Anda di halaman 1dari 17

Disediakan Oleh : PISMP BM 1111

Autdrey anak Kanchin Blondigel Ansley Helen Chia Juriah Musrikh Ruby Amellina

SLOT YANG DIBINCANGKAN


KONSEP KATA MAJMUK

BENTUK YANG TELAH MANTAP

PENGGANDAAN KATA MAJMUK

PENGIMBUHAN KATA MAJMUK

KONSEP
Proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil membawa makna yang khusus. Dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit (tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur lain)

Dibahagikan kepada 3 kelompok:


1. Kata majmuk yang terdiri daripada rangkaian kata bebas.

Contohnya :
Gambar rajah Biru laut Alat tulis Bandar raya

Air hujan Jalan raya Nasi minyak Terima kasih Luar biasa Merah muda

Tengah hari Jam tangan Meja tulis Bom tangan Kapal terbang Kuning langsat

Bentuk kata MAJMUK yang digunakan sebagai GELARAN.


Perdana Menteri Duta Besar Raja Muda Setiausaha Politik Penolong Pendaftar Ketua Menteri Naib Canselor Profesor Madya Timbalan Ketua Pustakawan Ketua Setiausaha Negara

ii) Kata majmuk yang berbentuk istilah khusus

Model linear Garis pusat

Hak milik Mata pelajaran

Telefon dail terus Segi tiga Lut sinar

Pita suara Batu kapur Kemas kini

iii) Kata majmuk yang


mendukung maksud kiasan, iaitu bahasa simpulan bahasa

Buah hati Kaki ayam Duit kopi Makan angin Pilih kasih

Anak emas Bulan madu Manis mulut Tumbuk rusuk Berat tangan

Bentuk yang telah MANTAP


Kata majmuk mantap sebagai satu perkataan yang utuh walaupun mempunyai dua kata dasar. Dieja bercantum, sebagai satu perkataan.

Bentuk kata majmuk yang MANTAP


Antarabangsa Beritahu Bumiputera Jawatankuasa Kakitangan Kerjasama Olahraga Setiausaha Sukarela Suruhanjaya Tandatangan Tanggungjawa b Warganegara Pesuruhjaya

BUKAN Kata Majmuk


Kata nama : Peribadi, peribahasa, dinihari Kata adjektif : Dukacita, sukacita Kata sendi nama : Kepada, daripada Kata hubung : Apabila, manakala, padahal Kata tanya : Bagaimana, kenapa

Penggandaan Kata Majmuk


Melibatkan penggandaan unsur pertama kata sahaja.
Alat-alat tulis Gambar-gambar rajah

Balai-balai raya Suku-suku kata Jirim-jirim organik Menteri-Menteri Besar Penolong-Penolong Pendaftar

Kapal-kapal terbang Garis-garis pusat Model-model linear Naib-Naib Canselor Ketua-Ketua Menteri

Kekecualian :
Penggandaan melibatkan keseluruhan unsur
1. 2. 3. 4. 5. Pesuruhjaya-pesuruhjaya Warganegara-warganegara Tandatangan-tandatangan Jawatankuasa-jawatankuasa Setiausaha-setiausaha

PENGIMBUHAN KATA MAJMUK


Kata majmuk boleh menerima imbuhan untuk menghasilkan kata terbitan Terdapat dua bentuk :
1. Apabila kata majmuk menerima imbuhan yang merupakan awalan atau akhiran sahaja
Ejaan tetap terpisah Contoh :
Campur aduk -> bercampur aduk Litar selari -> berlitar selari Temu bual -> ditemu bual

2. Apabila kata majmuk

menerima imbuhan yang merupakan apitan


Ejaannya bercantum Contohnya :
Campur aduk -> mencampuradukkan Daya serap -> kedayaserapan Garis kasar -> menggariskasarkan

SOALAN

1. Kata majmuk terbahagi kepada 3 kelompok. Nyatakan kelompok-kelompok tersebut.

SOALAN

2. Berikan 5 contoh kata majmuk yang telah mantap.

SOALAN

3. Apabila kata majmuk diberi imbuhan apitan, adakah ejaannya berasingan atau bercantum?

Anda mungkin juga menyukai