupan masyarakat. Contohnya, murid golongan bawahan dapat bergaul dan berinteraksi dengan murid golongan atasan tanpa mengira budaya dan masyarakat lain Murid perlu didedahkan supaya mereka dapat mengelakkan rasa tinggi diri dan seterusnya menerima rakan sebagai sebahagian daripada komuniti dalam kehidupan mereka

Hubungan yang baik juga dapat memupuk nilai persahabatan, nilai kerjasama dan nilai toleransi dalam bilik darjah yang menjamin kesejahtaeraan dan keharmonian murid. Hubungan yang baik menunjukkan adanya nilai-nilai penyayang dapat disemai dalam jiwa murid-murid. Oleh itu, masalah tingkah laku yang tidak diingini dapat dikurangkan dan dibendung dengan lebih berkesan

Murid golongan bawahan dan golongan atasan dapat bergaul tanpa mengira budaya dan masyarakat lain
Secara langsung satu suasana pembelajaran yang kondusif akan terbentuk.

Anda mungkin juga menyukai