Anda di halaman 1dari 33

Kebudayaan melayu (Bidang Sosial)

MOHD KHAIRUL FAKRULLAH BIN MOHD NOH MUHAMMAD SYAFIQ BIN MAJID

(PISMP BAHASA MELAYU SEM 7 AMBILAN JANUARI 2010)


PENSYARAH : PUAN NORZAINI BINTI YUSOF

SKOP PERBINCANGAN
Agama Islam, Adat dan Kepercayaan Bahasa Nilai dan Falsafah

AGAMA ISLAM

Islam adalah agama rasmi Malaysia. Menurut

kepada rajah banci 2000, kira-kira 60.4 peratus


daripada populasi Malaysia mengamalkan Islam.

Dalam Perlembagaan Malaysia, seorang Melayu boleh menyerahkan status etniknya jika dia adalah bukan Muslim.

Sebilangan besar perkataan Bahasa Malaysia


mempunyai asal-usul daripada bahasa pilihan agama Islam iaitu bahasa Arab.

Orang Melayu hampir seluruhnya beragama Islam.


Namun demikian, sisa-sisa unsur agama Hindu dan animisme masih dapat dilihat dalam sistem kepercayaan mereka.

Islam tidak dapat menghapuskan seluruh unsur

kepercayaan tersebut. Proses sinkretisme terjadi di


mana unsur kepercayaan sebelum Islam disesuaikan dengan unsur Islam.

Proses ini jelas dapat ditemukan dalam ilmu perubatan Melayu (pengubatan tradisional), dan

dalam beberapa upacara adat seperti perkahwinan.

Hari Raya Aidilfitri (Eid ul-Fitri) merupakan


perayaan yang penting bagi orang Islam di

Malaysia.

Seperti termaktub dalam Perlembagaan Malaysia, orang Malayu semestinya beragama Islam, tidak kira apa warisan etniknya; jika tidak mereka bukan Melayu dari segi undang-undang.

ADAT MELAYU

ADAT
Bangsa Melayu amat terkenal dengan sifat lemah lembut dan sopan santunnya. Kehidupan sehari-hari sangat dipengaruhi oleh persekitaran masyarakatnya. Adat melayu telah menjadi amalan turun-temurun yang diwarisi dari nenek moyang mereka walaupun arus kemodenan telah lama menyerapi kehidupan masyarakat Melayu di negara kita ini.

Pepatah melayu "Biar mati anak, jangan mati adat", merujuk kepada betapa pentingnya adat serta amalannya dalam masyarakat melayu. Terdapat banyak pepatah serta ungkapan yang merujuk kepada perlaksanaan sesuatu adat itu. Kebanyakkan adat adalah juga merupakan peraturan terhadap kehidupan sehari-harian, ia juga dipanggil ritual.

Antara adat-adat yang masih diamalkan termasuklah :

Melenggang Perut Menyambut Kelahiran Berendoi Bercukur Jambul Bersunat Bertindik Berkhatam Al-Quran Menilik atau merisik Meminang dan bertunang Menghantar Belanja dan Akad Nikah Berinai di Pelamin Bersanding Bersalin

MELENGGANG PERUT

Dijalankn ke atas seorang isteri yang telah genap tujuh bulan hamil dan ia bertujuan untuk meletakkan kedudukan bayi di dalam perut di tempat yang sepatutnya, iaitu bahagian kepala di pintu rahim.

Ini penting bagi memudahkan si ibu bersalin dan bayi tidak kelemasan di dalam perut. Maka pada masa itu, bidan akan dipanggil untuk

memeriksa dan menentukan isteri yang hamil itu betul-betul telah


genap tujuh bulan hamil atau belum cukup bulan lagi.

Tangan tok bidan akan memegang satu hujung kain dan dengan

tangannya yang sebelah lagi, dipegangnya hujung yang satu lagi.


Kemudian kain itu diangkatnya sedikit sambil dilenggang-lenggangkan badan ibu itu. Dari sinilah terbitnya panggilan Lenggang Perut itu.

MENYAMBUT KELAHIRAN

Apabila hampir tiba waktu bersalin, persediaan akan diuruskan oleh keluarga berkenaan. Mengikut kebiasaannya kandungan ketika itu

sudah cukup sembilan bulan sepuluh hari.

Tetapi adakalanya tempoh kehamilan boleh mencapai sehingga sepuluh hingga dua belas bulan yang dipanggil bunting kerbau.

Mengikut kepercayaannya juga daun mengkuang berduri akan digantung di bawah rumah dan kapur akan dipangkah pada tempattempat tertentu di dalam rumah wanita yang hendak bersalin tadi bagi mengelakkan gangguan makhluk halus.

Di samping itu juga, terdapat beberapa adat yang perlu dijalankan semasa menyambut kelahiran ini.

ADAT BERENDOI

Semasa adat berendoi, bayi akan diletakkan di dalam buaian dengan menggunakan kain songket atau batik dan dihias indah dengan bunga-bungaan.

Selendang akan diikat di kiri kanan buaian dan ditarik

perlahan-lahan semasa upacara berlangsung.

Ketika itu juga nazam atau marhaban dialunkan oleh sekumpulan lelaki atau wanita. Pada hari ini, masyarakat Melayu menjalankan adat ini serentak dengan adat memberi nama dan adat cukur rambut.

ADAT CUKUR JAMBUL

Lazimnya bayi yang baru lahir akan tanggal pusatnya dalam tempoh seminggu. Pada ketika itu, adat cuci lantai akan diadakan.

Di sesetengah tempat, ia juga dipanggil adat naik buai kerana selagi


bayi itu belum tanggal pusatnya, dia tidak boleh dibuaikan dan akan tidur disamping ibunya. Adat ini seelok-eloknya dilakukan pada hari

Isnin atau Khamis.

Bahan-bahan yang digunakan untuk adat cuci lantai. -Nasi kunyit dan lauk-lauk

-Seekor ayam hidup


-Paku, buah keras, asam, garam dan sirih pinang -Hadiah untuk bidan sepersalinan pakaian

ADAT BERKHATAN

Lazimnya untuk bayi perempuan dilakukan ketika bayi itu masih kecil iaitu beberapa hari selepas dilahirkan. Namun demikian, kebanyakan kanak-kanak perempuan akan menjalani upacara ini sekurang-kurangnya ketika berumur setahun atau lebih.

Adat ini akan dijalankan oleh bidan. Bagi kanak-kanak lelaki,


mereka akan menjalani adat bersunat atau juga dipanggil berkhatan ketika umur mereka dalam lingkungan 8 hingga 12

tahun.

Adat berkhatan akan dijalankan oleh Tok Mudim. Di dalam ajaran Islam, bersunat atau berkhatan adalah wajib kerana

Islam menitikberatkan kesucian lahir dan batin.

ADAT BERTINDIK
Adat Bertindik dahulunya dilakukan dengan mengadakan kenduri kendara di mana tukang tindik cuma perlu menebuk kedua-dua cuping telinga anak perempuan yang berumur antara lima hingga sepuluh tahun dengan menggunakan sejenis daun.

BERKHATAM AL-QURAN
Tujuan asal mengadakan majlis ini untuk bersyukur kerana tamatnya pengajian Al-Quran seseorang pelajar. Majlis berkhatam Al-Quran selain merupakan satu adat yang bercorak agama, ia diadakan bertujuan untuk mengingati jasa seorang murid kepada gurunya. Hadiah bunga telur biasanya diberikan kepada guru tersebut.

MERISIK
Adat ini juga dipanggil meninjau atau menengok. Tujuan adat ini dilakukan adalah untuk memastikan bahawa gadis yang dihajati oleh seorang lelaki itu masih belum berpunya. Wakil lelaki tersebut akan memberikan sebentuk cincin tanya berupa cincin belah rotan dan jika pihak gadis bersetuju mereka akan menetapkan tarikh untuk peminangan.

MEMINANG DAN BERTUNANG

Setelah diketahui bahawa gadis tersebut belum berpunya,

pihak keluarga lelaki akan menetapkan hari untuk


menghantar satu rombongan peminangan.

Urusan peminangan akan dilakukan oleh kaum keluarga

terdekat pihak lelaki. Adat ini dilakukan bagi menyatakan


tujuan mereka yang sebenarnya secara rasmi.

Di samping itu, perbincangan juga akan diadakan berkenaan dengan hantaran dan jumlah rombongan yang akan datang untuk upacara bertunang

AKAD NIKAH

Upacara ini dijalankan selepas segala

perjanjian yang dikenakan kepada pihak


lelaki telah dilaksanakan seperti wang belanja, mas kahwin dan barangan lain sepertimana yang dipersetujui oleh kedua belah pihak.

Akad nikah boleh dilakukan di masjid, di


pejabat kadi atau pun di rumah pengantin perempuan dan dijalankan oleh tok kadi atau

BERINAI
Majlis berinai biasanya diadakan secara berperingkat-

peringkat.

Berinai curi diadakan tiga malam sebelum hari langsung untuk saudara mara terdekat sahaja.

Berinai kecil diadakan dua malam sebelum hari


langsung untuk saudara mara, jiran tetangga dan sahabat handai.

Berinai besar diadakan satu malam sebelum hari langsung atau selepas akad nikah untuk para jemputan

khas daripada pihak lelaki dan pihak perempuan.

BERSANDING

Kedua-dua mempelai akan memakai dengan pakaian

pengantin, lazimnya baju songket dan dihias indah


dengan perhiasannya sekali.

Pengantin lelaki akan diarak dengan paluan kompang

dan diiringi dengan bunga manggar dari rumah


penanggak menuju ke rumah pengantin perempuan.

Pengantin akan bersanding di atas pelamin yang dihias indah dan antara yang terdapat di atas pelamin ialah bunga pahar.

KEPERCAYAAN MELAYU

Bangsa Melayu dahulu banyak meninggalkan pelbagai kepercayaan yang mana dalamnya mengandungi pantang larang, tunjuk ajar yang halus dan nasihat yang berguna kepada anak cucunya yang masih mentah dalam kehidupan harian mereka.

DUDUK ATAS BANTAL


Masyarakat Melayu pantang duduk di atas bantal kerana dipercayai boleh naik bisul. Sebenarnya dilarang berbuat demikian adalah kerana hendak menjaga bantal daripada dipecah atau dikoyak. Tambahan lagi adalah tidak baik benda untuk meletakkan kepala diletakkan di bawah punggung.

BERGENDANG DALAM RUMAH

Mendengar anak cucu mereka bergendang

dalam rumah, seperti memukul dinding, lantai


atau sebagainya, maka dilarang oleh orang tua-tua, dengan berkata "tidak baik bergendang dalam rumah, nanti harta habis dicuri oleh orang.

Larangan ini sebenarnya untuk mengelakkan


bunyi bising di rumah, ataupun mengelakkan barang-barang di dalam rumah boleh rosak.

MENJAHIT DI WAKTU SENJA

Apabila ibu melihat anaknya menjahit atau

menyulam pada waktu senja dengan


segeranya akan berkata, Jangan menjahit

pada waktu senja, nanti mata guru engkau


akan buta.

Pengajaran di sebalik larangan itu adalah untuk menjaga kesihatan mata anak supaya tidak menjadi kabur dan rosak atau jarum

MAKAN DENGAN BEKAS RETAK

Apabila si ibu melihat anaknya makan dengan

menggunakan bekas yang retak atau sumbing,


maka si ibu itu akan melarang dengan berkata, Siapa makan menggunakan bekas yang retak akan dapat isteri atau suami yang telah berkahwin dua atau tiga.

Nasihat ini sebenarnya untuk mengelakkan


supaya anaknya tidak terkena luka dari bekas yang digunakan itu

MENYANYI DI DAPUR

Seseorang anak gadis yang suka bersiul dan

bernyanyi ketika memasak dikatakan akan


mendapat suami tua.

Larangan ini bertujuan mengelakkan berlakunya kecelakaan supaya sebarang kerja di dapur mesti dibuat dengan sempurna

dan tambahan pula adalah tidak manis


sekiranya anak gadis bersiul dan bernyanyi di dapur.

BAHASA
Pada asalnya ditutur dalam bahasa yang sama iaitu Melayu Proto tapi disebabkan jarak maka bahasa Melayu Proto mengalami perubahan mengikut tempat masing-masing Pengaruh Hindu membawa bahasa Sanskrit iaitu bahasa kitab Veda dan bahasa kaum bangsawan

Berasal daripada rumpun bahasa bahasa Austronesia (Nusantara)

Penulisan huruf kawi dan Nagari (Hindu) dan penulisan huruf Jawi (Islam)

Selepas kedatangan Islam, bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi

NILAI
Nilai dalam masyarakat Melayu mengalami proses difusi dan akultrasi.
Nilai banyak dipengaruhi oleh ajaran Islam

Penyampaian nilai-nilai sosial itu dapat dilakukan dengan berkesan melalui unsurunsur hiburan dan mainan

Nilai yang paling sinonim dengan masyarakat Melayu ialah nilai berbudi bahasa.

Nilai rendah diri Nilai pemurah Nilai kebenaran

Nilai kesabaran Nilai ketekunan Nilai tolongmenolong

Nilai pegang janji Menghormati orang lebih tua Nilai mentaati raja

Nilai berhatihati

Nilai perpaduan

Nilai mematuhi adat

FALSAFAH

Falsafah ialah satu disiplin ilmiah yang mengusahakan kebenaran yang umum dan asas

berfalsafah ialah mencari kebenaran dari kebenaran untuk kebenaran, tentang segala sesuatu yang dimasalahkan, dengan berfikir secara radikal, sistematik dan sejagat

Anda mungkin juga menyukai