Anda di halaman 1dari 2

www.zahrein.

com

Kuliah Dr Danial
Tarikh: 25 January 2009

Bersegeralah kamu melakukan amal . Janganlah kita menanti tua, semasa kita muda dan
bertenagalah hendaklah kita melakukan amal kebajikan.Jangan menanti pencen, ketika
bekerja. Besok mungkin kita akan mati. Bala bencana sentiasa berterusan.

Kerja kita banyak sebenarnya. Amal kita kena banyak. Ilmu diwajibkan ke atas
manusia. Surah Al-Rahman (Ayat 10-16)

10]
Dan bumi pula dijadikannya rata untuk kegunaan manusia dan makhluk-makhlukNya
yang lain:
[11]
Terdapat padanya berbagai jenis buah-buahan dan pohon-pohon kurma yang ada kelopak-
kelopak mayang;
[12]
Demikian juga terdapat biji-bijian yang ada jerami serta daun, dan terdapat lagi bunga-
bungaan yang harum;
[13]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan
(wahai umat manusia dan jin)?
[14]
Ia menciptakan manusia (lembaga Adam) dari tanah liat kering seperti tembikar,
[15]
Dan Ia telah menciptakan jin dari lidah api yang menjulang-julang;
[16]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak
dustakan?

Bani Adam adalah khalifah.Ada satu nikmat yang harus yang kita amai. Ia adalah
kedudukan bumi kita. Bumi yang kita duduki terletak di kedudukan yang agak
istemewa. Para Saintis tidak mampu menjelaskannya dengan tepat. 70%
komposisinya adalah air. Ia sentiasa tetap.

Manakala air di planet lain adalah beku dan hilang begitu sahaja. Di bumi air sentiasa
berbentuk cecair. Kedudukan bumi merupakan kedudukan istimewa dia alam semesta
ini. Jarak bumi dengan matahari adalah 930 juta km. Jika ia dekat atau jauh, bumi tidak
boleh wujud. Saiz bumi adalah tepat. Asal usul bumi adalah kecil. Ia membesar
disebabkan oleh supernova , ledakan supernova membesarkan bumi.

Oleh yang demikian , kita hendaklah bertanya pada diri sendiri. Siapakah pecipta alam
yang hebat ini. Janganlah kita banyak merungut, kerana kita sudah dapat banyak nikmat.
Penciptaan yang teratur ini menyebabka kita harus berpikir akan kewujudan alam
semesta ini.
www.zahrein.com

Sebagai contoh, jika kita melihat tumbuh-tumbuhan ia sungguh mendamaikan kita.


Tidak ada sesiapa pun yang boleh mencipta akan pencitptaan Allah. Nikmat Tuhan Yang
manakah kita ingin dustakan.

Makhluk-makhluk Allah sentiasa sujud pada Allah S.W.T.Semua melakukan perkara yang
disuruh. Insan diberikan kebebasan untuk memilih.

Jin dan manusia ada aqal. Manusia berasal dari tanah. Kita berasal dari tanah
kering/tanah liat. Nabi Adam diciptakan dari tanah. Manusia berasal dari tanah. Iblis
ada makhluk yang jahat. Malaikat adalah baik. Dan manusia merupakan khalifah di atas
muka bumi.

Kesombongan adalah bahaya. Jin dan manusia banyak mendapat nikmat. Makanan jin
adalah tulang2/najis2 haiwan. Kita kena bersangka baik kepada Allah S.W.T. Kena
sentiasa berharap dari Allah S.W.T. Wassalam.

Anda mungkin juga menyukai