Anda di halaman 1dari 5

PANDUAN UMUM PENULISAN TESIS/ LAPORAN AKHIR (HBEF 4303)

PANDUAN UMUM PENULISAN TESIS / LAPORAN AKHIR PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJARAN

1.

KERTAS (a) (b) Saiz Warna : A4 (berkualiti tinggi; 210 mm x 297 mm, 80 gsm ATAU 70 gsm dan ke atas) : Putih

2.

PENAIPAN (a) (b) Jenis Huruf : Times New Roman bersaiz 12 yang ditaip justify. Selang Baris: DUA (2) langkau double spacing bagi teks am. Manakala SATU (1) langkau digunakan untuk: i. ii. iii. iv. Pengakuan Penghargaan Abstrak dan Terjemahan Abstrak Senarai Kandungan (Antara tajuk DUA (2) langkau dibenarkan) v. Senarai Jadual dan Ilustrasi vi. Catatan bawah vii. Rujukan (c) Ukuran : Ukuran Muka Surat seperti berikut: Atas : 30 mm daripada jidar atas Bawah : 25 mm daripada jidai bawah Kanan : 25 mm daripada jidai kanan Kiri : 40 mm daripada jidai kiri

Rujuk Lampiran H Peringatan: i. Setiap permulaan tajuk kecuali tajuk tesis, rujukan dan lampiran hendaklah ditaip 50mm daripada birai atas. ii. Pada setiap perenggan terakhir dalam sesuatu halaman mengandungi sekurang-sekurangnya DUA baris teks bertaip. Sekiranya tidak, pindahkan teks tersebut ke halaman berikutnya sebagai perenggan baru. 1

PANDUAN UMUM PENULISAN TESIS/ LAPORAN AKHIR (HBEF 4303)

iii. Perkataan terakhir sesuatu menggunakan tanda sempang.

halaman

tidak

boleh

iv. Sesuatu halaman yang baru hendaklah mengandungi sekurang-kurangnya DUA baris teks. (d) (e) Format Am : Semua tajuk ditaip dengan huruf besar kecuali subtajuk. Nombor Halaman : i. Kedudukan nombor halaman bagi teks am adalah, 15mm daripada birai bawah dan 25mm daripada birai kanan. Gunakan huruf yang sama dengan huruf teks, tanpa hiasan. ii. Pada halaman permulaan (bermula daripada halaman judul) hendaklah dinomborkan dengan angka kecil roman secara berturut-turut sepertimana berikut: i, ii, iii, iv . Peringatan: halaman permulaan dianggap sebagai halaman (i), tetapi tidak ditaip pada halaman pertama. iii. Manakala pada halaman teks am hendaklah menggunakan angka numerik iaitu: 1, 2, 3, 4 . Peringatan: halaman pertama teks dianggap sebagai halaman (1), tetapi tidak ditaip sebagai (1). Begitu juga bagi halaman permulaan setiap bab yang tidak perlu ditulis nombor halamannya, tetapi diambil kira ketika menomborkan halaman berikutnya. 3. CETAKAN (a) Halaman : Cetakan pada sebelah halaman sahaja iaitu semasa menjilid hendaklah pada sebelah kanan.

4.

PENJILIDAN (a) Serahan : Menyediakan LIMA (5) naskhah tesis dengan SATU (1) untuk serahan Universiti (OUM). Naskhah untuk pemeriksaan (penyelia/ penilai kedua) hendaklah dijilid menggunakan kulit keras jenis biasa SAHAJA. Nota: Sebelum dijilid, calon hendaklah terlebih dahulu memastikan setiap pembetulan telah diperbetulkan.

PANDUAN UMUM PENULISAN TESIS/ LAPORAN AKHIR (HBEF 4303)

(b)

Penduaan : Bagi salinan berikutnya, calon hendaklah menggunakan kertas mempunyai mutu yang baik sekurang-kurangnya 70 gsm dan ke atas sahaja. Warna : Tesis hendaklah dijilid menggunakan kulit jenis balakrom bewarna BIRU TUA (Dark Blue).

(c)

5.

KETERANGAN PADA KULIT TESIS (a) Muka Hadapan Maklumat pada muka hadapan tesis dicetak dengan HURUF BESAR bewarna EMAS, jenis ARIAL NARROW bersaiz 18, pada kertas/ kulit jenis balakrom yang berwarna BIRU TUA (Dark Blue). Susunan maklumat pada muka hadapan adalah seperti berikut: Tajuk Kajian Nama Penuh Calon (Nama seperti yang tertera pada kad pengenalan) Nama Fakulti Nama Universiti Tahun Maklumat yang tersebut di atas hendaklah ditaip bermula dengan Tajuk Kajian (dalam bentuk piramid terbalik) dengan ukuran 50mm daripada birai atas dan berakhir dengan Tahun 50mm daripada birai bawah. Rujuk Lampiran A (b) Tulang Kulit Maklumat pada ruang tulang tesis hendaklah dicetak dengan jenis dan saiz huruf yang sama sepertimana pada muka hadapan tesis dan hendaklah mengikut susunan berikut: OUM Nama Calon Ijazah Tahun

50mm
OUM AIMAN DANISH BIN DANIAL B.ED (HONS) 2009

50mm

PANDUAN UMUM PENULISAN TESIS/ LAPORAN AKHIR (HBEF 4303)

6.

TERTIB SUSUNAN KANDUNGAN TESIS Susunan dalam kandungan tesis/ laporan akhir hendaklah mengikut tertib seperti berikut: MUKA SURAT TAJUK PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ISI KANDUNGAN KANDUNGAN KAJIAN SENARAI JADUAL RUJUKAN LAMPIRAN Nota: Bagi setiap perkara tersebut di atas sila rujuk contoh pada Lampiran A hingga Lampiran H. (a) MUKA SURAT TAJUK Muka Surat Tajuk hendaklah mengandungi maklumat berikut: Tajuk Kajian Nama Penuh Calon (Nama seperti yang tertera pada kad pengenalan) Tujuan Tesis/ Laporan Akhir dikemukakan Nama Fakulti Nama Universiti Lokasi Universiti berdaftar Tahun (penyerahan naskah akhir tesis kepada universiti) Rujuk Lampiran B (b) PENGAKUAN Merupakan suatu pernyataan bertulis yang menyatakan bahawa tesis atau disertasi merupakan hasil kerja yang ditulis atau yang dihasilkan adalah karya asli pengkaji. Pengakuan hendaklah ditaip ditengah-tengah halaman dalam satu halaman baru selepas halaman judul. Nota: Adalah diwajibkan setiap calon menandatangani pengakuan. Rujuk Lampiran C

PANDUAN UMUM PENULISAN TESIS/ LAPORAN AKHIR (HBEF 4303)

(c)

PENGHARGAAN Merupakan penghargaan penulis terhadap individu atau kumpulan tertentu yang telah bekerjasama memberikan sumbangan atau sokongan dalam penyelidikan secara langsung atau tidak langsung. Penghargaan hendaklah tidak terlalu panjang dan tidak melebihi daripada satu muka surat. Rujuk Lampiran D

(d)

ABSTRAK Umumnya, penulisan abstrak mestilah bersifat penjelasan maklumat dan tidak bersifat penulisan kritikan. Penulisan abstrak seharusnya tidak mengubah maksud, keputusan dan maklumat dalam tesis. Abstrak biasanya merangkumi maklumat seperti: i. Objektif dan matlamat kajian ii. Pengkaedahan dan teknik kajian beserta kegunaannya iii. Dapatan kajian Nota: Panjang penulisan abstrak hendaklah tidak melebihi 200 patah perkataan. Rujuk Lampiran E

(e)

ISI KANDUNGAN Merupakan senarai topik atau subtopik yang terdapat dalam kandungan tesis yang disusun selaras mengikut hierarki beserta nombor muka surat. Rujuk Lampiran F

(f)

SENARAI JADUAL Digunakan bagi menyenaraikan semua tajuk jadual yang terdapat dalam penulisan tesis dan disusun berturutan mengikut muka surat. Rujuk Lampiran G

Nota: Pelajar adalah digalakkan membuat rujukan di mana-mana perpustakaan atau pusat sumber bagi melihat sendiri tesis-tesis yang telah dihasilkan.

Anda mungkin juga menyukai