Anda di halaman 1dari 5

ISL MINGGU 2: Tulis nota ringkas tentang pengendalian, pembersihan dan penyimpanan peralatan sains.

Setiap makmal sains di sekolah perlulah diurus dan diselenggarakan dengan baik . Matlamatnya ialah : Menjamin kelancaran dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam makmal. Mengelak sebarang kecelakaan semasa bekerja di dalam makmal. Mengelak pembaziran. Memudahkan pencarian bahan dan alat yang diperlukan untuk pengajaran. Merancang penggunaan peruntukan secara berkesan.

1. Jenis stor Di sekolah, terdapat dua jenis stor, iaitu stor utama dan stor agihan.

STOR UTAMA Menyimpan semua alat dan bahan pengajaran sains. Bahan/alat dari stor ini tidak diagihkan kepada individu. Bahan/alat diagihka kepada

STOR AGIHAN Di setiap makmal. Agihan/pengeluaran kepada berkenaan. pelajar di bahan/alat makmal

stor di setiap makmal.

2. Sistem penyimpanan item-item sains

Di stor dan makmal, terdapat ruang-ruang simpanan, iaitu laci, almari, kabinet, rak dan sebagainya. Setiap ruang mestilah dilabel mengikut apa yang disimpan padanya. Selain label, ruang simpanan diberi kod yang sesuai supaya mudah mencari bahan/item semasa pemeriksaan stok.

3. Penyimpanan Bahan/Radas

Cara menyimpan bahan-bahan Kimia Bahan-bahan kimia ( sama ada organik ataupun tak organik) hendaklah dipisahkan dari bahan dan peralatan yang lain kerana ada bahan kimia yang beracun, higroskopik , mudah terbakar,mengkakis dan sebagainya. Perlu selalu semak stok kerana bahan mudah rosak jika disimpan lama. Gunakan stok yang lama dahulu. Tarikh penerimaan setiap botol mestilah ditulis dengan terang. Simpan stok baru di belakang stok yang lama pada rak.

(a) Bahan kimia tak organik \Asingkan bahan-bahan kimia yang boleh menyerap air dari udara dengan yang boleh menghilangkan air habluran ke udara. Simpan berasingan daripada bahan kimia organik. Label pada botol mengikut nama logam. Botol-botol bahan kimia tak organik disusun mengikut abjad di dalam almari bertutup. Jangan disusun pada rak yang terdedah kerana mudah dihinggapi habuk. Penambahan di, tri, ortho dan meta diabaikan dan disimpan mengikut nama logam.

(b) Bahan kimia organik Disimpan mengikut abjad ditempat yang berasingan dari bahan-bahan lain. Abaikan penambahan ortho, para, di, tri. Banyak bahan kimia organik adalah cecair yang meruap, beracun dan mudah terbakar. Oleh itu, bilik stor mestilah mempunyai pengudaraan yang baik dan penggunaan api dilarang.

(c) Bahan kimia cecair yang mengkakis Asid dan alkali pekat sangat mengkakis. Jangan letak di atas rak yang tinggi. Sebaliknya, letak di atas lantai atau rak-rak yang hampir dengan lantai.

(d) Logam alkali Sangat aktif dan mudah teroksida jika bersentuhan dengan udara. Disimpan terendam dalam minyak parafin. Jika hendak dikeluarkan, gunakan penyepit dan potong dengan pisau yang tajam. Jangan sentuh dengan tangan.

(e) Fosforus kuning (putih) Sangat berbahaya dan sangat aktif . Disimpan di dalam air sejuk.

(f) Bahan kimia yang terurai oleh cahaya Contoh, argentum nitrat dan asid nitrik pekat. Disimpan di dalam botol kaca berwarna gelap.

(g) Bahan kimia yang mudah rosak oleh panas Contoh : vitamin C (asid askorbik) dan hidrogen peroksida. Disimpan di dalam peti sejuk.

(h) Bahan kimia yang sangat berbahaya Contoh : sebatian arsenik dan garam sianida. Boleh membawa maut serta merta jika tertelan. Simpan di dalam almari khas yang berkunci dan rekodkan kuantitinya.

B. (a)

Cara menyimpan peralatan Bahan kaca Disimpan mengikut saiz. Jangan disimpan terlalu tinggi atau bersamasama benda-benda yang berat atau logam. Alat yang mahal seperti Kipps Apparatus hendaklah disimpan dalam bungkusan dan kotak asal. Labelkan kotak jengan jelas. Bahan-bahan kaca disimpan mengikut saiz dan jenis.

(b) Bahan/alat plastik Jauhkan dari punca panas. Jangan simpan dengan/bersama-sama alat yang berat.

(c) Bahan-bahan logam Tripod, penunu Bunsen, kaki retot disimpan bersama dan perlu diperiksa dari semasa ke semasa.

(d) Bahan bantu mengajar Disimpan dalam almari bertingkap cermin. Carta ditutup dengan helaian plastik lutsinar.

(e) Pelbagai item kecil Contoh : macis, gabus, paku, penyepit tabung uji dan spatula. Disimpan dalam kotak kayu yang mempunyai banyak petak kecil.

(f) Model-model yang besar Diletakkan di atas meja-meja yang khusus dan ditutup dengan plasik untuk mengelak debu.

(g) Mikroskop Disimpan dalam almari yang dipasangkan dengan beberapa buah mentol 25 watt sepanjang masa. Bahagian dalam almari dilapik dengan beberapa keping zink atau aluminium untuk memastikan udara di

dalamnya panas dan kering. Tujuannya adalah untuk mengelak percambahan kulat. Dinding almari ditebuk beberapa lubang kecil supaya udara bergerak dengan bebas.