Anda di halaman 1dari 1

Maryam Bt Nordin Guru Pelatih IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan, 27200 Kuala Lipis, Pahang Darul Makmur.

Tarikh : 11 Januari 2012 Ketua Unit Jabatan HEP, IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan, 27200 Kuala Lipis, Pahang Darul Makmur. Tuan, TUNJUK SEBAB BERKENAAN DENGAN KESALAHAN BUKU KUNING. Merujuk perkara di atas,saya Maryam Binti Nordin merupakan guru pelatih Pismp BM semester 7 telah melakukan kesalahan seperti berikut : a) Tidak mematuhi peraturan asrama b) Memalsukan tandatangan 2. Sebagai guru pelatih, saya berasa amat kesal dengan kesalahan yang telah saya lakukan dan secara tidak sedar, saya mudah mengambil keputusan yang tidak wajar. Pada hari kejadian, selepas tamat peperiksaan, kecuaian saya yang tidak mengambil tandatangan warden asrama untuk pulang bermalam menyebabkan saya membuat tindakan yang tidak sepatutnya dilakukan. Saya tergesa-gesa memandangkan perkahwinan kakak saya berlangsung keesokkannya. Seharusnya saya bertindak dengan wajar untuk mengambil tandatangan warden sebelum pulang bermalam. Saya amat menyesali perbuatan saya ini dan berjanji akan lebih bertanggungjawab pada diri saya, rakan-rakan dan seluruh warga IPG. 3. Saya berharap pihak tuan membuat pertimbangan di atas kesalahan yang telah lakukan dan saya amat menyesalinya. Segala kerjasama yang telah pihak tuan berikan, amatlah saya hargai. Sekian, Terima Kasih.

Insan kerdil,

................................................ (Maryam Binti Nordin) Guru pelatih, IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan, 27200 Kuala Lipis, Pahang Darul Makmur.

Anda mungkin juga menyukai