Anda di halaman 1dari 23

Perkhidmatan Bimbingan Jenis Kaunseling Etika Kaunselor

1.Perkhidmatan inventori individu dan rekod 2.Perkhidmatan memberi maklumat 3.Perkhidmatan bimbingan kelompok 4.Perkhidmatan Kaunseling 5.Perkhidmatan Penempatan 6.Perkhidmatan Mencegah Penyalahgunaan Dadah 7.Perkhidmatan Perundingan dan rujukan 8.Perkhidmatan Penyelarasan Sumber 9.Perkhidmatan Perbincangan Dengan ibu bapa 10.Perkhidmatan Penilaian

1.Mengendalikan fail bimbingan untuk setiap pelajar. 2.Mengumpul dan merekodkan butir-butir berkaitan dengan penilaian dan pentafsiran minat pelajar-pelajar. 3.Mengawasi perangkaan dan corak kehadiran pelajar-pelajar yang dirujuk untuk kaunseling. 4.Menyelaras,menjaga dan mengemaskini rekod pelajar. 5.Memberi maklumat tentang pencapaian dan kemajuan pelajar-pelajar bermasalah untuk tujuan pemulihan. 6.Menjalan kaji selidik dan membuat tafsiran yang difikirkan perlu atau berguna.
3

1.Mengumpul, menyedia dan menyebar maklumat kerjaya, vokasional, latihan dan pelajaran kepada pelajar-pelajar; misalnya melalui risalah, poster hari kerjaya dan buletin sekolah. 2.Menambah dan mengemaskinikan fail-fail maklumat kerjaya, peluang latihan pelajaran, sosial dan peribadi. 3.Memberi maklumat tentang kerjaya, menyebarkan maklumat tentang pendidikan pencegahan dadah dan mengelolakan lawatan kerjaya.

1.Merancang dan menjadi penyelaras aktiviti bimbingan kelompok dan tunjuk ajar yang dapat menggalakkan perkembangan konsep kendiri,kognitif,afektif,psiko sosial,fizikal,seksual dan vokasional yang bersifat penyuburan. 2.Mengadakan bimbingan kelompok atau tunjuk ajar tentang isu-isu semasa pelajar seperti masalah disiplin, masalah pelajaran,masalah sosial dan lain-lain topik yang lebih bersifat penyesuaian atau pembaikan. 3.Membantu pelajar memilih mata-mata pelajaran pilihan untuk peperiksaan PMR,SPM dan STPM.

1.Satu perkhidmatan kaunseling dengan pelajar secara individu atau kelompok tentang : pencapaian akademik, kerjaya , ilmu pengetahuan dan peribadi serta masalah disiplin. 2.Jika perlu, kaunseling keluarga dan tunjuk ajar boleh diadakan untuk mengajar perkara-perkara yang berkaitan seperti penilaian kendiri, membuat keputusan, penjelasan nilai dan mengelakkan diri dari penyalahgunaan dadah.

1.Membantu pelajar memilih kegiatan kokurikulum yang sejajar dengan kebolehan, minat dan kemampuannya. 2.Memberi input kepada pelajar tentang penempatan pekerjaan melalui :

mengikuti program pengalaman bekerja Membekal data tentang pelajar-pelajar lepasan sekolah vokasional dan teknik. Membantu menempatkan pelajar-pelajar untuk memasuki kilang-kilang dan firma.

1.Mengadakan bimbingan individu atau kelompok dalam menanam dan memupuk sikap dan nilai membenci dadah. 2.Membantu mendapatkan pertolongon pemulihan atau rawatan. 3.Membantu pelajar menyesuaikan diri semula ke alam sekolah selepas tamat program pemulihan. 4.Membuat penilaian dan memberi maklumbalas kepada Jabatan Pendidikan Negeri tentang program pencegahan penyalahgunaan dadah di peringkat sekolah.

PERKHIDMATAN RUNDINGCARA DAN RUJUKAN


membantu bekas pelajar membantu dan berunding dengan pihak pentadbir dan staf sekolah membantu ibu bapa atau penjaga tentang kebajikan pelajar membuat rujukan

PERKHIDMATAN KONFERENS DENGAN IBU BAPA

Memberi peluang kepada ibu bapa atau penjaga berbincang dengan guru bimbingan dan kaunseling sekolah tentang pendidikan, sosial, peribadi, dan perkembangan kerjaya anak-anak mereka.

10

PERKHIDMATAN PENYELARASAN RESOS

menyelaras aktiviti kebajikan pelajar dengan agensi luar merancang dan berusaha untuk memperkenalkan aktiviti-aktiviti B & K kepada komuniti luar.

11

PERKHIDMATAN PENILAIAN

membuat penilaian aktiviti bimbingan menilai model atau modul bimbingan sebelum dilaksanakan di sekolah

12

KAUNSELING INDIVIDU
Suatu perhubungan BERSEMUKA di antara seorang kaunselor dan klien Perhubungan ini berlaku secara TERAPUTIK Mempunyai ciri KOMUNIKASI yang efektif & saling menghormati Penerimaan klien secara TANPA SYARAT TULEN dalam usaha membantu klien MEMAHAMI DIRI & PERSEKITARANNYA Kaunseling MEMASUKKAN KLIENNYA sama dalam PROSES PENYELESAIAN masalah kerana dia lebih tahu masalahnya sendiri. Dijalankan oleh KAUNSELOR yang mahir/ TERLATIH dan BERDAFTAR.

KAUNSELING KELOMPOK
Suatu perhubungan BERSEMUKA di antara BEBERAPA orang AHLI dan KLIEN. Perhubungan ini berlaku secara TERAPUTIK Mempunyai ciri KOMUNIKASI yang efektif & saling menghormati dan kejelekitan Penerimaan ahli-ahli secara terbuka, tulen dalam usaha membantu klien MEMAHAMI DIRI & PERSEKITARANNYA Semua ahli bersama-sama dalam PROSES PENYELESAIAN masalah klien dengan lebih sensitif dan rasa kejelekitannya.

JENIS KELOMPOK

Kelompok Kaunseling. Kelompok Bimbingan. Kelompok Terapi. Kelompok T (latihan). Kelompok Pertemuan/bantu diri). Kelompok Tugasan. Kelompok Perngalaman/ Perkembangan.

DALAM KAUNSELING, IA MELIBATKAN SESI BERSAMA ANTARA KAUNSELOR-KLIEN DLM. KEADAAN MENCURIGAKAN (BERDUA-DUAAN, TERSOROK, TERSEMBUNYI & MELIBATKAN HUBUNGAN EMOSI) YANG MUDAH DISALAHGUNAKAN KAUNSELOR DAN BOLEH MEMUDARATKAN KLIEN DALAM APA CARA SEKALIPUN. MAKA ETIKA ADALAH SEBAGAI SATU BATASAN YANG DAPAT MENGAWAL TATALAKU KAUNSELOR DARIPADA MENYALAHGUNAKAN PERKHIDMATANNYA.

SETIAP KERJA YANG DILAKUKAN MESTI SEMPURNA, BAIK & MEMBERI MANFAAT BUKAN SAHAJA KEPADA ORANG YANG MELAKUKANNYA, TETAPI JUGA KEPADA ORANG LAIN. ETIKA ADALAH SEBAGAI GARIS PANDUAN BERKERJA BAGI PELAKSANA YANG MENJALANKAN KERJA ITU, SUPAYA DIA TIDAK MELANGGAR BATASAN TATALAKU YANG BOLEH MENJEJASKAN KEMANFAATAN ITU SENDIRI.

SOAL KERAHSIAAN MELIBATKAN PEMBOCORAN ISU/KES DALAM SESI OLEH KAUNSELOR SENDIRI. TIDAK BOLEH SAMA ADA BERCERITA, BERIKAN LAPORAN SESI KEPADA ORANG LAIN, ATAU PIHAK UMUM SEPERTI MEDIA DAN PIHAK YANG BERKAITAN. SEBAB ITULAH SEBELUM SESI DILAKSANAKAN MESTI ADA PENSTRUKTURAN ATAU PUN IKAT KONTRAK KAUNSELOR-KLIEN.

SOAL KOMUNIKASI PRVILEJ & PRIVASI KAUNSELOR TIDAK MENGAMBIL PELUANG ATAU KESEMPATAN SEMASA SESI. PRIVILEJ - TIDAK MENGUGUT, MEMUJUK, MEMAKSA/ MEMANIPULASIKAN PERKATAAN KLIEN HINGGA BERTELAGAH. TIDAK GUNAKAN KATA-KATA LUCAH/ PORNO ATAU DOUBLE MEANING KERANA DIKHUATIRI BOLEH MENGANCAM KLIEN. PRIVASI - WALAUPUN TERSOROK , TIDAK DIGANGGU, DALAM KEADAAN TENTERAM, TETAPI IA BOLEH DIPANTAU PIHAK LAIN.

TINGKAHLAKU KAUNSELOR HARUS TERKAWAL TIDAK MELAMPAUI BATAS. ELAKKAN DARIPADA BERLAKUNYA GANGGUAN SEKSUAL SEMASA SESI. SELALU UTAMAKAN KEHENDAK KLIEN ITU SENDIRI DARIPADA KEPENTINGAN DIRI. HORMATI KLIEN, BERIKAN DIA MASA YANG SECUKUPNYA UNTUK MELUAHKAN SEGALA ISI HATI (PERMASALAHANNYA).

HUBUNGAN PROFESIONAL-HUBUNGAN MESRA KAUNSELOR- KLIEN HANYA DALAM SESI KAUNSELINGNYA SAHAJA. ELAKKAN DARIPADA HUBUNGAN INTIM & MESRA DI LUAR, TAKUT DISALAH ERTIKAN. TIDAK MEMINTA APA-APA BALASAN ATAU BAYARAN SELAIN DARIPADA YANG DITETAPKAN. BILA MAHU DIRUJUK KEPADA KAUNSELOR LAIN, PASTIKAN DAPAT PERSETUJUAN DARI KLIEN LEBIH DAHULU.

DALAM HUBUNGAN PROFESIONAL JUGA, SESEORANG KAUNSELOR TIDAK BOLEH MENAMATKAN KAUNSELING SESUKA HATI, DIA KENA DAPATKAN PERSETUJUAN KLIEN JUGA. HUBUNGAN KAUNSELOR DENGAN KAUNSELOR LAIN, SECARA PRO DAN TIDAK PULA MELIBATKAN SOAL KLIEN MEREKA. JIKA MAHUKAN RUJUKAN, BUAT SECARA SAH DAN IKUT PROSEDUR.

SEKIAN, TERIMA KASIH.

23

Anda mungkin juga menyukai