Anda di halaman 1dari 5

Al-hamdulillah

Allah Berfirman :


Jika sekiranya kamu bersyukur, nescaya aku tambahkan untuk kamu nikmatku dan jika sekiranya kamu kufur, maka ketahuilah azabku sangat pedih (Surah Ibrahim: Ayat 7) Bersyukur atas nikmat Allah, Allah janjikan tambahan. Nikmat Allah sangat banyak dan tidak mampu dihitung. Orang-orang selalu ditarghibkan supaya bersyukur kerana dia mendapat razeki harta benda, sihat tubuh badan, ada anak yang sihat, ada kereta dan rumah yang selesa, dapat pekerjaan yang baik dan bermacam-macam lagi nikmat dunia. Dengan semangat supaya segala nikmat itu ditambahkan lagi, seseorang sangat memerhati syukurnya. Lalu dia mengucapkan "Alhamdulillah!". Kemudian dia menggunakan nikmat itu sesuai dengan kehendak Allah SWT. Itulah dua jalan bersyukur yang sering disyarahkan para asatizah dalam televisyen dan radio-radio menerusi slot motivasi dan kuliah. Kuliah Subuh pagi ini di masjid Al-Fajr disampaikan oleh Sdr. Nurdin dengan mengubah dimensi kefahaman bersyukur atas nikmat tersebut kepada dimensi akhirat. Sebagaimana dinyatakan dalam surah Al-Fatihah, kita memohon agar Allah memberikan kita hidayah ke jalan lurus yang telah diikuti oleh orang diberikan nikmat ke atas mereka. Menerusi tafsiran dengan ayat Quran yang lain, golongan yang diberikan nikmat itu tidak lain tidak bukan adalah empat golongan iaitu: a) Para Nabi b) Para Siddiqin c) Para Syuhada. d) Orang-orang Soleh. Nikmat apa yang dikurniakan kepada mereka sehingga kita disuruh minta supaya jadi seperti mereka? Sudah tentu ia bukan nikmat harta, anak-anak, tubuh badan, rumah, pakaian, negeri dan kekuasaan atau sebaginya urusan duniawi. Jika kita menelaah perolehan terbesar mereka yang disifatkan nikmat, ia adalah nikmat iman dan Islam. Inilah dua nikmat terbesar daripada Allah kepada kita yang jarang kita rasa mahu bersyukur mengenainya melebihi rasa syukur kita kepada pencapaian dunia kita. Sepatutnya, rasa sykur itu patut dialirkan sebanyak-banyaknya buat menginsafi dua nikmat agung ini. Alhamdulillah aku dilahirkan Islam! Alhamdulilah aku ditentukan jadi orang beriman! Kekalkan Islam dan iimanku selama-selamanya wahai Allah!
1

AlhamduliLlah (

)bermakna Segala puji bagi Allah. Disebut orang HamdaLlah ()

atau Tahmid (). Mengucap syukur kepada Allah SWT atas segala apa yang Allah kurniakan kepada kita. Kita puji Allah kerana nikmat-Nya, kerana kehebatan-Nya, tiada yang dapat menandingi-Nya. Nikmat pendengaran yang Allah beri, kita syukur AlhamduliLlah. Nikmat penglihatan yang Allah beri, kita syukur AlhamduliLlah. Kalau mahu dihitung nikmat Allah beri kepada kita nescaya tidak terhitung. Jadi janganlah kita menjadi hamba-Nya yang tidak bersyukur.

Mengucapkan AlhamduliLlah ini adakalanya menjadi wajib iaitu dalam solat. Kita solat membaca Surah al-Fatihah, kita sebut AlhamduliLlah (

- Segala puji bagi

Allah Tuhan sekalian alam, syukur kerana menjadikan alam ini. Adanya alam adalah kita, tiada alam ini tiadalah kita namun Allah suci dari segala hajat bersifat makhluk. Kerana Allah nak jadi alam ini bukan kerana nak letak manusia dalam alam ini, tetapi kerana Allah nak jadi, tiada perlu bersebab dan jadinya itu tidak berhajat kepada segala sesuatu. Berhajat itu adalah sifat makhluk, hanya makhluk berhajat kepada Khaliq. Dah kenapa mesti buat alam ini? Itu semua dalam ilmu Allah dan seorang hamba tidak berhak menyoalkannya kerana itu adalah haq Khaliq. Kalau AlhamduliLlah ini tidak sebut maka tidak sah solat kita kerana syarat sah solat ialah membaca al-Fatihah.

Adakalanya menjadi sunat, iaitu ketika mendapat nikmat. Kita dapat makan hari ini, kita syukur AlhamduliLlah. Dapat duit hari ini untuk membayar hutang..... Allah syukurnya aku AlhamduliLlah. Yang paling besar nikmat Allah kepada kita ialah nikmat Islam dan Iman....AlhamduliLlah aku jadi orang beriman kalau tidak nescaya aku menjadi penentang agama Allah. Dan Allah suka kepada hamba-Nya yang bersyukur, jadi banyakkan bersyukur.

)(

Ertinya: Dan (sebaliknya) Allah akan memberi balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur (akan nikmat Islam yang tidak ada bandingannya itu).

Dan Allah akan tambah nikmat orang bersyukur.

)(

Ertinya: Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras.

Akan tetapi malangnya ramai yang tidak mau bersyukur walau sekadar menyebut AlhamduliLlah.

)(

Ertinya: Dan sememangnya sedikit sekali di antara hamba-hambaKu yang bersyukur. Orang sekarang bibirnya lebih dahulu terpancul perkataan Yes daripada AlhamduliLlah. Sedangkan Allah menyuruh kita bersyukur.

)(

Ertinya: Dan jadikanlah dirimu dari orang-orang yang bersyukur.

Dan adakalanya mengucapkan AlhamduliLlah ini menjadi haram. Contohnya kita menang judi, kita ucap AlhamduliLlah sedangkan Allah mengharamkan judi. Kita puji Allah atas perkara yang Allah haram maka hukumnya haram. Allah haram maksiat, tapi kita ucap syukur AlhamduliLlah
3

kerana menang pertandingan nyanyian, sedangkan nyanyian itu banyak melalaikan, sedangkan dalam majlis nyanyian itu kita membuka aurat, sedangkan dalam majlis itu adanya percampuran lelaki dan perempuan tanpa batas, sedangkan dalam majlis itu kita mengajak hati-hati manusia lalai kepada Allah dan hati-hati yang tiada Allah adalah umpama rumah yang gelap gelita. Jadi apa maknanya memuji Allah sedang kita berbuat dosa, sepatutnya kalimah yang patut kita ucap AstagfiruLlah Ya Allah ampunkan dosaku, Ya Allah aku telah berbuat salah aku mahu bertaubat kepada-Mu. Itulah sepatutnya terpancul di lidah kita bukannya AlhamduliLlah.

Dan ia seolah-olah kita menyindir Allah, maka maknanya seorang hamba menyindir Tuhan-Nya? Tidakkah itu mengundang murka Allah kepada kita?

Tapi kenapa Allah masih beri nikmat? Kita bimbang nikmat yang Allah beri kepada kita adalah istidraj daripada Allah. Allah beri pakaian kepada orang kufur nikmat ini seperti pakaian wali Allah seolah-olah dunia ini menjadi miliknya. Dalam masa yang sama Allah tarik hatinya daripada mengingati Allah, Allah tarik hatinya menjadi kurang beribadat kepada Allah. Sedang orang yang diberi istidraj ini mereka tidak menyedarinya, sedar-sedar nak mati. Masa tu barulah kita sedar betapa jauhnya kita dengan Allah. Kita mengadap Allah dalam keadaan kotor. Malunya kita kepada Allah.

Seumpama anai-anai, Allah nak binasakan ia diberinya sayap nescaya ia berkawan dengan kalkatu. Bila ia lihat kalkatu melanggar cahaya ia pun turut serta tapi ia akan binasa.

Dan apa yang saya sebut ini tiadalah yang paling utama layak menerima teguran melainkan saya sendiri. Saya cela diri saya kerana dalam hati masih tiada Allah dengan sebenar-benar adaNya. Tidakkah kau malu wahai hatiku yang banyak lalai, dan ingatlah wahai hatiku, akan firman Allah Taala:

)(
4

Ertinya: Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah. Pengertian istidraj Saya telah merujuk Kamus Al-Muhit karangan Al-Fairuz Abadi tentang asal perkataan "istidraj"ini. Pengarang kamus ini berkata: " Istadrajahu- membawa makna ia menipu dan ia merendah-rendahkannya". Jika dikata:" Istidrajullah al-abda"(Allah menIstidrajkan hambanya) membawa erti/makna setiap kali hambaNya (insan) membuat/ menambah/ membaharui kesalahan yang baru maka setiap kali itu juga Allah akan membuat/ menambah/ membaharui nikmatNya ke atas hambaNya itu dan setiap itu juga Allah membuatkan hambaNya itu lupa untuk memohon ampun atas dosa yang dilakukan terhadapnya dan setiap itu juga Allah akan mengambilnya sedikit demi sedikit(ansur-ansur) dan Allah tidak mengambilnya dengan cara yang mengejut! Allah berfirman di dalam ayat 182 Surah Al-A'raf yang bermaksud(sila rujuk untuk kepastian) :"Orang2 yang mendustakan ayat-ayat Kami(Allah), nanti akan Kami { binasakan mereka itu dengan beransur-ansur } sedang mereka tidak tahu."

Anda mungkin juga menyukai