Anda di halaman 1dari 22

Hj. Zainal Abidin b. Hj.

Kasim, Munsyi Dewan Bahasa dan Pustaka (083) Fasa 2

KESANTUNAN BERBAHASA

Kandungan
1.0 2.0 3.0 4.0 5.0 6.0 7.0 8.0 Pengenalan Takrif Kesantunan Berbahasa Nilai dan Kesantunan dalam Masyarakat Melayu
Bahasa Sapaan / Panggilan hormat / Rujukan dalam Lisan dan Tulisan Bentuk Kata Ganti Nama Diri dan Sapaan / Panggilan hormat / Rujukan dalam Masyarakat Protokol Panggilan Hormat Bahasa Tubuh

2 2 4 5 6 14 16 18

Contoh Kesantunan Berbahasa dan Bahasa Sapaan dalam Surat Rasmi & Memo Contoh Kesantunan Berbahasa dan Bahasa Sapaan dalam Pengacaraan Majlis

9.0

19

10.0 Contoh Kesantunan Berbahasa dan Bahasa Sapaan dalam Wawancara 11.0 Contoh Kesantunan Berbahasa dan Bahasa Sapaan dalam Pengucapan Awam 12.0 Perbengkelan, Amali, & Pembentangan 13.0 Penutupan

19

19

21 21

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------1 Hj. Zainal Abidin bin Hj. Kasim, Munsyi Dewan Bahasa dan Pustaka, (083) Fasa 2

1.0 Pengenalan Orang Malaysia penuh dengan sopan santun sama ada dari segi perbuatan atau amalan, atau sopan santun dari segi berbahasa. Untuk lalu di hadapan orang tua ada cara berjalannya atau hormatnya. Misalannya berjalan perlahan-lahan. Badan dibongkokkan. Lima jari tangan kanan dirapatkan dan diluruskan menghala ke bawah sambil melafazkan frasa tumpang lalu. Untuk memasak di dapur ada kaedah yang dikatakan sopan atau tidak sopan. Ada perkara-perkara yang dilarang oleh masyarakat yang dianggap tidak sopan dilakukan. Misalannya, anak dara dilarang menyanyi-nyanyi di dapur ketika memasak. Untuk menyatakan hasrat kerana sakit perut ada pilihan kata yang dikatakan sopan atau tidak sopan. Misalannya membuang air besar untuk terberak dan membuang air kecil untuk terkencing. Untuk menyatakan seseorang itu telah mati digunakan perkataan meninggal dunia. Semua ini dikatakan kesantunan dan kesantunan berbahasa. Mereka yang tidak mengikut norma ini dikatakan biadab atau kurang ajar. Mari kita renungi maksud hadis ini. Sesungguhnya sebuah kalimah yang diucapkan oleh seseorang dapat menyebabkannya masuk neraka, yang luasnya lebih luas daripada penjuru bumi sebelah timur sampai penjuru bumi sebelah barat. 2.0 Takrif Kesantunan Berbahasa Menurut Kamus Dewan edisi empat, santun bermaksud halus budi bahasa atau budi pekerti, beradab, dan sopan. Kesantunan pula bermaksud perihal santun, kesopanan, dan kehalusan budi bahasa atau budi pekerti. Dalam konteks yang lebih luas, Kesantunan tidak merujuk kesantunan berbahasa sahaja tetapi merujuk aspek nonverbal seperti tingkah laku, mimik muka, dan nada suara. Lakoff (1975) pula mendifinisikan kesantunan sebagai perlakuan yang mengurangkan pergeseran dalam sesuatu interaksi. Fraser dan Nolan (1981) menyatakan bahawa kesantunan berlaku apabila kontrak perbualan digunakan oleh penutur dan pendengar bagi mengekalkan hubungan yang harmoni dalam komunikasi. Brown dan Levinson (1987) menerangkan bahawa kesantunan dianggap sebagai usaha mengurangkan tindakan ancam muka dalam perbualan terhadap pendengar.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------2 Hj. Zainal Abidin bin Hj. Kasim, Munsyi Dewan Bahasa dan Pustaka, (083) Fasa 2

Bahasa pula bermaksud sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia. Ia juga bermaksud percakapan yang baik, tingkah laku yang baik, dan sopan santun. Oleh sebab itu Kesantunan Berbahasa bermaksud perbuatan atau percakapan yang baik atau halus atau beradab sama ada secara lisan atau tulisan. Asmah Hj. Omar (2000) menghuraikan kesantunan berbahasa dengan mengaitkannya dengan penggunaan bahasa sehari-hari yang tidak menimbulkan kegusaran, kemarahan, dan rasa tersinggung daripada pihak pendengar.Keadaan yang demikian akan menimbulkan suasana hubungan yang harmoni antara penutur dan pendengar. Bahasa halus menurut Asmah Hj. Omar disamakan dengan pendidikan yang penuh dengan adab tata tertib. Bahasa halus juga sering dikaitkan dengan Bahasa Istana. Misalnya ujaran patik, berangkat, bersiram, bersemayam, menjunjung kasih, mencemar duli dan seumpamanya. Bahasa halus tidak menggunakan bahasa kesat, iaitu bahasa yang tidak sesuai dengan budaya masyarakat Malaysia serta tidak menggunakan slanga dan kolokial. Dalam kesantunan berbahasa ia mempunyai sistem sapaan atau panggilan yang tersendiri. Menurut Amat Juhari Moain (1992), kesantunan berbahasa ialah kesopanan dan kehalusan dalam menggunakan bahasa ketika berkomunikasi sama ada melalui lisan atau tulisan. Bahasa yang digunakan penuh dengan adab tertib, sopan santun dan mengandungi nilai-nilai hormat yang tinggi.

Kesimpulannya kesantunan berbahasa ialah kesopanan dan kehalusan dalam menggunakan bahasa ketika berkomunikasi, sama ada secara lisan atau tulisan. Kesantunan berbahasa juga bermakna timbang rasa yang diberikan kepada pihak yang mendengar atau membaca. Oleh itu, bahasa yang digunakan bukan sahaja mengambil kira bentuk atau pilihan kata tetapi turut menitikberatkan sistem sapaan yang diguna pakai. Kesantunan berbahasa merujuk sifat-sifat bahasa yang membolehkan kita menolak permintaan seseorang tanpa mengecilkan hatinya.

Pada umumnya, bahasa yang sopan mempunyai kosa kata yang halus untuk menyampaikan sesuatu mesej atau perasaan seperti ibarat kata bijak pandai; Yang korik itu kendi, Yang merah itu saga; Yang baik itu budi, Yang indah itu bahasa.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------3 Hj. Zainal Abidin bin Hj. Kasim, Munsyi Dewan Bahasa dan Pustaka, (083) Fasa 2

Ciri -ciri kesantunan berbahasa dapat dilihat melalui ;

Gerak laku yang lemah lembut dan merendah diri, Gaya dan Ragam Bahasa yang mengelakkan bentuk-bentuk sindiran, menempelak, dan mempermainkan orang, Pemilihan Kata yang sesuai dengan topik perbincangan dan hubungan penuturpendengar, Nada yang sesuai untuk penerima dan mengelakkan nada tinggi / marah

Kesantunan berbahasa ini dapat dilihat dalam aktiviti lisan seperti perbualan, wawancara, ucapan, pengacaraan majlis, pengumuman dan arahan dalam perhimpunan, mesyuarat, protokol pertemuan dengan murid, rakan setugas, guru besar atau pengetua, pekerja, ibu bapa, tetamu, dan seumpamanya. Selain itu kesantunan berbahasa juga boleh dilihat dalam bahan bertulis seperti surat rasmi, memo, minit mesyuarat, laporan, kertas cadangan, kertas kerja dan seumpamanya. 3.0 Nilai dan Kesantunan dalam Masyarakat Melayu

Kluckhon dan Strodbeck (1961) menjelaskan bahawa nilai merujuk sesuatu yang kompleks tetapi berpola dan berprinsip yang memberikan arahan dan menjadi petunjuk kepada pelakuan dan pemikiran manusia dalam mengatasi masalah. Wan Abdul Kadir (2000) menerangkan bahawa nilai menjadi ukuran dan pegangan tentang baik buruk atau cantik hodoh sesuatu pelakuan berasaskan kelaziman atau kebiasaan dalam sesuatu masyarakat. Misalnya, kita berasa janggal apabila mendengar suami isteri mengungkapkan kata panggilan aku dan kamu atau kau dalam perbualan mereka. Pelakuan ini dianggap kurang santun.

Oleh itu, nilai dan kesantunan mempunyai pertalian yang erat. Seseorang itu dianggap tidak sopan dan tidak mengamalkan nilai yang baik apabila bercakap menggunakan bahasa yang kasar atau tidak tahu meletakkan dirinya dalam sesuatu majlis. Ketidaksopanan dan kerendahan nilai pelakuan dapat di gambarkan dalam ungkapan yang berikut;

Ketika orang diam aku bersorak, Ketika orang duduk aku berdiri, Ketika orang memberi aku meminta, Ket ika orang bekerja aku lena, Ketika orang di puncak aku merangkak.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------4 Hj. Zainal Abidin bin Hj. Kasim, Munsyi Dewan Bahasa dan Pustaka, (083) Fasa 2

Nilai berbahasa sangat dititik beratkan oleh orang Melayu. Oleh itu wujudlah bentuk bahasa yang dikelaskan sebagai bahasa halus, bahasa kesat, bahasa kasar, bahasa biadap, dan seumpamanya.Oleh itu seseorang itu perlu memahami dengan siapa dia berkata, sebab apa dia berkata, dan dalam situasi apa dia berkata. Sesungguhnya orang yang santun ialah orang yang tahu meletak dirinya dalam keadaan tertentu.

4.0 Bahasa Sapaan / Panggilan hormat / Rujukan dalam Lisan dan Tulisan

Kesantunan berbahasa atau bahasa yang bersantun banyak bergantung pada pemilihan kata sapaan atau panggilan hormat yang tepat. Semasa seseorang individu berkomunikasi dengan seseorang individu yang lain, pemilihan kata yang digunakan ditentukan oleh beberapa faktor seperti hubungan peribadi antaranya dengan orang yang dilawan bercakap serta statusnya.

Dalam komunikasi seharian , seseorang itu akan menggunakan perbendaharaan kata tertentu dan berbeza-beza semasa berkomunikasi dengan orang lain. Penggunaan perbendaharaan kata yang salah, sama ada disengajakan ataupun tidak, boleh mengakibatkan terjadinya salah faham, pertengkaran ataupun menjatuhkan air muka kawan yang dilawan bercakap.

Masyarakat menggunakan perbendaharaan kata serta ungkapan yang dikatakan bahasa sapaan dengan betul dan sesuai mengikut konteks semasa berkomunikasi. Bahasa sapaan itu pula berkait rapat dengan kata ganti nama diri. Penggunaannya juga mesti sesuai dengan struktur masyarakatnya. Ada ketikanya, bahasa sapaan mengambil alih bentuk kata ganti diri untuk memuliakan seseorang yang dilawan bercakap.

Kesimpulannya, Bahasa Melayu mempunyai sistem sapaan dan rujukan mengikut situasi dan konteks yang sesuai. Kesalahan penggunaan kata sapaan ini boleh menimbulkan hubungan yang tidak harmoni di antara penutur dan pendengar. Ini disebabkan kata-kata ini membawa implikasi yang berbeza apabila digunakan dalam situasi yang berlainan. Kata sapaan ini juga berfungsi untuk memperlihatkan kesopanan seseorang dalam menggunakan bahasa tersebut. Situasi formal dan tidak formal mempunyai system sapaannya tersendiri dan setiap penutur tidak sewajarnya mencampuradukkan penggunaan kata-kata tersebut sesuka hati. Hal ini jelas menunjukkan bahawa masyarakat Melayu adalah bersopan-santun atau berbudi bahasa.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------5 Hj. Zainal Abidin bin Hj. Kasim, Munsyi Dewan Bahasa dan Pustaka, (083) Fasa 2

5.0 Bentuk Kata Ganti Nama Diri dan Sapaan / Panggilan hormat / Rujukan dalam Masyarakat

Kata ganti nama diri ialah perkataan yang digunakan untuk merujuk diri seseorang. Secara umum kata ganti nama diri terbahagi kepada tiga iaitu kata ganti
nama diri orang pertama (tunggal dan jamak), kata ganti nama diri orang kedua (tunggal dan jamak) dan kata ganti nama diri orang ketiga (tunggal dan jamak). Masyarakat Melayu menggunakan satu sistem tertentu dan teratur apabila menyapa atau membuat panggilan terhadap seseorang ahli masyarakat. Kata ganti diri dan sapaan di luar keluarga juga digunakan berdasarkan kepada faktor umur, pangkat atau status dalam masyarakat. 5.1 Kata Ganti Nama Diri a. Kata Ganti Nama Diri dengan Bahasa Santun dan Bahasa Kasar Kata Ganti Nama Diri Pertama Kedua Ketiga Bahasa Santun Saya, kami Anda, awak Dia, beliau, mereka Aku Engkau, kamu Keparat itu Bahasa Kasar

b. Kata Ganti Nama Diri Diraja dan Kata Ganti Nama Diri Orang Kebanyakan Kata Ganti Nama Diri Diraja Beta Patik Tuanku Baginda Ayahanda Bonda Hamba Kata Ganti Nama Diri Orang Kebanyakan Pak Cik Mak Cik Angah Pak Long Kak Long Busu Pak Uda

c. Kata Ganti Nama Diri berdasarkan umur dan pergaulan HUBUNGAN Erat UMUR Lebih tua daripada penutur / separuh umur Lebih tua daripada penutur / separuh umur KATA GANTI DIRI Pak, pak cik, mak, mak cik Pak cik + nama Pak + nama

Lebih erat

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------6 Hj. Zainal Abidin bin Hj. Kasim, Munsyi Dewan Bahasa dan Pustaka, (083) Fasa 2

Contoh : Pak Li Mak cik + nama Mak + nama Contoh : Mak Limah Kurang rapat Jauh lebih tua daripada penutur Tok + nama Contoh : Tok Man Tok + gelaran pangkat dalam keluarga Contoh : Tok Cik Nek + gelaran pangkat dalam keluarga Contoh : Nek Ngah Rapat Lebih tua daripada penutur Abang + nama Contoh : Abang Zaki Kak + nama Contoh : Kak Tijah Rapat Lebih muda daripada penutur Nama sahaja ( jika diketahui namanya) Kalau tidak tahu digunakan panggilan adik sahaja.

Rapat

Jauh lebih tua daripada penutur

Rapat Kurang rapat

Sebaya Sebaya

Nama sahaja Saudara ( lelaki ) Saudari ( perempuan)

5.2 Bahasa Sapaan Berdasarkan Pangkat atau Status Seseorang dalam Masyarakat.

Status merupakan faktor penting dalam penentuan bahasa sapaan. Dalam pergaulan seharian terdapat sekatan-sekatan sosial tertentu antara ahli masyarakat itu. Contohnya, sekatan pangkat dalam pekerjaan atau kedudukan sosial.

Dalam bentuk sapaan yang berdasarkan pangkat atau status seseorang itu, pembahagian dibuat seperti yang berikut;

a. Gelaran pergaulan tak sengaja


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------7 Hj. Zainal Abidin bin Hj. Kasim, Munsyi Dewan Bahasa dan Pustaka, (083) Fasa 2

b. Gelaran warisan c. Gelaran kurniaan kerajaan d. Gelaran kurniaan ikhtisas e. Gelaran keagamaan ( Asmah Hj. Omar, 1982)

a. Gelaran Pergaulan Tak Sengaja ( formal)

Pergaulan tak bersahaja ( formal ) dimaksudkan sebagai pergaulan yang menunjukkan adanya sekatan sosial tertentu sama ada sekatan pangkat dalam pekerjaan atau kedudukan sosial, atau sekatan sosial disebabkan si penyapa tidak begitu kenal antara satu sama lain.

Kata ganti diri sapaan Tuan

Orang yang ditujukan Orang yang mempunyai kedudukan yang lebih tinggi daripada penutur (dari segi status pekerjaan) Orang yang menjadi Pengerusi Majlis. Contoh : Tuan Pengerusi Majlis Digunakan bersama nama / jenis jawatan Contoh : Tuan Pengetua Orang yang menjawat jawatan kadi, imam, hakim, doktor. Contoh : Tuan Hakim Digunakan sebagai rujukan hormat kepada hadirin lelaki dalam sesuatu upacara rasmi. Contoh : Tuan-tuan sekalian Pemilik harta. Contoh : Tuan rumah, Tuan tanah, Tuan kedai Orang yang bergelar seperti Haji, Profesor Contoh : Tuan Haji Shukor, Tuan Profesor

Encik

Orang lelaki yang mempunyai status yang lebih tinggi daripada penutur Orang lelaki yang baru dikenali dan difikirkan mempunyai kedudukan yang lebih tinggi daripada penutur.

Puan

Orang perempuan yang sudah berkahwin Orang perempuan yang memegang jawatan Contoh : Puan Pengetua

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------8 Hj. Zainal Abidin bin Hj. Kasim, Munsyi Dewan Bahasa dan Pustaka, (083) Fasa 2

Pengerusi sesuatu upacara atau majlis Contoh : Puan Pengerusi Rujukan hormat kepada hadirin wanita dalam sesuatu upacara rasmi Contoh : Puan-puan sekalian

Cik

Orang perempuan yang belum berkahwin Orang perempuan daripada penutur yang berjawatan lebih tinggi

Saudara ( lelaki) Saudari (perempuan)

Orang yang baru dikenali Kaki tangan bawahan atau setaraf dengan penutur Sebagai rujukan kepada hadirin dalam sesuatu majlis Digunakan dalam mesyuarat dan majlis perdebatan

b. Gelaran Warisan / Keturunan Gelaran warisan merupakan gelaran yang diwarisi oleh seseorang sejak kelahirannya seperti:

Raja Bangsawan

: Tengku, Tunku, Engku, Tuanku, : En. Megat, Tn. Syed, En. Wan, En. Nik, Abang, Dayang.

c. Gelaran Kurniaan Kerajaan

Gelaran kurniaan kerajaan ialah gelaran yang dianugerahkan oleh kerajaan dari semasa ke semasa kepada individu yang dianggap berjasa.

GELARAN Tun Toh Puan Tan Sri Puan Sri Datin Paduka

BAHASA SAPAAN Gelaran ini tidak perlu diberi rujukan Tuan, Puan , Encik atau Cik kecuali mereka mempunyai gelaran lain seperti Doktor , Profesor , Tengku , atau Haji. Contoh : Tun Dr. Ismail Tan Sri Tengku Ahmad

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------9 Hj. Zainal Abidin bin Hj. Kasim, Munsyi Dewan Bahasa dan Pustaka, (083) Fasa 2

d. Gelaran Kurniaan Ikhtisas Gelaran kurniaan ini diperoleh kerana kejayaan seseorang dalam bidang akademik atau ikhtisas, juga dikenali sebagai gelaran profesional.

GELARAN Profesor Doktor Irsenio Jeneral Cikgu Ustaz

BAHASA SAPAAN Bentuk panggilan serupa dengan gelaran ikhtisas yang ada pada mereka. Contoh : Seseorang guru agama dipanggil Ustaz Kata sapaan Tuan / Puan boleh diletakkan sebelum gelaran Profesor dan Doktor. Contoh : Tuan Doktor, Puan Profesor, Tn. Irsenio,

e. Gelaran Keagamaan Dalam masyarakat Melayu yang beragama Islam, terdapat beberapa gelaran bersesuaian dengan kedudukan mereka dalam hal keagamaan.

GELARAN Sihibol Samahah Haji Hajah Imam Lebai

BAHASA SAPAAN Tuan Haji / Pak Haji Osman Puan Hajah / Mak Hajah Esah Tuan Imam Dollah Pak Lebai Kadut

5.3 Gelaran Kekeluargaan

Penggunaan nama-nama panggilan kekeluargaan dan bahasa sapaan mencerminkan kedudukan seseorang itu dalam susunan kekeluargaan serta kedudukannya dalam masyarakat amnya. Manakala sapaan dalam keluarga pula biasanya berbeza mengikut darah.

a. Gelaran Keluarga Sedarah

Keluarga sedarah ialah keluarga yang terdiri daripada saudara-saudara sedarah dalam beberapa generasi. Kata ganti nama diri dalam sesebuah keluarga sedarah ditentukan melalui pertalian darah keluarga asas, keluarga suku/ perut dan keluarga turun-temurun.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------10 Hj. Zainal Abidin bin Hj. Kasim, Munsyi Dewan Bahasa dan Pustaka, (083) Fasa 2

i.

Keluarga asas

PANGGILAN

KEDUDUKAN DLM KELUARGA

CARA MENYEBUT Yah, bah,

Bapa, ayah, abah, bapak, ba, walid Emak, mak, ibu, bu, umi, wan Long Ngah Lang Uda Andak Teh Busu Abang

Ketua keluarga lelaki

Ketua keluarga perempuan Anak sulung / anak pertama Anak kedua Anak ketiga Anak keempat Anak kelima Anak keenam Anak Bongsu / anak terakhir Ahli lelaki yang tua dalam keluarga Ahli perempuan yang tua dalam keluarga

Mak, ibu, ... Bang Long, Kak long Bang Ngah, Kak Ngah Bang Lang, Kak Lang Bang Uda, Kak Uda Bang Andak, Kak Andak Bang Teh, Kak Teh Busu, Kak Su Abang serta nama Contoh : Abang Ali atau Bang Li Kakak serta nama Contoh : Kakak Fatimah atau Kak Timah Adik serta nama Contoh : Adik Rozita atau Adik Ita Adik Azlan atau Adik Lan

Kakak

Adik

Ahli lelaki / perempuan yang muda dalam keluargu

ii.

Keluarga Suku / Perut

Keluarga suku atau keluarga perut terdiri daripada ahli-ahli keluarga sebelah ibu atau bapa dalam keluarga asas. Kata ganti diri atau bahasa sapaan bagi ahliahli dalam keluarga jenis ini, sama ada bapa atau emak saudara daripada sebelah bapa atau emak, adalah berdasarkan bahasa sapaan yang digunakan dalam keluarga asas juga.

KELUARGA ASAS Bang Long / Kak Long Bang Ngah / Kak Ngah Bang Lang / Kak Lang Bang Uda / Kak Uda Bang / Kak Andak Bang Teh / Kak Teh Bang Busu / Kak Su

KELUARGA SUKU / PERUT Pak Long / Mak Long Pak Ngah / Mak Ngah Pak Lang / Mak Lang Pak Uda / Mak Uda Pak Andak / Mak Andak Pak Teh / Mak Teh Pak Busu / Mak Busu

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------11 Hj. Zainal Abidin bin Hj. Kasim, Munsyi Dewan Bahasa dan Pustaka, (083) Fasa 2

PANGGILAN Abang sepupu Kakak sepupu Bapa saudara sepupu

GELARAN Sepupu selari lelaki Sepupu selari perempuan Sepupu lelaki kepada ibu atau bapa

CARA MENYEBUT Abang + nama Contoh : Abang Ali Kakak + nama Contoh : Kak Lili Sama seperti panggilan kepada saudara kandung sebelah ibu atau bapa. Contoh : Pak Ngah atau Pak Ngah Salim Sama seperti panggilan kepada saudara kandung sebelah bapa atau emak. Contoh : Mak Lang atau Mak Lang Kiah Bahasa sapaan nama (tidak mengira umur ) Contoh : Milah, Ahmad Bahasa sapaan nama (tidak mengira umur) Contoh : Amin , Hasnah

Emak saudara sepupu

Sepupu perempuan kepada ibu dan bapa

Anak sepupu

Anak saudara sepupu ( lelaki / perempuan) Cucu saudara lelaki / perempuan

Cucu saudara

iii. Keluarga Turun-temurun Keluarga turun-temurun ialah keluarga keturunan daripada satu generasi kepada satu generasi yang lain iaitu anak, cucu, baka zuriat ( Teuku Iskandar, 1970: 1304 )
PANGGILAN Onyang, moyang GELARAN Generasi yang lebih tua sama ada lelaki/ perempuan Generasi lelaki sebelum keluarga asas Generasi perempuan sebelum keluarga asas Saudara kandung lelakisebelah datuk dan nenek Saudara kandung perempuan sebelah datuk dan nenek Cucu lelaki / perempuan CARA MENYEBUT Moyang , onyang

Datuk, tok, tok wan

Datuk, tok , tok wan

Mak tok, nenek, opah, wan Datuk saudara

Mak tok, nenek, opah, wan Datuk, tok

Nenek saudara

Nenek, nek, datuk, tok

Cucu

Nama cucu itu sendiri atau panggilan keluarga yang diberikan kepada cucu itu. Contoh : Bang Long Bang Ngah

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------12 Hj. Zainal Abidin bin Hj. Kasim, Munsyi Dewan Bahasa dan Pustaka, (083) Fasa 2

b.

Gelaran Keluarga Semenda

Keluarga semenda ialah keluarga yang pertalian kekeluargaannya terbentuk menerusi perkahwinan. PANGGILAN Ayah/ emak mertua Anak menantu GELARAN Ibu bapa kepada suami atau isteri Suami atau isteri kepada anak sendiri Abang/ adik suami atau isteri CARA MENYEBUT Ayah, bapak/ ibu, emak

Memanggil nama anak menantu tersebut Abang + nama Contoh: Abang Ali Panggilan Keluarga Contoh : Bang Long Panggilan keluarga + nama : Alang Ali Untuk adik dipanggil nama sahaja Contoh : Salleh

Ipar

Ipar-duai / iparlamai Biras

Sepupu suami atau sepupu isteri Suami / isteri kepada abang / kakak / adik ipar

Sama seperti kata sapaan bagi panggilan ipar. Sama seperti kata sapaan bagi panggilan ipar

Suami / isteri

Pasangan suami isteri

Memanggil nama ( panggilan untuk isteri) Sayang Yang Abang ( panggilan untuk suami ) Mengikut panggilan dalam keluarga Contoh: Along, Andak Ayah/ abah atau emak diikuti dengan nama anak. Contoh : Ayah Lizanya, Mak Lizanya

c. Keluarga Angkat Keluarga angkat ialah keluarga yang diakui seperti keluarga sendiri. Anak angkat boleh dibahagikan kepada tiga:

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------13 Hj. Zainal Abidin bin Hj. Kasim, Munsyi Dewan Bahasa dan Pustaka, (083) Fasa 2

i) Anak angkat benar Anak angkat benar ialah anak angkat yang tiada pertalian darah langsung dengan keluarga yang memeliharanya, tetapi dipelihara seperti anak kandung sendiri. Bahasa sapaan yang digunakan sama dengan bahasa sapaan dalam keluarga sedarah. ii) Anak angkat panggilan Anak angkat panggilan ialah anak yang tidak ada pertalian darah dengan keluarga asas tetapi dianggap sebahagian keluarga sendiri. Contohnya, seseorang yang merantau. Oleh sebab kemesraannya dengan sesebuah keluarga jadilah dia anak angkat keluarga itu. Anak angkat ini akan memanggil ketua keluarga lelaki sebagai pak cik dan perempuannya ialah mak cik.

iii) Anak angkat sementara Seseorang anak yang tiada pertalian darah tetapi tinggal bersama keluarga angkat untuk satu jangka masa tertentu dengan tujuan tertentu dipanggil anak angkat sementara. Contohnya, projek anak angkat. Bahasa sapaan yang digunakan sama dengan bahasa sapaan bagi keluarga sedarah. 6.0 Protokol Panggilan Hormat Komunikasi protokol melibatkan penggunaan kata sapaan , adab berbual, penggunaan bahasa istana dan panggilan hormat. Panggilan hormat yang dikuatkuasakan penggunaannya dalam ucapan rasmi atau pengacaraan bagi sesuatu majlis adalah berdasarkan ; Gelaran Diraja Gelaran Turun temurun Gelaran Kurniaan Darjah Kebesaran Gelaran Kurniaan Ikhtisas Gelaran Keagamaan

Sultan / Raja / Yang Dipertuan Besar, Yang memerintah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong Duli Yang Maha Mulia Tuanku .( nama ) Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku .( nama ) Duli Yang Maha Mulia Sultan .( nama ) Duli Yang Maha Mulia Almutawakkil Alallah ( nama ) Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan .. ( nama )

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------14 Hj. Zainal Abidin bin Hj. Kasim, Munsyi Dewan Bahasa dan Pustaka, (083) Fasa 2

Yang Dipertua Negeri / Perwakilan Negara negara Asing / Duta Besar / Duta / Pesuruhjaya Tinggi Tuan Yang Terutama

Raja Muda / Tengku Mahkota / Raja Di- Hilir Perak Duli Yang Teramat Mulia Tuanku ( nama ) Duli Yang Amat Mulia Tuanku ( nama ) Yang Amat Mulia Undang ( nama ) Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tuanku ..( nama )

Perdana Menteri / Timbalan Perdana Menteri/ Menteri Besar / Ketua Menteri/ Menteri-menteri/ Timbalan Menteri/ Pegawai Tinggi Kerajaan Negeri/ Pegawai/ Kaki tangan Kerajaan Yang Amat Berhormat Yang Amat Berhormat Mulia Yang Berhormat Yang Berhormat Mulia Tuan Yang Dipertua Yang Mulia Tuan Yang Dipertua Yang Berhormat Senator Yang Berhormat Mulia Senator Tun/ Toh Puan/ Kerabat Diraja/ Syed/ Syarifah Yang Amat Berbahagia Yang Amat Mulia Yang Mulia Ketua Hakim Negara/ Hakim Besar/ Hakim Yang Amat Arif Tuan Ketua Hakim Negara Yang Amat Arif Tengku.. Yang Arif Tuan Hakim Besar/ Tuan Hakim

Tan Sri/ Puan Sri/ Datuk Seri/ Datin Seri/ Datuk Patinggi/ Datin Patinggi/ Datuk/ Datuk Amar/ Datin/ Datin Paduka Yang Berbahagia Yang Mulia ( untuk kerabat diraja ) Mufti/ Kadi/ Haji/ Hajah Yang Berbahagia Tuan Mufti Sahibussamahah Tan Sri/ Datuk Mufti ..( nama ) Yang Mulia ( kerabat diraja ) Yang Mulia Tuan Haji Yang Mulia Puan Hajah

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------15 Hj. Zainal Abidin bin Hj. Kasim, Munsyi Dewan Bahasa dan Pustaka, (083) Fasa 2

Ketua Pengarah/ Pengarah/ Setiausaha/ Setiausaha Agung/ Pengurus Besar / Pengurus Yang Berbahagia Residen/ Pegawai Daerah/ Penghulu/ Orang Kaya-kaya/ Sidang Yang Berbahagia

Ustaz/ Ustazah/ Imam/ Pengetua/ Guru Besar/ Pemangku Ketua Yang Berbahagia

Syed/ Syarifah/ Profesor/ Profesor Madya/ Drs/ Dra/ Encik/ Nik/ Wan/ Abang/ Megat/ Meor/ Ahmad/ Cik/ Puteri/ Pengerusi Majlis Yang Mulia Tuan Syed Yang Berbahagia Tuan.. Yang Mulia Cik Yang Mulia Tuan/Puan Pengerusi

7.0 Bahasa Tubuh

Bahasa tubuh ialah bahasa komunikasi bukan lisan yang melibatkan isyarat tangan, air muka, dan gerakan badan. Bahasa ini sangat penting kerana dapat

menyampaikan mesej yang sukar dilahirkan melalui pertuturan atau tulisan. Komunikasi melalui bahasa tubuh ini mampu menggambarkan emosi, personaliti, tujuan dan status sosial seseorang individu. disepadukan dengan bahasa tubuh akan Selain itu, komunikasi lisan yang lebih berkesan kerana dapat

menterjemahkan maksud yang hendak disampaikan dengan jelas.

Dengan membaca bahasa tubuhnya, kita dapat mengetahui sama ada apa yang diperkatakan diterima dengan positif atau negatif, sama ada dia bercakap terbuka atau defensif, bosan atau berpura-pura minat. Dengan membaca bahasa tubuh kita dapat mengetahui. Bila kita mesti mengubah sikap dan menukar bahan percakapan Bila patut berhenti Bila kita perlu membuat sesuatu yang lain sama sekali

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------16 Hj. Zainal Abidin bin Hj. Kasim, Munsyi Dewan Bahasa dan Pustaka, (083) Fasa 2

Jika gagal membaca bahasa tubuh orang yang dilawan bercakap, kita akan gagal menyakinkan mereka.

i. Gerakan Anggota Badan

Gerakan anggota badan yang berlaku dalam komunikasi tanpa lisan mempunyai makna tertentu. Oleh itu, penggerak anggota dapat menyampaikan mesej dalam komunikasi yang dihasilkan. Biasanya pergerakan anggota badan membawa

makna sejagat yang difahami oleh semua orang seperti; Isyarat gerakan tangan Isyarat air muka Bahasa tubuh

Komunikasi tanpa lisan boleh menyampaikan sesuatu utusan yang sukar untuk dilahirkan melalui perutusan atau tulisan. Isyarat tanpa lisan menggambarkan emosi, personaliti, tujuan dan status sosial seseorang dan boleh digunakan untuk; mengukuhkan hujah/ mesej yang disampaikan mendapatkan maklum balas dengan membaca maksud yang tersirat melalui isyarat tanpa lisan yang ditunjukkan oleh penerima mesej. ii. Gerakan Mata

Gerakan mata mempunyai makna tertentu dalam komunikasi tanpa lisan. Contohnya: Mata yang bergerak ke sana ke mari menunjukkan tidak berminat Mata dan dahi berkerut, menunjukkan minat tetapi tidak percaya Mata berkelip lebih laju daripada biasa menunjukkan dia berdusta Tidak memandang mata menunjukkan berminat tetapi malu/ tidak tenteram perasaannya. iii. Gerakan Tangan

Gerakan tangan mempunyai maksud sejagat

yang difahami oleh kebanyakan

orang tanpa mengira latar belakang belakang kebudayaan. Gerakan tangan yang digunakan bersama-sama bahasa lisan dapat mengukuhkan keberkesanan komunikasi yang berlaku. Contohnya:

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------17 Hj. Zainal Abidin bin Hj. Kasim, Munsyi Dewan Bahasa dan Pustaka, (083) Fasa 2

Isyarat gerakan tangan yang digunakan secara tersendiri untuk menyampaikan maksudnya. Maksud yang disampaikan boleh berbeza kerana dipengaruhi oleh budaya Terdapat juga maksud sejagat seperti meletakkan jari telunjuk di depan mulut yang bermakna diam/ tolong senyap Isyarat gerakan tangan digunakan bersama-sama ucapan lisan dan tujuannya adalah untuk membantu atau mengukuhkan ucapan lisan seseorang.

Secara sedar atau tidak, setiap kali seseorang itu bercakap, ia akan menggunakan tangan untuk menggambarkan sesuatu yang ingin disampaikannya itu.

iv. Mimik Muka

Riak air muka mempunyai pelbagai maksud tersirat yang dapat diterjemahkan maknanya dalam komunikasi tanpa lisan. Air muka dapat menyatakan emosi, kehendak dan harapan seseorang. Riak air muka juga dapat menambat hati seseorang untuk bertindak balas terhadap seseorang. Contohnya:

Melalui pengamatan air muka orang yang berinteraksi dengan kita, kita akan mengetahui banyak maksudyang tersurat dan tersirat.

Merupakan suatu naluri yang berhubung rapat dengan faktor biologi dan fisiologi. Melaluinya dapat diketahui keperibadianseseorang

Ahli komunikasi yang baik dapar mengesan perasaan sebenar seseorang dengan mengamati air mukanya. Riak air muka berperanan penting menentukan jalinan komunikasi yang dilalui, Untuk membentuk jalinan komunikasi yang mesra/ positif, tunjukkanlah air muka yang jernih.

8.0 Conton Kesantunan Berbahasa dan Bahasa Sapaan dalam Surat Rasmi & Memo

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuki. Sehubungan itu sukacita dimaklumkan bahawa ... Yang Berbahagia Dato diundang ...
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------18 Hj. Zainal Abidin bin Hj. Kasim, Munsyi Dewan Bahasa dan Pustaka, (083) Fasa 2

Sayugia dimaklumkan bahawa Tuan Haji ......... Saya bersetuju untuk meluluskan ... lebih sopan lagi dengan frasa Saya tiada halangan meluluskan ... Di sini saya kepilkan ... lebih sopan lagi dengan frasa Bersama-sama ini disertakan ...

9.0 Contoh Kesantunan Berbahasa dan Bahasa Sapaan dalam Pengacaraan Majlis

Anak haruan si anak lokan, Berenang-renang di sungai Bera; Kehadiran tuan dialu-alukan, Disambut dengan hati gembira.

Yang Berhormat Dato Sang Nila Utama, Yang Berbahagia Datuk Nik Nab, Yang dihormati Tuan Haji Isnin ,

10.0

Contoh Kesantunan Berbahasa dan Kata Sapaan dalam Wawancara Yang Berbahagia Dato, boleh saya tahu di mana Saya difahamkan bahawa adakah Tuan Yang Terutama Saya mohon maaf Tuan Haji, soalan ini agak sensitif sedikit, bolehkah

11.0

Kesantunan Berbahasa dalam Pengucapan Awam Saya yakin bahawa Pada pandangan saya, idea untuk Saya tidak berani mengatakan bahawa Penggunaan Pantun Sirih berlipat sirih pinang, Sirih dari Pulau Mutiara; Pemanis kata selamat datang, Awal bismillah pembuka bicara.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------19 Hj. Zainal Abidin bin Hj. Kasim, Munsyi Dewan Bahasa dan Pustaka, (083) Fasa 2

Penggunaan simpulan bahasa

Anak emas, Mohon diri, Bertemu bahu,

Penggunaan Perumpamaan

Bagai melukut di tepi gantang, Ibarat bunga, sedap dipakai, layu dibuang, Laksana pungguk rindukan bulan, Penggunaan Bidalan

Ada padi semua kerja jadi, ada beras semua kerja deras, Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih, Alah membeli menang memakai, Penggunaan Perbilangan

Bunga bukan sekuntum , kumbang bukan seekor, Hidup dikandung adat, mati dikandung tanah, Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang lembu menguak,

Penggunaan Pepatah

Hilang isteri boleh dicari, hilang budi badan celaka. Bawalah resmi padi, semakin berisi semakin tunduk. Hutang emas boleh dibayar hutang budi dibawa mati.

Bagai pucuk dilancarkan, bagai kumbang putus tali, Bagai belut digetil ekor, bagai kilat pantasnya.

Penggunaan Kiasan

Mencuba bagai nak gila Bebas bagaikan burung di angkasa Sambutan raksasa
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------20 Hj. Zainal Abidin bin Hj. Kasim, Munsyi Dewan Bahasa dan Pustaka, (083) Fasa 2

Dahulu parang sekarang besi, Dahulu sayang sekarang benci.

Hitam-hitam sitampuk manggis, Walaupun hitam dipandang manis.

Sebab pulut santan binasa, Sebab mulut badan merana. Penggunaan Tamsil

Bekerjalah seperti akan hidup selama-lamanya, Beribadahlah seperti akan mati esoknya.

Ikutlah resmi penyu bertelur seribu tak siapapun yang tahu, Jangan ikut resmi ayam, bertelur sebiji riuh sekampung.

12.0

Bengkel, Amali, dan Pembentangan

13.0

Penutupan Kesantunan perlu dipupuk dan disemai dari semasa ke semasa. Prosesnya sangat panjang dan tiada jalan pintas. Oleh itu kita perlu meneruskan perjuangan kita memantapkan kesantunan kita. Sebagai renungan telitilah kalimah-kalimah yang berikut;

Santunkah aku, Apabila berbicara mendabik dada, Apabila bercakap bohong belaka, Apabila diberi secebis kuasa tersalah guna, Apabila mengajar kepalang ajar, Apabila berjanji dimungkiri, Ada akal tidak berfikir, Ada ilmu tidak diamal.

Santunkah aku, Aku mencintai yang dicipta melupai Pencipta,


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------21 Hj. Zainal Abidin bin Hj. Kasim, Munsyi Dewan Bahasa dan Pustaka, (083) Fasa 2

Aku mencintai kehidupan melupai kematian, Aku mencintai kekayaan melupai perhitungan.

Ingat, kesantunan merangkumi dua bentuk hubungan Hubungan baik antara manusia dengan manusia Hubungan baik antara manusia dengan Pencipta Memelihara hubungan baik antara manusia dengan manusia sahaja Tidak bermakna telah mengamalkan kesantunan Jika hubungan baik dengan Pencipta tidak dimeterai.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------22 Hj. Zainal Abidin bin Hj. Kasim, Munsyi Dewan Bahasa dan Pustaka, (083) Fasa 2

Anda mungkin juga menyukai