Anda di halaman 1dari 4

Tugas Pemimpin Bukan Senang

Pemimpin ialah orang yang telah dipilih dan dipertanggungjawabkan untuk memerintah dan mentadbir sesuatu. Jawatan sebagai pemimpin bukan sahaja dalam aspek pentadbiran negara semata-mata, tetapi juga membabitkan sesebuah kelompok yang kecil. Setiap manusia Allah jadikan untuk menjadi khalifah di muka bumi ini. Oleh yang demikian,ada tugas dan peranan yang perlu dimaunkan oleh individu yang bergelar pemimpin. Dipetik daripada Ibnu Taimiyah berkata Wajib diketahui bahawa melantik pemimpin bagi urusan masyarakat adalah kewajipan agama yang besar. Urusan keduniaan tidak dapat ditegakkan tanpa ada pemerintahan (pemimpin). Ini bermakna kepentingan melantik pemimpin untuk mengurus hal ehwal Islam dan melaksanakan kemaslahatannya adalah wajib. Atas sebab inilah Islam begitu memandang berat soal memilih pemimpin dalam kehidupan manusia.Persoalannya ialah Bagaimanakah cara kita ingin memilih pemimpin yang baik? Pemimpim yang baik akan memberikan kesan yang amat besar dengan dosa dan pahala. Firman Allah dalam Surah al-Muddathir ayat 38:


"Setiap diri terikat (bertanggungjawab) dengan apa yang telah dikerjakannya".

Sebagai pemimpin, kita hendaklah melaksanakan tugas secara berhati-hati dan tiada berkepentingan peribadi dan sebagainya. Jika kita gagal melaksanakan tugas dengan adil dan mengutamakan kebajikan untuk rakyat maka sudah tentulah amat bersalah dan akan diazab oleh Allah di akhirat kelak.

Ciri ciri utama pemimpin yang baik Terdapat lapan ciri-ciri utama pemimpin yang mengikut telah digariskan dalam Islam.

1. Pemimpin itu hendaklah orang yang berupaya untuk menjaga agama dan menegakkan syariat Allah di atas muka bumi. 2. Pemimpin itu hendaklah orang yang mempunyai kekuatan dari semua sudut samada fizikal, spiritual, emosi dan mental. 3. Pemimpin itu harus memiliki sifat takwa. 4. Pemimpin itu mestilah beramanah, adil dan tidak melakukan kezaliman atau diskriminasi kepada mereka yang di bawah pimpinannya. 5. Pemimpin itu mestilah bertanggungjawab dan tidak sombong kepada mereka yang di bawah pimpinannya. 6. Pemimpin itu hendaklah tegas dan berpegang teguh kepada prinsip dalam melaksanakan amanah. 7. Pemimpin itu hendaklah berakhlak, baik budi pekertinya dan menjadi teladan yang baik dalam semua tindak tanduknya.

8. Pemimpin itu hendaklah menunaikan janji-janjinya kepada orang bawahannya.

Oleh yang demikian, jelaslah kepada kita bahawa dalam soal kepimpinan yang baik tidak boleh dilakukan secara tangkap muat. Sehubungan dengan itu Imam alQurtubi menjelaskan dalam kitab Al-Jamik li Ahkamil Quran' bahawa, "Bagi umat Islam dalam memilih pemimpin mestilah dari golongan yang adil, ihsan dan mulia. Adapun yang fasiq dan zalim mereka tidak layak menjadi pemimpin".

Hadis daripada Huzaifah R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:

"Bahawasanya akan wujud (akan datang) para pemerintah yang berbohong dan berlaku zalim. Barangsiapa yang membenarkan pembohongan mereka dan

membantu atas kezaliman mereka, maka (mereka) bukan daripada (golongan) kami dan aku bukan daripada (golongan) mereka, dan dia tidak akan menemuiku di haudh (telaga kauthar di akhirat kelak). (Sebaliknya) sesiapa yang tidak membenarkan pembohongan mereka dan tidak membantu atas kezaliman mereka, maka dia daripada (golongan) ku dan aku daripada (golongan) nya dan dia akan menemuiku di haudh". (Riwayat Imam Ahmad)

Justeru, sesiapa yang berhasrat untuk menjadi pemimpin mesti menerima hakihat untuk berdepan dengan tugas dan amanah yang berat. Jika dirasakan tidak mampu eloklah jawatan tersebut diserahkan kepada orang yang lebih layak.

Perbezaan Pemimpin Zaman Sahabat dan Pemimpin Sekarang

Zaman nabi dan sahabat , mereka berebut-rebut TAKUT untuk menjadi pemimpin. Masing-masing kalau boleh tidak mahu jadi pemimpin. Mereka takut tanggungjawabnya akan disoal pada hari kiamat nanti. Tersangat lah beratnya kerana bayangkan berapa ramai manusia yang akan ditanggungnya. Pemimpin dalam rumah tangga sahaja pun sudah amat memeningkan.

Tetapi manusia zaman sekarang berebut-rebut mahu menjadi pemimpin. Hingga kan ada yang sanggup main politik kotor, fitnah, korupsi dan rasuah. Kalaulah seorang pemimpin itu faham apa yang akan dilaluinya di akhirat nanti, sudah tentu masingmasing pun tidak sanggup mahu menjadi pemimpin lagi.

Firman Allah :

Maksudnya: Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan. (Surah Al-Hajj: ayat 41)

Sepatutnya, pemimpin mesti berusaha menunaikan janji yang telah dibuat dengan bersungguh-sungguh. Pemimpin mesti rela berkorban melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepadanya. Pemimpin yang baik bukan hanya tahu berjanji malah mampu melaksanakan tugasnya dengan efisyen. Rasalullah Saw bersabda yang bermaksud Tanda tanda seorang munafik itu adalah tiga perkara iaitu apabila berjanji tidak ditunaikan ,apabila bercakap dia berdusta dan apabila diberi amanah dia mengkhianati (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Rumusan

Justeru, sebelum memilih pemimpin , sebagai rakyat kita hendaklah meneliti beberapa ciri utama yang telah dinyatakan sebelum ini. Pemimpin sekarang lebih mengutamakan kepentingan peribadi berbanding tanggungjawab terhadap orang di bawahnya.