Anda di halaman 1dari 17

Bacaan sebelum berwudhu'

Maksudnya: "Dengan nama Allah".

Bacaan selepas berwudhu'

Maksudnya: "Aku mengaku bahawasanya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah Yang Maha Esa, Yang tiada sekutu bagiNya dan aku mengaku bahawasaya Nabi Muhammad itu hambaNya dan pesuruhNya.

Doa qunut solat witir

Maksudnya: Wahai Tuhanku, tunjukilah aku bersama mereka yang telah Engkau tunjukkan dan sihatkanlah aku bersama mereka yang telah Engkau sihatkan dan uruskanlah aku bersama orang yang telah Engkau uruskan dan berkatilah aku pada nikmat yang telah Engkau kurniakan dan hindarilah aku daripada sebarang kejahatan yang telah Engkau tetapkan, maka sesungguhnya Engkaulah penghukum dan tidaklah dihukumkan ke atas Engkau. Sesungguhnya tidak akan hina orang yang Engkau telah muliakan dan tidak akan mulia orang yang telah Engkau hinakan. Maka Berkat Engkau wahai Tuhan kami dan Maha Tinggi.

Doa untuk memudahkan sebarang urusan

Maksudnya:

Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali sesuatu yang Engkau permudahkan, Engkau menjadikan kedukaan itu mudah sekiranya Engkau kehendaki.

Doa ringkas selepas solat

Maksudnya: Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya. Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman. Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kesihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil. Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik. Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia. Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka. Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga

dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.
DO'A SELEPAS SEMBAHYANG

Bismilla hirrahma nirrahimm Alhamdulillahi rabbil 'alamin. Allahumma solli wasallim 'ala saiyidina Muhammadiw wala alihi wasahbihi ajma'in. Allahuma inna nas alukal 'afwa wal 'afiah, wal mu 'aafatad da imah, fiddini waddun ya wal akhirah. Allahumma ahsin 'aqibatana fil umuri kulliha, waajirna min khizyid dunya wa'azabil akhirah. Allahumma inna nas aluka minal khairi kullihi 'ajilihi waajilihi, maalimna minhu wama lam na'lam. Waanuzubika minas syarri kullihi, 'ajilihi wa ajilihi, ma alimna minhu wama lam na'alam. Rabbana atina fiddunya hasanataw wafil akhirati hasanataw waqina 'azabannar.

Wasalallahu 'ala saiyidina Muhammadiw wa 'ala alihi wasahbihi wassalam.

Maksudnya: Dengan nama Allah yang Pemurah dan Penyayang Segala Puji bagi Allah Tuhan Seru Sekelian alam. Ya Allah, kurniakanlah rahmat dan sejahtera atas penghulu kami Muhammad serta keluarga dan sahabatnya. Ya Allah, kami pohon kepadamMu kemaafan dan afiat, kesejahteraan selamanya dalam agama, dunia dan akhirat. Ya Allah, baikanlah kesudahan kami pada segala perkara dan jauhkanlah kami dari kehinaan dunia serta siksa akhirat. Ya Allah, kami mohon padaMu segala kebaikan samada lambat atau cepat, yang kami ketahui dan tidak kami ketahui. Dan kami berlindung kepadaMu dari segala bahaya samada lambat atau cepat yang kami ketahui atau tidak kami ketahui. Ya Tuhan Kami, kurniakanlah kepada kami kebajikan di dunia dan akhirat serta jauhilah kami dari siksa neraka. Dan Allah, limpahkanlah rahmat serta sejahtarakanlah junjungan kami Muhammad, keluarga serta sahabat-sahabat Baginda.

Doa selepas solat

Ertinya: Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang segala puji bagi Allah Tuhan Pentadbir seluruh alam. Pujian yang melengkapi nikmat-Nya, dan pujian yang menambahkan kelebihan-Nya, wahai Tuhan kami, bagiMu segala puja-puji sebagaimana patut kerana kebesaran zatMu dan agung kekuasaanMu

Ertinya: Ya Allah! Tolonglah kami supaya ingat kepadaMu, syukur kepadaMu dan elok ibadah kepadaMu.

Ertinya: Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari kesusahan dan kedukaan. Aku berlindung kepadaMu dari lemah kemahuan dan kemalasan.Aku berlindung kepadaMu dari sifat pengecut dan bakhil. Dan aku berlindung kepadaMu dari banyak hutang dan kezaliman manusia.

Ertinya: Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, segala puji adalah semata-mata untuk Allah, Tuhan Pemerintah alam. Selawat dan salam adalah untuk junjungan besar semulia-mulia Nabi dan Rasul dan begitu juga ke atas keluarga serta sahabat baginda kesemuanya. Ya Allah! Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami memohon supaya Engkau memelihara kami. KepadaMulah kami

pertaruh agama kami. Ahli keluarga kami, harta-harta kami. Ya Allah, jadikanlah kami dan mereka itu di dalam pemeliharaan, perlindungan, keamanan dan penjagaanMu daripada semua syaitan, dan yang mempunyai mata yang mempunyai kedengkian dan yang mempunyai kejahatan. Sesungguhnya Engkau di atas tiap-tiap sesuatu itu Maha Berkuasa.

Ertinya: Ya Allah! Perbaikilah perdamaian kami dan lembutkan antara hati-hati kami dan tunjukkan kami jalan keselamatan dan lepaskan kami daripada kegelapan kepada cahaya dan jauhkan kami daripada sebarang kejahatan samada yang terang atau yang tersembunyi. Ya Allah, berkatilah pada pendengaran dan penglihatan kami dan hati-hati kami dan isteri kami dan keturunan kami dan berilah kami taubat, sesungguhnya Engkau Maha Memberi taubat lagi Maha Penyayang dan jadikanlah kami syukur di atas nikmat-nikmatMu, memuji dengan nikmat pemberianMu menerima dengan pemberian akan nikmatMu dan sempurnakan nikmatMu ke atas kami.

Ertinya : Ya Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebajikan dunia dan kebajikan di akhirat dan pelihara kami daripada azab neraka. Rahmat Allah ke atas penghulu kita, Nabi Muhammad (S.A.W) ke atas keluarga dan para sahabat semuanya. Maha Suci Tuhanmu, Tuhan yang mempunyai sifat kemuliaan daripada apa yang mereka gambarkan. Dan, kesejahteraan ke atas segala Rasul dan segala puji semata-mata untuk Allah yang memerintah sekelian alam. Sumber: http://nurjeehan.wordpress.com/2007/02/15/doa-selepas-solat/ RUKUN SOLAT/SEMBAHYANG Syarat dan Rukun Sembahyang
Syarat mengerjakan sembahyang mestilah memenuhi dan mematuhi segala rukun sembahyang itu dan jika salah satu syarat itu tidak dilaksanakan maka sembahyang itu tidaklah sah: 1. Orang Islam. 2. Menghadap arah Kiblat 3. Suci dari Haidh, Nifas dan Junub. 4. Akil baligh 5. Berakal. 6. Melihat atau mendengar. 7. Jaga (tidak tidur) 8. Sudah masuk waktu sembahyang.

Syarat Sah Sembahyang


Syarat-syarat sah sembahyang ialah: 1. Sesudah masuk waktu sembahyang. 2. Menghadap ke arah Kiblat. 3. Suci dari hadas kecil dan hadas besar (sudah berwuduk dan sudah mandi wajib jika ada sebabnya). 4. Suci pakaian, tempat dan badan dari najis. 5. Menutup Aurat, menutupi tubuh dengan pakaian sekurangkurangnya dari pusat ke lutut (lelaki). Menutup semua badan kecuali dua tapak tangan dan muka (perempuan). Berpakaianlah dengan pakaian yang bersih sempurna dan indah kerana kita akan menyembah Allah.

Rukun Sembahyang
Perkara yang mesti dilakukan dalam sembahyang. 1. BERDIRI BETUL, jika tidak mampu boleh dengan duduk jika tidak mampu juga boleh sembahyang dalam keadaan berbaring. 2. NIAT, dilafazkan sewaktu mengangkat takbiratul ihram. 3. TAKBIRATUL IHRAM, mengucapkan perkataan Allahu Akbar.

4. MEMBACA SURAH AL-FATIHAH, bermula dengan bacaan Bismillah... hinggalah Waladhaallin. 5. RUKUK DENGAN THUMAKNINAH, membongkok 90 darjah. 6. IKTIDAL DENGAN THUMAKNKNAH, berdiri betul selapas rukuk. 7. SUJUD DUA KALI DENGAN THUMAKNINAH, membongkok sehingga dahi berada diparas lantai. 8. DUDUK ANTARA DUA SUJUD DENGAN THUMAKNINAH, duduk sebentar selepas sujud yang pertama. 9. DUDUK BAGI TAHAIYAT AKHIR. 10. MEMBACA TAHAIYAT AKHIR. 11. MEMBACA SELAWAT, membaca selawat keatas junjungan Nabi Muhammad s.a.w. 12. MEMBERI SALAM, memalingkan muka kearah kanan dan memberi salam dan diikuti pula sebelah kiri juga dengan salam. 13. TERTIB, mengikut aturan, turutan atau urutan seperti yang dahulu didahulukan dan yang kemudian dikemudiankan. Perkara lain yang dilakukan dalam sembahyang dari rukun ini dinamakan sunat.

Perkara Yang Membatalkan Sembahyang


Ertinya tidak Sah Sembahyang serta terbatal jika perlakuan ini dan perlu dibuat semula, yang membatalkan sembahyang ialah: 1. Batal Wuduk. 2. Makan dan Minum dengan sengaja walaupun seteguk air atau sebiji nasi sekalipun (sisa makanan di dalam mulut). 3. Terbuka Aurat. 4. Melangkah, tiga langkah berturut-turut. 5. Terdapat najis di badan , pakaian atau tempat sembahyang. 6. Tertawa Terbahak-bahak. 7. Bercakap, berkata-kata dengan sengaja. 8. Berubah Niat. 9. Mendahulu Imam sampai dua rukun. 10. Meninggalkan rukun Sembahyang. (*THUMAKNINAH - berhenti seketika dalam waktu lebih lama).

7 PERINGKAT SOLAT 7 PERINGKAT SOLAT Apakah sembahyang yang kita lakukan sejak baligh sehingga ke hari ini diterima Allah? Pernahkan kita menganalisa, sejauh manakah kita khusyuk di dalam sembahyang, kerana khusyuk merupakan salah satu syarat untuk sembahyang itu diterma Allah. Bagi orang-orang yang soleh dan solehah, mereka sangat mengambil berat tentang sembahyang. Sekiranya pekerjaan seharian terganggu, atau tiada kelancaran semasa bekerja,

perkara pertama yang dilakukan ialah memeriksa semula sejauh mana khusyuknya mereka dalam sembahyang. Ini adalah kerana sembahyang merupakan hubungan manusia dengan Allah. Sekiranya hubungan dengan Allah pun tidak selesai, dengan manusia tentunya lebih susah lagi. Seterusnya, ketaatan kepada pemimpin tidak akan berlaku sekiranya tiada ketaatan kepada Tuhan. Sembahyang perlu dinilai dari segi berjemaah atau tidak, tepat pada waktunya ataupun tidak, khusyuk atau tidak dan kelurusan saf di dalam sembahyang. Untuk menilai sembahyang kita, mari kita bersama-sama meneliti peringkat-peringkat sembahyang berikut. Dalam golongan manakah kita dikategorikan. Sembahyang Orang Jahil Sembahyang seseorang yang tidak faham tentang rukun sembahyang, syarat wajib sembahyang, syarat sah sembahyang, persoalan suci dari hadas kecil dan hadas besar dan sebagainya. Sekalipun sembahyang itu kemas, tepat pada waktunya dan berjemaah, tetap tertolak kerana dilakukan tanpa ada ilmu. Sembahyang Orang Lalai Pada zahirnya adalah lengkap. Ini kerana sebelum sembahyang itu dikerjakan, ilmu mengenainya sudah dipelajari. Bacaan dalam sembahyang dijaga betul. Tapi fikiran orang orang yang bersembahyang itu melayang, memikirkan perkara lain, tidak menghayati sembahyangnya. Sedangkan khusyuk dalam sembahyang merangkumi khusyuk, akal, hati dan perbuatan. Golongan inilah yang dikatakan lalai di dalam sembahyang sepertimana firman Allah: "Sebab itu, celakalah bagi orang-orang yang bersembahyang dan mereka lalai dari sembahyangnya." Surah Al-Ma'un, Ayat 3 dan 4. Mereka ini akan Allah masukkan ke dalam Neraka Wail. Sembahyang Kerana Selain Allah Sembahyang yang dilakukan kerana adat dan budaya. Mungkin seseorang itu lahir dalam suasana Islam. Sejak kecil dia melihat orang sekelilingnya sembahyang, lantas dia pun sembahyang. Ini bermakna sembahyangnya bukan kerana syariat tapi kerana takut dimarahi ibu bapa, takut tersisih dan sebagainya. Sembahyang bagi golongan ini juga tertolak. Sembahyang Peringkat Mujahadah Golongan yang sembahyangnya diperingkat ini pula, mereka memiliki ilmu tentang sembahyang dan berusaha menghayati sembahyangnya. Mereka ada kesungguhan tetapi jiwa tidak hidup. akal sudah berperanan, tetapi hati belum dapat dibawa bersama di dalam sembahyangnya. Bahkan di dalam sembahyang, mereka bermujahadah untuk mendapatkan rasa khusyuk. Allah sayang pada orang yang bermujahadah. Allah menerima sembahyang golongan ini setakat yang mereka khusyuk sahaja. Walau bagaimanapun, mereka masih belum tentu selamat. Terpulanglah kepada Allah menentukannya. Kalau dengan rahmat Allah, Dia hendak mengampunkan dosa hambaNya, Dia ampunkan. Kalau Dia hendak siksa pun, itu adalah hakNya sebagai Tuhan. Sembahyang Orang Soleh Diperingkat sembahyang ini, akal fikiran sudah boleh ditumpukan supaya khusyuk kepada Tuhan di dalam sembahyangnya tetapi jiwa dan hati belum sepenuhnya dikawal. Akal sudah boleh disibukkan dengan mengingatkan makna-makna bacaan dan pergerakan sembahyang. Golongan ini sudah tidak lalai dalam sembahyang. Untuk sembahyang kita diterima, kita sekurang-kurangnya berada diperingkat ini. Ia peringkat paling minimum. Sembahyang Para Wali

Di peringkat sembahyang para wali, akal, hati dan fizikal telah dapat dikawal. Golongan ini sudah dapat menghayati sembahyang. Apabila menyebut Alhamdulillah, hati terasa bersyukur dan akal memahaminya. Bila berdiri tegak, dia dapat merasakan bahawa dirinya sedang menghadap Tuhan. Bila bertasbih, terasa dirinya kerdil dan hina di hadapan Tuhan yang Maha Agung. Bila berdoa, hati sentiasa rasa mengharap. Sembahyang beginilah yang melahirkan rasa kehambaan. Bahkan dapat merasakan kelazatan di dalam sembahyang. 1. Sembahyang Para Nabi-nabi dan Rasul-rasul Golongan ini terlalu khusyuk sembahyangnya, dengan lain perkataan 'fana' dengan Allah. Roh mereka sampai ke alam yang tinggi. Sifat-sifat Allah dihayati sungguhsungguh. Bahkan mereka boleh sampai ke alam malakut. Begitulah di antara beberapa peringkat sembahyang yang boleh kita kategorikan. Sembahyang yang dapat dihayati sungguh-sungguh akan dapat memberikan kesan kepada orang yang melakukannya. Sebaliknya rugilah mereka yang lalai di dalam sembahyang. Sembahyang mereka seperti patuk ayam yang tidak tahu makna apa-apa tentang sembahyangnya.

HADITH 1. Sebesar-besar surah di dalam Al-Quran ialah "Alhamdulillahi Rabbil A'lamin. 2. Fatihatul Kitab (Al-Fatihah) adalah sama dengan dua pertiga Al-Quran. 3. Kecelakaan keatas sesiapa yang membaca Al-Quran tetapi sebaliknya tidak memerhati dan memikirkan maksud serta tujuannya. 4. Sesungguhnya orang yang paling utama diantara kamu ialah orang yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya. 5. Bacalah Al-Quran, kerana ia akan memberi syafa'at kepada orang yang membacanya. 6. Solat Dhuha berkhasiat mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran 7. Tidak akan masuk syurga sesiapa yang memutuskan tali silaturrahim. 8. Berdoalah kepada Allah dan yakin akan termakbul doa itu. 9. Ketahuilah bahawa Allah tidak akan mengabulkan doa orang yang lalai dan mainmain. 10. Mimpi seorang mukmin itu adalah sebahagian dari 40 bahagian kenabian. 11. Sesungguhnya Allah itu tunggal. Dia suka pada yang ganjil, maka kerjakanlah solat witir wahai Ahlil Quran. 12. Jika fajar telah terbit, maka tidak ada solat kecuali dua rakaat yang ringan. 13. Solat dua rakaat sebelum solat subuh lebih baik ganjarannya daripada dunia dan semua yang ada di dalamnya. 14. Siapa tetap mengerjakan empat rakaat sebelum dan empat rakaat sesudah solat zohor, Allah akan mengharamkannya dari api neraka. 15. Allah akan memberi rahmat kepada orang yang solat sunat empat rakaat sebelum asar. 16. Di antara tiap-tiap azan dan iqamah ada solat sunatnya. 17. Sesungguhnya Allah tidak melihat rupa bentuk kamu, pangkat kamu, tetapi Dia

melihat hati kamu dan amal kamu. 18. Hendaklah kamu menyembah Allah seolah-olah kamu melihatNya jika tidak hendaklah kamu merasakan bahawa Allah melihat kamu. 19. Sesiapa yang lupa mengerjakan solat atau tertidur daripada mengerjakannya, maka penebusnya hendaklah dia melakukannya apabila teringat akan solat yang tertinggal itu. 20. Sesungguhnya yang membezakan antara seorang lelaki Muslim dengan syirik dan kufur ialah meninggalkan solat. 21. Tiada ertinya solat bagi orang yang berjiran dengan masjid kecuali di masjid. 22. Janganlah kamu larang wanita-wanita ke masjid, tetapi rumah mereka adalah lebih baik bagi mereka untuk beribadah. 23. Jika seseorang itu meninggal dunia dengan beriman, maka dia mati dengan keredhaan Allah. 24. Sesiapa yang mempunyai rambut, maka hendaklah memuliakannya. 25. Allah melaknat kaum perempuan yang menyerupai kamu lelaki dan sebaliknya kaum lelaki yang menyerupai kaum perempuan. 26. Allah melaknat orang yang memakai rambut palsu dan orang yang meminta dipakaikan rambut palsu 27. Apabila anda masuk ke tempat tidur hendaklah baring, berwudhuklah sebagaimana wudhuk untuk solat. 28. Apabila seseorang antara kamu telah bersetubuh dengan isterinya kemudian ingin mengulangi semula, maka hendaklah dia berwudhuk. 29. Berwudhuklah kamu kerana makan makanan yang disentuh api. 30. Bersugi itu membersihkan mulut, mendapatkan keredhaan Ilahi dan mencerahkan mata. 31. Lakukanlah solat sebagaimana kamu lihat aku solat 32. Orang yang telah bertaubat daripada dosa itu nescaya dirinya bersih seperti orang yang tidak mempunyai dosa. 33. Akhlak buruk itu merosakkan amal sebagaimana cuka merosakkan madu. 34. Solat itu mi'raj bagi seorang mukmin. 35. Kebersihan itu sebahagian daripada iman. 36. Jika fajar telah terbit, maka tidak ada solat kecuali dua rakaat yang ringan. 37. Solat dua rakaat sebelum solat subuh lebih baik daripada dunia dan semua yang ada di dalamnya. 38. Siapa tetap mengerjakan empat rakaat sebelum dan empat rakaat sesudah solat zohor, Allah akan mengharamkannya dari api neraka. 39. Allah akan memberi rahmat kepada orang yang solat sunat empat rakaat sebelum asar. 40. Di antara tiap-tiap azan dan iqamah ada solat sunatnya. 41. Tidak akan kecewa bagi siapa yang beristikharah. 42. Tidak akan menyesal bagi siapa yang suka berunding. 43. Tidak akan kesempitan bagi siapa yang berjimat. 44. Siapa kekal mengerjakan solat Dhuha tiap hari, diampuni dosanya walaupun sebanyak buih di laut. 45. Solat Dhuha berkhasiat mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran

46. Islam dibina atas lima perkara: Menyembah Allah dan mengkafiri lainNya, mendirikan solat, membayar zakat, haji ke Mekah dan Puasa Ramadhan. 47. Barangsiapa mati dalam keadaan dia yakin bahawa tidak ada Tuhan selain Allah, maka dia masuk syurga. 48. Belum sempurna iman seseorang sebelum dia mencintai bagi saudaranya atau bagi jirannya, apa yang dicintainya untuk dirinya sendiri. 49. Tidak akan dapat masuk syurga, orang yang tidak membuat jirannya merasa aman dari perangainya yang tidak senonoh. 50. Tanda-tanda orang munafik ada tiga: Apabila berbicara dia dusta, apabila berjanji dia mungkir, apabila dipercayai ia khianati. Sumber diambil dari Terjemahan Hadis Shahih Muslim terbitan KLANG BOOK CENTER

ZIKIR HARIAN

Berikut adalah amalan zikir yang patut diamalkan oleh setiap muslim pada setiap hari.

HARI ISNIN

BACAAN

SELASA

RABU

KHAMIS

JUMAAT SABTU

AHAD

PETUA KHUSYUK

Sebenarnya khusyuk dalam Solat adalah sangat-sangat dituntut seperti Firman Allah s.w.t yang bermaksud Telah berjayalah orang-orang yang beriman iaitu orang-orang yang khusyuk dalam sembahyangnya[Surah Al-Mukminun : ayat 1-2]. Firman-Nya lagi "Peliharalah segala sembahyangmu dan peliharalah sembahyang utama (Asar, Subuh) dan berdirilah untuk Allah (melalui solatmu) dengan khusyuk" [Surah Al-Baqarah : ayat 238] dan ketahuilah, solat adalah

ibadah utama yang akan dihisab terlebih dahulu di akhirat oleh Allah SWT, berbanding dengan amalan-amalan yang lain. Sekiranya solat seseorang itu dalam keadaan sempurna, maka barulah dihitung pula amalan yang lain.Firman Allah lagi yang bermaksud : "Maka kecelakaanlah bagi orang-orang solat, (iaitu) orangorang yang lalai dari solatnya." [Surah Al-Ma'un : ayat 4-5] Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud "Berapa banyak orang yang mendirikan solat, tetapi yang di perolehi hanya penat dan letih, kerana mereka itu lalai dalam sembahyangnya." Nabi s.a.w bersabda lagi yang bermaksud : "Tidak ada habuan bagi seseorang hamba dalam sembahyangnya kecuali sekadar mana yang ia ingat." Hadis lain dari Rasulullah s.a.w. "Aku selalu mengingati mati dalam sembahyang". serta "Apabila kamu sembahyang anggaplah sembahyang ini sembahyang perpisahan". Yang dikatakan khusyuk itu ialah hati sentiasa hidup, untuk mengekalkan sembahyang yang khusyuk, amalan berikut perlulah diamalkan dan diperhatikan oleh setiap orang yang mengerjakan sembahyang: 1. Menjaga makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain supaya datang dari punca yang halal tanpa syubhah. 2. Agar pemikiran tidak liar, sebelum solat lintaskan kematian seakan-akan amat hampir dengan kita serta solat tersebut merupakan sholat terakhir dan perlulah dijadikan yang terbaik. 3. Mendirikan sembahyang di awal waktu atau pertengahan waktu upaya tidak gopoh apakala masa hampir luput. 4. Membaca dengan baik (Khusnul Qori'ah), berusaha untuk memahami, mengerti bacaan dalam solat termasuk ayat Al-Quran yang dibacakan itu terutama sekali Al Fatihah, gerakan dan maknanya (Tafakhum). Ini kerana bacaan-bacaan dalam solat mengandungi banyak makna yang halus yang patut dimengertikan oleh orang yang melaksanakannya. 5. Rukun-rukun solat dilakukan secara tertib. Berusaha konsentrasi (Khudunul Kolbih), menyedari bahawa Allah memperhatikan sembahyang itu. 6. Rasa Malu (Haya') perasaan malu terhadap Allah s.w.t., rasa takut (Khauf) kepada kekuasaan Allah. 7. Berharap serta yakin (Optimis) Allah menerima solat dan amal kita. 8. Hati diajak hadir/ikut, kehadiran hati dalam solat iaitu mengosongkan hati dari segala urusan yang boleh mengganggu dan yang tidak berkaitan dengan solat. 9.Membesarkan Allah dalam solat, merasakan kehebatan Allah dalam solat.

10. Menggunakan sejadah yang tidak terlalu banyak gambar yang akan menghayalkan pemikiran. 11. Mendirikan sembahyang secara berjemaah. 12. Mengambil wuduk dengan sempurna. 13. Mengurangkan pergerakan anggota-anggota seperti tangan, kaki dan juga Mata ditumpukan kepada tempat sujud dan ketika tasahut melihat anak jari. 14. Azan dan iqamat terlebih dahulu walaupun mendirikan sembahyang bersendirian ataupun sekurang-kurangnya iqamat sahaja. 15. Ditegah bersembahyang dengan pakaian yang ada gambar, berwarna warni, bertulis, lukisan dan lain-lain kerana ia juga membuat orang lain hilang kekhusyukan ketika berjemaah. Walau apapun syarat khusyu yang paling utama ialah kemantapan iman dalam diri terhadap Allah SWT. Oleh sebab itu, berusahalah untuk mengenali Allah dan memperteguhkan keimanan kepadaNya. Sebenarnya, khusyuk di dalam sembahyang bermula dari khusyuk di luar sembahyang. Kalau di luar sembahyang hati tidak khusyuk dengan Allah, memang payah untuk khusyuk di dalam sembahyang. Imam Al-Ghazali menyatakan bahawa orang yang tidak khusyuk solatnya adalah dikira sia-sia belaka, kerana tujuan solat itu selain untuk mengingati Allah SWT, ia juga berfungsi sebagai alat pencegah dari perbuatan keji dan mungkar. Apabila lalai ketika menunaikan solat bererti orang tersebut tidak akan berasa gerun ketika melakukan perkara keji dan mungkar. Menurutnya lagi bahawa solat itu merupakan "munajat" (berdialog dan berbisik) seorang hamba terhadap Tuhannya. Sayidina Ali k.w. boleh khusyuk dalam sembahyangnya hingga waktu orang mencabut panah di betisnya, dia tidak terasa apa-apa. Sayidina Umar Al Khattab pernah berkata, "Khusyuk itu bukan tundukkan kepala, tapi khusyuk itu dalam hati." Kesimpulannya orang-orang yang takut kepada penciptanya dan menyedari ia hanyalah hamba akan patuh apasaja yang diperintahkan dan disampaikan oleh rasul serta akan khusyuk mendapat nikmat solat seperti firman Allah yang bermaksud: "Jadikanlah Sabar dan Solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk. (Yakni) orang-orang yang meyakini, bahawa mereka akan menemui Tuhannya dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya" [Surah Al-Baqarah : ayat 45-46].

Anda mungkin juga menyukai