Anda di halaman 1dari 2

Dalam persembahan teater budaya,terdapat 4 buah kaum yang dipaparkan iaitu cina,melayu iban dan melanau.

Dalam aspek yang lebih mudah,ia nya berkaitan dengan kepelbagaian budaya dan bagaimana kita mentafsir dalam sudut mata kasar kita. Dari aspek pendidikan,seorang murid yang berlainan kaum ini berbeza dari gaya komunikasi mereka terutamanya.Dalam teater yang telah dipersembahkana tempoh hari,terdapat 4 penggunaan bahasa yang berbeza .Jika di sekolah,seharusnya kita sebagai pendidik memupuk semangat cintakan bahasa dimana ia dapat menyatupadukan dan memudahkan kita untuk mengajar para pelajar yang berlainan sosio buudaya ini untuk menerima ilmu pengetahuan.Tanpa meminggirkan bahasa ibunda mereka,kita hendaklah memupuk juga sikap hotmat menghormati dengan bahasa pelajar lain.Ini mempunyai kesan positif yang tersendiri antaranya kurang pergaduhan dan persefahaman dan hubungan antara pelajar menjadi lebih baik. Dalam teater juga ada menyentuh pandangan sesebuah kaum dalam melihat sesuatu masalah atau konflik.Ia berbeza dari pandangan setiap kaum itu sendiri.Sebagai contoh,kaum melanau melihat ibu yang mengandung mempunyai banyak pantang larang nya tersendiri.Begitu juga kaum cina yang lebih kompleks pantang larang nya jika di ikuti.Begitulah juga dalam diri pelajr kita nanti.Mereka mempunyai pandangan yang berbeza dalam melihat sesebuah masalah itu dengan cara mereka sendiri.Dengan adanya drama seperti ini jika diadakan di sekolah,ianaya membuka mata pelajar tentang pentingnya memahami sesebuah budaya kaum lain yang sama sama belajar dengan mereka.Mereka akan dapat memahami kenapa kawan mereka yang berbangsa cina berfikiran sedemikian dan melayu berfikiran seperti ini pula. Seperti mereka melihat sesuatu permasalahan itu dengan cara yang berbeza,cara pendekatan penyelesaian masalah juga berbeza.Dengan cara ini,kita sebagai seorang guru,harus faham dan tidak hairan melihat cara pendekatan penyelesaian masalah mereka yang berbeza.Kita harus menghormatinya dan juga kita harus memperbetulkan jika ianya sesuatu yang salah.Tetapi teguran itu haruslah dilakukan secara lembut dan melalui beberapa proses seperti menyiasat,membuat

kajian dan menyoal terlebih dahulu.Ini untuk mengelakkan kita menegur benda yang mereka katakan tradisi atau sebaginya. Sebagai seorang guru,kita harus mengikut keadaan,tidak semestinya hanya mengikut apa yang dipelajari,kita harus belajar dari persekitaran dan sens of humanity,Mengenali latar belakang pelajar,taraf ,tempat tinggal dan budaya pelajar membolehkan kita sebagai seorang guru memberi layanan yang adil terhadap mereka.Guru tidak seharusnya melayan pejar sebagai sesuatu kelompok individu ataupun kaum. Selain itu,guru juga harus memikirkan strategi yang berkesan untuk melakukan pembelajaran jika mempunyai pelajar yang berbilang kaum dalam sesbuah kelas itu sendiri.Sebagai contoh pembelajaran koperatif.Pembelajaran seperti ini dapat menyebabkan pelajar berkongsi pengetahuan ,pengalaman ,saling bantu membantu dan berinteraksi untuk memastikan pencapai kumpulan mereka menjadi bagus.Dalam pembelajaran koperatif ini,setiap kumpulan mempunyai campuran pelajar pelbaai budaya,kaum dan gender.Selain dapat belajar bersama,mereka secara tidak langsung belajar tentang budaya lain seperti yang ditonjolkan dalam teater pengkebumian kaum cina pada pementasan teater dimana rakan dari kaum lain melawat pengkebumian tersebut dan serba sedikit memahami cara untuk menghadiri pengkebumian kaum cina itu sendiri. Pemilihan bahan sumber oleh guru juga patut bersesuain dengan

pengetahuan dan budaya pelajar.Oleh hal yang demikian,motisi pelajar untuk belajar meningkat apabila bahan sumber dekat dengan mereka.Oleh itu,pelajar yang kaumnya minoriti tidak berasa terpinggir dan atau terabai atau tidak dihargai jika guru asyik menggunakan sumber yang dekat dengan pelajar kaum dominan. Disamping kesan teater tersebut terhadap pelajar dan guru,ianya juga melibatkan kesan terhadap sekolah.Dengan terbentuknya sekolah yang mempunyai berbilang kaum ini,satu aspirasi negara dalam membentuk rakyat 1 malaysia tercapai dengan adanya sekolah seperti sekolah wawasan.Selain itu,kepimpinan sekolah haruslah pandai mewujudkan iklim yang baik untuk pelajar belajar walaupun terdapat perbezaan kaum dan harusnya sesebuah sekolah tersebut dapat memotivasikan pelajarnya untuk belajar dengan tenang dan bersemangat.