Anda di halaman 1dari 2

Kawan kamu baru sahaja mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR baru-baru ini.

Kamu ingin mendapatkan petua-petua kejayaanya. Tulis perbualan kamu selengkapnya. Usha : Selamat pagi, apa khabar, Diana? Apa yang sedang kamu lakukan? Diana : Salam sejahtera, khabar baik, Usha. Saya sedang berehat sambil membaca akhbar hari ini. Silakan duduk, Usha. Usha : Diana, saya ingin mengucapkan tahniah atas pencapaian cemerlang kamu dalam peperiksaan UPSR yang diumumkan baru-baru ini. Diana : Terima kasih, Usha. Kejayaan ini dapat dicapai hasil daripada kesungguhan dan pengorbanan semua pihak. Usha : Sejujurnya saya kagum dengan pencapaian, Diana. Apakah rahsia kejayaan Diana sehingga diisytiharkan sebagai murid cemerlang UPSR di peringkat daerah? Diana : Sebenarnya tiada rahsia khusus tentang kejayaan saya. Saya percaya pada teknik pembelajaran yang betul. Perkara pertama yang harus kita lakukan ialah menyediakan jadual waktu belajar di rumah dan senantiasa mematuhinya. Usha : Saya pula mengambil pendekatan membuat nota ringkas menjelang peperiksaan. Kemudian, saya menjawab soalan soalan latihan pula.

Diana : Boleh juga, tetapi saya mengamalkan pembelajaran secara berterusan kerana saya percaya persediaan awal banyak membantu pembelajaran kita semasa menghadapi peperiksaan. Usha : Nampak gayanya saya perlu mengubah teknik pembelajaran saya. Saya percaya pembelajaran yang konsisten pasti membuahkan kejayaan yang cemerlang. Kalau begitu, saya ingin mengikut langkah-langkah yang kamu katakan agar dapat mencipta kejayaan dalam peperiksaan UPSR pada tahun ini. Terima kasih kerana sudi berkongsi kejayaan bersama-sama saya. Diana : sama sama.