Anda di halaman 1dari 3

MAJLIS PENUTUPAN KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG PENDIDIKAN KHAS KALI KE 14 TAHUN 2013 Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia

Tuan Haji Kasim bin Mohamed, Pengarah Pelajaran Negeri Melaka, diiringi dif-dif kehormat, ke pentas utama. (music gamelan) Kejohanan Balapan dan Padang Pendidikan Khas kali ke-14 tahun 2013 pada hari ini dimulakan dengan perbarisan masuk kontinjen dari setiap zon yang bertanding. (senarai perbarisan mengikut zon) Seterusnya, mari kita sama-sama saksikan persembahan daripada anak-anak cilik pendidikan khas SK Bukit Rambai. Dipersilakan. *************************************************************************** Assalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh Salam sejahtera, salam perpaduan, salam 1 Malaysia, salam Melaka Maju Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau, salam Melaka Maju 751 tahun. (Salutasi) Yang Berbahagia, Tuan Haji Kasim bin Mohamed, Pengarah Pelajaran Negeri Melaka Yang Berusaha Tuan Haji Zubir bin Md Nor, Ketua Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas Negeri Melaka Yang Berusaha Encik Md Yusof bin Baba, Guru Besar SK Kampong Gelam, selaku Pengerusi Pengelola Kejohanan Balapan dan Padang Pendidikan Khas 2013 Encik Aziz bin Md Lani, Ketua Unit Pendidikan Khas JPNM Encik Yahya bin Md Tap, Penolong Pengarah Pendidikan Khas JPNM Barisan jawatankuasa pelaksana, pegawai-pegawai teknikal, pengurus pasukan, guru-guru pengiring, para peserta, serta hadirin hadirat yang dimuliakan. Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya jua maka kita diberikan kecergasan fizikal dan mental untuk sama-sama memeriahkan Kejohanan Balapan dan padang Pendidikan Khas kali ke 14 tahun 2013. Untuk makluman Tuan Pengarah serta hadirin, kejohanan pada kali ini adalah dibawah kelolaan bersama SK Kampung Gelam, SK Malim, dan SMK Kampung Gelam, dari Zon Tanjong.

Anak muda mengalun qasidah Tiada kekok tampil ke depan Pembuka kata berlalu sudah Mari kita mendengar ucapan Meneruskan acara, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Encik Yusof bin Baba, Pengerusi Pengelola Kejohanan, untuk menyampaikan ucapan. Majlis mempersilakan. Majlis merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Encik Yusof bin Baba, atas ucapan aluan sebentar tadi. Hadirin sekalian, Jalan lengkok redup berkalis Damba pedoman menyongsong arah Ucapan Tuan merasmi majlis Tanda kejohanan berlangsung meriah Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berbahagia Tuan Haji Kasim bin Mohamed, Pengarah Pelajaran Negeri Melaka untuk memberikan ucapan, seterusnya merasmikan penutupan Kejohanan Balapan dan padang Pendidikan Khas kali ke 14 tahun 2013. Dengan segala hormatnya dipersilakan. Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia Tuan Pengarah, atas perasmian penutup sebentar tadi. Hadirin dan hadirat sekalian, Majlis kita pada hari ini diteruskan dengan upacara penyampaian hadiah dan pengumuman juara keseluruhan Kejohanan Balapan dan Padang Pendidikan Khas Kali ke-14 bagi tahun 2013 yang akan membawa pulang Piala Pusingan Kejohanan Balapan dan Padang Pendidikan Khas 2013. Untuk itu, majlis dengan penuh takzimnya menjemput Tuan Ketua Sektor, Tuan Haji Zubir bin Md Nor, bersama Pengerusi Pengelola Kejohanan, En Yusof bin Baba, untuk mengiringi Tuan Pengarah Pelajaran Negeri Melaka, Tuan Haji Kasim bin Mohamed untuk menyempurnakan upacara ini. Dipersilakan. (Senarai pemenang : no acara 339/340/341/342; olahragawan/olahragawati; atlet muda harapan LELAKI/ atlet muda harapan PEREMPUAN; Anugerah Perbarisan Terbaik; Johan Keseluruhan Kejohanan)

Seterusnya majlis mempersilakan ______________________________________ untuk menyampaikan cenderamata kepada _______________________________ Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berbahagia Tuan Pengarah Pelajaran Negeri Melaka serta semua dif kehormat atas kesudian hadir memeriahkan majlis kita pada hari ini. Setiap permulaan pasti ada pengakhiran ini, Kejohanan Balapan dan Padang Pendidikan Khas Kali ke-14 bagi tahun 2013, kini sampai dipenghujungnya. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta yang telah berjaya mempamerkan semangat kesukanan yang tinggi. Pihak majlis juga mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat atas kerjasama padu, sumbangan tenaga dan sokongan besar dalam memastikan acara kita dapat dilangsungkan dengan jayanya. Akhir kalam, majulah sukan untuk Pendidikan Khas Malaysia! Sekian, Wassalamualakum wbt. Majlis dengan ini mempersilakan Tuan Pengarah serta semua tetamu kehormat untuk ke meja jamuan menikmati hidangan yang telah disediakan. Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai