Anda di halaman 1dari 4

MINGGU 15 Buat bacaan lanjut tentang Membentuk dan Menguji Hipotesis. Sediakan peta konsep.

Definisi hipotesis Menurut Fraenkel (1993) menyatakan hipotesis ialah merupakan suatu ramalan terhadap kemungkinan dapatan di dalam penyelidikan. Menurut Ahmad Mahdzan Ayob (1992) menyatakan bahawa hipotesis ialah merupakan saranan sementara tentang hubungan antara dua angkubah (atau lebih) yang didapati melalui deduksi. Menurut Maleske (1995) menyatakan bahawa hipotesis ialah merupakan peramalan terhadap apa yang akan berlaku pada masa hadapan. Ianya berbeza dengan teori yang merupakan penerangan tentatif berkaitan kenapa sesuatu tingkah laku itu berlaku.

Tujuan Pembentukan Hipotesis Memberi jangkaan atau ramalan sementara tentang fenomena yang dikaji. Penjelasan sementara ini menghubungkan fenomena dan penyelesaian masalah dengan badan pengetahuan berdasarkan fakta-fakta yang telah didapati. Memberi kenyataan hubungan yang boleh diuji secara langsung. Kewujudan hubungan di antara pembolehubah-pembolehubah yang dikaji boleh dinyatakan dengan jelas dan dibuktikan dengan fakta-fakta. Panduan kepada penyelidikan. Hipotesis juga dapat menolong penyelidikan agar tidak terkeluar dari batasan dan menghalang penyelidikan dari menjadi kabur. Rangka laporan dapatan dan kesimpulan kajian. Hipotesis yang baik dapat memandu kesimpulan yang harus dibuat bagi menyelesaikan masalah. Hipotesis juga boleh memberi panduan bagaimana laporan harus dibuat dan disebarkan.

Ciri Ciri hipotesis Di dalam membentuk hipotesis yang baik terdapat beberapa ciri hipotesis yang baik. Antaranya ialah : Menduga hubungan antara dua atau lebih pemboleh ubah. Dengan kata lain ianya cuba untuk mengkaji sama ada kedua dua hubungan tersebut mempunyai hubungan ataupun tidak (mampu diuji). Hipotesis tersebut seharusnya dinyatakan secara logik, jelas dan terang. Dengan kata lain ianya harus seragam dan tepat terhadap apa yang ingin diukur. Selain itu ianya berupaya untuk diuji sama ada hipotesis itu ditolak atau disahkan. Hal ini bermaksud bahawa ianya cuba untuk membandingkan sama ada terdapat perkaitan atau tidak pada bab hasil dan perbincangan. Hipotesis itu juga seharusnya bersifat khusus dan bukannya bersifat umum. Jelasnya hipotesis yang dibentuk adalah khusus kepada sesuatu perkara yang ingin diukur. Ianya tidak boleh melebihi daripada apa yang seharusnya dan bersifat umum. Hipotesis yang dibentuk juga seharusnya berbentuk khusus agar ianya berupaya dijadikan panduan. Jika hipotesis tersebut adalah khusus, secara tidak langsung ianya akan memudahkan proses untuk memastikan terdapat hubungan / perkaitan atau perbezan antara pemboleh ubah - pemboleh ubah tersebut. Sesuatu hipotesis tidak seharusnya mempunyai pertimbangan nilai, moral atau etika iaitu saranan yang menyatakan sesuatu itu baik atau buruk (Ahmad Mahdzan Ayob, 1992). Hipotesis yang dijalankan seharusnya dinyatakan secara konsepsi sahaja dan tidak dinyatakan dengan operasional (Ahamd Mahdzan Ayob,1992). Mempunyai hubungan antara teori yang ingin dikaji (Sharma et al, 1988). Perlu spesifik terhadap perkara yang ingin dikaji.

Kelebihan menggunakan Hipotesis

Menurut Fraenkel (1993) menyatakan kelebihan menggunakan hipotesis di dalam penyelidikan ialah :

Penyelidikan boleh dilakukan dengan lebih mendalam. Dengan memulakan dengan hipotesis ianya melibatkan falsafah sains. Dengan menggunakan hipotesis ianya dapat mengesan atau tidak hubungan antara perkara yang dikaji. Mengetahui perkara yang ingin dikaji.

Pembentukan Hipotesis berasaskan Tanggapan

Di dalam menentukan hipotesis kajian, penyelidik berhadapan dengan realiti dua tahap yang penting bagi memastikan pengukuran kajian dapat dijalankan. Dua tahap tersebut ialah :

Tahap Operasional

Tahap Konseptual

Mentakrifkan fenomena fenomena di dalam istilah yang boleh diperhatikan dan diuji. Mudah diukur

Mentakrifkan

fenomena

fenomena dalam istilah yang asas (dasar) bersama dengan kejadian lain Sukar untuk diukur

Pengujian Hipotesis

Satu proses untuk memastikan sama ada sesuatu andaian saintifik yang dilakukan itu diterima atau sebaliknya

Hipotesis yang berarah ialah merupakan hipotesis yang menentukan arah jangkaan jawapan kajian dan sebaliknya bagi hipotesis tidak berarah

Pengujian hipotesis

Tujuan utamanya ialah untuk menentukan kemungkinan yang sesuatu itu adalah benar dan dapat disokong oleh fakta

Hipotesis kajian boleh dibentuk sama ada hipotesis tersebut berarah atau tidak berarah