Anda di halaman 1dari 4

Bahan-bahan pastri : 300gm tepung gandum 120gm marjerin / mentega sejuk 1/2 sudu teh garam 3 sudu besar

air ais (air dari peti sejuk) Inti Sardin 1 tin sardin sederhana 1/2 biji cili merah di cincang 1/2 biji bawang besar di cincang 1 sudu kecil jus limau nipis 1/2 sudu teh garam / secukup rasa sedikit lada sulah 1 biji kuning telur untuk glis Cara-cara : Inti Sardin : Lecek sardin (keluarkan dulu sosnya), gaul bersama bahan-bahan yang lain hingga rata. Jika inti agak kering tambahkan sedikit sosnya. 1. Doh Pastri : Gaul dan ramas marjerin ke dalam tepung sehingga menjadi seperti serbuk roti. Masukkan sedikit garam dan air sejuk dan uli hingga menjadi doh. 2. Canai pastri hingga 3mm tebal dan potong persegi 4 x 4in. Isikan setiap potongan pastri dengan inti sardin. 3. Sapu tepi pastri dengan putih telur dan gulung kemas. Letakkan ke atas dulang pembakar dan glis atasnya dengan kuning telur. Buat 2 atau 3 cucukan di atas permukaan pastri dengan garpu.

4. Bakar di dalam oven yang telah di panaskan terlebih dahulu pada suhu 180C di tingkat atas selama 10 minit. Kemudian keluarkan dari oven dan sapu lagi dengan kuning telur (supaya warnanya kuningnya lebih terang) Kurangkan suhu kepada 130C dan bakar lagi selama 15 minit atau hingga masak.

** Doh pastri agak keras tetapi jangan di tambah air. Doh akan ranggup selepas

dibakar

Bahan-bahan ( 10 orang )

500 g tepung kacang dhall/kacang kuda 450 ml air 1 sk bicarbonate of soda 1 sk garam 8 tangkai lada hijau - dibelah 2 dan hiris halus 8 ulas bawang kecil - dimayang halus 2-3 lembar daun kari - dihiris halus sedikit daun sup dan daun bawang - dihiris halus Cara-cara

1. Campurkan air denagan bicarbonate soda dan garam.Uli tepung dengan air tersebut hingga rata lalu masukkan bahan2 yg lain dan gaul hingga sebati. 2. Perap adunan selama 1 jam.POanaskan secukup minyak dan goreng adunan seperti menggoreng jemput2. 3. Seeloknya adunan dijemputkan dengan hujung jari supaya mendapat bentuk jemput2 yg kecil.Goreng hingga garing atau kecoklatan.Angkat dan toskan diatas kertas serap minyak.

4.

Sajikan segera.Enak dimakan panas2 dan dicicah dengan cili sos.

BUTTERFLY RAINBOW CUPCAKES Resepi asal dari RAINBOW CAKE 11/2 cwn tepung gandum 2 sdk baking powder Secubit garam garam 1/2 cwn butter ~ suhu bilik 3/4 cwn gula castor ~ kurangkan sebab manis 3 biji putih telor ~ suhu bilik ( saiz B) 1sdk esen vanila 3/4 cawan susu segar ~ suhu bilik Ayakkan tepung, baking pwder dan garam ~ ketepikan Panaskan oven pada suhu 170 C Sediakan paper cup putih secukupnya dan susun dalam muffin tray

Ayakkan tepung, baking pwder dan garam ~ ketepikan Dalam bekas mixer pukul butter dan gula sampai kembang dan gebu atau butter bertukar warna putih . Masukkan telur putih dan pukul lagi sampai gebu dan ringan Masukkan esen vanila Kemudian slowkan yang paling perlahan sekali, mixer, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar Boleh juga guna spatula dan guna kaedah kaup balik. *Tepung kena berselang seli dengan susu. Mulai dengan tepung dan akhiri dengan tepung juga. maksudnya : tepung ~ susu ~ tepung ~ susu ~ tepung ~ susu dan akhir mesti tepung

Kemudian bahagikan adunan sama banyak dalam 6 bekas berasingan Letakkan pewarna dalam setiap bekas dan gaul rata Tompokkan setompok setompok warna berlainan warna dan berselang seli dalam paper cup Buat hingga semua adunan habis * untuk mudah masukkan adunan dalam plastik bag atau pipping bag

Gunakan lidi bersih dan buatkan satu putaran pada permukaan kek

Bakar dalam oven selama 25 minit atau sehingga kek masak sempurna.

Cara membuat rama-rama Potong permukaan cupcake dengan pisau Permukaan kek yang dah di potong tu kita potong pula pada 2 bahagian ~ rujuk gambar di atas Paipkan cream atau buttercream atas permukaan kek yang telah di potong Kemudian susunkan permukaan kek untuk membentuk rama-rama Letakkan manik sebagai badan rerama FRESH CREAM FROSTING 2 cawan Non Dairy Whip Topping ~ pastikan dari peti ais 1/2 cawan gula icing 1 sudu kecil esen vanila

Menggunakan Stand @ hand mixer....whisker....pukul whip topping sehingga agak kental... Masukkan gula icing ...vanila esen dan pukul lagi hingga frosting fresh cream betul2 'stiff ' Siap dah ...boleh gunakan utk deco cupcake tadi... Decoration ikut citarasa memasing ya...