Oleh: Ahmad Muinuddin Bin Deraman DPLI-SR (Bahasa Melayu) 2012 IPGKPP Tajuk Pengajaran Mikro: Sukan Massa PJK 2102W _________________________________________________________________________
Pengajaran Mikro telah dijalankan di gelanggang bola keranjang yang disertai oleh pelajar seramai 24 orang. Aktiviti telah dimulakan dengan aktiviti memanaskan badan dan aktiviti regangan dengan bertujuan memberi persediaan kepada para pelajar untuk melakukan aktiviti yang seterusnya. Kemudian aktiviti diteruskan dengan memberi sedikit penerangan tentang latar belakang sukan massa ini kepada para pelajar. Aktiviti yang pertama mengikut Rancangan Pengajaran Harian yang telah disediakan ialah aktiviti Senaman Taichi. Gerakan senaman Taichi yang telah dipilih ialah 18 jenis gerakan dalam 13 gaya Taichi. Senaman ini dilakukan dengan iringan muzik dan guru pelatih sebagai penunjuk cara. Kemudian aktiviti kedua ialah permainan Futsal yang diadakan dalam bentuk pertandingan. Empat pasukan telah dibentuk untuk pertandingan ini. Sebelum aktiviti dimulakan, sedikit penerangan tentang latar belakang permainan dan undang-undang permainan telah diterangkan kepada para pelajar. Pertandingan ini diadakan di gelanggang bola keranjang memandang ketiadaan gelanggang futsal namun dapat disesuaikan mengikut keadaan. Pertandingan futsal ini dilihat memberikan suasana yang menyeronokkan dan suasana menjadi agak gamat akibat ahli pasukan yang ghairah mencari mata kemenangan. Pertandingan futsal telah diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang. Di akhir sesi pengajaran mikro ini, aktiviti warming down telah dilakukan. Para pelajar dilihat agak gembira walaupun aktiviti tersebut agak
memenatkan. Keseluruhannya, sesi pengajaran mikro ini dilihat berkesan dan mencapai objektif yang telah ditetapkan walaupun terdapat beberapa kelemahan dan halangan yang perlu diatasi. ANALISIS S.W.O.T Strength (Kekuatan) Kekuatan yang dapat dilihat melalui Pengajaran Mikro ini ialah dari segi pengalaman guru pelatih dalam aktiviti yang telah dijalankan dalam pengajaran mikro ini terutamanya dalam aktiviti pertandingan futsal yang berkaitan dengan undangundang dan peraturan permainan. Hal ini telah memudahkan guru pelatih memberi arahan dan penerangan kepada para pelajar yang terlibat serta mengendalikan pertandingan futsal dengan lancar. Weakness (Kelemahan) Kelemahan yang dapat dikesan melalui pengajaran mikro ini ialah dari segi komunikasi. Guru pelatih tidak dapat memberikan arahan yang jelas dan betul terutamanya dalam aktiviti senaman Taichi sehinggakan berlaku beberapa kesilapan gerakan. Selain itu, guru pelatih juga menghadapi masalah dalam memberikan arahan dan penerangan terutama dalam aktiviti permainan futsal kerana rata-rata pelajar tidak pernah didedahkan dengan permainan ini mahupun menyertainya. Opportunity (Peluang) Melalui slot ini, para guru pelatih telah diberikan pendedahan awal dan latihan dalam mengendalikan sesi pengajaran dan pembelajaran. Segala aspek dalam pengendalian P & P telah dipraktikkan setelah mendapat bimbingan secara teori. Hal ini telah menjadi satu peluang kepada guru pelatih untuk memantapkan kemahiran
P & P disamping dapat menambahkan lagi ilmu dalam bidang Pendidikan Jasmani dan Kesihatan ini. Threat (Halangan) Terdapat beberapa factor dikenalpasti sebagai halangan dalam memastikan perjalanan aktiviti ini berjalan dengan lancar. Hal ini termasuklah disebabkan kekangan masa memandangkan terdapat juga kumpulan lain yang turut akan mengadakan. Disamping itu,terdapat juga kelemahan dari segi tempat yang tidak kondusif dan juga peralatan permainan yang tidak sesuai. Namun begitu, aktiviti itu terpaksa disesuaikan dengan keadaan tempat dan peralatan. Untuk menambahbaik sesi Pengajaran Mikro ini, penyediaan tempat dan peralatan yang sesuai dengan aktiviti seperti futsal ini termasuklah tiang gol mudah alih dan gelanggang yang menepati saiz sebenar futsal serta menepati ciri-ciri keselamatan perlulah disediakan agar proses P & P dapat berjalan dengan berkesan dan bermakna.