Anda di halaman 1dari 26

BUDAYA

KONSEP BUDAYA
Budaya adalah suatu cara hidup yang berkembang dan dimiliki bersama oleh sebuah kelompok orang dan diwariskan dari generasi ke generasi. Budaya terbentuk dari banyak unsur yang rumit, termasuk sistem agama dan politik, adat istiadat, bahasa, perkakas, pakaian, bangunan, dan karya seni.

Budaya biasanya dikaitkan dengan aktivitiaktiviti yang ada dalam persekitaran manusia seperti kesenian, barangan, makanan, tarian dan sebagainya.

Perkataan budaya berasal daripada cantuman perkataan Sanskrit dan Melayu, iaitu 'budhi' dan 'daya'. Perkataan 'budhi' yang dipinjam daripada bahasa Sanskrit bererti kecergasan fikiran dan akal. Perkataan 'daya' pela ialah perkataan melayu Polynesia yang bermakna kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh. Jika dicantumkan kedua-dua perkataan tersebut, budaya membawa maksud tenaga fikiran, usaha rohani atau kuasa menggerakkan jiwa (Nik Safiah Haji Abdul Karim, 1963)

Kamus Dewan (2005) pula mendifinisikan budaya sebagai kemajuan fikiran, akal budi (cara berfikir), berkelakuan dan sebagainya. Tegasnya, budaya boleh didefinisikan sebagai suatu cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu dan meliputi sistem sosial, susunan organisasi ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap dan nilai

Sementara itu, dalam Dictionary of Philosophy (1996), turut dijelaskan maksud Budaya sebagai: The way of Philosophy (1996), The way of life of people, including their attitudes, values, beliefs, arts, sciences, modes of perception and habits of thought and activity. . Amalan yang dibentuk ini akan menentukan hala tuju bersama dalam masyarakat berkenaan.

Prof. Mohd Taib Osman (1988) memperlihatkan budaya sebagai satu himpunan kelengkapan intelektual dan kebendaan yang mampu memenuhi kehendak biologi dan kemasyarakatan serta menyesuaikan diri dengan alam sekeliling. Selo Soemardjan dan Soelaiman Soemardi (1984), bersepakat bahawa Budaya merupakan alat penghasilan karya seni, rasa serta penciptaan dalam sesebuah masyarakat.

Menurut E.D. Tylor (1947), Budaya merupakan keseluruhan kompleks yang mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral, undangundang, adat serta amalan kebiasaan yang lain. Ini merujuk kepada perkataan Bourdieu yang membawa maksud satu proses sosial yang membolehkan Budaya dan struktur sosial saling berinteraksi. Nilai dalam masyarakat adalah terlalu kompleks. Proses Sosialisasi akan turut membantu memperkembang Budaya yang terdiri daripada Latar Bangsa dan Agama.

L.A. White (1956), menjelaskan bahawa Budaya merupakan satu pola tingkah laku, objek, alat, idea, sentimen, yang bergantung kepada simbol-simbol. Tindakan dan Tingkah Laku tersebut akan menunjukkan nilai yang diterima secara bersama oleh setiap individu yang terdapat dalam masyarakat. Kroeber & Kluckohn (1954), berpendapat bahawa Budaya sebagai sebagai satu Entiti yang mengandungi pola Implisit serta Eksplisit tentang tingkah laku yang diperoleh dan diwariskan melalui Simbol serta berbentuk Material.

CONTOH BUDAYA
Sistem agama Bahasa adat istiadat, Seni Bina,

Politik Pakaian,

SISTEM AGAMA
Sebelum kedatangan Islam, agama Hindu atau Buddha telah bertapak di dalam kehidupan masyarakat di Kepulauan Melayu. Hindu atau Buddha - upacara keagamaan masyarakat Melayu lebih rapi dan formal. (pemisahan golongan raja, para bangsawan, golongan agama dan rakyat jelata) Selepas itu, nilai-nilai keislaman dalam budaya Melayu amat jelas sekali. (mengubah bentuk kepercayaan, corak hidup dan pandangan semesta masyarakat Melayu) Kepercayaan kepada dewa dan animisme bertukar keada kepercayaan kepada Allah S.W.T dan rasul-Nya.

POLITIK
Peranan raja sebagai pemerintah dan kekuasaan mutlak. Raja berhak melantik beberapa orang pembesar. Kuasa mutlak yang ada pada raja pula ialah baginda berhak menitahkan rakyatnya. Sekiranya ada rakyat yang didapati enggan menurut perintah, maka rakyat tersebut berhak dijatuhkan hukuman mengikut budi bicara raja. Namun, daulat yang ada pada raja menyebabkan rakyat jarang bertindak menentang. Ini disebabkan mereka takut ditimpa oleh suatu musibah yang dikenali sebagai tulah raja.

ADAT ISTIADAT
Antara contoh-contoh Adat Istiadat Melayu : adat sewaktu melahirkan anak (e.g.adat bercukur,adat mandi beranak). adat perkahwinan Melayu Brunei (e.g. adat meminang, adat akad nikah, adat bersanding).

BAHASA
Secara luarannya, bahasa Melayu mempunyai ciri-ciri fizikal yang sempurna kerana ia sudah mempunyai sistem ejaan, sebutan, nahu, kamus, ensiklopedia, dan rujukan. Bahasa telah digunakan dalam rutin harian, pentadbiran, perdagangan dan juga soal keagamaan.

PAKAIAN
Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum. Contohnya, Melayu, Cina, India ,dan lain-lain. Oleh itu, setiap kaum mempunyai pakaian yang berbeza. Malaysia mempunyai jenisjenis kain dan pakaian tradisional yang berbagai bentuk dan warna. Pada zaman dahulu, penduduk peribumi memakai pakaian yang diperbuat daripada kulit kayu dan hiasan manik. Kini, pakaian tradisional seperti baju kebaya Melayu, sari India dan cheongsam Cina masih digunakan dengan meluas.

SENI BINA
Seni ukiran merupakan salah satu daripada tradisi kraftangan yang telah lama bertapak dalam sejarah ketamadunan Melayu. Selain batu dan bahan logam, kewujudannya paling ketara dapat dilihat pada ragam hias peralatan dan perkakas rumah, perahu, alat persenjataan dan elemen-elemen kesenibinaan yang diperbuat daripada kayu yang bermotifkan tumbuh-tumbuhan.

Huraian Konsep Budaya


Budaya ini memberikan identiti kepada kelompok itu dari segi cara ia mengendalikan hidupnya. Budaya turut diwarisi dari satu keturunan kepada satu keturunan yang lain. Dari itu, budaya boleh dikatakan sebagai satu himpunan kelengkapan intelektual dan kebendaan yang dapat memenuhi kehendak biologi dan kemasyarakatan serta dapat menyesuaikannya dengan keadaan sekeliling.

CIRI-CIRI BUDAYA
dipelajari dikongsi bersifat sejagat mempunyai unsur simbolik, dan

diwarisi

berubah-ubah

adanya pandangan semesta

Dipelajari
Dalam proses mempelajari, banyak unsur terlibat seperti proses asimilasi, adaptasi, Budaya tidak lahir secara langsung tetapi perlu dipelajari. Manusia perlu belajar untuk menguasai ilmu. Untuk mencipta sesuatu, manusia perlu belajar. Sebagai contoh menunjukkan budaya itu dipelajari, kanakkanak perlu diajar oleh ibu bapanya untuk berbahasa dan berhubung.

Dikongsi
Budaya itu dikongsi oleh manusia yang menjadi anggota masyarakat. Perkongsian ini bermaksud yang setiap perlakuan itu diramal dan didokong oleh sekumpulan mansuia. Nasi lemak dan roti canai menjadi budaya keranan masyaarakat menggemarinyabahasa Melayu adalah kebudayaan rakyat Malaysia kerana dituturkan oleh mereka dalam kehidupan seharian. Perlakuan yang tidak dikongsi oleh sekumpulan manusia tidak termasuk dalam budaya seperti perlakuan mencuri walaupun ia wujud dalam masyarakat. Tanpa perkongsian, ia hanya menjadi perlakuan individu dan bukannya perlakuan masyarakat.

Sejagat
Budaya itu bersifat sejagat. Kesejagatan budaya ialah kebudayaan itu wujud dalam semua kelompok manusia. Tidaak ada masyarakat yang tidak memiliki kebudayaan. Walaubagaimanapun, budaya yang sejagat itu berbeza antara masyarakat kerana faktor pengaruh alam, pengaruh luar dan tahap penyesuaian anggota.

Diwarisi
Budaya itu diwarisi dari satu generasi ke satu generasi berikutnya. Ini bermakna bahawa budaya Melayu, cina dan India yang diamalkan hari ini adalaah lanjutan daripada budaya terdahulu. Peristiwa yang telah berlaku akan memberi kesan kepada hari ini. Budaya itu juga diwarisi juga membawa maksud bersambung. Teknologi yang dihasilkan hari ini adalah hasil teknologi awal manusia masa lampau.

Berubah
Budaya sentiasa berubah dan tidak ada budaya yang wujud dari dahulu hingga sekarang tidak mengamali perubahan. Perubahan ini dikaji daripada perubahan bentuk, ciri dan proses yang berlaku.rumah beratap genting telah digantikan dengan rumah beratap rumbia. Dalam sejarah tamadun manusia, perubahan budaya bukan kebendaan dapat dilihat dengan jelas seperti perubahan sistem ekonomi sara diri kepada ekonomi kapitalis. Namun, perubahan budaya kebendaan lebih cepat berubah.

Perubahan ini disebabkan beberapa faktor seperti: i. pertambahan bilangan anggota masyarakat. ii. pertambahan keperluan dan keinginan manusia. iii. penemuan dan penciptaan teknologi baru. iv. pertembungan budaya. v. konflik yang berlaku. vi. perubahan alam sekitar

Perlambanggan
Perlambangan ini ialah sebagai satu lambang dalam budaya yang memberikan makna tertentu kepada pendokongnya seperti bendera, warna, logo, lambaian tangan dan sebagainya. Perlambangan yang wujud turut membantu manusia berhubung dan berkomunikasi sesama mereka seperti isyarat memanggil.

Pandangan Semesta
Pandangan semesta ialah bagaimana manusia memberikan tafsiran terhadap keadaan alam sekeliling ke dalam kehidupan seharian. Pandnagan semesta ini timbul kerana manusia mempunyai pertalian yang rapat dengan alam sekitarnya. Pertalian yang erat ini pula diterjemahkan dalam kehidupan seharian seperti simpulan bahasa (seperti aur dengan tebing, ukuran (sehasta, sepelaung), tempoh masa (setanak nasi) dan sebagainya.

Anda mungkin juga menyukai