Anda di halaman 1dari 7

AYAT TANYA 1. Ayat ialah satu susunan perkataan yang terdiri daripada subjek dan predikat. 2.

Subjek ialah perkara yang diceritakan. 3. Predikat ialah cerita berkenaan perkara itu ( subjek ). 4. Ayat mengandungi makna yang lengkap. Ia diucapkan dengan intonasi atau nada yang sempurna. Contoh : subjek 1. 2. 3. 4. 5. Afendi Kakak Ibrahim Zulkfli Ayam itu predikat guru menyapu sampah. bermain bola sepak. Minum teh asyik berkokok.

Ragam Ayat 1. Terdapat empat jenis ragam ayat dalam bahasa Malaysia, iaitu: (a) ayat penyata; (b) ayat tanya; (c) ayat perintah; (d) ayat seruan. 2. Keterangan dan contoh ayatayat tersebut adalah seperti berikut: (a) Ayat penyata 1. Ayat yang menceritakan sesuatu hal atau memberitahu tentang sesuatu hal. 2. Ayat penyata dikenali juga sebagai Ayat Berita atau Ayat Keterangan. Ayat penyata ialah ayat yang menyatakan atau menerang­kan sesuatu cerita, benda, kejadian, dan sebagainya. Contohnya: i. Kakak sedang menyiram bunga. ii. Lembu itu akan dijual. Budak-budak itu bermain di tepi longkang. (b) Ayat tanya 1. Ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu hal. Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu perkara, tempat, benda, manusia, binatang dan sebagainya. 2. Ayat tanya terbahagi kepada dua iaitu : a. Ayat Tanya Dengan Kata Tanya. b. Ayat Tanya Tanpa Kata Tanya. Contohnya i. Berapakah harga kasut itu? ii. Sudahkah adik minum susu? iii. Bagaimanakah layanglayang itu dibuat? Ayat Tanya Dengan Kata Tanya. 1. Ayat ini menggunakan kata tanya seperti apa, siapa, berapa, bila, mana, bagaimana, kenapa dan mengapa. 2. Diakhiri dengan partikel -kah. Contoh : Siapakah nama bapa kamu ? Ayat Tanya Tanpa Kata Tanya 1. Ayat ini tidak menggunakan kata tanya. 2. Ayat ini diucapkan dengan meninggikan nada suara pada akhir ayat penyata. 3. Dalam penulisan, lambang tanda tanya digunakan ( ? )

contoh : Kamu belum hantar buku itu ? (c) Ayat perintah 1. Ayat yang digunakan untuk menyuruh seseorang melakukan sesuatu. Ayat perintah ialah ayat yang menyuruh, melarang, mempersilakan, atau meminta seseorang melakukan sesuatu. 2. Ayat perintah terbahagi kepada a. Ayat Suruhan b.Ayat Permintaan c.Ayat Larangan d.Ayat Silaan Contohnya: a. Ayat Suruhan 1. Ayat ini bertujuan memberi arahan atau perintah. 2. Partikel -lah boleh digunakan untuk tujuan melembutkan ayat. Contoh : Hantarlah buku itu sebelum pulang. Turunlah dari sini sekarang juga. Cuci kasut kamu. (suruhan) b. Ayat Permintaan 1. Ayat ini bertujuan memohon pertolongan dan permintaan. 2. Ia menggunakan perkataan tolong dan minta pada permulaan ayat. Contoh : Tolong bawakan minuman ini ke dapur. Minta hadirin semua bergerak ke ilik jamuan. Tolong jemurkan pakaian itu. (permintaan) c. Ayat Larangan 1. Ayat ini bertujuan melarang melakukan sesuatu . 2. Ia menggunakan kata silaan seperti usah, tak usah dan jangan. 3. Partikel -lah boleh digunakan untuk melembutkan ayat. Contoh : Jangan minum air itu. Usahlah menangis lagi. Jangan petik bungs itu.(Iarangan) d. Ayat Silaan 1. Ayat ini bertujuan mempersilakan atau menjemput seseorang. 2. Ia menggunkan kata silaan seperti sila dan jemput pada permulaan ayat. 3. Partikel -lah boleh digunakan. Contoh : Sila bawa sejadah bila ke surau. Jemputlah menikmati Datanglah ke rumah saya. (silaan) (d) Ayat seruan Ayat seruan diucapkan untuk melahirkan perasaan seperti takut, marah, hairan, dan terkejut, sakit, hairan dan sebagainya. Ayat seruan diakhiri dengan tanda seru ( ! ) 3. Tanda seru biasanya terletak diakhir ayat. 4. Ayat seru dimulai oleh kata seru seperti Oh, Cis, Wah, Amboi dan sebagainya. Contohnya: i. Amboi, cantiknya baju kamu! ii. Aduh, sakitnya perut aku! Oh, dia sudah pergi ke sekolah ! 2 Ayat Aktif dan Ayat Pasif 1. Kedua-dua ayat ini berlainan bentuk stuktur perkataannya tetapi mempunyai maksud sama. 2. Ayat Aktif ialah ayat yang menekankan objek. 3. Ayat Pasif menerangkan benda atau orang yang dikenakan perbuatan ke atasnya. 1. Ayat aktif ialah ayat yang kata kerja berawalan men. Contohnya:

(a) Emak memasak nasi. dan sebagainya (b) Pasukan pengakap telah mendirikan khemah itu. (c) Ketua murid menaikkan bendera sekolah. 2. Ayat pasif ialah ayat yang kerjanya (a) tidak berawalan men dan didahului kata ganti diri pertama dan kata ganti diri kedua. Contohnya: i. Bola itu saya tendang. ii. Borang itu perlu anda isi. (b) berawalan di dan diikuti kata sendi oleh serta kata ganti diri ketiga. Contohnya: Baju itu dibasuh oleh kakak. 3. Ayat pasif terdiri daripada: (a) ayat pasif diri pertama, iaitu ayat yang kata kerjanya tidak berawalan men dan didahului kata ganti diri pertama seperti aku, kami, kita, saya, dan sebagainya. (b) ayat pasif diri kedua, iaitu ayat yang kata kerjanya tidak berawalan men dan didahului kata ganti diri kedua seperti awak, anda, kamu, engkau, dan sebagainya. (c) ayat pasif diri ketiga, iaitu ayat yang kata kerjanya berawalan di, diikuti kata sendi oleh serta kata ganti diri ketiga seperti ia, dia, beliau, baginda, dan sebagainya. 4. Keduadua ayat aktif dan pasif membawa maksud yang sama walaupun bentuknya berbeza. Contohnya: Ayat Aktif (a) Saya mencuci kasut sekolah. (b) Kita menerima keputusan itu. (c) Aku akan memetik bunga itu. (d) Kami sudah menyusun jadual itu. Ayat Aktif Apt Pasif Diri Pertama (a) Kasut sekolah saya cuci. (b) Keputusan itu kita terima. (c) Bunga itu akan aku petik. (d) Jadual itu sudah kami susun. Ayat Pasif Diri Kedua

(a) Anda harus menyiapkan kerja itu. (a) Kerja itu harus anda siapkan. (b) Awak mesti menyerahkan surat itu. (b) Surat itu mesti awak serahkan. (c) Engkau patut memulangkan duitnya. (c) Duitnya patut engkau pulangkan. (d) Kamu perlu membaiki kereta itu. (d) Kereta itu perlu kamu baiki. Ayat Aktif (a) Mereka mengecat bangunan. (b) Baginda meminta rakyat supaya bersabar. (c) Beliau mengarahkan orang ramai supaya beratur. (d) Dia sedang menjahit baju. Ayat Aktif 1. 2. 3. 4. 5. Ali membaca buku itu. Ibu memasak nasi lemak. Kita mesti mendengar nasihat guru kita. Salmah memukul adiknya dengan kuat. Yusof membawa kerusi patah. Ayat Pasif Diri Ketiga (a) Bangunan dicat oleh mereka. (b) Rakyat diminta oleh baginda supaya bersabar. (c) Orang ramai diarahkan oleh beliau supaya beratur. (d) Baju sedang dijahit olehnya. Ayat Pasif Buku itu dibaca oleh Ali. Nasi lemak dimasak oleh ibu. Nasihat guru kita, mesti kita dengar. Adiknya dipukul dengan kuat oleh Salmah. Kerusi patah dibawa oleh Yusof

3 Cakap Ajuk dan Cakap Pindah Cakap Ajuk dan Cakap Pindah ialah percakapan yang dilaporkan semula secara lisan atau tulisan tanpa mengubah maksudnya.

Cakap ajuk ialah percakapan seseorang yang ditulis semula dengan tidak mengubah maksud asalnya. 2. Dalam penulisan, tanda petik ("...") digunakan untuk cakap ajuk. 3. Cakap pindah ialah perbualan seseorang yang telah ditulis semula dengan menggunakan bahasa tanpa mengubah maksudnya. 4. Tanda petik ("...") tidak digunakan dalam cakap pindah. 5. Perhatikan perbezaan antara cakap ajuk dengan cakap pindah di bawah ini. Cakap Ajuk Cakap Pindah 1. Cakap Ajuk ialah percakapan yang 1. Cakap Pindah ialah perkataan atau dilaporkan semula sebagaimana asalnya percakapan yang dilaporkan semula tetapi dituturkan. tidak sebagaimana yang dituturkan. 2. Tidak ada sebarang pindaan yang 2. Terdapat perbezaan stuktur atau dilakukan. susunan perkataan-perkataan dalam ayat. 3. Cakap ajuk dimulai dengan tanda 3. Walaubagaimanapun , maksud atau pembuka kata dan diakhiri dengan susunan perkataan sama. tanda penutup kata ( .. )

1. "Cuci baju kamu," kata ibu


kepada Ani.

1. Ibu menyuruh Ani mencuci


bajunya.

2. Cikgu berkata, "Mengapa tidak


hadir semalam, Hafizi?"

2. Cikgu bertanya kepada Hafizi

sebab dia tidak hadir semalam. Azman ke rumahnya pada malam nanti. Cikgu Azmi bertanya kepada Sunita di mana dia meletakkan beg itu. Nenek berkata kepada Siti bahawa begitu cara membuat Kuih Bahulu. Hassan menyatakan kepada Faizal bahawa itu buku dia. Asmah menyatakan bahawa ayam itu lapar.

3. "Datanglah ke rumah saya 4. 5. 6. 7.


malam ini, Encik Azman," kata Encik Lim. Di manakah awak letakkan beg itu ? tanya Cikgu Azmi kepada Sunita. Kata nenek kepada Siti, Begini cara membuat kuih Bahulu. Kata Hassan kepada Faizal , Ini buku awak. Ayam itu lapar, kata Asmah.

3. Encik Lim mempersilakan Encik 4. 5. 6. 7.

8. Berikan bola ini kepada Zainal


Abidin, kata Dollah Salleh.

8. Dollah Salleh menyuruh agar bola

itu diberikan kepada Zainal Abidin.

6. Apabila menukarkan bentuk cakap ajuk kepada cakap pindah, perkaraperkara berikut perlu diubah atau diberi perhatian. Cakap Ajuk saya, aku, hamba beta kami, kita anda, awak, kamu, engkau dia beliau mereka ini itu sini Cakap Pindah dia, ia, nya, beliau baginda mereka saya, dia, nya dia beliau mereka itu itu situ, sana, tempat itu

begini demikian ini sekarang malam tadi semalam hari ini esok

begitu demikian itu masa itu, ketika itu malam semalamnya semalamnya hari itu esoknya, keesokan harinya, hari itu

AYAT TUNGGAL DAN AYAT MAJMUK Ayat Tunggal 1. Ayat tunggal terdiri daripada satu subjek dan satu predikat. 2. Ayat ini juga dikenali sebagai ayat mudah atau ayat selapis. Contoh : Lelaki gemuk itu \ sedang menembak burung. Subjek = Lelaki gemuk itu Predikat = sedang menembak burung. Ayat Majmuk 1. Ayat Majmuk ialah ayat yang mengandungi dua atau lebih ayat - ayat tunggal disambungkan oleh perkataan Kata Hubung seperti dan, atau, kecuali, tetapi, sambil seraya dan lain-lain. 2. Ayat ini juga dikenali sebagai ayat Selapis. Contoh : A) Razak mengambil sebuah buku cerita. ( Ayat Tunggal ) B) Razak membaca buku itu. ( Ayat Tunggal ) C) Razak mengambil sebuah buku cerita lalu membaca buku itu. ( Ayat Majmuk ) PEMAJMUKAN Kata Majmuk 1. Dua atau lebih daripada dua patah dasar dapat digabungkan untuk membentuk satu kata baru yang padu atau sebati maknanya. 2. Kata paduan atau sebatian yang demikian dikenal sebagai kata majmuk. 3. Setiap kata yang menjadi komponen kata majmuk mempunyai maknanya sendiri-sendiri. 4. Misalnya, wang dan saku yang menjadi komponen kata majmuk wang saku mempunyai maknanya masingmasing. Makna wang saku ialah wang dibawa untuk digunakan apabila diperlukan. 5. Ada juga kata majmuk yang terbentuk daripada dua patch kata yang berbeza tetapi maknanya sama atau hampirhampir sama. Beberapa contohnya ialah cantik jelita, hancur lebur, dan sunyi sepi. 6. Dua patah kata yang sama atau hampir sama maknanya itu dimaksudkan untuk menyatakan makna kesangatan. Misalnya, cantik jelita bererti sangat cantik, hancur lebur bererti hancur sama sekali, dan sunyi sepi bererti sangat sunyi. Bentuknya 7. Kata majmuk ada yang dieja tercantum dan ada yang dieja terpisah tetapi tidak ada yang bersempang. 8. Dengan itu, dapatlah dibezakan bentuk kata majmuk daripada bentuk kata ganda yang dieja bersempang kecuali kata ganda separa seperti bebawang, jejari, kekuda, dan sebagainya. 9. Beberapa contoh kata majmuk yang dieja tercantum ialah apabila, bumiputera, daripada, jurumudi, kadangkala, dan walaupun. 10. Beberapa contoh kata majmuk yang dieja terpisah ialah air mata, buah pinggang, campur tangan, daun pintu, ganti rugi, dan hak cipta. 11. Dari segi bentuknya, kata majmuk ter­bahagi kepada beberapa kelas seperti

yang berikut: (a) kata nama majmuk; (b) kata bilangan majmuk; (c) kata adjektif majmuk; (d) kata kerja majmuk; (e) kata sendi majmuk; (f) kata keterangan majmuk; (g) Kata hubung majmuk. 12 Sebahagian besar daripada kata majmuk dalam bahasa Melayu tergolong dalam kelas kata nama. Contoh kata nama majmuk, antara yang lain-lain, ialah air mata, buah mulut, cita rasa, daun telinga, ganti rugi, dan hak cipta. 13. Kata bilangan majmuk, antara yang lain-lain, ialah tiga puluh, dua pertiga, dan dua ratus lima puluh. 14. Kata adjektif majmuk, antara yang lain-lain, ialah aman damai, buta huruf, cantik jelita, gagah perkasa, merah jambu, iri hati, dan kelam kabut. 15. Kata kerja majmuk ada yang bebas, yakni tidak terikat pada sebarang imbuhan. Contohnya: angkat kaki, buang air, campur tangan, datang bulan, dan gulung tikar. 16. Kata kerja majmuk ada juga yang terikat. Contohnya: mengadu domba, mengambil alih, mengambil berat, menganggap sepi, mengangkat sembah, membalas budi, membanting tulang, mencari gali, bercerai susu, berdiam diri, menyalahgunakan, menembak mati, dan bertungkus lumus. 17 Kata sendi majmuk pula tidak seberapa jumlahnya, iaitu darihal, daripada, kepada, dan sedari. 18 Kata keterangan majmuk, antara yang lainlain, ialah acap kali, boleh jadi, demikian, kadangkala, lambat laun, pertama kali, sambil lalu, dan sekali sekala. 19 Kata hubung majmuk, antara yang lainlain, ialah apabila, manakala, dan meskipun. Tugasnya 20. Kata majmuk mempunyai dua tugas seperti yang berikut: (a) menetapkan kelas kata dasar. Contohnya. air (kata nama) + mata (kata nama) lemah (kata adjektif) + lembut (kata adjektif) mogok (kata kerja) + duduk (kata kerja) dari (kata sendi) + pada (kata sendi) (b) mengubah kelas kata dasar. Contohnya: apa (kata ganti tanya) + bila (kata keterangan tanya) alim (kata adjektif) + ulama (kata nama) gulung (kata kerja) + tikar (kata nama) tumbuk (kata kerja) + rusuk (kata nama) cerdik (kata adjektif) + pandai (kata adjektif) lalu (kata kerja) + lintas (kata kerja) banyak (kata adjektif) + mulut (kata nama) lambat (kata adjektif) + laun (kata adjektif) apabila (kata nama) alim utama (kata nama) gulung tikar (kata kerja) tumbuk rusuk (kata nama) cerdik pandai (kata nama) lalu lintas (kata nama) banyak mulut (kata adjektif) lambat laun (kata keterangan) air mata (kata nama) lemah lembut (kata adjektif) mogok duduk (kata kerja) daripada (kata sendi)

Maknanya 21. Dari segi maknanya, kata majmuk dapat dibahagi kepada dua jenis seperti yang berikut:

(a) kata majmuk wajar; (b) kata majmuk kiasan 22. Kata majmuk wajar ialah kata majmuk yang sebenarnya, yang maknanya dapat diketahui daripada makna katakata yang menjadi komponennya. Misalnya, buah anggur ialah kata majmuk wajar kerana maknanya tidak lain daripada buah yang bernama anggur. 23. Kata majmuk kiasan pula ialah kata majmuk yang maknanya lain daripada makna yang ada pada katakata yang menjadi komponennya. Misalnya buah hati ialah kata majmuk kiasan kerana maknanya tidak kenamengena dengan buah ataupun hati. Makna buah hati ialah kekasih yang dicintai, bukan buah yang bernama hati. 24. Berikut ialah beberapa contoh kata majmuk wajar. adat istiadat alih bahasa bahasa pasar bakul sampah batang hidung cakera padat cantik jelita daya cipta dengki hati emas putih esok hari gagah berani galah canggah rendah hati sabun mandi sihat akal 24. akal kancil anak angkat anak baju anak emas anak kunci batu loncatan banyak mulut buah mulut bulan madu cahaya mata cakap angin campur tangan cekak musang dapur susu mata hari naik darah nyawa ikan otak udang tangan besi timbang rasa gunung api hancurlebur harga borong hitam manis ikan parang inti sari isi perut juling air kaca mata kerak bumi otak depan olah raga pagar duri pindah tangan rabun jauh tahan lasak darah daging datang bulan daun pintu emas kahwin embun jantan filem bisu gaji buta gantung kemudi gatal mulut gunung payung habis akal lalat hijau lebar mulut lemah semangat lepas tangan main angin malam buta sampai hati tali barut tanah air kongsi gelap lampu duduk lipat ganda lubang hidung mabuk taut merah jambu minyak makan naik takhta nenek moyang orang gaji tuan rumah udang galah uji kaji wang saku warta berita zat air hajat besar harga diri ibu ayam isi hati jalan bahasa jauh hati kaki tangan karat hati kata dua kecil hati kereta api papas hati panjang tangan pasar gelap patah hati rendah hati sagu hati sakit hati tumbuk rusuk

Berikut ialah beberapa contoh kata majmuk kiasan.

Anda mungkin juga menyukai