Anda di halaman 1dari 4

FASA TARIKH TAJUK

: :

2 10 MEI 2013 : 6.2 6.2.1 Penilaian Kursus-Kursus Akademik Tugasan Autentik

MASA OBJEKTIF

: :

1 jam Selepas tamat menjalani aktiviti unit ini, peserta dapat: 1. menjelaskan kriteria dan jenis-jenis tugasan autentik. 2. menyatakan kepentingan tugasan autentik

Pengenalan Menurut Pert (1990), pentaksiran autentik merupakan bentuk penilaian yang berdasarkan pencapaikan sebenar yang ditunjukkan oleh pelajar dalam bilik kuliah setiap hari. Tugasan autentik adalah tugasan yang direkabentuk untuk menaksir

kebolehan pelajar dalam mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari untuk menyelesaikan sesuatu isu/cabaran dalam situasi sebenar. Dengan kata lain, tugasan yang autentik memenuhi kriteria (1) pelajar sendiri yang mencari jalan penyelesaian berdasarkan pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari dan (2) tugasan tersebut mesti berkaitan dengan isu/senario yang sebenar dalam kehidupan seharian.

PERINCIAN AKTIVITI: LANGKAH / MASA Langkah 1 (30 min) Mengenalpasti dan mengkelasifikasi jenis-jenis tugasan di sekolah AKTIVITI Fasilitator menayangkan satu video Mr. Bean dan membuat perbincangan siapa sebenarnya Mr. Bean. Fasilitator menerangkan objektif modul dan membuat pembahagian kumpulan. STRATEGI

Round Table

Aktiviti 1 (5 min) 1. Peserta dibahagikan kepada kumpulan 5 orang dan diminta memberi nama kumpulan. 2. Ketua dilantik oleh setiap kumpulan dan diberikan sehelai kertas kosong dan sebatang pena. 3. Secara bergilir, pelajar mencatat jenis-jenis tugasan yang diberikan kepada murid di sekolah

Aktiviti 2 (25 min) 1. Sehelai kertas mahjong dan sebatang pen marker diedarkan. 2. Penerangan mengenai kriteria tugasan autentik diberikan oleh fasilitator. 3. Setiap kumpulan dikehendaki mengasingkan jenis-jenis tugasan tersebut kepada tugasan autentik dan bukan autentik pada kertas mahjong. 4. Setiap kumpulan menampal hasil kerja pada dinding berdekatan dengan kumpulan masing-masing. 5. Tiga orang ahli kumpulan membuat pemerhatian ke kumpulan lain untuk mendapatkan jenis tugasan autentik dan bukan autentik yang belum disenaraikan oleh kumpulan masing-masing (10 minit). Ahli yang tinggal mencatat Gallery walk Perbincangan kumpulan

hasil dapatan. 6. Kumpulan menyemak senarai yang dihasilkan. 7. Kumpulan bertukar tempat (K1 pergi ke K2, K2 ke K3 dan seterusnya) 8. Kumpulan menyemak jenis-jenis tugasan yang disenaraikan dengan menandakan atau X. 9. Hasil semakan tersebut dibentangkan oleh ketua kumpulan. Menganalisa Menganalisa Menjana idea Two stay, three stray

Mensintesis

Langkah 2 (15 min) Kepentingan tugasan autentik

Aktiviti 3 1. Fasilitator memudahcara perbincangan rasional tugasan autentik perlu diberi bagi mentaksir murid di sekolah. 2. Pelajar berbincang dalam kumpulan 3. Wakil kumpulan diminta memberi sebab-sebab. Perbincanga n Kumpulan

Langkah 3 (15 min) Refleksi dan sintesis

Pelajar diminta mengemukakan pelajaran yang diperolehi daripada aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

sintesis

Fasilitator membuat rumusan mengenai konsep pentaksiran autentik, jenis-jenis serta

kepentingannya.

Anda mungkin juga menyukai