Anda di halaman 1dari 32

Peranan Guru Biasa Sebagai Guru Pembimbing

1) Menolong murid membuat penyesuaian dalam peribadi sosial emosi akademik perkembangan mental dan akhlak. 2) Menolong murid dalam pelajaran mereka

Memperkenalkan sistem pendidikan Matlamat pelajaran Cara belajar Situasi persekitaran Peraturan sekolah Kepentingan mata-mata pelajaran

3) Menyediakan perancangan persekolahan sesuai dengan kebolehan , minat dan perkembangan masing-masing. 4) Memberi kesedaran kepada murid di peringkat awal lagi tentang kepentingan pelajaran. 5) Menolong murid dalam proses menyelesaikan maslah pembelajaran. 6) Menolong murid dalam membuat keputusan yang rasional. 7) Menolong murid membuat tabiat kerja yang baik menghargai kerja dan membina sifat-sifat personality yang sempurna. 8) Bekerjasama dengan ibu bapa dalam mengawasi perkembangan pelajar. 9) Mengisi KOD 001(rekod persekolahan) dan Kod 002 (rekod peribadi) 10) Bekerjasama dengan mengendalikan program. guru bimbingan dan kaunseling dalam

11) Merujuk kepada guru bimbingan dan kaunseling di sekolah.

12) Merujuk kepada guru bimbingan dan kaunseling tentang murid yang memerlukan pertolongan profesional.

Konsep Guru Biasa & Guru Bimbingan


KONSEP GURU BIASA Guru biasa ialah guru yang tidak mendapat latihan khusus dalam bimbingan dan kaunseling Seperti : -Guru mata pelajaran akademik. -Guru non akademik Guru yang mendapat latihan khusus dalam bidang Bimbingan dan Kaunseling.

KONSEP GURU BIMBINGAN

http://bimbingandankaunselingipg.blogspot.com/2010/01/peranan-guru-biasa-sebagai-guru.html

Salam semua pembaca blog yg entah apa2 ni.. hihiks :) ader ke pembaca ? ;p whatever..! yg penting saya bahagia menulis!

Bertugas sebagai guru.. memang best! nikmat.. susah nak digambarkan dengan kata-kata.. saya suka jadi cikgu... Kalo ada cikgu2 yang rasa bosan bertugas sebagai guru tu... tak tau la nak cakap apa... baik tukar profession segera.. tak baik paksa diri.. :) tp, bagi saya.. saya seronok jadi cikgu... dah 2 tahun kot pengalaman.. termasuk semasa zaman2 jadi GSTT dulu.. :) mcm2 orang saya dah jumpa.... mcm2 perangai students yang saya lihat...! Mcm mana nak handle masalah, semua dah saya pelajari...! Memang tension masa mula-mula .. tp sentiasa ingatkan hati, semua itu akan mengajar dan memberi kita PENGALAMAN!!!! Pergi mana-mana pun... ada saja yang menegur... agaknya sapa2 jadi cikgu ni... senang nak tengok gaya dan personaliti.... Melalui butir percakapan pun orang ramai boleh agak dah.. "dia ni mesti cikgu niiii...." .. kan best tu..!! :) Rasa cam glemer la plak kan.... kekekekeke :) Itu sebagai guru biasa... Bagaimana pula kalau guru yang merangkap kaunselor??????? atau guru kaunseling? (sigh) **

Pada waktu ini, saya sepatutnya sedang sibuk menghias bilik kaunseling saya.. Sama seperti rakan-rakan seperjuangan yang lain.. Mengemaskini fail pengurusan kaunseling, mengecat bilik... mencantikkan bilik untuk pertandingan bilik kaunseling .. atau mungkin sibuk dengan Pertandingan Model Kerjaya atau menguruskan program-program untuk sekolah... Tapi, malangnya semua itu terpaksa saya lupakan... ! Kerana saya bukan kaunselor sepenuh masa... Cemburu ! ya.. saya jeles dengan kawan2 yang jadi kaunselor sepenuh masa.. Sepatutnya sekarang, saya bersama-sama mereka.. bertukar idea, bertukar2 kertas kerja program dan bersembang mengenai program-program.. Itu cita2 saya... saya nak jadi KAUNSELOR sepenuh masa! :( Kenapa seronok jadi kaunselor??? Sebab... kaunseling ni sesuatu yang unik... Kaunselor adalah orang yang dipercayai oleh orang lain... Kaunselor banyak simpan rahsia!!! Betapa pentingnya peranan kaunselor dalam kehidupan kita... Kaunselor menjadi bahu dan telinga bagi klien-klien yang memerlukan moral support.. dan pemberi semangat kepada mereka yang hilang semangat! Kaunselor memberi jalan terbaik kepada setiap masalah... Kaunselor tidak menyelesaikan masalah. Masalah diselesaikan oleh klien sendiri. Kaunselor hanya membimbing dan memberi cadangan jalan yang terbaik...

KERAHSIAAN..

bukan semua orang boleh menjaga rahsia dengan baik..!! Seorang kaunselor harus pegang etika kaunseling.. Segalanya rahsia.. antara dia dan klien saja yang tahu..! Bukan mudah untuk menjaga rahsia.. Kadangkala iman diuji... tapi, seorang kaunselor yang baik... tidak akan mendedahkan segalanya! Bukan mudah untuk orang menceritakan masalah mereka dengan orang yang kurang dikenali.. tetapi, jika kaunselor pandai main peranan, tak mustahil klien akan sudi menceritakan masalahnya... Best kan jadi kaunselor!!!!! RINDUNYA... rindu nak bersesi kaunseling!!!!!!!!

Whatever! sekarang semua berjalan dengan baik...!!! Saya gembira dan bahagia di tempat posting pertama saya!!! :) Seorang kawan baik yang juga seorang kaunselor dapat merasakan betapa gembiranya kehidupan saya melalui gambar yang saya upload! Kaunselor yang hebat! good luck utk beliau yang sedang sibuk menghias bilik kaunseling utk Pertandingan Bilik Kaunseling!! Saya yakin dia mampu melakukannya!!! Good luck sahabatku!!!

http://greatteacheronboard.blogspot.com/2010/10/guru-biasa-vs-kaunselor.html http://eprints.usm.my/8856/1/AMALAN_NILAI_MURNI_DI_KALANGAN_GURU_BIMBINGAN_DAN_KAU NSELING_DALAM_PERKHIDMATAN_BIMBINGAN_DAN_KAUNSELING_SEKOLAH_MENENGAH.pdf

UNIT 1 : KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING 1 Written by Angriani DEFINISI BIMBINGAN

Perbuatan membimbing, memberi petunjuk, mengajar sehingga selesai sesuatu kerja atau tugas. (DBP) Suatu proses yang membantu individu memahami diri mereka dan dunia mereka. (Suradi Salim, 1996) Suatu proses untuk membantu individu memahami dirinya dan dunia di sekelilingnya supaya ia boleh menggunakan kebolehan, keupayaan dan bakat yang ada dengan sepenuhnya. (Suradi Salim, 1996) Bimbingan merupakan sebahagian daripada proses menolong. Ia melibatkan usaha memberi arahan secara teratur dan mengandungi maklumat sesuai bagi menentukan matlamat seseorang tercapai. Lazimnya bimbingan melibatkan perkara-perkara yang menentukan perkembangan seseorang itu.

Fokus utama bimbingan ialah pencegahan masalah sementara ia masih boleh dikawal. Perjalar atau individu yang ingin mengikuti bimbingan perlu hadir secara sukarela. Proses bimbingan perlu dilaksanakan secara kolaboratif di antara fasilitator/guru pembimbing dan para pelajar.

PENGENALAN KEPADA KAUNSELING Tiga istilah yang sering dikelirukan ;


NASIHAT ~ Diberikan oleh sesiapa dan tidak kepada apa-apa kepakaran BIMBINGAN ~ Diberikan oleh orang yang pakar dalam bidang tertentu KAUNSELING ~ Diberikan oleh orang mempunyai ilmu dalam bidang kaunseling

Terdapat beberapa salah tanggapan masyarakat terhadap definisi atau pengertian KAUNSELING. Antaranya

Kaunseling adalah nasihat Kaunseling hanya untuk orang bermasalah sahaja Kaunseling adalah untuk pelajar IPT sahaja Kaunseling adalah berbual-bual sahaja Kaunseling boleh mengubati semua masalah tingkah laku Kaunseling untuk orang kaya sahaja Kaunseling untuk pelajar sekolah sahaja Klien dipsiko apabila jumpa kaunselor Apabila dah tak dapat dikawal barulah jumpa kaunselor Habis terbongkar semua rahsia

DEFINISI KAUNSELING

Kaunseling berasal daripada perkataan Bahasa Inggeris Counseling. Kaunseling merupakan suatu proses perhubungan menolong yang sistematik berasaskan prinsip psikologi. Kaunseling dilaksanakan oleh kaunselor profesional untuk membantu perkembangan dan penyesuaian peribadi klien yang baik dan menyeluruh. Di samping itu, kaunseling adalah suatu proses interaksi dua hala yang membolehkan seseorang individu memahami diri dan situasinya. Proses ini akan memberi celik akal kepada klien dalam menentukan pembentukan atau penjelasan matlamat dan nilai hidup sehingga dapat memastikan tidakan yang wajar untuk masa depan.

Kaunseling bukan bertujuan untuk menolong klien menyesuaikan diri dengan masyarakat, tetapi kaunseling sebenarnya menolong klien ; ~ Memahami dirinya yang sebenar ~ Mengetahui kelebihan dan kekurangan ~ Apa yang boleh dilakukan dengan mudah ~ Apa yang boleh dilakukan tetapi menghadapi masalah ~ Apa yang tidak boleh dilakukan langsung Secara ringkasnya, kaunseling ialah suatu proses ; ~ Pertolongan yang profesional ~ Perhubungan dan interaksi dua hala ~ Pembelajaran semula ~ Memahami diri dan alam sekeliling ke arah perubahan kendiri positif

PANDANGAN TERHADAP TABIAT MANUSIA


Kaunselor beranggapan bahawa manusia sama sahaja, tidak ada yang baik dan tidak ada yang jahat. Semasa lahirnya mereka adalah saksama, masing-masing mempunyai potensi seimbang ke arah menjadi sama ada baik ataupun jahat. Slide 12 .O {font-size:149%;}

Dustin dan George menyenaraikan empat andaian berhubung dengan tabiat kemanusiaan dan bagaimana manusia berubah yang menjadi inti kepada kaunseling tingkah laku itu sendiri. ~ Manusia itu dilihat sebagai manusia biasa, tidak ada yang sepenuh-penuhnya jahat atau sepenuh-penuhnya baik, tetapi adalah sebagai organisma berpengalaman yang mempunyai potensi kepada semua jenis tingkah laku. ~ Manusia berkeupayaan memaham konsep serta mengawal tingkah lakunya sendiri. ~ Manusia berupaya memperolehi tingkah lakunya yang baru. ~ Manusia mempunyai keupayaan untuk mempengaruhi tingkah laku lain sebagaimana ia dipengaruhi oleh orang lain terhadap tingkah lakunya sendiri. TUJUAN KAUNSELING Memberi Maklumat

Masalah klien selalunya berkaitan dengan kekurangan maklumat Mendapatkan gambaran (kefahaman) yang jelas berhubung dengan masalah daripada kaunselor Secara tidak langsung ini boleh menambah kemahiran klien dalam mengendalikan hidupnya

Menggalakkan Celik Akal

Membantu klien memahami lebih lanjut mengenai diri (menyelami diri dan persekitaran) Membantu klien mengetahui dirinya adalah kunci kepada masalah yang dihadapinya Di samping itu, ia juga dapat membantu untuk mengembangkan bakat klien Kaunselor membantu klien mengenal pasti kebolehan dan bakat supaya klien dapat mengambil tindakan yang sewajarnya

Memberi Sokongan

Klien memerlukan sokongan emosi yang tidak berbelah bagi, kemesraan dan pameran perasaan yang diharapkan dapat mengurangkan bebanan masalah.

Penyelesaian Konflik

Mengurangkan ketegangan dan permusuhan antara dua individu (pihak) Membantu mereka menerima perbezaan dan mencari jalan untuk mencapai penyelesaian yang menguntungkan

Memperbaiki hubunan klien dengan masyarakat


Ramai orang menghadapi masalah dalam perhubungan dengan individu-individu lain Masalah ini biasanya berkaitan dengan konsep kendiri sama ada konsep kendiri yang rendah atau sebaliknya.

MATLAMAT KAUNSELING

Menolong mengubah tingkah laku Membantu membuat keputusan Membentuk kemahiran daya-tindak Mempercepatkan seseorang menjadi rasional Memperbaiki hubungan interpersonal Memahami dan mengelolakan kecemasan

KESIMPULAN Secara umumnya, boleh disimpulkan bahawa kaunseling menolong seseorang klien ;

Memahami diri dan situasinya Mengenal pasti keperluanya Menerima realiti hidupnya Membuat perancangan yang realistik untuk mengendalikan hidupnya Bertanggungjawab ke atas diri dan perbuatannya Dan seterusnya menjadi individu yang berfungsi dengan sepenuhnya.

UNIT 1 : KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING 2

Written by Angriani KEMAHIRAN-KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING Kemahiran Mendengar


Merupakan satu kemahiran yang paling asas dan penting dalam sesi kaunseling. Dalam hal ini, kaunselor perlu lebih banyak meluangkan masanya mendengar daripada menyampuk percakapan klien. Untuk benar-benar memahami apa yang telah diperkatakan oleh klien, kaunselor perlu memberikan tumpuan dan pemerhatian yang sepenuhnya untuk mendengar semua percakapan klien tersebut. Selain dari tutur kata, gerak geri (body language) klien semasa bercakap juga patut dilihat dan didengar sama. Segala tingkah laku klien itu turut memainkan peranan yang penting dalam menyampaikan makna sesuatu pengucapannya itu. Pemahaman yang tepat hanya akan diperolehi dengan adanya pendengaran yang baik. Di dalam konteks kaunseling, terdapat beberapa perkara yang perlu di dengar iaitu isi kandungan yang diperkatakan, perasaan yang dilahirkan melalui tingkah laku tanpa lisan dan juga mendengar perasaan yang dinyatakan.

Kemahiran Membina Hubungan


Merupakan langkah yang paling awal dalam sesi kaunseling. Tujuannya adalah untuk membina perhubungan yang mesra, saling mempercayai dan rasa selamat antara kaunselor dan klien supaya klien sedia berbincang. Sebagai satu indikator untuk memberi perangsang kepada klien agar sentiasa tenang dengan memberikan tanggapan pertama yang positif. Kaunselor mesti membina suasana sekeliling dan tingkah laku yang meyakinkan dan menunjukkan kemesraan. Dalam kemahiran ini terdapat beberapa sub kemahiran asas seperti membina suasana alam sekeliling, suasana terapeutik, ruang untuk berkomunikasi, penampilan diri, ekspresi muka, kontak mata, pergerakan tangan dan kaki, nada suara, senyuman dan akhir sekali cara cara duduk dalam kaunseling. Kemahiran ini digunakan oleh kaunselor untuk membawa klien menghadapi realiti dengan cara menyelaraskan mental, emosi, tingkah laku, komunikasi lisan dan bukan lisannya. Dalam sesi kaunseling, ekspresi muka dapat membantu menerangkan erti mesej yang hendak disampaikan. Oleh itu, adalah penting bagi para kaunselor mempamerkan ekspresi muka atau wajah yang dapat menyakinkan klien. Wajah atau mimik muka adalah hasil kombinasi daripada sinaran atau pandangan mata, kedutan dahi, muka dan hidung dan riak yang lahir daripada muka semasa berinteraksi.

1.3 PERINGKAT-PERINGKAT PROSES KAUNSELING

Secara umum aktiviti-aktiviti berikut berlaku dalam proses kaunseling ;

* PENYEDIAAN DAN KEMASUKAN * PENJELASAN * PENSTRUKTURAN * PERHUBUNGAN * PENEROKAAN * PENGUKUHAN * PENGUKUHAN * PENAMATAN

Terdapat tiga peringkat asas yang utama dalam proses kaunseling individu ataupun kelompok. Setiap peringkat ini merupakan suatu proses yang progresif di mana ia melibatkan perhubungan yang unik di antara kaunselor dan klien.

Peringkat Permulaan 1. Membuat klien menerima kaunselor dengan hati yang terbuka dan sebagai seorang yang boleh dipercayai. 2. Membuat klien sedar bahawa ada sesuatu masalah yang perlu diselesaikan dan dia sendiri perlu memainkan peranan dalam proses penyelesaian. 3. Di peringkat ini juga, kaunselor menentukan sama ada masalah wujud dan perlu diselesaikan dan bersedia untuk meneruskan proses kaunseling itu Peringkat Pertengahan 1. Peringkat penentuan masalah dan penyelesaian. 2. Kaunselor dan klien bersama mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh klien. 3. Kaunselor dan klien bersama mengenalpasti tindakan-tindakan yang perlu diambil oleh klien untuk menangani masalah yang dihadapinya. Peringkat Penamatan 1. Peringkat apabila klien telah selesai melakukan tindakan yang dipersetujui dengan jayanya. Di peringkat ini kaunselor berkenaan akan:

Membincangkan tentang tindakan yang telah diambil oleh klien dan penilaian terhadap

tindakan yang diambil itu. Mengenalpasti tindakan seterusnya yang diperlukan tanpa penyeliaan dari pihak kaunselor. Mengakhiri kaunseling dengan teratur dan membuat rumusan tentang kejayaan proses.

UNIT 1 : KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING 3 (A) Written by Angriani 1.4 KAUNSELING INDIVIDU 1.4.1 DEFINISI KAUNSELING INDIVIDU Terdapat pelbagai definisi kaunseling individu yang telah dihuraikan oleh beberapa pakar kaunseling. Antaranya ialah : a) Kaunseling individu sebagai satu perhubungan yang bersemuka di mana seseorang klien mendapatkan bantuan daripada seorang kaunselor. Perhubungan tersebut disifatkan oleh ciri-ciri seperti penerimaan klien secara tulen, saling hormat menghormati dan penekanan terhadap keperluan-keperluan dan perasaan klien. b) Kaunseling individu sebagai perhubungan antara seorang yang lain dalam mana ia menolong

untuk menyelesaikan konflik, atau pertikaian yang belum diselesaikan. - Kamaruzaman Jamal dalam Abdul Halim Othman (1999) c) Kaunseling individu merupakan suatu pemusatan hal peribadi, huungan bersemuka antara dua manusia apabila seorang kaunselor dengan kemampuan yang ada padanya menyediakan satu situasi pembelajaran yang membolehkan kliennya mengenali dirinya sendiri, membuat keputusan dan pemilihan bagi memenuhi keperluan diri mereka sendiri. - Muhd Mansur Abdullah (1993) 1.4.2 JENIS-JENIS KAUNSELING INDIVIDU i) Kaunseling akademik - Menyediakan kaunseling dalam usaha membantu klien memilih mata pelajaran yang sejajar dengan minat, keupayaan dan pencapaian mereka. Selain daripada itu, kaunseling akademik juga menyampaikan makluamat mengenai

peluang-peluang melanjutkan pelajaran ke institusi-institusi pengajian tingggi dalam negara ataupun luar negara. ii) Kaunseling kerjaya - Kaunseling kerjaya membantu klien mendapatkan maklumat kerjaya yang sejajar dengan minat, bakat, keupayaan dan pencapaian akademik. Menurut Holland dalam Gibson & Mitchell (1981), individu akan memberi persekitaran kerja yang berkaitan dengan minat mereka, kesesuaian pekerjaan dengan minat pekerja yang akan memberi kepuasan yang lebih. - Oleh itu, asas kaunseling kerjaya adalah bagi kaunselor kerjaya ialah mengidentifikasikan kerjaya yang sesuai dengan minat kerjaya. Kaunseling kerjaya juga menolong klien menyelesaikan masalah pemilihan kerjaya serta mendedahkan kepada klien secara meluas jenis-jenis kerjaya di sektor awam dan sektor swasta. - Kaunseling kerjaya juga boleh memberi

ingatan dan kesedaran kepada klien bahawa perancangan kerjaya adalah perlu. iii) Kaunseling pemulihan- (Stone, 2002) menyenaraikan 3 sebab mengapa perlunya kaunseling pemulihan iaitu ; -Kaunselor pemulihan mengandaikan kes-kes klien mempunyai masalah fizikal seperti kecelaruan tingkah laku atau kecacatan. -Kaunselor pemulihan bertanggungjawab menyediakan klien dengan maklumat pendidikan dan rawatan pemulihan. Kejayaan kaunselor pemulihan selalu diukur dengan kejayaan mereka untuk membantu klien mendapatkan pekerjaan. -Klien telah mengharapkan kaunselor pemulihan menyediakan perkhidmatan yang luas terutamanya berkaitan dengan kecacatan dan ketidakupayaan memperoleh pekerjaan. Klien mempunyai harapan dan jangkaan yang tinggi terhadap kaunselor. iv) Kaunseling peribadi - Kaunseling peribadi

merupakan kaunseling yang meneroka pertumbuhan kendiri klien, membantu klien memahami pelbagai keperluan dan masalah yang berkaitan. Tujuan kaunseling individu adalah untuk membantu klien memperolehi kefahaman sendiri, iaitu membantu klien memperolehi maklumat dan mebentuk sikap celik akal an nilai yang sejajar dengan kehendak masyarakat. - Kaunseling individu juga menolong klien berkomunikasi dengan lebih berkesan dan membina perhubungan yang baik dengan anggota-anggota lain. Dalam proses kaunseling individu juga akan membantu klian untuk membuat keputusan yang waras dan bijaksana. UNIT 1 : KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING 3 (B) Written by Angriani 1.5 KAUNSELING KELOMPOK

Kaunseling kelompok terdiri drpd seorang kaunselor dan 8-10 org ahli yg membincangkan persoalan yg sama. Kaunseling kelompok merupakan intervensi yg sesuai bg memenuhi keperluan

ramai dan mementingkan perhubungan individu. Tujuan utama mencegah dan mengubat. Fokus utama perbincangan mengenai perasaan, pengalaman dan pendapat supaya dapat membantu ahli mencari kekuatan dan kelemahan diri. Hubungan dlm kaunseling kelompok mempunyai ciri-ciri spt kepercayaan, penerimaan, hormatmenghormati, kemesraan, komunikasi dan pemahaman. Menurut Trotzer (1977), k. kelompok membolehkan ahli saling bantumembantu utk menghadapi masalahmasalah hidup serta mencari, memahami dan melaksanakan cara-cara utk menyelesaikan masalah-masalah tersebut.

IRI-CIRI KAUNSELING KELOMPOK


Proses teraputik dlm suasana demokratik Penyertaan sukarela Objektif kelompok sblm penubuhan kelompok

Tanggungjawab peserta Keahlian Kekerapan dan jangka masa perjumpaan Keberkesanan kelompok dan peranan setiap ahli Kerahsiaan

NILAI KAUNSELING KELOMPOK


Kemahiran membina hubungan Perasaan hormatmenghormati Persamaan taraf antara ahli dan kaunselor Hak utk memberikan dan menerima pertolongan Kebebasan selfexpression Kebebasan bersuara -> suasana demokratik Keperluan psikologikal Sumbangan positif kepada rakan sebaya Suasana menerima sokongan dan galakan Kebebasan utk bersuara atau berdiam diri Peluang menguji idea sendiri dan menerima maklum balas jujur Menjadi terapi dalam usaha membantu antara satu sama lain

UNIT 1 : KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING 4 Written by Angriani 1.4 KAUNSELING KELOMPOK

1.4.1 DEFINISI KAUNSELING KELOMPOK Menurut beberapa orang pakar kaunseling, kaunseling kelompok boleh didefinisikan sebagai ; a) Kaunseling kelompok adalah satu pendekatan yang boleh digunakan oleh kaunselor terlatih untuk memberi pertolongan berkesan kepada beberapa orang individu biasa yang sedang menghadapi masalah seharian yang normal dalam satu jangka masa yang sama. Menurut beliau, pendekatan ini mempunyai objektif yang sama dengan kaunseling individu tetapi meliputi interaksi kaunselor dengan lebih individu. - Zuraidah (1996;2004) b) Kaunseling kelompok merupakan proses perhubungan antara kaunselor dengan beberapa orang ahli. Mereka juga berpendapat bahawa kaunseling kelompok juga boleh menjadi agen pencegahan atau pengubatan bagi seseorang. - Hansen, Warner dan Smith (1980) c) Kaunseling kelompok adalah satu proses perhubungan individu yang dinamik berasaskan fikiran dan kelakuan secara sedar. Nilai terapinya terletak pada suasana perasaan saling percaya dan mempercayai, penerimaan, faham memahami dan sokongan yang berpandukan pada kebenaran. Mereka juga berpendapat bahawa faedah terapi akan dinikmati dalam satu kumpulan kecil yang ahlinya secara sukarela berkongsi masalah peribadi dengan kaunselor dan ahli lain. Ahli kelompok mestilah terdiri daripada ahli-ahli yang normal dan tidak memerlukan perubahan personaliti yang mendesak. Selain itu, ahli juga dapat berinteraksi dengan individu lain dalam kumpulan itu untuk menambahkan rasa kefahaman dan juga penerimaan nilai serta matlamat hidup sendiri di samping menerima atau membuang sikap dan kelakuan yang tidak diingini. - Gazda, Ducan dan Meadows (1967) dalam Zuraidah (2004) 1.4.2 JENIS-JENIS KAUNSELING KELOMPOK i) KELOMPOK BIMBINGAN Merupakan sesi memberi maklumat atau penerangan. Contohnya: maklumat pendidikan, vokasional atau kerjaya dan bantuan peribadi ssperti menyediakan rancangan hidup dan kekeluargaan ii) KELOMPOK KAUNSELING Perkongsian masalah peribadi yang hampir sama bagi setiap ahli. Tumpuan kepada perkembangan individu, membina kemahiran komunikasi dan membuat keputusan. iii) KELOMPOK TUGAS Ahli bersama-sama cuba menyelesaikan masalah kebanyakan ahli. Contohnya seorang ahli yang pendiam diajar berkomunikasi iv) KELOMPOK T

Kelompok latihan atau bengkel. Menekankan kemahiran hubungan manusia seperti membuat ujikaji, cubaan idea baru, buat keputusan dan menyelesaikan masalah. v) KELOMPOK ASSERTIF Membina tegas diri di kalangan ahli yang takut untuk bercakap atau bertindak dan yang suka bertindak agresif tanpa memikirkan hak-hak sendiri dan hak-hak orang lain vi) KELOMPOK KERJAYA Penumpuan kepada pelbagai aspek kerjaya termasuk meneroka minat kerjaya, ujian personaliti, ujian minat dan membuat keputusan untuk kerjaya

http://angrianiworld.com/ubk/index.php?option=com_content&task=view&id=70&Itemid=66
KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING Dr Sapora Sipon Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) PENGENALAN Kaunselor yang ingin memberikan perkhidmatan kaunseling yang baik perlu menguasai serta menggaplikasikan beberapa kemahiran-kemahiran asas kaunseling/membantu. Kecekapan menguasai kemahiran-kemahiran ini sangat berguna ketika berhadapan dengan klien yang berada dalam ketidakseimbangan emosi dan psikologi. Antara kemahiran yang asas dalam membantu adalah kemahiran membina perhubungan, kemahiran menggalakkan klien bercakap, kemahiran membalas, kemahiran penstrukturan, kemahiran menyoal, kemahiran parafrasa, kemahiran mendengar, kemahiran memimpin secara langsung, kemahiran berkomunikasi, kemahiran melakukan dorongan minima, kemahiran membuat refleksi perasaan, kemahiran membuat interpretasi, kemahiran membuat klarifikasi, kemahiran meneroka, kemahiran pemfokusan, kemahiran mencabar, kemahiran berempati, kemahiran menghadapi kesenyapan, kemahiran mengetahui teori dan teknik-teknik kaunseling, kemahiran memberi maklumat, kemahiran merumus, kemahiran meninjau klien, kemahiran konfrontasi dan kemahiran menyemak persepsi. KEMAHIRAN-KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING Sebelum sesi kaunseling dimulakan, kaunselor seharusnya menyemak rekod-rekod klien untuk mendapatkan maklumat yang dianggap berguna. Kaunselor juga harus menyemak diskripsi tugas klien. Ini mungkin berguna untuk membantu dalam menilai prestasi dan proses membina matlamat kemudian nanti. Selain itu, kaunselor juga hendaklah menyediakan tempat dan masa yang sesuai untuk berbincang tanpa banyak gangguan. Seterusnya dalam satu sesi kaunseling yang berjaya, kaunselor haruslah cuba menjadikan klien berasa selesa pada awal setiap sesi. Nyatakan sebab pertemuan dengan jelas, sambil menekankan yang

kaunselor berasa prihatin dengan keadaan yang dihadapi oleh klien dan bersedia memberikan bantuan. Jika tidak klien akan berasa terancam dan menjadi defensif. Kemahiran Mendengar Kemahiran mendengar merupakan satu kemahiran yang paling asas dan penting dalam sesi kaunseling. Dalam hal ini, kaunselor perlu lebih banyak meluangkan masanya mendengar daripada menyampuk percakapan klien. Untuk benar-benar memahami apa yang telah diperkatakan oleh klien, kaunselor perlu memberikan tumpuan dan pemerhatian yang sepenuhnya untuk mendengar semua percakapan klien tersebut. Selain dari tutur kata, gerak geri klien semasa bercakap juga patut dilihat dan didengar sama. Dikatakan bahawa segala tingkah laku klien itu turut memainkan peranan yang penting dalam menyampaikan makna sesuatu pengucapannya itu. Gerak geri bukan lisan seseorang dikatakan dapat menggambarkan perasaannya yang sebenar. Ini termasuklah perasaan hatinya, pemikiran mental dan fizikalnya. Ia dapat menunjukkan sama ada klien berada dalam keadaan yang selesa ataupun sebaliknya. Mendengar merupakan kemahiran yang paling penting dalam proses kaunseling. Pemahaman yang tepat hanya akan diperolehi dengan adanya pendengaran yang baik. Di dalam konteks kaunseling, terdapat beberapa perkara yang perlu di dengar iaitu isi kandungan yang diperkatakan, perasaan yang dilahirkan melalui tingkah laku tanpa lisan dan juga mendengar perasaan yang dinyatakan. Oleh itu dikatakan proses mendengar melibatkan seluruh deria yang terdapat pada diri kaunselor. Telinga digunakan untuk mendengar apa yang diperkatakan, mata untuk melihat bagaimana gerak laku semasa perkataan atau ayat dituturkan, hidung juga turut menghidu bau-bau yang ada di sekeliling dan kadang kala deria sentuhan sebagai bersalaman dan sebagainya. Oleh itu dikatakan proses mendengar melibatkan seluruh deria yang terdapat pada diri kaunselor. Telinga digunakan untuk mendengar apa yang diperkatakan, mata untuk melihat bagaimana gerak laku semasa perkataan atau ayat dituturkan, hidung juga turut menghidu bau-bau yang ada di sekeliling dan kadang kala deria sentuhan sebagai bersalaman dan sebagainya. Apabila kita memberikan tumpuan sepenuh pada klien tanpa berbelah bahagi, ini bererti kita menyediakan diri untuk mendengar. Di sini terdapat beberapa panduan dalam meningkatkan kemahiran seperti dinyatakan di bawah; Kaunselor mesti memahami tujuan klien berada di situ Untuk mendapatkan maklumat yang terperinci, kaunselor perlu memberi fokus bukan sahaja kepada perkataan tetapi juga kepada nada dan cara yang diperkatakan. Kaunselor perlu mengelak daripada membuat penilaian kepada klien terlebih awal.

Kaunselor perlu lebih tahan berhadapan dengan gangguan- gangguan sama ada yang datang dari luar seperti bunyi bising atau gangguan dari dalam diri seperti bisik-bisikan hati sendiri. Oleh yang demikian, amat penting bagi kaunselor mendengar dan memahami dengan lebih peka, sama ada dari segi suara mahupun tingkah laku bukan lisan klien. Dengan berbuat demikian, barulah kaunselor dapat benar-benar memahami mesej klien dengan lebih sempurna. Secara tidak langsung, tindakan ini dapat menunjukkan kesediaan kaunselor untuk berhadapan dengan klien. Kaunselor boleh menunjukkan kemahiran mendengarnya dengan beberapa cara seperti berikut ; . Menyatakan semula Kaunselor menyebut semula apa yang telah dikatakan oleh kliennya dengan tepat 2. Menggambarkan semula Kaunselor akan memfokus pada isi kandungan serta perasaan klien. Akan tetapi, kaunselor perlulah menggunakan perkataannya sendiri supaya menunjukkan kaunselor benar-benar faham dan mendengar percakapan klien tadi. 3. Memberikan respons Jones (2004) menjelaskan terdapat 10 kemahiran mendengar dengan aktif iaitu seperti di bawah; Kemahiran 1: Memiliki sifat menghormati dan menerima Kemahiran 2 : Memahami sudut pandangan klien Kemahiran 3 : Menghantar mesej suara yang baik Kemahiran 4 : Menghantar mesej badan yang baik Kemahiran 5: Gunakan kata-kata pembuka, ganjaran dan soalan terbuka. Kemahiran 6: Parafrasa Kemahiran 7: Membuat refleksi perasaan Kemahiran 8: Menunjukkan kefahaman konteks perbualan Kemahiran 9: Mengurus resistan di peringkat awal Kemahiran 10 : Elakkan perkataan jangan Kemahiran Membina Perhubungan Kemahiran membina perhubungan merupakan langkah yang paling awal dalam sesi kaunseling. Tujuannya adalah untuk membina perhubungan yang mesra, saling mempercayai dan rasa selamat antara kaunselor dan klien supaya klien sedia berbincang. Tahap ini termasuklah memberi perangsang kepada klien agar sentiasa tenang dengan memberikan tanggapan pertama yang positif. Kaunselor mesti membina suasana sekeliling dan tingkah laku yang meyakinkan dan menunjukkan kemesraan. Dalam kemahiran ini terdapat beberapa sub kemahiran asas seperti membina suasana alam sekeliling, suasana terapeutik, ruang untuk berkomunikasi, penampilan diri, ekspresi muka, kontak mata, pergerakan tangan dan kaki, nada suara, senyuman dan akhir sekali cara cara duduk dalam kaunseling. Kemahiran ini digunakan oleh kaunselor untuk membawa klien menghadapi realiti dengan cara menyelaraskan mental, emosi, tingkah laku, komunikasi lisan dan bukan lisannya. Dalam erti kata lain, ia bertujuan untuk memperbetulkan dalih ataupun ketidakseimbangan kenyataan yang diberikan oleh klien.

Namun, kaunselor perlu berhati-hati semasa menggunakan kemahiran ini kerana sekiranya klien tersebut belum lagi bersedia menghadapi konfrontasi, klien itu akan merasakan bahawa dirinya terancam. Ini adalah kerana klien itu tidak faham bahawa konfrontasi yang dibuat sebenarnya bukan bersifat agresif dan menentang, tetapi bertujuan untuk menyedarkan klien tentang ketidakseimbangan kenyataan yang diberikannya. Dalam membina kemahiran perhubungan, beberapa perkara perlu diambilkira iaitu; membina suasana alam sekeliling suasana terapeutik ruang untuk berkomunikasi penampilan diri ekspresi muka kontak mata cara duduk dalam sesi kaunseling pergerakan tangan dan kaki senyuman nada suara menggalakkan klien bercakap http://www.scribd.com/doc/4657380/Kemahiran-Asas-kaunseling

KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING


UNIT 1 : KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING 1 PDF Print E-mail Written by Angriani DEFINISI BIMBINGAN * Perbuatan membimbing, memberi petunjuk, mengajar sehingga selesai sesuatu kerja atau tugas. (DBP) * Suatu proses yang membantu individu memahami diri mereka dan dunia mereka. (Suradi Salim, 1996) * Suatu proses untuk membantu individu memahami dirinya dan dunia di sekelilingnya supaya ia boleh menggunakan kebolehan, keupayaan dan bakat yang ada dengan sepenuhnya. (Suradi Salim, 1996) * Bimbingan merupakan sebahagian daripada proses menolong.

* Ia melibatkan usaha memberi arahan secara teratur dan mengandungi maklumat sesuai bagi menentukan matlamat seseorang tercapai. * Lazimnya bimbingan melibatkan perkara-perkara yang menentukan perkembangan seseorang itu. * Fokus utama bimbingan ialah pencegahan masalah sementara ia masih boleh dikawal. * Perjalar atau individu yang ingin mengikuti bimbingan perlu hadir secara sukarela. * Proses bimbingan perlu dilaksanakan secara kolaboratif di antara fasilitator/guru pembimbing dan para pelajar. PENGENALAN KEPADA KAUNSELING Tiga istilah yang sering dikelirukan ; * NASIHAT ~ Diberikan oleh sesiapa dan tidak kepada apa-apa kepakaran * BIMBINGAN ~ Diberikan oleh orang yang pakar dalam bidang tertentu * KAUNSELING ~ Diberikan oleh orang mempunyai ilmu dalam bidang kaunseling Terdapat beberapa salah tanggapan masyarakat terhadap definisi atau pengertian KAUNSELING. Antaranya * Kaunseling adalah nasihat * Kaunseling hanya untuk orang bermasalah sahaja * Kaunseling adalah untuk pelajar IPT sahaja * Kaunseling adalah berbual-bual sahaja * Kaunseling boleh mengubati semua masalah tingkah laku * Kaunseling untuk orang kaya sahaja * Kaunseling untuk pelajar sekolah sahaja * Klien dipsiko apabila jumpa kaunselor * Apabila dah tak dapat dikawal barulah jumpa kaunselor * Habis terbongkar semua rahsia

DEFINISI KAUNSELING * Kaunseling berasal daripada perkataan Bahasa Inggeris Counseling. * Kaunseling merupakan suatu proses perhubungan menolong yang sistematik berasaskan prinsip psikologi. * Kaunseling dilaksanakan oleh kaunselor profesional untuk membantu perkembangan dan penyesuaian peribadi klien yang baik dan menyeluruh. * Di samping itu, kaunseling adalah suatu proses interaksi dua hala yang membolehkan seseorang individu memahami diri dan situasinya. * Proses ini akan memberi celik akal kepada klien dalam menentukan pembentukan atau penjelasan

matlamat dan nilai hidup sehingga dapat memastikan tidakan yang wajar untuk masa depan. * Kaunseling bukan bertujuan untuk menolong klien menyesuaikan diri dengan masyarakat, tetapi kaunseling sebenarnya menolong klien ; ~ Memahami dirinya yang sebenar ~ Mengetahui kelebihan dan kekurangan ~ Apa yang boleh dilakukan dengan mudah ~ Apa yang boleh dilakukan tetapi menghadapi masalah ~ Apa yang tidak boleh dilakukan langsung * Secara ringkasnya, kaunseling ialah suatu proses ; ~ Pertolongan yang profesional ~ Perhubungan dan interaksi dua hala ~ Pembelajaran semula ~ Memahami diri dan alam sekeliling ke arah perubahan kendiri positif PANDANGAN TERHADAP TABIAT MANUSIA * Kaunselor beranggapan bahawa manusia sama sahaja, tidak ada yang baik dan tidak ada yang jahat. * Semasa lahirnya mereka adalah saksama, masing-masing mempunyai potensi seimbang ke arah menjadi sama ada baik ataupun jahat. * Slide 12 .O {font-size:149%;} Dustin dan George menyenaraikan empat andaian berhubung dengan tabiat kemanusiaan dan bagaimana manusia berubah yang menjadi inti kepada kaunseling tingkah laku itu sendiri. ~ Manusia itu dilihat sebagai manusia biasa, tidak ada yang sepenuh-penuhnya jahat atau sepenuhpenuhnya baik, tetapi adalah sebagai organisma berpengalaman yang mempunyai potensi kepada semua jenis tingkah laku. ~ Manusia berkeupayaan memaham konsep serta mengawal tingkah lakunya sendiri. ~ Manusia berupaya memperolehi tingkah lakunya yang baru. ~ Manusia mempunyai keupayaan untuk mempengaruhi tingkah laku lain sebagaimana ia dipengaruhi oleh orang lain terhadap tingkah lakunya sendiri. TUJUAN KAUNSELING Memberi Maklumat * Masalah klien selalunya berkaitan dengan kekurangan maklumat * Mendapatkan gambaran (kefahaman) yang jelas berhubung dengan masalah daripada kaunselor * Secara tidak langsung ini boleh menambah kemahiran klien dalam mengendalikan hidupnya Menggalakkan Celik Akal * Membantu klien memahami lebih lanjut mengenai diri (menyelami diri dan persekitaran)

* Membantu klien mengetahui dirinya adalah kunci kepada masalah yang dihadapinya * Di samping itu, ia juga dapat membantu untuk mengembangkan bakat klien * Kaunselor membantu klien mengenal pasti kebolehan dan bakat supaya klien dapat mengambil tindakan yang sewajarnya Memberi Sokongan * Klien memerlukan sokongan emosi yang tidak berbelah bagi, kemesraan dan pameran perasaan yang diharapkan dapat mengurangkan bebanan masalah. Penyelesaian Konflik * Mengurangkan ketegangan dan permusuhan antara dua individu (pihak) * Membantu mereka menerima perbezaan dan mencari jalan untuk mencapai penyelesaian yang menguntungkan Memperbaiki hubunan klien dengan masyarakat * Ramai orang menghadapi masalah dalam perhubungan dengan individu-individu lain * Masalah ini biasanya berkaitan dengan konsep kendiri sama ada konsep kendiri yang rendah atau sebaliknya. MATLAMAT KAUNSELING * Menolong mengubah tingkah laku * Membantu membuat keputusan * Membentuk kemahiran daya-tindak * Mempercepatkan seseorang menjadi rasional * Memperbaiki hubungan interpersonal * Memahami dan mengelolakan kecemasan KESIMPULAN Secara umumnya, boleh disimpulkan bahawa kaunseling menolong seseorang klien ; * Memahami diri dan situasinya * Mengenal pasti keperluanya * Menerima realiti hidupnya * Membuat perancangan yang realistik untuk mengendalikan hidupnya * Bertanggungjawab ke atas diri dan perbuatannya * Dan seterusnya menjadi individu yang berfungsi dengan sepenuhnya.

Ciri-ciri seorang kaunselor

Ciri-ciri seorang kaunselor yang berkesan mengikut persepsi murid-murid dan guru.
Ehsan SPPK: Sekadar info bersama

1. Ramai murid-murid yang mengatakan seorang guru kaunselor perlulah seorang yang beriman, jujur dan bertaqwa. 2. Jujur, seorang guru kaunseling perlulah seorang yang jujur, mempunyai akhlak yang mulia. Ini kerana setiap guru, lebih-lebih lagi guru bimbingan dan kaunseling merupakan roll model kepada murid-murid mereka. 3. Boleh dipercayai, setiap orang tentunya ingin mencurahkan segala perasaan dan masalah kehidupannya kepada orang yang boleh dipercayai, boleh menyimpan rahsia dan memberikan rasa keamanan kepada klien. 4. Menyayangi, sifat kasih-sayang yang sangat menonjol adalah perlu. Ini kerana dari sifat tersebut, tergambarlah sang guru tadi, benar-benar ingin menolong dan membantu setiap orang yang ia temui dan datang bertemu dengannya. Dengan itu ia akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mengurang atau membuang bebanan mental yang sedang dipikul oleh sang klien. 5. Benar kata-katanya, seorang guru ketika di dalam kelas melarang anak muridnya dari merokok, tetapi ketika berada di kantin, guru itu pula telah melanggar kata-katanya tadi, murid akan hilang kepercayaan dan nilai kepatuhan kepadanya akan berkurang. 6. Ikhlas, guru kaunseling perlu ikhlas di dalam memberi pertolongan kepada murid-muridnya dengan tidak mengharap apa-apa imbalan dari jasa dan perkhidmatannya tersebut. 7. Sabar menghadapi apa jua keadaan, ini kerana banyak masalah dan persoalan hidup orang lain yang akan diselami oleh guru-guru kaunseling dan banyak pula masalah dari keluarga orang lain yang akan menjadi sebahagian dari hidupnya, tepatnya sikap penyabar amat perlu dan penting bagi guru-guru kaunseling. 8. Penampilan menarik, kemas dan rapi. Setiap orang akan menilai orang lain pada pandangan kali pertama apabila bertemu adalah pada pakaian dan penampilannya. Pakaian guru ini haruslah kemas, rapi dan bersih. Sentiasa lengkap dengan perlengkapan seperti pen, jam, tali leher, berstoking dan sebagainya. 9. Berwajah tenang dan ceria. Bukannya menampakkan kebengisan atau ketidakceriaan. Personaliti ini akan menjadikan klien lebih mempunyai perasaan yakin dalam usaha mendapatkan bimbingan dan kaunseling tentang masalah yang dihadapinya. 10. Sentiasa mewujudkan suasana persekitaran dan hubungan yang mesra dan ceria, suka menegur setiap orang yang ditemui dengan ramah-tamah dan kasih-sayang. 11. Sentiasa mesra apabila berbincang dan tidak mengedepankan perasaan apabila buntu

menghadapi permasalahan yang sangat sulit.

Sebagai seorang guru Bimbingan dan Kaunseling, penampilan diri saya sebagai guru kaunseling perlulah menepati cita-rasa sebagai seorang kaunselor. i. Penampilan, rambut perlu kemas dan rapi, tidak panjang, tetapi pendek dan kemas. ii. Pakaian, dari aspek pakaian,saya perlu berpakaian kemas, dengan memakain tali leher setiap hari, serta baju kemeja berlengan panjang iii. Berkomunikasi, saya harus ramah dan menegur semua orang ketika bertemu dengan nada yang sopan, ceria dan mewujudkan suasana bahagia ketika berbual.Guru kaunseling harus menyempatkan diri untuk berbual dengan guru-guru sama ada di kantin maupun dalam bilik guru untuk berbincang perkara-perkara berrkaitan pendidikan dan sebagainya. iv. Berilmu, cintakan ilmu dan sentiasa menimba ilmu pengetahuan melalui pembacaan berkenaan psikologi, kaunseling dan tidak ketinggalan meneroka isu-isu semasa. Kebersihan, bilik guru kaunseling perlu bersih, rapi dan teratur. Ini menggambarkan ketenangan yang dimiliki olehnya.
http://sebandile.blogspot.com/2010/01/kemahiran-asas-kaunseling.html

Disiplin? Adakah disiplin itu penting dalam kehidupan manusia? Disiplin boleh ditakrifkan sebagai peraturan-peraturan yang ditetapkan untuk melatih seseorang agar berkelakuan baik. Apabila kita menyentuh tentang kemerosotan disiplin, secara spontan kita akan tertumpu kepada golongan pelajar. Jelas terbayang di fikiran kita pelajar ponteng sekolah, bertumbuk dan menghisap rokok. Namun, dewasa ini, pelajar bukan sahaja berani melanggar disiplin sekolah malahan ada di antara mereka yang terlibat dengan kegiatan jenayah seperti menagih dadah, mencuri, peras ugut serta menjadi anggota kongsi gelap. Adakah disiplin di kalangan pelajar hari ini telah merosot? Jikalau ianya benar, apakah langkah-langkah yang perlu diambil untuk memulihkannya kembali dan apakah faktor-faktor yang menyebabkan disiplin di kalangan pelajar merosot. Disiplin itu sangat penting dalam membentuk peribadi, moral dan akhlak yang tinggi di kalangan para pelajar agar dapat menjadi teraju pemimpin suatu hari nanti. Sudah lumrah alam, apa yang disekat itulah yang paling suka dicuba. Ekoran daripada itulah, berlakunya perkara yang tidak diingini. Rasa ketidakpuasan pelajar membuatkan naluri pelajar memberontak dan mengambil tindakan yang mengikut perasaan. Inilah yang dikatakan sikap ego pelajar yang mengatasi rasa hormat pada orang lain mahupun diri-sendiri. Mereka merasakan diri mereka telah sempurna dan tidak perlu lagi diperbetulkan dan tidak mahu mengikut kata orang lain. Sentiasa kita dengar dari mulut para pelajar yang menyatakan mereka tidak tahan dikongkong oleh disiplin yang ketat di sekolah, menyebabkan mereka tidak dapat

melakukan sesuatu dengan bebas, dengan kemahuan dan kemampuan yang ada pada mereka. Kebanyakan pelajar menganggap peraturan-peraturan dan disiplin yamg ketat di sekolah adalah hukuman bagi mereka. Kebebasan memanglah perlu dan ia adalah hak setiap individu tetapi ia juga harus disekat dan dijaga supaya tidak terjadinya perkara yang tidak diingini. Jangan kerana mahukan kebebasan yang lebih, hidup merana akhirnya. Setiap hari ada sahaja masalah disiplin membabitkan pelajar sekolah dilaporkan walaupun pelbagai usaha dilakukan untuk menanganinya. Masalah itu meninggalkan kesan terhadap institusi pendidikan dan guru, kredibiliti mereka dipertikaikan kerana gagal membentuk disiplin dan sahsiah pelajar. Pihak yang paling teruk menerima kritikan ialah guru disiplin dan kaunselor yang sebelum ini dikatakan mampu membantu mencorakkan imej positif dan menyelesaikan masalah sahsiah pelajar. Kegagalan itu menimbulkan persoalan, apakah fungsi guru disiplin dan kaunselor selama ini, adakah mereka tidak menjalankan tugas dengan sempurna atau apakah kekangan yang menyebabkan mereka gagal bertindak mengikut keperluan semasa? Naib Pengerusi Disiplin Sekolah Zon Sentul, Kuala Lumpur, Syed Khairul Azwi Syed Mokhtar, berkata kegagalan guru disiplin dan kaunselor menangani disiplin pelajar bukan disebabkan kelemahan mereka, tetapi sikap lepas tangan segelintir pihak. Menurutnya, masyarakat hanya menyerahkan tugas membentuk sahsiah pelajar kepada guru padahal ibu bapa sepatutnya mengambil tanggung jawab lebih besar. Terdapat kira-kira 327,000 guru di negara ini iaitu 58.2 peratus di sekolah rendah dan 41.8 peratus di sekolah menengah sedangkan jumlah pelajar ialah 6.3 juta orang di seluruh negara pada tahun lalu. Selagi skeptikal itu tidak diubah, selamanya pandangan masyarakat terhadap fungsi guru disiplin dan kaunselor negatif. Jika gagal, natijahnya akan diterima guru dan institusi persekolahan. Tanggung jawab mendidik pelajar bukan tugas satu pihak saja, malah membabitkan semua pihak terutama ibu bapa. Tidak adil menuding jari pada kami semata-mata kerana masalah disiplin memerlukan pemantauan luas. Dengan jumlah guru disiplin dan kaunselor yang kecil tentu sukar melaksanakan tanggung jawab menangani disiplin pelajar, kata beliau. Antara masalah disiplin pelajar lelaki di sekolah ialah pergaduhan, merokok, ponteng dan buli manakala perempuan lebih berkaitan emosi seperti teman lelaki. Sebagai contoh, kes yang berlaku pada 10 Mei 2003, Kuantan, iaitu seorang penuntut Universiti Utara Mlaysia (UUM), Sintok meninggal dunia setelah dipercayai meminum racun rumpai kerana kecewa dengan teman lelakinya, yang meminta untuk memutuskan hubungan mereka. Statistik Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) mendapati, pembabitan pelajar sekolah dalam kes jenayah semakin serius. Sebanyak 1,996 pelajar ditahan kerana terbabit dalam 881 kes jenayah bagi tempoh enam bulan pertama tahun 2003. Berikut adalah kronologi beberapa kejadian serius yang dilaporkan kepada pihak berkuasa sekitar tahun 2002-2004: 29 Mac 2002: Seorang pelajar sekolah swasta di Johor Bharu, Gan Bo Teek,15 cedera parah akibat dibelasah oleh kira-kira 10 orang lelaki kerana enggan menyertai kumpulan samseng.

25 Julai 2002: Seorang pelajar Tingkatan Satu di sebuah sekolah menengah di Nilai dimasukkan di Wad Rawatan Rapi (ICU), Hospital Seremban setelah dibelasah oleh seorang pelajar lain. 23 Mei 2003: Seorang pelajar Tingkatan Dua cedera di bahagian belakang pinggang dan kaki setelah dibelasah oleh lima orang pelajar lain di hadapan surau sekolah tersebut. 14 Ogos 2003: Seorang pelajar Tingkatan Empat, Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat, Mohd Hafizi Jamhari kehilangan buah pinggang akibat dibelasah oleh sekumpulan pelajar Tingkatan Lima sekolah berkenaan. 29 Ogos 2003: Seramai 20 orang pelaajr Sekolah Tunku Abdul Rahman, Ipoh, Perak disingkirkan kerana cuba menghidupkan kembali budaya samaseng yang dikenali sebagai High council di sekolah asrama penuh itu. 21 September 2003: Seorang pelajar lelaki Kolej Matrikulasi, dekat Masjid Tanah, Alor gajah, Melaka dibelasah teruk oleh 12 orang pelajar lain kerana dikatakan membocorkan rahsia besar kegiatan mereka menceroboh dan mengintai di asrama perempuan. 23 Oktober 2003: Seorang pelajar Tingkatan Empat sebuah sekolah menengah di Jalan Jelutong, Pulau Pinang cedera di bahagian muka selepas dibelasah oleh 10 orang pelajar dalam satu pergaduhan, di kawasan sekolah tersebut. 31 Oktober 2003: Seorang pelajar, Ahmad Firdaus Zakaria,15 maut selepas tiga hari koma di Hospital Port Dickson akibat dipukul oleh sekumpulan pelajar dengan objek tumpul di kepalanya. 9 November 2003: Lima pelajar Kolej Yayasan Melaka (KYM) yang tinggal di Asrama Pantai Feringgi, Melaka cedera akibat dibelasah oleh lapan orang pelajar yang marah kerana ditegur bermain mercun berhampiran asrama itu.

18 Novenber 2003: Seorang pelajar cedera selepas dibelasah oleh 20 orang pelajar lain dalam pergaduhan sejurus selepas mengambil kertas terakhir peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di sebuah sekolah di Kuala Terengganu. 28 Mac 2004: Seorang pelajar Muhammad Farid Ibrahim dari Sekolah Menengah Agama Dato Klana Petra Maamor di Negeri Sembilan meninggal dunia akibat dibelasah teruk oleh sekumpulan pelajar Tingkatan Lima sekolah berkenaan. 27 Julai 2004: Seorang pelajar sekolah dekat Seri Rusa, Port Dickson, Negeri Sembilan, patah rusuk kanan sehingga mencederakan paru-parunya selepas dipercayai dipukul oleh kira-kira 30 orang pelajar di asrama lelaki sekolah itu. Jika kita lihat pada hari ini, begitu banyak insiden-insiden yang berlaku di kalangan pelajar dan telah mengejutkan banyak pihak. Insiden ini juga perlu menyedarkan dan membuka mata semua pihak bahawa masalah disiplin di sekolah merupakan satu masalah yang perlu diberi perhatian yang sewajarnya. Banyak faktor yang mendorong pelanggaran disiplin di kalangan pelajar sekolah. Faridah (1989), membahagikan faktor-faktor ini kepada dua faktor iaitu faktor dalaman dan faktor luaran. Faktor luaran yang berkecenderungan mempengaruhi kes-kes pelanggaran disiplin ialah faktor status sosioekonomi, masyarakat, rakan sebaya, lokasi sekolah, keluarga dan faktor sekolah itu sendiri. Hubungan antara faktor dalaman dan luaran adalah saling mempengaruhi ke atas tingkah laku disiplin pelajar.

Faktor kekeluargaan banyak mempengarui disiplin anak-anak. Didikan agama yang sempurna daripada ibu bapa secara langsung dapat membentuk peribadi dan disiplin anak-anak. Dengan didikan agama yang sempurna, anak-anak akan tahu tentang perkara-perkara yang disuruh dan yang ditegah oleh agama. Proses pembesaran anak-anak yang melibatkan perubahan aspek fizikal dan mental akan menjadi lebih sempurna dengan memiliki pegangan agama yang kukuh. Di samping didikan agama yang sempurna, memberikan kasih sayang yang secukupnya, mengambil berat hal-hal yang berkaitan dengan pembelajaran anak-anak dan seumpamanya, berupaya membentuk disiplin anak-anak dengan sempurna. Melalui cara-cara tersebut anak-anak akan merasakan diri mereka disayangi dan bagi terus merasai sifat tersebut mereka harus patuh kepada didikan ibu bapa mereka. Ibu bapa harus sedar, jika kasih sayang yang diberi kepada

anak-anak melebihi hadnya, akan timbullah perkara-perkara negatif yang menjadikan anak-anak naik tocong. Oleh yang demikin pemberian kasih sayang haruslah mempunyai batasnya dalam hal membentuk disiplin anak-anak.

Selain itu, faktor pengaruh rakan sebaya juga memainkan peranan penting dalam pembentukan disiplin para pelajar. Seorang pelajar dapat membentuk disiplin yang baik dalam diri rakannya melalui memberi nasihat, serta tunjuk ajar kepada rakannya itu. Memilih kawan adalah faktor yang penting, jika ynag berdisplin dipilih, maka kita juga akan berdisiplin. Jika yang tidak berdisiplin dipilih, maka kita juga akan mempengaruhinya. Pelajar yang beriesiplin, beriman dan sedar akan tanggungjawab diri sudah pasti akan mewujudkan satu situasi yang harmonis lagi tenteram. Sebaliknya pelajar yang tidak berdisiplin, bermoral rendah dan bersikap negatif sudah pasti akan menyusahkan orang ramai malah memporak- perandakan kehidupan mereka sendiri. DEMAM masalah disiplin pelajar ini seolah-olah berlaku secara berkala tiga tahun sekali. Jika anda masih ingat, masalah ini mendapat perhatian serius pada 1997 dan menjadi polemik hangat ketika itu. Gejala gangsterisme dikatakan bersarang di beberapa sekolah menengah di negara ini. Bukan calang-calang jenayah yang dilakukan oleh pelajar kerana ia melibatkan pembunuhan, pengedaran dan penagihan dadah, rogol, memukul guru, menonton video lucah dan sebagainya. Seriusnya masalah ini telah mendorong Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia membiayai Kementerian Pendidikan menghasilkan laporan `Kajian Gangsterisme Di Sekolah Menengah Harian. Kajian yang dilakukan oleh Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pendidikan itu menyiapkan laporannya pada 1997. Kajian melibatkan 329 buah sekolah mengikut zon dan melibatkan kos pembiayaan penyelidikan RM41,782.40. Tiada cadangan luar biasa yang dikemukakan oleh laporan ini bagi menyelesaikan masalah gangsterisme di sekolah selain mengingatkan kembali betapa perlunya kita kembali berpegang kepada peraturan-peraturan yang sedia ada. Seperti biasa, penglibatan masyarakat, ibu bapa dan guru dilihat sebagai instrumen penting bagi mengatasi masalah ini daripada terus merebak. Tiga tahun selepas itu iaitu pada tahun 2000, masalah gangsterisme, samseng dan disiplin pelajar dibangkitkan semula. Menurut kajian, satu pertiga daripada bilangan sekolah harian di negara ini terdedah kepada bahaya kegiatan samseng atau gangsterisme. Ketika itu, cadangan paling popular selain cadangan-cadangan lain yang lebih bersifat retorik ialah memberikan kuasa polis tambahan atau Auxilliary Police Power (AP) kepada guru. Mengikut cadangan itu, guru disiplin diberi kuasa polis tambahan (AP) mengikut Seksyen 8, Akta Polis 1967, iaitu mereka yang memiliki kuasa AP mempunyai bidang kuasa yang sama seperti anggota polis lain. Cadangan itu bagaimanapun tidak dapat dilaksanakan kerana tiadanya sokongan daripada pihak sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). AP dikhuatiri menghakis fungsi sekolah sebagai institusi yang bertanggungjawab mendidik dan membentuk pelajar menjadi manusia

yang berguna. Kehadiran `polis walaupun hanya dalam bentuk kuasa dilihat sebagai satu pendekatan menghukum dan dikhuatiri membawa impak psikologi negatif kepada pelajar yang dikenakan tindakan. Kerana kuasa polis yang diberikan kepada seseorang guru, masyarakat akan lebih melihat seseorang pelajar itu `dihukum polis dan bukan dihukum guru. Ini membawa impak psikologi yang negatif kepada seseorang pelajar. Bagaimanapun tiadanya unsur-unsur `menghukum ini dilihat sebagai menjadi punca kepada berulangnya masalah ini tahun ini. Unsur-unsur mendidik seolah-olah tidak berkesan lagi dalam berhadapan dengan pelajarpelajar yang bermasalah. Buktinya, tahun ini, sekali lagi, masalah disiplin pelajar menjadi tumpuan. Lebih membimbangkan, kes-kes yang dilaporkan tahun ini berlaku di sekolah-sekolah berasrama penuh (SBP) yang selama ini menjadi sanjungan dan dihormati masyarakat sebagai sekolah untuk pelajar terpilih. Kejadian di Sekolah Tunku Abdul Rahman (STAR) Ipoh dan Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) benar-benar mencemar imej sekolah berasrama penuh di negara ini. Seperti sebelum ini, pihak Kementerian Pendidikan khususnya lebih melihat perkara masalah ini sengaja dibesar-besarkan oleh media walaupun pada masa yang kementerian tersebut mengakui 76,300 pelajar terbabit dengan masalah disiplin. Mungkin apabila dilihat dalam bentuk peratus iaitu kira-kira hanya 1.09 peratus berbanding tujuh juta pelajar di negara ini, Kementerian Pendidikan melihatnya sebagai tidak serius. Mungkinkah kita perlu nekad untuk menggunakan AP bagi membendung masalah ini daripada terus berulang. Melihatkan kepada tahap kesalahan yang dilakukan oleh pelajar ini, AP dirasakan sangat perlu kerana berlembut nampaknya bukan lagi pendekatan terbaik. Bagaimanapun, bagi golongan pendidik dan mereka yang terlibat secara langsung dengan institusi persekolahan tidak bersetuju dengan pendekatan `enforcement ini. Pensyarah di Fakulti Pendidikan Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Azizan Asmuni yang melihat AP sebagai satu pendekatan `enforcement berkata, adalah lebih sesuai pendekatan mendidik digunakan dalam menangani masalah ini. Bagi beliau yang juga Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Baru Seri Petaling berkata, adalah lebih baik tumpuan sekarang diberikan kepada perubahan sikap. Perubahan sikap itu pula bagi Dr. Azizan bukan sahaja terhadap pelajar, tetapi juga semua pihak. Bagi pelajar, mereka perlu mereka perlu sentiasa dididik dengan nilai-nilai murni dan disedarkan betapa perlunya mereka menghindari gejala-gejala yang tidak sihat. Selain itu bagi Dr. Azizan, tanggungjawab membendung masalah disiplin pelajar ini tidak harusnya dibebankan di bahu guru disiplin atau guru kaunseling semata-mata. Jika kita lihat persekitaran sekolah kini, apa yang dibimbangi oleh Dr. Azizan ini ada betulnya. Wujudnya jawatan khas guru kaunseling yang ditugaskan sepenuh masa untuk menguruskan hal-hal ehwal pelajar ini seolah-olah mewujudkan tembok pemisah antara guru biasa dengan guru kaunseling. Hampir semua sekolah mempunyai guru kaunselingnya yang mempunyai bilik khas dan tidak dibebankan dengan tugas mengajar. Mereka mempunyai kelulusan khas dalam bidang kaunseling dan psikologi manusia. Keadaan ini mungkin mewujudkan satu situasi di mana guru-guru biasa akan menganggap, pelajar yang bermasalah bukan di bawah tanggungjawab mereka. Serah sahaja kepada guru kaunseling.

Seharusnya semua guru di sekolah perlu bekerjasama memantau pelajarnya terutamanya pelajar-pelajar yang dikesan bermasalah dan bukannya dilepaskan kepada guru kaunseling atau guru disiplin semata-mata, kata Dr. Azizan. Menganggap masalah disiplin pelajar hanya tugas guru kaunseling dan guru disiplin perlu dikikis. Semangat guru yang tugasnya membentuk keperibadian murni di kalangan pelajarnya tidak harus dibatasi kepada apa mata pelajaran yang diajarnya. Pendidikan moral dan nilai-nilai murni bukan hanya tugas guru kaunseling dan guru Pendidikan Moral. Ia tugas hakiki semua yang bergelar guru. Ini penting jika sekolah mahu terus mempertahankan peranan dan fungsinya sebagai sebuah institusi mendidik. Justeru itu, masalah pelanggaran disiplin sekolah di kalangan pelajar adalah perkara yang perlu difikirkan secara serius dan terperinci memandangkan mereka merupakan bakal pemimpin negara. Negara memerlukan bakal pemimpin yang mempunyai keperibadian yang mulia untuk merealisasikan Wawasan 2020. Disiplin diri dikalangan pelajar adalah juga bertujuan untuk menjadi satu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, adil, liberal, progresif dan bertatasusila. Untuk melahirkan disipin yang baik di kalangan pelajar, kerjasama dan perhatian yang sepenuhnya dari semua pihak adalah perlu tidak kira sama ada pihak pengetua, guru-guru, ibu bapa, rakan-rakan , masyarakat sekeliling dan pelajar itu sendidri. Tidak ada jalan yang terbaik untuk mengatasi masalah disiplin selain daripada keinsafan yang lahir daripada hati pelajar yang benar-benar ikhlas. Para pelajar sekalian, ingatlah, zaman remaja adalah zaman yang penuh cabaran dan rintangan yang berlaku. Tanpa disiplin yang baik sudah pasti pelajar-pelajar akan terkandas di tengah jalan. Dengan itu, marilah kita sama-sama meningkatkan prestasi kita dalam semua perkara. Remaja hanya sekali dalam hidup dan ianya tidak akan berulang untuk kali kedua, jadi marilah kita sama-sama pastikan zaman remaja kita adalah zaman yang bermakna dalam hidup dan pastikan diri kita berada dalam kategori remaja yang berdisiplin. Insya Allah.
http://rozzuwanimohamad.wordpress.com/2008/02/22/ni-feature-aku-dulukemerosotan-disiplinpelajar-hari-ini/

Anda mungkin juga menyukai