Anda di halaman 1dari 2

Refleksi Persiapan Padang WAJ 3112 Olahraga. Mohd Azizi B.

Mat Arshad @ Hashim T2SN3 Dalam persiapan padang kejohanan olahraga pada kali ini terdapat banyak kelemahan dan kekuatan yang saya kenalpasti. Antara kekuatan yang dapat saya sebutkan ialah dapat mengeratkan hubungan antara rakan sekelas saya. Dengan aktiviti ini, saya dan rakan-rakan dapat berkerjasama menyiapkan padang iaitu daripada mengukur setiap trek hinggalah mengecat dan menanda setiap balapan di padang. Saya juga dapat menyihatkan tubuh badan apabila sentiasa turun ke padang bagi melaksanakan tugasan ini. Disebalik kekuatan ini, terdapat beberapa kelemahan yang perlu saya perbaiki supaya akan menjadi lebih baik. Antaranya ialah saya berkira antara kerja yang saya buat dan rakan saya buat. Disebabkan rakan yang tidak memberikan komitmen dalam melaksanakan kerja, saya cepat mengeluh dan mengira-gira apa yang saya buat dan mereka buat. Kelemahan yang lain ialah saya cepat penat dalam melakukan kerja ini. Ini mungkin disebabkan oleh diri saya sendiri yang malas untuk bersenam. Selain daripada itu, peluang yang saya dapat lihat daripada persiapan padang ini adalah saya dapat belajar ukuran, dan cara yang betul dalam menyediakan dan mengukur trek 400M, tempat lontar peluru, tempat merejam lembing, pasir lompat jauh dan juga checkmark dalam acara 4x400M dan 4x200M. Pengetahuan ini sangat penting dalam menjadikan saya guru yang berkemahiran dan bersedia jika diberi tugas menyiapkan padang suatu masa kelak. Peluang yang lain ialah saya dan rakan-rakan dapat membina kerjasama terutamanya dalam mengagihkan tugas antara kami. Kami juga dapat belajar bertolak ansur dalam menerima tugas masing-masing dan melaksanakannya dengan baik. Peluang yang lain ialah saya dapat membina kecergasan dalam diri dan dapat bertahan apabila membuat kerja didalam cuaca yang panas terik. Walaupun begitu, terdapat beberapa ancaman yang dapat saya kenalpasti dan perkara ini jika tidak diatasi dengan baik akan mendatangkan masalah kepada diri saya. Antara ancaman yang dapat saya kenalpasti adalah ketidakadilan dalam

mengagihkan tugas kepada setiap kelas. Ada kelas yang ditugaskan menyiapkan padang, ada juga kumpulan yang ditugaskan sekadar membuat buku program. Perkara ini adalah sangat tidak adil dan berlaku jurang yang sangat besar dalam perlaksanaan kedua-dua tugasan ini. Terdapat ahli kelas yang tidak memberikan kerjasama dan tidak turun pada waktu petang bagi menyiapkan padang. Ini mendatangkan rasa tidak puas hati kepada rakan-rakan lain yang sentiasa turun untuk menjalankan tugas. Disebabkan golongan yang tidak bertanggungjawab ini, hubungan antara sesetengah ahli kelas menjadi renggang. Selain itu, terdapat ahli kelas yang malas dalam membuat kerja. Ini menyebabkan ada pelajar lain yang terpaksa membuat kerja lebih supaya kerja akan selesai lebih cepat. Disebalik semua kelemahan, kekuatan, peluang dan ancaman ini, saya telah mempelajari banyak perkara yang akan dapat saya gunakan apabila saya berkhidmat sebagai seorang guru kelak. Ini adalah suatu pengetahuan yang sangat penting disebalik mengejar kecemerlangan akademik semata-mata.