Anda di halaman 1dari 8

Sosioekonomi Keluarga, Motivasi Ekstrinsik Dan Kebolehan Membaca Murid Pemulihan Khas

Radziah Taris a*, Muhammad Hussin b


b

SK Lelaki Jalan Batu, 50350 Jalan Raja Laut Kuala Lumpur, Malaysiaa Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor, 43600, Malaysia

Abstrak Kemahiran membaca dan menulis merupakan kemahiran asas Bahasa Malaysia untuk murid-murid sekolah rendah. Kebolehan membaca amat penting untuk mereka mencapai kejayaan yang cemerlang pada masa hadapan. Murid yang tidak menguasai kemahiran bacaan akan ditempatkan dalam kelas pemulihan khas. Oleh yang demikian, kertas konsep ini membincangkan tentang masalah penguasaan kemahiran membaca dalam kalangan murid-murid pemulihan khas. Kertas konsep ini menerangkan tentang dua aspek sosioekonomi yang mempengaruhi kemahiran tersebut iaitu latar belakang pendidikan dan tingkat pendapatan ibu bapa. Motivasi ekstrinsik pula dipilih kerana murid-murid pemulihan khas terdiri dari kanak-kanak berumur 9 tahun dan ke bawah dan belum mampu memotivasi diri sendiri (motivasi intrinsik). Kertas konsep ini juga mencadangkan pihak pengurusan sekolah konsisten dalam menggembeleng usaha mencapai matlamat membantu murid-murid pemulihan khas menguasai kemahiran membaca. Manakala pihak ibu bapa pula hendaklah peka dan prihatin tentang pencapaian anak. Galakan dan dorongan kepada anak-anak sangat penting dalam memastikan mereka termotivasi seterusnya dapat mencapai kecemerlangan.

Kata kunci : tahap pendidikan, tingkat pendapatan, motivasi ekstrinsik, kebolehan membaca dan murid pemulihan khas

Abstract Reading and writing are the basic skills in Malay Language for primary schools student. Reading ability is utmost important to achieve greater success in the future. Student which did not have the ability to read will be placed in the remedial class. Thus, this concept paper aims to identify problems on reading ability among remedial classs student s. This concept paper explaining about the two aspects in sosioeconomic which influenced that ability, that is educational background and parents level of income. Where else, extrinsic motivation was choosen since the remedial classs student are aged between nine (9) years old and below and they not capable to motivate their own self (instrinsic motivasion). This concept paper also suggests the school management to be consistence in their will to help the remedial students. Meanwhile, parents should be aware and focus in their childrens achievement. Support and care for the children are most important in ensuring them to be motivated and further excell in their studies. Key words: education background, income level, extrinsic motivation, reading ability and remedial pupils

Pengenalan Pada tahun 2008 sahaja, masih terdapat 54,000 pelajar Tahun 1 (anggaran 13 peratus daripada jumlah enrolmen pelajar Tahun 1) yang tidak menguasai kemahiran literasi. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyatakan lapan peratus daripada 6,667 pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) didapati tidak boleh membaca dan menulis. Situasi ini menyedarkan kita bahawa masalah kegagalan pelajar sekolah menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi masih lagi menghantui dunia pendidikan negara. Pelbagai kaedah dan program khas telah dilaksanakan untuk mengatasi masalah ini. Dulu dikenali sebagai KIA 2M (Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis), kemudian kelas pemulihan khas dan terbaru ialah LINUS (program Saringan Literasi dan Numerasi) yang dilancarkan pada tahun 2010, tetapi masalah tidak menguasai kemahiran membaca ini masih terus berlaku. Dari aspek psikologi perkembangan, manusia

* Corresponding author. Tel.: +60192392606 E-mail address: azianuar@yahoo.com

Radziah Taris , Muhammad Hussin Seminar Internasional Pasca Siswazah Pendidikan Khas UNJ-UKM-UPI Siri 3/2013

normal berkeupayaan menguasai kemahiran asas membaca menulis dan mengira ini di peringkat kanak-kanak lagi, iaitu seawal usia 6 tahun. Setelah menamatkan pengajian di peringkat pra sekolah, semua pelajar sepatutnya boleh membaca dan menulis perkataan-perkataan dan membuat ayat-ayat mudah dengan baik. Murid-murid yang tidak menguasai kemahiran asas bacaan akan ditempatkan di kelas pemulihan khas seawal usia 8 tahun. Pendidikan pemulihan telah dilaksanakan di negara ini sejak beberapa dekad yang lalu, iaitu sejak daripada awal 1970an lagi. Namun, apa yang menjadi kerungsingan dan tanda tanya kepada pihak-pihak yang bertanggungjawab ialah hasil dapatan beberapa kajian yang menunjukkan bahawa masih terdapat ramai murid, termasuk murid lepasan program pemulihan, yang mengalami masalah dalam menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M). Pendidikan pemulihan di Malaysia diperkenalkan selepas projek perintis untuk meninjau keperluan mengadakan pendidikan pemulihan dilancarkan oleh Bahagian Sekolah-Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 1967 (Kementerian Pelajaran Malaysia). Kelas pemulihan khas diwujudkan bagi tujuan mengatasi masalah ketidakupayaan murid-murid lemah dalam menguasai kemahiran asas 3M membaca, menulis dan mengira. Dalam pengajaran pemulihan, strategi pengajaran diubah suai untuk keperluan murid-murid yang mengalami ketidakupayaan dalam pembelajaran (Rajesvari, 2008). Kelas Pemulihan Khas wujud kerana wujudnya kanak-kanak yang tidak boleh membaca meskipun mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran seawal usia 7 tahun. Membaca merupakan aspek yang sangat penting dalam proses pencerapan ilmu pengetahuan. Membaca melibatkan dua faktor iaitu pemahaman dan interpretasi idea yang dilambangkan melalui penulisan. Pandangan ini memberi pengertian bahawa aktiviti membaca berlaku secara serentak dalam perlakuan manusia yang akan melibatkan memahami. Justeru guruguru yang terlibat dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran membaca perlu memastikan agar kedua-dua elemen tersebut diajar secara bersepadu kepada murid-murid terutamanya murid-murid tahun 1. Menurut Hasanalee dan Zulkifley (2007), proses menguasai kemahiran membaca dan memahami bukanlah suatu pekerjaan yang mudah berbanding dengan proses dengar-tutur. Menurut Abdul Rasid Jamian (2011), pengaruh faktor-faktor yang tertentu mewujudkan masalah dalam menguasai kemahiran membaca dan menulis murid. Kelemahan menguasai kemahiran membaca dan menulis menjadikan murid berasa rendah diri dan masalah disiplin diri merosot. Murid-murid ini beranggapan bahawa perlakuan yang melanggar norma amalan di sekolah bertujuan menarik perhatian guru dan rakanrakan. Sifat rendah diri akibat kegagalan yang berterusan membawa kepada konsep kendiri yang rendah. Tingkah laku agresif, negatif, kebudak-budakan serta bermuram adalah petunjuk-petunjuk masalah emosi yang serius. Ini akan menjejaskan keupayaan mereka untuk menguasai kemahiran bahasa yang lebih berkesan. Masalah menguasai kemahiran membaca dan menulis menjadikan murid lemah dan tidak berminat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu adalah akibat ketidakcekapan mereka menguasainya. Permasalahan membaca yang ada dalam diri murid adalah seperti keliru mengecam huruf besar dan huruf kecil semasa membaca, tidak membunyikan perkataan dengan betul dan tepat, tidak dapat menyebut perkataan yang dieja serta sering meninggalkan perkataan yang tidak ketahui makna atau gagal membunyikannya. Ini menimbulkan pola bacaan yang merangkak-rangkak dan pastinya menjadikan murid-murid tidak memahami maklumat dan makna bahan bacaan tersebut. Selain itu, murid ini juga lemah dan tidak berminat mencari maklumat yang terdapat dalam gambar rajah atau bahan rangsangan yang diberikan oleh guru (Abdul Rasid dan Zulkafli, 2008). Kajian ini difikirkan perlu dijalankan dalam konteks pendidikan pemulihan kerana kita sering mendapati murid pemulihan dikaitkan dengan masalah penguasaan kemahiran membaca. Ia dapat dijadikan sumber rujukan dan panduan bukan sahaja kepada guru-guru pemulihan khas tetapi juga kepada ibu bapa dan penjaga murid yang terlibat, (Rajesvari, 2008). Sosioekonomi Keluarga Menurut Persatuan Psikologi Amerika (APA) dalam kamus psikologi (2007, h.871) mendefinasikan taraf sosioekonomi sebagai kedudukan status sosioekonomi sesuatu individu atau kumpulan dalam skala sosioekonomi yang tertentu, yang mana terbentuk hasil daripada gabungan atau interaksi antara sosial dan faktor ekonomi seperti pendapatan, jumlah atau jenis pendidikan, jenis pekerjaan dan persekitaran tempat

Radziah Taris, Muhammad Hussin Seminar Internasional Pasca Siswazah Pendidikan Khas UNJ-UKM-UPI Siri 3/2013

tinggal dalam sesebuah masyarakat, turut wajar diambilkira asal usul etnik dan latar belakang agama. Definisi ini adalah bermakna dan boleh diguna pakai di dalam konteks Afrika Selatan, dalam faktor inilah yang dapat membezakan antara kumpulan sosioekonomi tinggi dan kumpulan sosioekonomi rendah. Magnuson and Duncan (2006) dalam kajiannya telah mengenalpasti bahawa beberapa pengkaji mendefinasikan taraf sosioekonomi mengikut takrifan masing-masing. Disebabkan perkara tersebut wujud percanggahan dari segi pengukuran dan hasil kajian. Faktor-faktor yang menentukan status sosioekonomi adalah taraf pendidikan, pekerjaan dan pendapatan ibu bapa pelajar (Rosna Awang Hashim et al., 2003). Manakala menurut Jeynes (2002), status sosioekonomi keluarga kebiasaannya ditentukan melalui tahap pendidikan ibu bapa, status pekerjaan ibu bapa dan tingkat pendapatan. Manakala menurut Rosna Awang (2003), faktor-faktor yang menentukan status sosioekonomi adalah taraf pendidikan, pekerjaan dan pendapatan ibu bapa pelajar. Para saintis sosial kebiasaannya menggunakan salah satu sama ada pendapatan ibu bapa, pekerjaan atau pendidikan ibu bapa dalam menentukan tingkat sosioekonomi keluarga, berlainan dengan pengkaji lain yang mengambil ketiga-tiga aspek ini dalam menentukan tingkat ekonomi sosial (Magnuson & Duncan, 2006). Satu kajian telah dilakukan di Afrika Selatan terhadap pengaruh taraf sosioekonomi ke atas pencapaian pendidikan indikator yang digunakan dalam pengukuran tersebuat antaranya seperti sama ada rumah keluarga tersebut memiliki televisyen atau radio, jenis kediaman, tahap pendidikan bapa, bilangan ahli rumah yang berkongsi bilik tidur, dan pendapatan isi rumah (Themane et al., 2006). Justifikasi dalam menggunakan indikator ini adalah kemampuan mereka menyediakan kediaman yang kondusif dan selesa seterusnya sesuai untuk kanak-kanak belajar. Motivasi Ekstrinsik Motivasi dibahagi kepada dua iaitu intrinsik dan ekstrinsik, menurut Elliot et al. (1986), kedua-dua jenis peneguhan ini penting bagi mempertingkatkan kualiti dan kuantiti pembelajaran pelajar. Manakala Kazdin (1984) pula menyatakan peneguhan lebih berkesan sekiranya diberikan dengan kerap pada peringkat pembelajaran baru. Oleh itu, semasa pelajar mula mempelajari sesuatu tugasan yang baru, mereka sebaikbaiknya diberikan pujian dan sokongan dengan kerap. Menurut Azizi (2006), motivasi ekstrinsik diwujudkan daripada ransangan luaran dengan tujuan menggerakkan individu supaya melakukan aktiviti yang membawa faedah kepadanya. Motivasi ekstrinsik dapat dirangsang dalam bentuk pujian, insentif, hadiah, gred, dan membentuk suasana dan iklim persekitaran yang kondusif bagi mendorong pelajar belajar. Dalam kajian ini, motivasi ekstrinsik menggunakan definisi ini tetapi difokuskan kepada pelajar pendidikan jarak jauh. Menurutnya juga, motivasi ekstrinsik diwujudkan daripada rangsangan luaran untuk menggerakkan seseorang individu supaya melakukan sesuatu aktiviti yang membawa manfaat kepada dirinya. Bentuk-bentuk rangsangan untuk motivasi ekstrinsik ialah seperti pujian, insentif, hadiah, gred dan iklim persekitaran yang kondusif bagi mendorong pelajar belajar. Bagi menjawab objektif yang kedua, dapatan kajian menunjukkan motivasi ekstrinsik pelajar berada pada tahap tinggi. Kebolehan Membaca Harris dan Sipay (1980), mendefinisikan membaca sebagai proses memperoleh tafsiran yang bermakna tentang lambang-lambang bercorak atau bertulis. Manakala Kennedy (1981), mendefinisikan membaca sebagai keupayaan seseorang untuk mengecam bentuk visual iaitu lambang-lambang grafik yang mewakili bahasa atau perkataan, menghubungkan bentuk itu dengan bunyi atau makna yang diketahui seterusnya memahami dan mentafsir maksudnya berdasarkan pengalaman lalu. Marohaini Yusof (1989) merumuskan membaca merupakan perlakuan yang kompleks dan tidak dapat diperhatikan. Cuma dua kemahiran utama yang diperakui wujud dalam membaca iaitu kemahiran mengecam perkataan dan kemahiran memahami maklumat yang dibaca. Keupayaan membaca merupakan suatu kemahiran yang amat bernilai dan merupakan proses yang dinamik, iaitu memerlukan komunikasi yang aktif dan bermakna antara pembaca dengan penulis. Membaca juga dikatakan sebagai keupayaan seseorang mengecam bentuk visual dan menghubungkan antara bentuk dengan bunyi dan melalui pengalaman serta berupaya mentafsirkan maksudnya. Pemahaman bacaan bergantung pada gabungan dari segi pengetahuan bahasa, gaya kognitif, dan pengalaman membaca (Abdul Rasid, 2011).

Radziah Taris , Muhammad Hussin Seminar Internasional Pasca Siswazah Pendidikan Khas UNJ-UKM-UPI Siri 3/2013

Suhaimi Razikin (1991) menyatakan kebolehan membaca merupakan satu daripada tuntutan hidup di zaman moden ini. Kerajaan telah memberi keperihatinan yang serius untuk membudayakan tabiat membaca di kalangan semua lapisan masyarakat. Matlamat untuk mewujudkan masyarakat yang menerima pembacaan sebagai cara hidup dan amalan yang berterusan berkait rapat dengan matlamat yang lebih besar iaitu melahirkan masyarakat Malaysia yang cintakan ilmu dan kebenaran serta meletakkan ilmu di tempat tertinggi dalam sistem nilai hidup mereka. Dalam ha1 ini pembacaan dilihat sebagai satu cara memperolehi ilmu. Ahmad Othman (1990) menyatakan budaya membaca memberi erti suatu keadaan di mana wujudnya satu masyarakat yang mencapai satu tahap amalan membaca yang meluas. Secara umumnya, ciri-ciri budaya membaca dalam masyarakat ialah wujudnya individu-individu yang menyedari tentang keadaan di sekeliling dan yang mempengaruhinya, individu yang mendapat kepuasan dengan menimba ilmu pengetahuan, mendapat maklumat, penghayatan dan penghargaan daripada membaca. Pemulihan Khas Pendidikan pemulihan telah dilaksanakan di negara ini sejak beberapa dekad yang lalu, iaitu sejak daripada awal 1970-an lagi. Namun, apa yang menjadi kerungsingan dan tanda tanya kepada pihak-pihak yang bertanggungjawab ialah hasil dapatan beberapa kajian yang menunjukkan bahawa masih terdapat ramai murid, termasuk murid lepasan program pemulihan, yang mengalami masalah dalam menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M). Statistik Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 2001, menerusi Unit Bahagian Sekolahnya, menunjukkan seramai 115,377 orang murid sekolah rendah di seluruh Malaysia menghadapi masalah pembelajaran dan tidak dapat menguasai kemahiran asas 3M. Kajian oleh penyelidik daripada Universiti Putra Malaysia pada tahun 1993 pula mendapati 12.6 peratus daripada 20000 orang murid tahun 1 hingga 3 di sekolah biasa menghadapi masalah pembelajaran (Rajesvari, 2008). Hubungan Antara Sosioekonomi Dengan Pencapaian Menurut kajian Norazlinda (2007), berdasarkan sistem meritokrasi pelajar-pelajar yang sosioekonominya rendah kurang berpeluang melanjutkan pelajaran ke IPTA. Dapatan menunjukkan faktor-faktor seperti latar belakang ekonomi keluarga, sosial dan pendidikan pelajar-pelajar kurang diberi perhatian. Sekiranya hanya kecemerlangan diambil kira, maka ramai pelajar-pelajar dari kawasan mundur atau daripada keluarga miskin tidak kira Melayu, Cina, India, Kadazan dan lain-lain akan keciciran untuk melanjutkan pelajaran mereka. Akibatnya jurang sosio-ekonomi antara yang kaya dan miskin akan bertambah lebar. Justeru, ukuran kecemerlangan (merit) dan kemampuan sosioekonomi boleh digunakan untuk menentukan kemasukan pelajar ke IPTA. Menurut Eamon (2005) dalam kajiannya, keluarga bersosioekonomi rendah mencatatkan markah ujian rendah dan lebih berpotensi untuk berhenti sekolah. Murid-murid tersebut dikenalpasti mencatatkan markah 10 peratus lebih rendah berbanding pelajar-pelajar yang berlatar belakangkan keluarga bersosioekonomi tinggi (Seyfried, 1998). Faktor sosioekonomi dilihat sesuai dalam menggantikan pengaruh-pengaruh pendidikan yang lain antaranya seperti campurtangan ibu bapa (McNeal, 2001). Kajian oleh Anuar Abdullah (1990) ke atas 70 orang pelajar mendapati terdapat perkaitan yang positif di antara pendidikan, pekerjaan dan pendapatan ibubapa dengan pencapaian akademik anak. Berns (1993) pula menyatakan bahawa faktor pendapatan menghalang ibubapa daripada menyediakan keperluan dan kemudahan kepada anak-anak untuk belajar. Ibubapa yang menerima pendapatan yang rendah tidak dapat menyediakan persekitaran pembelajaran yang baik kepada anak. Ia akan mempengaruhi pencapaian akademik anak. Manakala menurut Kamarudin Husin (1970), perkembangan kanak-kanak sangat dipengaruhi oleh persekitaran. Seseorang individu merupakan hasil daripada pengalaman sosio budaya persekitaran. Dalam kajian G. Conlon (2006), beliau mendapati wujud hubungan yang signifikan antara sejarah keluarga dengan kebolehan membaca perkataan tunggal, mengeja, kefahaman membaca, proses ortografik dan kecekapan membaca kanak-kanak. Manakala kanak-kanak yang tidak mampu membaca dilihat berkemungkinan lima kali ganda datang dari keluarga mempunyai sejarah masalah membaca Kajian oleh Anuar Abdullah (1990) ke atas 70 orang pelajar pula mendapati terdapat perkaitan yang positif di antara

Radziah Taris, Muhammad Hussin Seminar Internasional Pasca Siswazah Pendidikan Khas UNJ-UKM-UPI Siri 3/2013

pendidikan, pekerjaan dan pendapatan ibu bapa dengan pencapaian akademik anak. Berns (1993), menyatakan bahawa faktor pendapatan menghalang ibu bapa daripada menyediakan keperluan dan kemudahan kepada anak-anak untuk belajar. Ibubapa yang menerima pendapatan yang rendah tidak dapat menyediakan persekitaran pembelajaran yang baik kepada anak. Ia akan mempengaruhi pencapaian akademik anak. Pertumbuhan seseorang individu akan dipengaruhi oleh faktor dalaman individu seperti baka dan keturunan serta faktor luaran pemahaman serta kemudahan kesihatan. Pemakanan yang tidak cukup sama ada dari segi kuantiti atau pun kualiti boleh melambatkan proses kematangan. Kekurangan pemakanan yang seimbang boleh mengganggu pola-pola pertumbuhan,kerana kurangnya pengambilan vitamin, mineral dan protein. Faktor pewarisan atau pun baka juga boleh mempengaruhi pertumbuhan. Akibat dari taraf sosioekonomi keluarga yang rendah, keperluan pemakanan seimbang tidak dapat disediakan dengan baik dan mencukupi. Akibatnya, pola pertumbuhan terganggu dan secara tidak langsung mempengaruhi perkembangan kognitif kanak-kanak (Aida Baharuddin, 2004). Menurut Zukina Yusoff (2003), anak-anak daripada keluarga yang mempunyai status sosio-ekonomi yang tinggi adalah lebih maju dalam pendidikan dan mempunyai gred yang tinggi berbanding anak-anak yang datang daripada keluarga yang mempunyai status sosio-ekonomi yang rendah. Ini kerana dalam keadaan status sosial yang tinggi, ibu bapa dapat menyediakan kemudahan dan persekitaran pembelajaran yang selesa kepada anak-anak mereka. Ibu bapa yang berstatus tinggi mampu menyediakan keperluan pendidikan sejak dari kanakkanak lagi. Ini membolehkan anak-anak mereka lebih berjaya dan berpeluang masuk ke IPT sedangkan mereka yang tidak mampu terlepas peluang. Peluang untuk mendapat pendidikan tinggi memerlukan sejumlah kos yang agak banyak. Sharifah Mohd Noor (1992) mendapati kelemahan anak-anak daripada kaum India adalah berhubung rapat dengan status sosioekonomi keluarga mereka. Kebanyakan kajian tentang pengaruh latar belakang pendidikan ibu bapa terhadap pencapaian anak adalah dilakukan oleh Negara membangun. Kajian-kajian tersebut menghasilkan laporan yang lebih kurang sama. Hasil daripada kajian Lockhead, Fuller dan Nyirongo (1989) terhadap sebahagian kanak-kanak Negara Thailand dan Malawi mendapati bahawa pelajar yang mendapat keputusan baik dalam subjek Matematik adalah terdiri daripada murid yang bapanya terdiri daripada mereka yang mempunyai pekerjaan professional, ibu yang mempunyai latar belakang pendidikan yang tinggi serta keluarga yang tinggal di kawasan perumahan selesa. Hubungan Antara Motivasi Ekstrinsik Dengan Pencapaian Kajian di dalam konteks Malaysia mencadangkan bahawa pelajar-pelajar Malaysia adalah lebih tidak semulajadi (ekstrinsik) berbanding untuk dimotivasi secara semulajadi (Intrinsik). Kajian terhadap pembelajaran bahasa asing di UKM dan UiTM mendapati faktor tidak semulajadi (ekstrinsik ) telah menjadi faktor yang mendominasi di kalangan pelajar-pelajar (Ainol Madziah dan Isarji, 2009). Kebanyakan pelajarpelajar dari kedua-dua universiti mempelajari bahasa asing bagi tujuan kerjaya masa hadapan mereka, untuk menjadi lebih berpengetahuan dan untuk memenuhi kehendak graduasi mereka. Walaubagaimanapun, penemuan mereka mendedahkan bahawa pelajar-pelajar UiTM lebih dimotivasikan secara semulajadi untuk mempelajari bahasa asing berbanding pelajar-pelajar UKM kerana minat, keseronokan, untuk mempelajari kesusasteraan budaya lain dan untuk tujuan melancong. Dapatan kajian Azizi (2006) bertentangan dengan kajian yang dilakukan oleh Azizi dan lain-lain (2005) terhadap pelajar tingkatan empat dari tiga buah sekolah di daerah Johor Bahru. Dalam kajian mereka, motivasi ekstrinsik pelajar tingkatan empat berada pada sederhana (Min=3.43). Menurut kajian Siew dan Nurjanah (2011), motivasi ekstrinsik lebih mempengaruhi pelajar-pelajar Malaysia berbanding motivasi intrinsik. Ainol Madziah Zubairi & Isarji Hj Sarudin (2009) telah menjalankan mengkaji tentang pembelajaran bahasa asing di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM). Mereka mendapati bahawa motivasi ekstrinsik sangat mempengaruhi pelajar. Kajian Norlia Abd Aziz et al. (2006) yang menentukan hubungan antara motivasi dan gaya pembelajaran pelajar dengan pencapaian Matematik Tambahan tingkatan 4 di empat buah sekolah di Kuala Terengganu mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara gaya pembelajaran mengikut jantina, etnik dan pencapaian awal tetapi terdapat hubungan yang signifikan antara gaya pembelajaran mendalam dengan motivasi dalaman. Kajian ini sama dengan Nurul Ain dan Azizi (2012) yang mengkaji hubungan antara faktor sikap, motivasi dan gaya pembelajaran serta hubungannya dengan pencapaian akademik pelajar dalam mata pelajaran Kesusasteraan Melayu yang melibatkan 200 orang pelajar tingkatan 4 dan 5. Hasil dapatannya

Radziah Taris , Muhammad Hussin Seminar Internasional Pasca Siswazah Pendidikan Khas UNJ-UKM-UPI Siri 3/2013

mendapati wujud hubungan yang signifikan antara motivasi dan gaya pembelajaran terhadap pencapaian pelajar dalam mata pelajaran tersebut. Selain itu, terdapat perbezaan yang signifikan dari segi motivasi dan gaya pembelajaran antara pelajar dan pelajar perempuan. Menurut Abd.Wahab(1995), sokongan dan sikap daripada ibu bapa adalah penting untuk mewujudkan minat membaca. Kalau ibu bapa tidak merasa perlu membaca sama ada untuk bekerja atau masa rehat maka guru-guru mungkin menghadapi masalah di mana seseorang pelajar akan menganggap bahawa membaca sebagai satu kemahiran yang tidak mempunyai kaitan dengan pelajarannya. Berdasarkan kajian yang telah dibuat oleh Lepper, Corpus, dan Iyengar (2005), jelas dapat menunjukkan bahawa semakin banyak pengaruh motivasi ekstrinsik diberikan kepada pelajar seperti ganjaran yang berbentuk wang akan menyebabkan semakin menurun tahap motivasi intrinsik pelajar dan apabila tahap motivasi intrinsik pelajar semakin rendah, akan menyebabkan pula pencapaian pelajar turut merosot. Berlainan pula dengan hasil kajian Khairuddin (2011), beliau telah dapat membuktikan bahawa terdapat hubungan yang positif antara motivasi intrinsik dengan pencapaian pelajar. Ini bermaksud semakin pelajar diberi dorongan motivasi intrinsik, semakin meningkat keputusan pelajar. Sebaliknya berlaku perhubungan negatif antara motivasi ekstrinsik dengan pencapaian pelajar. Maksudnya semakin pelajar diberi dorongan motivasi ekstrinsik semakin merosot pencapaian pelajar Perbincangan dan Cadangan Usaha dan kesungguhan pihak pengurusan sekolah dalam semua murid mampu membaca seawal usia 9 tahun wajar diteruskan. Guru-guru dan ibu bapa seharusnya bekerjasama untuk mencapai matlamat membantu murid-murid lembam menguasai kemahiran membaca dan menulis. Antara langkah wajib dan biasa diambil ialah dengan mengadakan kelas LINUS dan kelas pemulihan. Seminar serta kursus yang bermanfaat seharusnya diberikan penekanan yang jelas kepada guru dengan memberi maklumat dan input tentang keperluan khas murid-murid lembam menguasai kemahiran membaca dan menulis. Selain itu, ujian pencapaian murid mempunyai had tempoh masa dan dijalankan secara sistematik bagi menilai keberkesanan pencapaian pengajaran dan pembelajaran murid-murid lembam (Abd Rasid, 2008). Terdapat Lima faktor yang dikaji dalam motivasi ekstrinsik iaitu faktor popular, faktor mobiliti sosial, faktor dorongan, faktor ganjaran dan faktor pujian. Melalui kajian, hubungan motivasi ekstrinsik memberi pengaruh yang sederhana kepada mereka terhadap aktiviti pendidikan luar. Tahap hubungan motivasi ekstrinsik kurang mempengaruhi responden terhadap aktiviti pendidikan luar berbanding dengan motivasi intrinsik. Hal ini kerana, sekiranya faktorfaktor motivasi ekstrinsik menguasai diri ia akan menjadi barah bagi yang menjadikannya sebagai pegangan terhadap setiap individu. Ganjaran-ganjaran yang diperolehi oleh seseorang individu tidak boleh dijadikan sebagai perkara pokok di dalam penyertaan aktiviti pendidikan luar. Setiap ganjaran mahupun faktor luaran lain yang diperolehi hendaklah dianggap sebagai bonus tambahan yang mempercepatkan lagi peningkatan kemahiran atau prestasi. Hal ini amat dibimbangi jikalau perkara ini dijadikan matlamat utama, ianya akan merosakkan prestasi atau kemahiran individu itu sendiri dalam penglibatannya terhadap aktiviti pendidikan luar. Perkara ini bertepatan dengan hasil kajian apabila mendapati responden memberi tindak balas yang kurang menggalakkan bagi pengaruh hubungan faktor luaran terhadap aktiviti pendidikan luar (Mohad Anizu & Siti Salwa, 2010). Kesimpulan Kajian berkaitan proses membaca penting dilakukan untuk membantu murid menambahkan khazanah ilmu. Penyelidikan berkaitan dengan aspek membaca mencerminkan wujudnya kesedaran untuk menjadikan amalan membaca sebagai budaya ilmu yang perlu dikekalkan (Yahya, 2008). Dalam pendidikan bahasa Melayu di Malaysia, penekanan terhadap proses membaca telah diberikan perhatian, terutama melalui penetapan kemahiran bahasa yang perlu dicapai seperti yang terkandung dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu sama ada di peringkat sekolah rendah mahupun sekolah menengah (Kementerian Pendidikan Malaysia 2000). Justeru, masalah membaca memberi kesan terhadap keupayaan murid-murid untuk mencapai keputusan

Radziah Taris, Muhammad Hussin Seminar Internasional Pasca Siswazah Pendidikan Khas UNJ-UKM-UPI Siri 3/2013

yang lebih baik dalam semua mata pelajaran, termasuk mata pelajaran Bahasa Melayu.Masalah membaca juga dapat menjejaskan prestasi pencapaian murid dalam semua mata pelajaran (Tamam Timbang et all, 2011). Keprihatinan guru boleh mengubah yang kurang atau tidak boleh membaca kepada suka dan mahir membaca. Persekitaran yang sesuai yang disediakan di rumah oleh keluarga untuk merangsang kanak-kanak supaya suka membaca akan membantu guru meneruskan dan memperkukuhkan minat kanak-kanak. Kerjasama guru dan ibu bapa akan menjayakan persediakan modal insan yang diharap akan terus menjadi harapan masyarakat dan ummah seluruhnya (Khadijah & Fatimah, T. Th) Rujukan Abdul Rasid Jamian & Zulkafli Abu Zarin. 2008. Keupayaan Kemahiran Membaca Dan Menulis Bahasa Melayu Murid Sekolah Rendah Kebangsaan Luar Bandar. Universiti Pendidikan Sultan Idris. Abdul Rasid Jamian. 2011. Permasalahan Kemahiran Membaca Dan Menulis Bahasa Melayu Murid-Murid Sekolah Rendah Di Luar Bandar. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 1-12 Abdul Wahab Mat. 1995. Hubungan Minat Membaca Di Kalangan Pelajar-Pelajar SMKA Di Seberang Perai Dengan Latar Belakang Keluarga Dan Persekitaran. Tesis Universiti Utara Malaysia Aida Baharuddin. 2004. Hubungan Antara Faktor Sosioekonomi dan Persekitaran Keluarga Terhadap Sikap dan Pencapaian Matematik Pelajar Tingkatan 4 Sekolah Menengah Kebangsaan Keroh, Kuala Kerai, Kelantan. Universiti Pendidikan Sultan Idris Ainol Madziah Zubairi & Isarji Hj Sarudin. 2009. Motivation To Learn A Foreign Language In Malaysia. GEMA Online Journal of Language Studies. Vol. 9 (2), 73-87. American Psychological Association. 2007. APA Dictionary of Psychology. Washington, DC: Author. Anuar Abdullah. 1990. Perkaitan Di Antara Latar Belakang Dan Konsep Kendiri Pelajar Dengan Pencapaian Akademik. Projek sarjana yang tidak diterbitkan. Serdang: Universiti Putra Malaysia. Azizi Yahaya, Jaafar Sidek Latif, Shahrin Hashim dan Yusof Boon. 2006. Psikologi Sosial: Alam Remaja. Bentong, Pahang: PTS Publication & Distributors Sdn. Bhd. Berns, R. M. 1993. Child, Family, Community: Socialization And Support . ( 3rd ed.). Forth Worth: Harcourt Javanovich College. Dacey, Travers. 1996. Human Development: Across The Lifespan. Masison,Wl: Brown & Benchmark. Eamon, Mary. Keegan. 2005. Social-Demografic, School, Neigbourhood, and Parenting Influences On Academic Achievement of Latino Young Adolescents. Journal of Youth And Adolescene, 34 (22), 163175. Education Quality and Accountability Office. 1997. Inventions, Investigations, And Discoveries: Administration Guide For Teachers And School Administrators. Toronto: Author. Elizabeth G. Conlon, Melanie J. Zimmer-Gembeck, Peter A. Creed, Melinda Tucker. 2006. Family History, Self-Perceptions, Attitudes And Cognitive Abilities Are Associated With Early Adolescent Reading Skills. Journal of Research in Reading Volume 29, Issue 1, 1132 Elliot L. Judd, Lihua Tan andHerbert J. Walberg. 1986. Teaching Additional Languages. International Academy Of Education Hariss, A. J. dan Sipay, E. R. 1980. How To Increase Reading Ability: A Guide to Development and Remedial Methods. New York: Longman Hasnalee Tubah, Zulkifley Hamid. 2007. Pengaruh Demografi Terhadap Kemahiran Membaca Dan Memahami Dalam Kalangan Murid-Murid LINUS. Jurnal Melayu (6) 2011: 29-47 Jeynes, William H. 2002. Examining The Effects Of Parental Absence On The Academic Achievement Of Adolescents: The Challenge Of Controlling For Family Income. Journal of Family and Economic Issues 23(2). Kamarudin Husin. 1970. Psikologi Bilik Darjah Asas Pedagogi. Selangor :Utusan Publication & distributors Sdn. Bhd Khadijah Zon & Fatimah Saleh. T Th. Kesan Keprihatinan Guru dalam Latihan Kemahiran Awal Bacaan.USM Khairuddin Nisa. 2011. Kesan Motivasi Intrinsik Dan Motivasi Extrinsik Ke Atas Pencapaian Pelajar Tingkatan 5 SMK Khir Johari Sungai Sumun. Universiti Perguruan Sultan Idris Lockhead, Fuller dan Nyirongo. 1989. Family Effect Of Students Achievement In Thailand And Malawi. Sosiology of Education, 62 (4): 239-56

Radziah Taris , Muhammad Hussin Seminar Internasional Pasca Siswazah Pendidikan Khas UNJ-UKM-UPI Siri 3/2013

Lepper, M. R., Corpus, J. H., & Iyengar, S. S. 2005. Intrinsic And Extrinsic Motivational Orientations In The Classroom: Age Differences And Academic Correlates. Journal of Educational Psychology, 97(2), 184-196 Magnuson, K. A., & Duncan, G. J. 2006. The Role Of Family Socioeconomic Resources In The Black-White Test Score Gap Among Young Children. Developmental Review 26, 365-399. Marohaini Yusoff. 1989. Penggunaan Skema bagi Meningkatkan Kefahaman dalam Bacaan: Pengajaran Perbendaharaan Kata. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa & Pustaka . McNeal, Ralph B. 2001. Differential Effect Of Parental Involvement On Cognitive And Behavioral Outcomes By Sosioeconomic Status. Journal Of Sosio-economic. 30 (20),171 Mohad Anizu Mohd Noor & Siti Salwa Mohamad. 2010. Faktor Di Antara Motivasi Intrinsik Dan Ekstrinsik Ke Atas Penglibatan Para PelajarTerhadap Aktiviti Pendidikan Luar-Satu Kajian Kes. Fakulti Pendidikan,Universiti Teknologi Malaysia. Mojaribanks, Kevin. 1996. Family Learning Environment and Students Outcomes : A Review. Journal Of Corporative Family Studies, 27 (20), 373-394 Norazlinda Saad. 2007. Meritokrasi: Faktor Sosio Ekonomi Dan Peluang Pendidikan Tinggi. Sintok. Penerbitan : Universiti Utara Malaysia Nurul Ain Hamsari, Azizi Yahaya. 2012. Peranan Motivasi Pembelajaran, Gaya Keibubapaan Dan Sikap Dengan Pencapaian Akademik. Journal of Educational Psychology & Counseling, Volume 5 , 30-57 Prof. Madya Dr. Azizi Hj. Yahaya, Jamaludin Ramli, Yusof Boon, Lee Meng Ling. T Th. Hubungan Antara Tahap Pendidikan Ibu Bapa Dengan Tahap Perkembangan Psikososial Pelajar Kaunseling . Universiti Teknologi Maklumat Skudai Johor. Malaysia. Rajesvari Ramasamy. 2008. Murid-Murid Pemulihan Di Sekolah Rendah, Pulau Pinang. Sintok : Universiti Utara Malaysia. Rosna Awang Hashim, Noran Fauziah Yaacob, Jahara Hashim, Abu Hassan Othman dan Ruzlan Md Ali. 2003. Correlates Of Academic Help Seeking Behaviors Among Adolescents: Insights From A Cognitive Motivational Perspective. IRPA Research Grant. Sintok: Universiti Utara Malaysia. Seyfried, Sherri, F. 1998. Academic Achievement Of African American Preadolescents: The Influence Of Teacher Perception. American Journal Of Community Psychology, 26 Sharifah Mohd Noor. 1992. Faktor-Faktor Latar Belakang Yang Berkaitan Dengan Pencapaian Akademik Murid Darjah Satu. Jurnal Pendidik dan Pendidikan. Jilid 11, 1991/92. 61-69. Tamam Timbang, Zamri Mahamod, Afendi Hamat. 2011. Faktor Dan Kesan Masalah Membaca Dalam Kalangan Murid Sekolah Rendah Kerajaan Di Brunei Darussalam. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 89-107 Thang Siew Ming, Ting Siew Ling, Nurjanah Mohd Jaafar. 2011. Attitudes And Motivation Of Malaysian Secondary Students Towards Learning English As A Second Language: A Case Study. 3L: The Southeast Asian Journal of English Language Studies Vol 17(1): 40 54 Themane, M. J., Koppes L. L. J., Monyeki, K. D., Twisk, J. W. R., & Kemper, H. C. G. 2006. Relationship Between Socio-Economic Status And Educational Achievements Of Ellisras Rural Primary School Children, South Africa. African Journal for Physical, Heath Education Recreation and Dance, 12, 298309. Utusan Malaysia. 2012. 13 Januari Yahya Othman. 2008. Proses Dan Strategi Membaca Berkesan. Serdang: Penerbitan Universiti Putra Malaysia. Zukina Yusoff. 2003. Hubungan antara Latar Belakang Keluarga dengan Pencapaian Akademik Pelajar Melayu dalam PMR. Masters thesis, Universiti Utara Malaysia Zulkifley Hamid. 1990. Penguasaan Bahasa: Huraian Paradigma Mentalis dan Behavioris . Dewan Bahasa 34(5):326-331