Anda di halaman 1dari 24

Deria penglihatan mempunyai had yang tertentu iaitu kita tidak boleh melihat objek yang terlalu jauh,

objek yang terlalu halus serta objek di sebalik tembok. Oleh sebab itu, pelbagai alat dicipta untuk mengatasi had tersebut.

Mikroskop dicipta untuk mengatasi had penglihatan, tidak boleh melihat objek yang halus. Mikroskop akan memperbesarkan objek tersebut sehingga boleh dilihat oleh mata kasar.

Mikroskop Cahaya Nama Pencipta: Antonie Van Leeuwenhock Tahun dicipta : 1675

Mikroskop Elektron Nama Pencipta : Dr. Ernst Ruska Tahun Dicipta : 1931

Mikroskop cahaya Teknik yang digunakan adalah mudah Persediaan spesimen biasanya mengambil masa selama beberapa minit ke beberapa jam

Mikroskop Elektron Skil yang tinggi diperlukan untuk menggunakannya Persediaan spesimen selalunya mengambil masa berhari-hari

Spesimen yang hidup atau mati boleh dilihat


Sinar cahaya yang digunakan untuk menerangi spesimen Sekeping kanta kondenser, objektif dan mata diperbuat daripada kaca

Hanya spesimen yang telah mati dan kering boleh dilihat


Alur elektron yang dihasilkan oleh katod digunakan Semua kanta adalah elektromagnet

Teleskop dicipta untuk mengatasi had deria penglihatan jauh. Teleskop direka untuk membolehkan kita untuk melihat objek yang sangat jauh seperti bintang di angkasa.

Nama pencipta : Hans Lippershey Tahun Dicipta : 1608

Cahaya sinar X membolehkan kita melihat sesuatu objek di sebalik sesuatu halangan. Contohnya, sinar x membolehakan kita melihat tulang serta organ di dalam badan kita.

Nama Pencipta : Wilhelm Conrad Rontgen Tahun Dicipta : 1895

Telinga hanya dapat mengesan bunyi yang berfrekuensi 20Hz-20000Hz. Bunyi yang berfrekuensi luar daripada julat ini tidak dapat dikesan oleh telinga. Selain itu, gegendang menjadi kurang kenyal akibat umur yang meningkat mengakibatkan julat frekuensi yang dapat dikesan oleh telinga menjadi kecil.

Stetoskop pula digunakan oleh para doktor untuk mendengar bunyi dari dalam badan pesakit lazimnya, bunyi degupan jantung dan bunyi pernafasan. Kita juga boleh mendengar aliran darah dan bunyi dari usus.

Nama Pencipta : ReneTheophileHyacintheLaennec Tahun dicipta : 1816

Alat bantu dengar dicipta untuk menguatkan bunyi persekitaran bagi orang yang bermasalah pendengaran. Terdapat tiga komponen utama dalam alat pendengaran iaitu, alat penerima, penguat suara dan corong suara.

Terdapat pelbagai alat yang telah diciptakan untuk mengatasi had deria kita dan apa yang dinyatakan hanyalah sedikit daripada yang telah diciptakan. Alat-alat ini diciptakan untuk memudahkan urusan hidup kita seharian.

Anda mungkin juga menyukai