Anda di halaman 1dari 26

Peribahasa Melayu mempunyai kaitan yang rapat dengan kehidupan dan

pemikiran bangsa pemiliknya. Sebagai satu daripada puisi tertua yang


memaparkan akal budi bangsa itu, penciptaan peribahasa sangat terikat dengan adat istiadat Melayu lama.

Melalui peribahasa, terpancar peraturan hidup, nilai murni dan etika, dan kandungan pemikiran masyarakat Melayu silam. Apa-apa yang dilahirkan

melalui peribahasa itu merupakan nasihat, teladan, pengajaran, pernyataan


adat istiadat yang menggunakan ragam bahasa yang bernilai tinggi dan bernilai estetika.

Maksud: Raja yang adil disayangi dan raja yang zalim dibenci
Sistem pemerintahan dan pentadbiran: Raja akan terjamin kedaulatannya jika dapat memelihara keamanan rakyat. Dan akan ditentang jika bertindak tidak sewajarnya terhadap rakyat.

Institusi sosial: Masyarakat memerlukan pemimpin yang adil dan dapat memberi keamanan serta perlindungan.

Agama Islam, Adat dan Kepercayaan: Setiap pemimpin haruslah adil dan amanah. Bahasa : disembah hanya digunakan untuk raja yang berdaulat. Tidak disamakan dengan menyembah Tuhan.

Disanggah bermaksud ditentang untuk raja yang zalim. Contoh:Sultan Mahmud Mangkat Dijulang

Maksud: Apabila disukai raja, orang benci. Apabila dibenci raja,orang lagi

benci.

Zaman dahulu : Apabila disukai raja, akan dapat semua keistimewaan, akan mengundang dengki orang. Apabila dimurkai raja, akan membuat orang lain

benci juga.

Sistem pemerintahan dan pentadbiran : Raja pemimpin dan ketua di dalam negara. Berkuasa.

Institusi sosial : Masyarakat zaman dahulu menjadikan raja sebagai ikutan.


Bahasa : madu manis, banyak keistimewaan. setitik sedikit tapi tetap bermakna. Cuka masam, selautan!.

Maksud: Orang yang berkuasa sekalipun adakalanya lemah.


Sistem pemerintahan dan pentadbiran: Sehebat-hebat seseorang mesti ada kekurangan. Contoh :Hang Tuah (Keris Taming Sari).

Nilai dan Falsafah: Gajah (unsur alam) Berkaki empat- teguh, kuat.

- haiwan yang besar.

Bahasa: tersadung-tersepak sesuatu yang boleh akibatkan hampir


jatuh/jatuh.

Maksud : Negeri orang

lebih baik dari semua

segi jika

dibandingkan dengan negeri sendiri. Negeri sendiri walaupun tidak sebaik negeri orang tetap menjadi terbaik buat diri sendiri.

Politik : Dapat menanam semangat akan cintakan negara yang juga


dikenali sebagai patriotisme. Sistem pemerintahan dan Pentadbiran : Golongan atasan yang ingin terus berkuasa walaupun rakyat menolak sistem pentadbirannya.

Sosial dan Ekonomi : Mempengaruhi pemikiran individu dan masyarakat -apa yang diperolehi di negara ini adalah cukup lengkap dan tiada apa lagi yang diperlukan untuk meningkatkan tahapbaik itu.

Nilai dan falsafah : Perbezaan antara batu dan emas yang ketara

nilainya.

Maksud : Buruk baik anak sendiri juga

Nilai dan falsafah : Pemilihan penggunaan kata

anjing

dalam

peribahasa ini menunjukkan simbol haiwan yang dilambangkan dengan sifat jahat manakala kata raja pula menunjukkan simbol kemuliaan.

Sistem kekeluargaan : Walau seburuk mana pun perangai anak sendiri pada pandangan orang lain tetapi tetap elok pada pandangan kita.

Maksud : Buruk baik anak sendiri juga

Maksud : Masa itu berharga


Dalam usaha mengejar kejayaan dan kekayaan seseorang amat mementingkan masa. Masa, sesuatu yang amat berharga sehingga disamakan nilainya dengan emas. Terbitlah peribahasa yang berbunyi masa itu emas.

Ajaran Islam juga menuntut kita menghargai masa. Ini sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah s.w.t supaya manusia menghargai

masa seperti yang terkandung dalam surah al Asr.

Maksud : Tiada permuafakatan dalam sesuatu perbincangan, hanya

berpegang pada pendapat masing-masing sahaja.

Sikap negatif yang pentingkan diri sendiri. Sikap ini dikaitkan

dengan enau. Tumbuh-tumbuhan enau memang banyak terdapat di


negara ini. Enau ini memang cepat tumbuh untuk mencari cahaya matahari. Jadilah peribahasa yang berbunyi seperti enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing.

Manusia bagaikan enau ini memang banyak terdapat dalam masyarakat kita . Di bandar-bandar, corak kehidupan masyarakat tidak ubah seperti enau. Masingmasing sibuk mencari rezeki tanpa memperdulikan orang lain. Keduniaan

merubah sikap baik manusia. Sebaliknya di kampung-kampung tradisional yang


belum banyak diserapi arus pembangunan, sifat bergotong-royong masih diamalkan. Sekiranya kenduri diadakan, semuanya bekerjasama tanpa mengira upah.

Maksud : Persahabatan atau perjodohan yang tidak

sepadan tidak akan selamat; tiap-tiap orang mesti mencari


golongannya sendiri, barulah sempurna.

Nilai dan Falsafah :

Pemilihan kedua-dua jenis burung ini menunjukkan

pemikiran masyarakat yang mengamati alam fauna dan menggunakannya dalam peribahasa.

Pipit = golongan bawahan & Enggang = kelas atasan


Budaya masyarakat yang terlalu memandang kepada darjat, harta dan keturunan sehingga boleh menyebabkan berlakunya perselisihan faham.

Maksud : Pegangan yang kuat tentang adat.

Falsafah : Anak merujuk kepada pokok pinang, bukannya manusia.


Budaya/adat masyarakat dahulu yang sering menggunakan pinang

dalam sesuatu majlis (perkahwinan).

Sosial : Walaupun anak masih lagi baru dan belum matang, tetapi masyarakat sanggup mengorbankannya atas tujuan untuk memelihara adat yang diwarisi.

Peribahasa sebagai agen pedoman dan panduan


hidup masyarakat penutur dalam usaha memajukan

diri.

Masyarakat

digalakkan

berusaha

dengan

konsisten, sabar dan bersyukur kepada-Nya.

Maksud : Sesudah tidak berguna lagi lalu di buang.


Perubatan : hampas tidak berguna jika untuk tujuan masakan tetapi bagi tujuan perubatan hampas masih berfungsi. Contohnya disental pada tubuh bagi membuang daki dan memutihkan kulit.

Pekerjaan : Pokok kelapa merupakan sumber pendapatan bagi masyarakat

Melayu bukan sahaja masyarakat dahulu bahkan hari ini masih ada
masyarakat yang menjadikan penjualan hasil pokok kelapa sebagai sumber pendapatan harian mereka.

Maksud: Tekun dan usaha tentu berjaya.


Menunjukkan usaha seseorang dalam melaksanakan sesuatu untuk

berjaya. Seperti masyarakat dahulu, mereka melaksanakan kegiatan


menenun dan mengait baju sebagai hasil pendapatan. Usaha untuk menghasilkan sehelai baju memakan masa yang agak lama dan memerlukan ketekunan. Oleh sebab itu, orang dahulu mengibaratkan sehari selembar benang, untuk menunjukkan usaha seseorang itu.

Berbeza dengan masyarakat kini, segelintirnya hanya

mengambil jalan mudah untuk berjaya, sesetengahnya


tidak menggunakan usaha yang lebih, tetapi mahukan

kejayaan yang besar.

Rezeki yang dicari dengan cara salah, tetap haram.


Masyarakat dahulu menggunakan air sebagai perlambangan

kerana air mempunyai sifat yang bersih dan suci. Apabila air
melalui pembuluh yang bersih, maka hasilnya juga akan bersih. Jika pembuluh yang kotor, tetap kotor hasilnya. Bermaksud apa pun yang dilaksanakan, jika dengan cara salah, hasilnya tetap salah. Pembuluh di dalam peribahasa ini merupakan medium kepada

terhasilnya sesuatu tu sama ada baik atau buruk.

Sementara menanti untung besar, buat apa yang berguna. Ekonomi masyarakat dahulu adalah berasaskan padi. Padi memerlukan masa yang lama untuk mendapatkan hasilnya. Oleh sebab itu, orang dahulu membuat pekerjaan sampingan sementara menungu hasil padi tersebut. Padi diibaratkan sebagai untung besar kerana padi merupakan keperluan makanan ruji masyarakat.

Jadi, padi lebih mempunyai permintaan tinggi berbanding jagung.

Ketika kehidupan masyarakat hari ini berteraskan teknologi maklumat dan

komunikasi, peribahasa masih tekal mengungkapkan pemikiran Melayu .

Tunjangan yang bermula daripada masyarakat yang mungkin kecil kelompoknya akan menjadi aspirasi kepada satu bangsa dan negara.

Digunakan sebagai pengingatan atau penyedaran diri agar terhindar


daripada melakukan kesalahan dan kesilapan.

Peribahasa masyarakat Melayu sememangnya mendidik orang Melayu secara halus.

Dengan kata akhir, peribahasa tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.