Anda di halaman 1dari 25

KEBUDAYAAN MELAYU ASPEK SOSIAL

Menurut Kamus Dewan, sosial bermaksud segala yang berkaitan dengan masyarakat, perihal masyarakat. Secara umumnya, sosial meliputi aspek persahabatan, pergaulan atau ajaran yang bertujuan untuk membangunkan masyarakat secara damai.

Kesenian

Aspek Sosial

Nilai dan Falsafah

Agama, Adat dan Kepercayaan

Perubatan

Pakaian Bahasa Permainan

KESENIAN

Menurut Kamus Dewan Seni didefinisikan sebagai karya (sajak, lukisan, muzik) yang dicipta dengan bakat (kecekapan), hasil daripada sesuatu ciptaan. Manakala kesenian bermaksud perihal seni, yang berkaitan dengan seni dan keindahan (kehalusan).

Seni Persembahan

Seni Muzik

Seni Tampak

KESENIAN

Seni Persembahan

Seni Tari Seni Gerak Seni Drama Seni Suara

Seni Gerak
Seni gerak mengandungi segala gerakan tubuh badan yang mempunyai unsur-unsur keindahan. Seni ini dapat dilihat pada gerakan tangan, kaki, badan, mata dan anggota badan yang lain. Seni gerak orang melayu dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu seni tari dan seni drama.

SENI TARI Seorang ahli sejarah tarian dan muzik Jerman bernama C. Sachs telah memberikan definisi seni tari sebagai gerakan yang berirama. Seni tari adalah pengucapan jiwa manusia melalui gerak-geri berirama yang indah.

Jenis-Jenis Seni Tari Tarian ini dicipta berdasarkan lagu-lagu melayu asli dengan mengikuti irama lagu-lagu melayu asli yang tertentu. Seni tari jenis ini ialah tarian yang dicipta daripada lagu Makan Sirih, Gunung Banang, Sapu Tangan, Asli Selendang, Bentan, Telani, Asli Abadi Tarian Asli dan sebagainya.

Tarian ini adalah sejenis tarian klasik dari daerahdaerah di Kelantan yang ditarikan di istana raja-raja Kelantan dan Patani. Asyik bererti kekasih , oleh itu tarian ini bersesuaian dengan gerakgeri bersifat lemah lembut dan penuh dengan ketertiban. Tiga alat muzik penting yang digunakan ialah rebab , gambang Tarian Asyik dan gedombak.

Tarian ini dikatakan berasal daripada gerakan berlaga ayam, iaitu sejenis sukan yang diminati oleh orang Melayu pada masa lampau. Tarian ini dicipta oleh ahli tarian di negeri Perlis. Tarian ini diringi Tarian Ayam Didik dengan nyanyian lagu ayam didik.

Kata canggung berasal dari bahasa Thai yang bererti menari. Tarian Canggung berasal dari negeri Perlis dan menjadi popular di negeri Kedah, Perlis dan Pulau Pinang. Tarian ini dicipta oleh seorang ahli Tarian Canggung tarian dari Kangar selepas perang dunia kedua .

Tarian ini berasal dari negeri Kelantan, ditarikan pada musim menuai sempena dengan temasya dan permainan wau. negeri sebelah Pada musim menuai di negeriPantai Timur sering diadakan

permainan seperti main gasing, main wau, rebana ubi, rebana kertuk, rebana kayu dan lain-lain lagi. Bersempena dengan permainan wau maka satu Tarian Cik Siti Wau Bulan tarian yang diberi nama Cik Siti Wau Bulan telah dicipta.

Tarian Joget dipercayai berasal daripada tarian Kaum Portugis iaitu Branyo. Ketika itu Joget diiringi lagu-lagu seperti Jingkling Nona tetapi sekarang banyak lagu-lagu dihasilkan seperti Joget

Serampang Laut, Joget 106, Joget Johore Sport Club dan lain-lain. Joget juga dikenali sebagai ronggeng Tarian Joget asal daripada perkataan wrong geng kerana ditarikan secara berpasangan lelaki dan wanita.

Tarian ini ialah tarian warisan budaya Jawa yang terpengaruh dengan islam. Ciri kejawaan itu jelas

pada pakaian penari-penari dan unsur islam jelas semasa Tarian Kuda Kepang cerita itu ditarikan iaitu mengisahkan

peperangan Rasulullah dan para sahabat.

Tarian ini dikatakan berasal dari negeri Parsi . Ianya diringi dengan alat-alat muzik seperti dabus dan marwas. Pakaian yang digunakan ialah baju melayu. Tarian Zapin

Jenis-Jenis Seni Drama

Drama tradisional ini berkembang dengan popular sekali di desa-desa di negeri Kelantan. Main

Puteri dianggotai oleh dua watak utama iaitu Tuan Puteri dan Tok Minduk yang bermain rebab dan diiringi oleh paluan gendang ibu dan anak. Ketika Tuan Puteri lupakan diri, semangat halus akan meresap kedalam tubuh Tuan Puteri dan Tok Minduk Main Puteri akan menyoal makhluk halus tersebut untuk

memastikan punca penyakit.

Makyong (atau Mak Yong atau Makyung) merupakan sejenis tarian Melayu tradisional. Drama tari Mak Yong ini merupakan sebagai suatu bentuk drama-tari Melayu yang menggabungkan unsur-unsur ritual, lakonan dan tarian yang digayakan, muzik vokal dan Mak Yong instrumental, lagu, cerita dan teks percakapan yang formal dan bersahaja.

Wayang kulit merupakan sejenis hiburan pementasan bayang yang terhasil dari patung yang dibuat daripada belulang (kulit lembu/kerbau/kambing).

Terdapat pelbagai jenis wayang kulit bergantung Wayang Kulit kepada tempat asal mereka.

SENI SUARA Seni suara atau seni vokal lahir daripada pita suara yang boleh memberi kepuasan kepada pendengar. Setiap seni vokal itu berbeza mengikut masyarakat. Dalam masyarakat Melayu terdapat seni vokal tanpa muzik dan seni vokal yang bergabung dengan muzik.

Endoi

Endoi atau dendang Siti Fatimah terkenal di negeri Perak, Selangor dan Negeri Sembilan manakala ulit anak terkenal di negeri Terengganu. Biasanya dilagukan dalam upacara berbentuk keislaman seperti menyambut kelahiran anak atau upacara bercukur kepala.

Nazam atau Naban

Berasal daripada Terengganu, Pahang dan Melaka. Dikarang dalam Bahasa Melayu yang mengisahkan riwayat Nabi Muhamad, para Nabi Allah dan para sahabat Rasul. Persembahan yang tidak disertai alat muzik ini memerlukan kemerduan suara.

Marhaban, Nasyid dan Qasidah

Merupakan nyanyian keagamaan. Marhaban ialah pujian kepada Nabi Muhamad dan dinyanyikan dalam Bahasa Arab. Nasyid ialah nyanyian dan berbentuk dakwah Islam iaitu terdapat dalam senikata Arab dan Melayu. Qasidah biasanya dinyanyikan dalam bahasa Arab yang mengandungi puisi memuji Nabi Muhamad dan para sahabat.

Hadrah

Sejenis nyanyian yang berasal daripada dikir. Dinyanyikan dengan iringan sejenis alat bercorak rebana yang hampir sama dengan kompang.

SENI TAMPAK Seni tampak dalam masyarakat melayu meruapakan ciptaan yang megandungi unsur-unsur seni yang dihasilkan oleh orang melayu melalui ukiran, anyaman, tenunan, seni bina dan sebagainya.

Seni Ukir Seni Ukir dalam masyarakat melayu mempunyai hubungan rapat dengan hasil-hasil kerja tangan yang dicipta melalui kepandaian mengukir. Ciri-ciri ukiran itu dihasilkan melalui ukiran timbul, ukiran terbenam, ukiran tebuk dan ukiran timbus.

Seni Kraftangan Seni kraftangan adalah hasil seni yang dicipta untuk digunakan, tetapi digubah dengan memasukkan unsur-unsur seni untuk memberi bentuk yang indah dan menarik hati. Penciptaan kraftangan itu memerlukan keahlian dan kecekapan dalam penggunaan bahan-bahan asas yang teratur sejak dari proses awal hinggalah sesuatu hasil kraftangan itu tercipta. Proses penciptaan kraftangan tersebut memerlukan daya estetika demi untuk memberikan rekabentuk yang indah dan menarik.

Seni Tembikar Seni tembikar merupakan sejenis hasil kraftangan orang melayu yang menggunakan tanah liat yang dibakar dan digilap. Reka bentuknya dicipta berdasarkan fungsi sesuatu barang itu seperti periuk nasi, bekas air, bekas mennyimpan makanan seperti jeruk, pekasam dan lain-lain. Perusahaan membuat tembiran secara tradisoanl ini masih dilakukanoleh orang melayu khususnya di Sayung, Perak.

Seni Batik Batik merupakan seni tekstil yang dihasilkan melalui proses menerapkan lilin dan mencelup kain. Pada permulaannya kain putih yang hendak diproses menjadi kain batik itu direbus dan dikeringkan. Kemudian kain batik itu diterapkan dengan blok tembaga yang dicelupkan ke dalam lilin cair yang dipanaskan. Selepas diterapkan kain itu akan diwarnakan dengan cara celupan yang berperingkat peringkat. Selanjutnya kain itu direbus dan divasuh sehingga bersih lalu dijemur hingga kering.

Seni Tembaga Seni tembaga merupakan satu lagi kraftangan orang melayu. Seni ini diperkenalkan denagn tujuan untuk mencipta alat-alat daripada tembaga yang cantik dan indah bentuknya. Alat-alat yang dicipta dalam proses seni tembaga ini digunakan dalam upacara-upacara adat khususnya diistana raja-raja melayu seperti alat-alat pertabalan raja, upacara perkahwinan atau upacara diraja yang lain. Alat-alat tembaga ini digunakan sebagi hiasan atau perkakasan kegunaan dirumah seperti dulang, tempat letak sireh, sudu, tempat bara, bekas perenjis air mawar dan sebagainya .

Seni Bina Reka bentuk seni bina melayu lahir daripada bentuk rumah-rumah yang menjadi tempat penginapan orang melayu. Walaupun terdapat berbagai jenis rumah melayu namun struktur binaanya tdiak banyak berbeza . Reka bentuk rumah-rumah melayu juga meperlihatkan wujudnya unsur-unsur seni bina dari daerah-daerah lain dialam melayu atau dari luar alam melayu. Contohnya rumahrumah orang melayu di negeri Sembilan adalah bercorak seni bina rumah Minangkabau.

Seni Anyaman Menganyam meruapakn proses menjalin jaluran daun, lidi, rotan, akar, buluh dan beberapa jenis tumbuhan yang lain. Beberapa jenis reka bentuk kraftangan dihasilkan melalui nyaman demi untuk mencipta sesuatu alat keperluan harian contohnya menghasilkan topi, tudung saji, bakul dan mengayam tikar untuk mengalas tempat duduk.

Seni Kraftangan Tekatan dikenali juga dengan nama suji dan merupakan sejenis seni kraftangan yang popular dalam masyarakat melayu. Tekatan menggunakan kain baldu sebagai kain dasar dan bentuk hiasannya menggambarkan rekabentuk bunga dan pohon-pohon. Tekatan digunakan untuk membuat kasut , kipas . muka bantal dan balutan tepak sirih. Hasil tekatan ini dibuat bagi tujuan upacara tertentu seperti dijadikan hiasan pada upacara perkahwinan , upacara berkhatan , pertabalan raja dan upacara-upacara kebesaran yang lain.

Seni Tenunan Seni tenunan terbahagi kepada tiga jenis iaitu tenunan biasa, tenunan ikat celup dan songket. Tenunan songket merupakan tenunan yang paling lengkap dan cantik. Tenunan ini merupakan satu perkembangan daripada proses tenunan biasa. Sementara tenunan ikat pula dipercayai berkembang di istana raja-raja. Penciptaannya lebih rumit terutama dalam proses menyongket solek atau menyolek. Jenis kain tenunan ini dikenali juga dengan panggilan kain benang emas.

SENI MUZIK Muzik didefinisikan sebagai gubahan bunyi yang menghasilkan bentuk dan irama yang indah dan menyenangkan, bunyi-bunyian (Kamus Dewan, 2004). Muzik adalah satu daya tarikan kepada manusia. Ahli-ahli falsafah berpendapat bahawa setiap manusia mempunyai minat terhadap muzik. Keadaan ini jelas dilihat kepada reaksi manusia terhadap bunyi-bunyian yang sudah menjadi kegemaran sejak manusia dilahirkan. Muzik

sebenarnya

tidak dapat dilihat

dan

dinikmati dengan

pancaindera

penglihatan, tetapi boleh dirasai dengan hati atau perasaan.

Nobat Perkataan nobat atau naubat merujuk Tradisi Muzik Rakyat Disamping tradisi tinggi yang berpusat diistana, terdapat pula tradisi rendah dikalangan rakyat biasa yang terdir daripada kaum petani dan nelayan. Perkembangan seni muzik diperingkat masyarakat tradisi rendah lahir daripada minat anggota masyarakat itu sendiri. Sebahagian

kepada gendang besar (kettle drum) yang dipalu pada waktu tertentu atau dipalu oleh sebuah kumpulan muzik yang bermain di hadapan raja. Nobat dipercayai berasal dari istana Iran zaman silam dan selepas itu menjadi bentuk muzik yang popular di istana Iran-Iraq, Syria, Turki, Mesir, Afrika Utara, Sepanyol, India dan kepulauan Melayu

daripada mereka mewarisi keahlian bermain alatalat muzik itu daripada keluarganya. Alat-alat muzik ini diperbuat daripada bahan-bahan yang diperolehi disekeliling mereka seperti buluh, kayu, kulit binatang dan lain-lain. Muzik rebana

merupakan sejenis alat muzik yang berkembang dalam masyarakat Melayu tradisional. Rebana dimainkan dalam persembahan yang berunsur keislaman seperti dikir, ratib, nazam, hadrah, rodat, maulut dan lain-lain.

AGAMA ISLAM, ADAT DAN KEPERCAYAAN

Agama Islam

Pada awalnya, masyarakat Melayu menganut kefahaman animisme. Kepercayaan ini telah dianut oleh masyarakat Melayu sejak sebelum kedatangan agama Hindu lagi

Pada abad ke-4 masihi, pengaruh Hindu-Buddha telah mula bertapak di Tanah Melayu. Maka, bermula abad ke-4, masyarakat Melayu tradisional mula menganut agama ini. Terdapat dua tempat yang menjadi tapak tersebarnya agama ini di Tanah Melayu iaitu kawasan Kedah Tua dan Langkasuka. Kedatangan agama ini membawa pengaruh dalam kebudayaan masyarakat ketika itu seperti adat bersanding dalam perkahwinan masyarakat Melayu.

Akhir sekali ialah agama Islam yang mula bertapak di Tanah Melayu pada abad ke-7. Agama Islam ini datang ke Tanah melayu melalui pedagang daripada China, India dan Tanah Arab. Kedatangan agama ini telah membawa kepada bermulanya sistem pendidikan secara formal dan peraturan yang menjadi garis panduan masyrakat Melayu. Seperkara yang pasti, agama Islam membawa kepada perubahan dalam sistem sosial masyarakat Melayu seperti pentadbiran, pendidikan dan adat budaya.

ADAT Bangsa Melayu amat terkenal dengan sifat lemah lembut dan sopan santunnya. Kehidupan sehari-hari sangat dipengaruhi oleh persekitaran masyarakatnya. Adat melayu telah

menjadi amalan turun-temurun zaman-berzaman yang diwarisi dari nenek moyang mereka walaupun arus kemodenan telah lama menyerapi kehidupan masyarakat Melayu di negara kita ini. Pepatah melayu "Biar mati anak, jangan mati adat", merujuk kepada betapa pentingnya adat serta amalannya dalam masyarakat melayu. Terdapat banyak pepatah serta ungkapan yang merujuk kepada perlaksanaan sesuatu adat itu. Kebanyakkan adat adalah juga merupakan peraturan terhadap kehidupan sehari-harian, ia juga dipanggil ritual.

Adat ini ialah suatu adat yang dijalankan ke atas seorang isteri yang telah genap tujuh bulan hamil dan ia bertujuan untuk meletakkan kedudukan bayi di dalam perut di tempat yang sepatutnya, iaitu bahagian kepala di pintu rahim. Ini penting bagi memudahkan si ibu bersalin dan bayi tidak kelemasan di dalam perut. Maka pada masa itu, bidan akan dipanggil untuk memeriksa dan menentukan isteri yang hamil itu betulbetul telah genap tujuh bulan hamil atau belum cukup bulan lagi. Tangan tok bidan akan memegang satu hujung kain dan dengan tangannya yang sebelah lagi, dipegangnya hujung yang satu lagi. Kemudian kain itu diangkatnya sedikit sambil dilenggang-lenggangkan Melenggang Perut badan ibu itu. Dari sinilah terbitnya panggilan

Lenggang Perut itu.

Semasa adat berendoi, bayi akan diletakkan di dalam buaian dengan menggunakan kain songket atau batik dan dihias indah dengan bunga-bungaan. Selendang akan diikat di kiri kanan buaian dan ditarik perlahanlahan semasa upacara berlangsung. Ketika itu juga nazam atau marhaban dialunkan oleh sekumpulan lelaki atau wanita. Pada hari ini, masyarakat Melayu Berendoi menjalankan adat ini serentak dengan adat memberi nama dan adat cukur rambut. . Lazimnya bayi yang baru lahir akan tanggal pusatnya dalam tempoh seminggu. Pada ketika itu, adat cuci lantai akan diadakan. Di sesetengah tempat, ia juga dipanggil adat naik buai kerana selagi bayi itu belum tanggal pusatnya, dia tidak boleh dibuaikan dan akan tidur disamping ibunya. Adat ini seelok-eloknya dilakukan pada hari Isnin atau Khamis. Bahan-bahan yang digunakan untuk adat cuci lantai ialah nasi kunyit dan lauk-lauk, seekor ayam hidup, Paku, buah keras, Tanggal Pusat/Cuci Lantai asam, garam dan sirih pinang, serta hadiah untuk bidan sepersalinan pakaian. . Adat

ini

dilakukan

pada

hari

ketujuh

selepas

dilahirkan. Ia turut dipanggil adat potong jambul. Kenduri nasi kunyit dan doa selamat diadakan pada hari tersebut. Sebiji kelapa muda dipotong bahagian kepalanya dengan potongan berkelok-kelok,siku

seluang untuk dijadikan penutup. Airnya dibuang dan diganti dengan sedikit air sejuk. Biasanya kelapa itu Cukur Jambul dihias, umpamanya dengan melilitkan rantai emas atau perak di kelillingnya. .

Lazimnya untuk bayi perempuan dilakukan ketika bayi itu masih kecil iaitu beberapa hari selepas dilahirkan. Namun demikian, kebanyakan kanak-kanak

perempuan akan menjalani upacara ini sekurangkurangnya ketika berumur setahun atau lebih. Adat

ini akan dijalankan oleh bidan. Bagi kanak-kanak lelaki, mereka akan menjalani adat bersunat atau juga dipanggil berkhatan ketika umur mereka dalam lingkungan 8 hingga 12 tahun. Adat berkhatan akan dijalankan oleh Tok Mudim. Di dalam ajaran Islam, Bersunat atau Berkhatan bersunat atau berkhatan adalah wajib kerana Islam menitikberatkan kesucian zahir dan batin. . Lazimnya untuk bayi perempuan dilakukan ketika bayi itu Tujuan asal mengadakan majlis ini untuk kerana tamatnya pengajian Al-Quran

bersyukur

seseorang pelajar. Majlis berkhatam Al-Quran selain merupakan satu adat yang bercorak agama, ia diadakan bertujuan untuk mengingati jasa seorang murid kepada gurunya. Hadiah bunga telur biasanya Khatam Al-Quran diberikan kepada guru tersebut.

Kedua-dua mempelai akan memakai dengan pakaian . pengantin, lazimnya baju songket dan dihias indah dengan perhiasannya sekali.Pengantin lelaki akan diarak dengan paluan kompang dan diiringi dengan bunga manggar dari rumah penanggak menuju ke rumah pengantin perempuan.Pengantin akan

bersanding di atas pelamin yang dihias indah dan Bersanding antara yang terdapat di atas pelamin ialah bunga pahar. pahar.

KEPERCAYAAN Bangsa Melayu dahulu banyak meninggalkan bermacam-macam

kepercayaan yang mana dalamnya mengandungi pelbagai pantang larang, tunjuk ajar yang halus dan nasihat yang berguna kepada anak cucunya yang masih mentah dalam kehidupan harian mereka.

Duduk di Atas Bantal

Bergendang dalam Rumah

Menjahit Waktu Senja

Masyarakat Melayu pantang duduk di atas bantal kerana dipercayai boleh naik bisul.Sebenarnya dilarang berbuat demikian adalah kerana hendak menjaga bantal daripada dipecah atau dikoyak.Tambahan lagi adalah tidak baik benda untuk melapik kepala diletakkan di bawah punggung.

Mendengar anak cucu mereka bergendang dalam rumah, seperti memukul dinding, lantai atau sebagainya, maka dilarang oleh orang tua-tua, dengan berkata "tidak baik bergendang dalam rumah, nanti harta habis dicuri oleh orang. Larangan ini sebenarnya untuk mengelakkan bunyi bising di rumah, ataupun mengelakkan barangbarang di dalam rumah boleh rosak.

Apabila ibu melihat anaknya menjahit atau menyulam pada waktu senja dengan segeranya akan berkata, Jangan menjahit pada waktu senja, nanti mata guru engkau akan buta. Pengajaran disebalik larangan itu adalah untuk menjaga kesihatan mata anak supaya tidak menjadi kabur dan rosak atau jarum tercucuk tangan.

Makan Dalam Bekas Yang Retak

Anak Dara Menyanyi di Dapur

Apabila si ibu melihat anaknya makan dengan menggunakan bekas yang retak atau sumbing, maka si ibu itu akan melarang dengan berkata, Siapa makan menggunakan bekas yang retak akan dapat isteri atau suami yang telah berkahwin dua atau tiga. Nasihat ini sebenarnya untuk mengelakkan supaya anaknya tidak terkena luka dari bekas yang digunakan itu.

Seseorang anak gadis yang suka bersiul dan bernyanyi ketika memasak dikatakan akan mendapat suami tua. Larangan ini adalah mengelakkan berlakunya kecelakaan supaya sebarang kerja di dapur mesti dibuat dengan sempurna dan tambahan pula adalah tidak manis sekiranya anak gadis bersiul dan bernyanyi di dapur.

BAHASA

Bahasa ialah satu kod yang digunakan oleh pakar linguistik untuk membezakan antara bentuk dan maksud. Bahasa Bahasa Melayu Melayu yang merupakan sejenis bahasa Melayu-Polinesia di bawah keluarga bahasa Austronesia telah berusia lebih 1,000 tahun lalu. Bahasa Melayu dikatakan berasal dari Sumatera Selatan di sekitar Jambi dan Palembang. Rekod terawal bahasa Melayu Kuno ialah sebuah batu bersurat bertarikh 682 Masihi yang dijumpai di Sumatera Selatan.

Bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa pengantar di semua institusi pengajian awam di Malaysia. Bahasa Melayu yang menjadi lingua franca penduduk Dunia Melayu (Nusantara) sejak sekian lama juga telah dipilih oleh pemerintah Indonesia menjadi bahasa resmi negara tersebut.

DIALEK Loghat (loghat daerah, dialek atau bahasa daerah) ialah kelainan dalam sesuatu bahasa yang menjadi ciri satu golongan tertentu dalam kalangan penutur bahasa itu. Istilah ini paling biasa digunakan untuk menghuraikan corak pertuturan setempat juga ditentukan oleh faktor-faktor lain seperti darjat sosial. Bahasa Melayu mempunyai pelbagai dialek.

TULISAN

Bahasa Melayu mempunyai bentuk tulisan yang tersendiri. Tulisan Jawi telah mengangkat martabat Melayu dalam bidang keilmuan.

NILAI DAN FALSAFAH

Masyarakat Melayu umumnya mempunyai banyak nilai yang menjadikan bangsa Melayu ini penuh dengan tatasusila dan terkenal dengan sopan santunnya. Nilai merupakan salah satu aspen yang sentiasa ditekankan oleh ahli masyarakat. Melalui nilai, kita akan belajar untuk mencontohi sesuatu amalan yang baik dan positif. Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-4 muka surat: 1081, nilai adalah taksiran harga, harga sesuatu yang dibandingkan dengan harga yang lain, kadar nisbah, sifat ketinggian dan darjat, kualiti, mutu dan taraf. Ini bermakna, nilai adalah ukuran kepada sesuatu seperti sifat keperibadian dan sebagainya yang ada pada individu.

Berbudi

TolongMenolong

NasihatMenasihati

Nilai

Patuh kepada Perintah Agama

Kasih Sayang

PERUBATAN

Sejak beberapa abad yang lampau perubatan dan rawatan tradisional Melayu telah menjadi suatu tradisi dan merupakan cabang ilmu perubatan. Ia sering dikaitkan dengan zaman kegemilangannya. Bomoh dan Tok Dukun telah menjadi pilihan masyarakat melayu pada masa itu untuk mendapatkan rawatan. Masyarakat mengiktiraf mereka kerana mempunyai kemahiran untuk mengubati penyakit yang berkaitandengan jasmani (fizikal)dan rohani (dalaman). Bomoh dan Tok Dukun telah digunakan secara meluas oleh segenap lapisan masyarakat dan menjadi orang terpenting bagi mengubati penyakit. Masyarakat amat percaya dan mempunyai keyakinan dengan amalan perubatan dan rawatan Bomoh dan Tok Dukun. Pengamal perubatan tradisional Melayu (Bomoh dan Tok Dukun) banyak bergantung kepada pengetahuan dan ingatan yang di warisi dari gurunya secara turun-temurun. Ada juga yang dikatakan mendapat ilmu tentang perubatan dan rawatan melalui mimpi atau ilham dengan cara-cara yang tertentu. Walau bagaimanapun perubatan dan rawatan jenis ini memerlukan mereka mengenalpasti hakikat sebenar penyakit yang terkandung di dalam diri pesakit berkenaan.

PAKAIAN Pakaian lelaki Melayu dan ia terdiri dari dua jenis iaitu Baju Kurung Teluk Belanga dan Baju Cekak Musang. Baju ini biasanya dipakai semasa menghadiri majlismajlis perkahwinan, kenduri-kendara dan juga

semmasa menunaikan Solat Jumaat. Pemakaian baju Melayu kelihatan lebih berseri jika digandingkan bersama sampin dan songket. Baju Melayu

. Terdapat

pelbagai

gaya

kebaya

antaranya

di

Selangor, kebaya tidak berkolar. Di Perak pula lengan kebayanya sangat lebar berbanding dengan kebaya di negeri-negeri yang lain. Di Pahang pula, baju kebayanya yang dikenali sebagai baju Riau Pahang mempunyai leher berkolar dan berkancing seperti baju kurung cekak musang tetapi bahagian hadapannya juga berbelah seperti baju kebaya yang lain, malah Baju Kebaya turut dipasangkan kerongsang di bawah kancingnya yang berbutang. Sebidang kain lebar yang dicantumkan kedua-dua . hujungnya. Kain sarung diperbuat daripada benang kapas dan sutera. Ada juga kain sarung yang diperbuat daripada tenunan songket. Biasanya kain sarung songket hanya dipakai apabila ada majlis rasmi . atau sebagai pakaian pengantin. Kaum lelaki memakai kain sarung dengan baju Melayu. Manakala Kain Sarung bagi kaum wanita pula kain sarung dipakai bersamasama baju kurung atau baju kebaya.

PERMAINAN TRADISIONAL Permainan wau ini juga dikenali dengan layanglayang.Permainan wau amat digemari oleh pendudukpenduduk kampung. Permainan ini dimainkan sejak kurun ke-15. Sehingga kini, Wau masih digemari dan dimainkan di kawasan-kawasan seperti Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis. Wau dicipta dalam

pelbagai bentuk dan mempunyai nama tersendiri seperti wau burung, wau pari, wau katak, wau bayan, Wau wau merak, wau kucing, wau jala budi, wau lenggang kebayan, wau sewah dan wau barat.

Permainan sepak raga telah dimainkan sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Pada masa itu permainan ini dimainkan oleh golongan bangsawan. Rakyat biasa juga menggemari permainan ini. Pada masa sekarang sepak raga lebih dikenali dengan nama sepak takraw. Permainan ini bukan hanya dimainkan oleh orang Melayu sahaja tetapi juga bangsa-bangsa lain di seluruh dunia. Bola sepak raga diperbuat daripada Sepak Raga bilah-bilah rotan yang dianyam bulat seperti raga sebesar isi buah kelapa dua atau tiga lapis.

Batu Seremban juga dikenali sebagai permainan Selambut atau Serembat. Permainan ini yang

selalunya dimainkan oleh kanak-kanak perempuan pada masa lapang. Permainan batu seremban ini memerlukan lima biji buah. Buah yang dimaksudkan sama ada guli kaca, biji getah, ketul batu yang kecil atau ketulan-ketulan objek lain berbentuk bulat. Permainan Batu Seremban ini ada beberapa

peringkat. Setiap peringkat ini dibezakan dengan cara sambutan buah yang berlainan. Bermula dengan peringkat pertama yang mudah dengan menggunakan Batu Seremban sebiji buah yang dinamakan sebagai buah satu hinggalah kepadaperingkat lebih tinggi atau peringkat yang teratas dinamakan buah tujuh.

Congkak adalah sejenis permainan tradisional Melayu yang sering dimainkan sebagai aktiviti dalaman atau sebagai pertandingan.Peralatan yang digunakan untuk bermain congkak biasanya diperbuat daripada batang pokok kayu besar yang diukir seperti perahu.

Disebelah hujungnya diukir bentuk kepala pelbagai haiwan seperti burung manakala dibahagian badan papan Congkak diukir dengan pelbagai ukiran Melayu.

Sekiranya bermain congkak di tanah, lubang digali dan kemudian diletak tempurung kelapa supaya tangan tidak kotor terkena tanah.