Anda di halaman 1dari 4

Perutusan Khas Cuti sem ii Sesi 2008/

2008/ 09
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt....

Buat semua anak didik pelajar KMPk yang amat saya sayangi, kasihi dan ingati sekalian.......Segala puji bagi 4W1 tuhan seru
semesta alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad dan para sahabat.
Bersua kembali secara maya buat yang sekian kalinya...mungkin buat kali yang terakhir saya mencoretkan celoteh saya di
kotak pemikiran anda. Salam percutian sempena tamat peperiksaan akhir sem II program matrikulasi sesi 08 / 09. Insya
4W1... anda semua akan bercuti selama 2 bulan setengah sehingga awal bulan Julai.

Diam tak diam dah stat cuti panjang.... kalau kat sekolah cuti hujung tahun. macam saya kata dulu masa mula2 anda masuk ke
KMPk. Diharapkan anda pulang bercuti ke rumah sama ada di bandar atau di desa dengan hati yang penuh keceriaan untuk
menemui keluarga tercinta.... Insya 4W1. masa seumpama pemetik api. begitu pantas masa berlalu.... maka anda telah berjaya
menamatkan pengajian matrikulasi anda di KMPk. So mulai sabtu 18 April anda bukan lagi warga kolej matrikulasi perak
dengan rasminya. Dengan kata lain anda bebas dari pergi ke kuliah... membuat latihan tutor dan membuat amali. Kebebasan
tanpa batasan.... betul tak? anda juga baru sahaja tamat menghadapi final bermula 13/4 dan berakhir 17/4. bersamaan hari
Jumaat. dan hari nie adalah hari terakhir anda berada di sini.<macam ayat sedih aje>

Bermacam2 pengalaman, ilmu, kawan2 dan ragam pensyarah yang anda jumpa dan perolehi.... dari yang sebaik2
kepada yang.... <sambung sendiri>. Manfaatkanlah masa cuti 2 bulan setengah anda ini untuk melawat sedara mara, rakan2
sekampung dll. Jangan hanya duduk di rumah saja menonton tv. Kang di kata orang sebagai kera sumbang. Tolong lah ibu
anda di dapur bagi yang perempuan. Yang lelaki pula kalau melihat rumput di laman rumah dah panjang maka terbas lah....
Keluarkanlah sedikit peluh.... barulah badan anda sihat.... tak gitu?
Carilah kerja sambilan untuk menambah pengalaman. Anda semua dah besar dan di ambang kedewasaan. Yang
perempuan dah boleh kahwin... tapi masih tak cukup matang.... hee hehehe jangan marah, ok. saja ajer usik... aper...? nak
kahwin jugak... boleh tapi tunggu lah abih degree dan ader yang masuk meminang.... tapi kalau senduk dengan lesung pun tak
pernah pegang,..... payah citer nya. apa makna nya nie....??? hantaran sekarang 10k.

Buatlah muhasabah diri. Tanya pada diri sendiri apakah selama setahun anda berada di program matrikulasi anda telah buat
apa yang sepatut nya seorang pelajar perlu buat...? adakah selama setahun ini juga anda studi bersungguh2 atau anda hanya
bermain game seperti DOTA, PES atau crazy taxi...? tapi bukan itu yang ingin saya sampaikan di sini. berapa kalikah anda
berjumpa pensyarah anda sebelum cuti untuk memohon maaf dan minta keberkatan atas ilmu yang anda pelajari? sekali, 2
kali... atau langsung tak pernah? ingat peratus kebarangkalian seseorang pelajar mendapat 4 flat adalah berkadar terus
dengan rasa hormat kepada pensyarah yang mengajar. kenapa? ,,,.... tak percaya??? tapi kan ader student kata kat saya
yang dia nak jumpa pensyarah dia macam mana... aras berapa kubikel belah mana pun dia tak tau tempat kubikel pensyarah
yang mengajarnya. Nasib baik dia tau kat mana blok pentadbiran. betul lah tu... sebelah pejabat pentadbiran kolej. haru
sungguh pelajar pesen macam nie. <ekau lobih konal pemandu dan auntie konduktor bas KINTA dari pensyarah anda>

Anda boleh bayangkan tak kehidupan seorang insan yang ilmunya tak berkat....? semua kerja tak menjadi. Kerja asyik
bertukar.... hati tak tenang walaupun hidup senang dan lenang....keluarga tak bahagia walaupun dapat isteri cun melecun. anda
nak jadi macam insan yang saya sebutkan ke tu.... biasa dengar pantun nie kan...? berguru kepalang ajar bagai flower kembang
not proper. Hormatilah cifu anda sama macam anda hormat ibu bapa anda. nescaya anda berbahagia di dunia dan akhirat.
Insya 4W1. Kebahagian hidup anda di kemudian hari directly propotional dengan sejauh mana anda hormat semua cifu
anda... dari tadika sampailah ke matrik. So moral of the story is learn from your mistake ok... and important thing.... do not do
silly mistake.

Anda bercuti panjang bukanlah bermaksud anda balas dendam pada diri sendiri. kalau anda tak cukup tidur di matrik... selama
cuti anda nak tidur sepanjang masa. saya faham anda tak cukup rehat selama setahun belajar di matrik. tetapi tolonglah ingat
pesanan saya ini.... cuti bukanlah sebenar nya cuti pada erti kata sebenarnya. cuti seorang pelajar dengan seorang pekerja
contoh nya saya sebagai pensyarah langsung tak sama.... <pas ni saya nak jadi busines man... yang beriman ler..> macam
langit dengan bumi. So jangan samakan cuti anda dengan cuti saya dengan menggunakan penyelesaian persamaan serentak
atau arrhenius equation. Tak pun Nernst equation.

Anda sebenarnya hanya bercuti bukannya bercuti dari BELAJAR. ok masih tak faham? anda belajar di matrik dengan
cara pergi ke kuliah, kelas tutoran dan amali, betul? maka anda bercuti dengan cara tak perlu pergi ke kelas selama 2 bulan
setengah. lepas nie sambung lah rutin yang sama di universiti untuk selama 4 tahun bersamaan 8 semester. Itu saja. itulah
maksud cuti yang sebenar2 nya bagi mana2 pelajar. tak kira pelajar sekolah ker matrik ker mahupun U. ok saya ulang sekali
lagi. cuti anda adalah cuti yang mana anda tak perlu hadir ke kelas... bukan nya anda cuti belajar. Selagi anda bergelar
pelajar.... tak der istilah cuti dalam erti kata yang sebenar2 nya.... belajar tetap belajar tak semesti nya perlu hadir ke kuliah.
kat rumah pun anda boleh belajar. yang penting HATI... nak ke tak nak itu saja... nak seribu daya tak nak dalih nyer berjuta.
Tuntut lah ilmu dari buaian sampai ke liang lahad. anda melayari internet pun dikira belajar. Tengok ASTRO channel 551-555
pun dikira belajar. yang lelaki pulak... rajin2 lah solat 5 waktu berjemaah kat masjid atau surau di tempat anda taman
perumahan atau kampung... boleh?

kepada yang tak dapat jawab solan kimia final sem II ari Jumaat semalam... tak perlulah anda berSEDIH pada perkara yang
tak sepatut nya anda mesti bersedih. Itu semua hanyalah indicator diri anda selama mana anda belajar di semester yang kedua
ini.... sama ada anda dah bersedia, atau langsung tak bersedia... atau baru nak warming up. Istilah yang saya gunakan orang
lain dah sampai ke bulan anda baru nak turun tangga.

di sini saya ingin berkongsi pengalaman dengan anda semua sebagai bekas pelajar KMPk sesi 2008/09. Pengalaman jaga satu
pusat peperiksaan. pagi isnin hari pertama paper BI I ok. Alhamdulillah. berjalan lancar. petang paper math I. 2 jam. seorang
pelajar pompuan tiba2 tak leh jawab. sakit senggugut. so ketua pengawas <nasib baik lah pompuan> terus bagi pain killer.
Alhamdulillah. tapi bagi extra time 20 minit la lagi. itu pun atas budi bicara ketua pengawas. sayugia diingatkan di sini yang
anda layak mendapat masa menjawab tambahan hanya pada 3 situasi. pertama anda pengsan. kedua pitam dan ketiga sawan
atau gila. sakit tidak termasuk. tau kenaper...? jawapan nya takut nanti bila student tak dapat jawab soalan dia buat2 sakit...
payah bila jadi trend. biler citer paper math nie kan... ramai rakan pengawas yang juga pensyarah math kata soalan teramat lah
susah nya. susah giler. giler pun tak susah macam soalan math tu. pendek kata asal susah... giler, asal giler... susah.....
payah….payah. nie yang problem nie.<ayat kartun kacang di TV>. ada pelajar tersalah antar sms kepada saya lebih kurang
begini bunyi nya.."susah giler soalan. macam out silibus. nenek moyang aku pun tak pernah set soalan susah giler cam nie."
nasihat saya... jangan sesekali give up. life must goes on. ada hikmah di sebalik Nya. kita merancang. tuhan pun merancang.
tapi perancangan tuhan itu lebih sempurna. maksud ayat Quran.

Kuatkan semangat. nasib baik lah ari Rabu tak der paper. naper? melaka cuti umum negeri pengisytiharan melaka sebagai
bandaraya bersejarah. aper pun lecturer unit bio dan fizik la pening... naper? student sms kata dah give up masa jawab math.
paper bio dan fizik pun boleh tahan gak susah tahap cipan nya. so kenalah lecturer unit bio dan fizik pujuk dan beri kata2
semangat sebagai memulihkan semangat pelajar yang telah jatuh merudum akibat 'tsunami math ari isnin' i.e cooling down.
Samapai sampai jadi demotivate. saya teringat satu penyataan yang berbunyi... bagi soalan senang mirip soalan tutor pun tak
leh jawab. <nampak sangat la tak wat soalan tutor>. so bagi ajer lah soalan paling susah di alam semesta. so munasabah la bila
kata kat orang kampung naper tak leh jawab soalan periksa... soalan susah. abih citer. Anda setuju ker dengan statement tu…?
Sebenarnya banyak lagi yang lain.
Perkara yang paling dikhuatiri semasa exam adalah calon melakukan penyelewengan akademik. biasa nya membawa masuk
bahan terlarang contoh nya nota atau toyol. sem I dahulu di kolej matrik di selatan tanah air pelajar siap balik ke bilik asrama
selama 1/2 jam baca buku. mulanya pelajar nie nak ke tandas. tapi pengawas tak iring dia ke tandas. tu satu perkara. so ingatan
saya bila dah tertangkap tu... anda jawab la sendiri. kes pertama di KMPk pelajar 'ter'bawa masuk sehelai nota ke dalam bilik
peperiksaan juga pada hari pertama PSPM. siap letak atas meja lagi. tu yang tak tahan tu. nak cakap pun tak guna. dah pesan
banyak kali. masa taklimat, masa setiap kali sebelum mula exam. Jika terbawa masuk bahan terlarang... sila letakkan di
luar bilik peperiksaan. pelajar ini tertangkap lagi 15 minit peperiksaan nak tamat. mana2 exam pun sama. matrik ke, U ke,...
jangan melakukan penyelewengan akademik semasa exam. Ini ingatan untuk anda yang masih bergelar pelajar dan bakal
bergelar mahasiswa bulan Julai nanti. Insya 4W1. jadikan kisah tadi sebagai satu pengajaran buat diri anda. jangan sesekali
meniru semasa exam. buruk padah nya. anda mampu mengubah nya. bukan aper. nanti sapa yang malu... diri sendiri serta
mereka dan keluarga mereka... <dialog filem satu masa dulu>. aper pun pak gad tak der kena mengena dalam situasi ini.

pesanan ikhlas untuk pelajar yang tertangkap dalam cerita di atas. jangan berdendam dengan sesiapa.. anggap lah telah tertulis
sebagai qada' dan qadar. terima lah dengan redha dan hati yang terbuka. pengawas hanya menjalankan tugas yang
diamanahkan. Setiap apa yang kita buat akan ditanya di akhirat kelak. setiap kesusahan diiringi kesenangan. Sesungguhnya
setiap kesusahan diiringinya dengan kesenangan. maksud surah al Insyirah. so teruskan hidup anda. anggaplah tiada apa
yang berlaku. life must go on, ok my dear student. setiap hamba yang beriman 4W1 akan uji dengan bermacam2 cara. contoh
nya jatuh miskin, sakit, orang khianat kat kita dll. semua itu sebagai kafarah atas dosa yang kita lakukan. 4W1 tidak sesekali
berlaku zalim pada hamba2Nya melainkan manusia itu sendiri yang zalim pada dirinya. anggap lah aper yang berlaku
sebagai satu titik tolak ke arah memacu diri anda ke arah kegemilangan yang bersinar terang dan bergemerlapan. Insya 4W1.

dalam teori strategic management, apabila 3 kombinasi iaitu 3M man, moment, machine (place) bergabung... ketiga-tiga
kombinasi itu dalam bentuk triangle. maka berlaku lah nasib baik... tuah dan yang sewaktu dengannya. tapi yang sebalik nya
pun boleh berlaku. iaitu malapetaka, disaster, kecelakaan, catharasthopic dll. anda boleh berkata 'kalau' sebelum berlaku
sesuatu peristiwa itu berlaku. maksud nya anda try n error menggunakan konsep ‘kesan dan akibat’. contoh. "kalau aku bawa
masuk nota ke bilik peperiksaan aku boleh lulus cemerlang. tapi kalau tertangkap... malu aku seumur hidup. kalau aku tak
bawa, aku tak leh skor A. so aku tak lah kantoi. dan tak malu." so pilihan ada di tangan anda. Tapi jangan sampai tersalah
pilih. Gunakan lah akal anda sebaik nya. terlampau banyak berkata kalau pun tidak digalakkan. macam la kita nie tak der
keyakinan diri. dikhuatiri kalau-kalau tumbuh pokok bernama kalau. 'kalau' yang tidak dibolehkan adalah anda kata begini...
"kalau lah aku tak bawa masuk nota tu tadi... tak der la aku kantoi." dikhuatiri boleh menggugat keimanan diri. itu semua dah
berlaku dan ketentuan 4W1 berdasarkan apa yang kita lakukan. makna nya seolah-olah anda menyalahkan tuhan atas apa yang
menimpa diri anda. kita sebagai hamba tidak mampu mengubah aper yang telah berlaku semalam dan juga dahulu. jangan
salahkan sesiapa atas aper yang telah berlaku hatta diri anda sendiri.

Bersyukur lah Tuhan masih menyayangi diri anda dari terus 'meniru', menipu diri sendiri. sebab itulah tuhan mengutuskan
nabi2 dan rasul2 dan juga kitab2 sebagai panduan manusia di dunia. kita diberi pilihan. nak buat baik atau yang buruk. nak
masuk syurga atau neraka. Yang penting kita hendaklah sentiasa bersangka baik kepada tuhan. Antara iman dan fasiq… pilih
lah iman… Iman membawa ke syurga 4W1 yang kekal abadi. orang lain studi untuk Final dari 10/11/2008 anda pula studi
kimia sehari sebelum paper kimia iaitu hari Khamis 16/4/2008... mana aci cam nie. jika begitu... tahniah saya ucapkan kerana
anda studi untuk gagal.... lagi sekali saya nyatakan anda studi untuk G a G a L!!! u failed 2 plan.....u plan 2 F A I L E D!!!!!!!
samalah diibaratkan anda mengira batu di tepi jalan... perbuatan yang sia-sia sama sekali. dan saya pastikan anda akan
berjumpa saya pada pertengahan bulan Mei nanti.... Tapi ingat.... jangan tegur saya.... tunggu sehingga saya tegur anda. Insya
4W1... maka dengan segala hormat nya anda digelar pelajar <REPEATER>... tapi kan... best tau repeat... best giler..2x... tau
kenaper...? elaun dapat lebih... dulu RM2K... sekarang jadi RM2.5K... fu yooo... pak cik kayo..!!!

andaikata selama anda mengulang saya tak tegur anda.... kira baguslah kan.... <dalam makna nyer nie>.... tak faham jugak tak
tahu lah... bagi saya mana2 student yang mengikut segala cakap saya dan nasihat saya.... dengan kata lain tak melawan
dan tak membuatkan saya ‘makan dalam’..... <alias derhaka> buat aper yang saya suruh... saya doakan anda pasti berada di
universiti dan course yang menjadi pilihan anda. Insya 4W1. anda fikir logik la.... mana ader cifu yang mendoakan anak murid
nya gagal...?? kalau anak murid nyer patuh pada arahan dan suruhannya? Tak der kan..!!! sebenci-benci pensyarah pada anak
muridnya…. Anda tetap pelajarnya di dunia dan akhirat.

tapi kena ingat para pensyarah anda juga adalah manusia biasa. sama macam anda ader hati dan perasaan.... anda suka tak
adik anda di rumah suka membantah kata2 anda sebagai sauadara yang tua....? mesti tak suka kan.... ha, samalah tu.... ingat
anda masih jauh lagi perjalanan hidup. banyak ranjau dan duri yang perlu anda tempuhi dalam hidup ini.... kalau anda tak
ingin langsung mendengar nasihat cifu anda.... aper kata anda minta nasihat dari lembu ker... kambing ker.... tak pun tapir alias
tenuk alias cipan kat zoo taiping.... anda sanggup?.... silap hari bulan masyarakat haiwan gelar anda dah terbakar fius lak....
kalau anda anak murid manusia.... belajar lah dengan cifu pun manusia... jangan lah pulak buat rekod dunia pulak... belajar
kimia dengan tenuk....hua huawaaa... putus tali perut den.... tergolak den mendengar nya. Ekau pun ikut golak ko…. Samo-
samo lah kito golak… tak gitu?

saya perhatikan ada pelajar di bilik peperiksaan langsung blur tak boleh jawab. nak jawab macam mana soalan kimia final
pun tak pernah tengok. jawab satu muka depan kertas jawapan ajer... pastu balik awal.... aper citer? sendiri mau ingat lah...
nak tau sapa? <ekau jawab la sendiri> ..naper bazirkan duit rakyat RM1.25K satu sem? kalau dah tak nak belajar.... jangan
paksa diri....dan anda pun mesti la ingat.... <masih kah kau ingat... masa kau lapor diri dulu... masih kah kau ingat..?? kau
janji nak belajar> tak der sapa yang paksa anda masuk matrik dan belajar kat matrik. kat bawah pokok pun boleh belajar...
belajar dengan Benggali Singh yang jaga lembu kambing... kat umah pun boleh belajar... belajar dengan maid Indon..maaf coz
kasar sikit bahasa saya... saper makan RFC dia lah terasa ayam spicy.... so senang lah pemeriksa kertas kimia nak marking
paper pelajar tadi....<boleh kumpul banyak telur angsa>…. Goreng pun sodap.

Mulalah buat muka sememeh dan seposen masa exam.... pandang kiri...pandang kanan.... tak dapat den nak nolong dah....
main pusing2 pen selempang kan kaki macam orang baru mati bini. cuba bayangkan perut anda terasa lapar mesti anda cari
nasi kan...? baru kenyang ... logik la... samalah dengan exam.... kalau muka dah memang kaki 'rajin la sangat' belajar memang
sah lah tak dapat jawab exam. biarlah anda bijak bestari pun macam albert Eistein. tapi kalau studi pun boleh dikira dengan
jari ayam.....cuba anda studi... datang ke kelas, buat soalan tutoran Insya 4W1 anda dapat jawab soalan kimia hari Jumaat
semalam dan meraikan hari kimia sedunia dengan jayanya. <lepas nie anda dah tak layak meraikan hari kimia sedunia
bersama saya>...... sebab2 nyer....anda carilah sendiri, ok.

Betul atau salah jawapan yang anda jawab tu jangan difikirkan sangat. yang penting dah jawab dan dapat jawab...
<semua soalan la…> ke anda sudah menempah tempat untuk anda repeat sem hadapan...? kalau anda tak malu dengan
pensyarah anda macam saya maka repeat lah.... daring 2 dare?...dare u? apa pun renungkan lah pesanan org tua2... belakang
parang di asah lagikan tajam inikan pula otak manusia. diam cangkul berkarat... diam ubi berisi... ulang studi anda sebanyak
21 kali... Insya 4W1 kali ke 22 baru anda faham.... ker anda studi 2.1 kali ajer.... tapi kan anda sehari makan 6 kali sehari....
mana aci studi 2.1 kali ajer.... Let’s strive for a brighter future.
Ubahlah diri anda sebelum orang lain merubah anda. setiap daripada anda punyai potensi dan bakat. masakan tidak!! ingat
matrikulasi adalah tempat untuk mereka yang terpilih antara yang terpilih!!! gandakan usaha kuatkan keyakinan Insya 4W1
anda akan meraih kejayaan yang cemerlang pada setiap kali peperiksaan akhir semester di universiti kelak. maka jangan lah
anda terus menerus mensia2kan bakat dan peluang yang telah 4W1 diberikan untuk anda. DOSA tau sapa yang suka
membazir... <sedara makhluk ada tanduk dan ekor… sapa tu>

panjang sungguh saya berceloteh. terpulang pada anda nak ikut atau tidak. Nak buat atau tidak. nak amik pengajaran atau
tidak. tapi katakan lah …… ya katakan lah selepas 7 atau 8 tahun dari sekarang <semasa anda baca celoteh saya nie> saya
terjumpa anda sedang bekerja sebagai yang tak sepatut nya.... (faham2 lah yer...) rasa2 anda akan tegur saya ke tak....? atau
pun anda cuba lari.... mesti anda rasa malu kan... malu bukan sebab aper.... sebab tak nak ikut nasihat yang saya berikan
sekarang iaitu 7 tahun dahulu semasa anda di matrikulasi....semasa menjadi anak didik saya. dah lah tak nak ikut...
melawan lagi... ingat dia dah pandai lah sangat tu....matrikulasi mana ...KMPK... tapi kan ader student yang berseloroh kat
saya KMPK tu maksud nya kolej mencari pasangan kekasih. betul ker...? <KMPk Memang Pelopor Kekimi’A’an>

Saya telah mengajar anda sebaik boleh yang mampu saya lakukan. andai ada yang terlepas pandang... sila bagi tau ok... kalau
ada jarum yang patah jangan disimpan di dalam hati.... kalau ader silap dan salah.... jangan sampai di bawa ke mati. Di
kesempatan ini saya dengan merendah diri ingin memohon kemaafan daripada anda semua sebagai anak didik saya. Saya
halalkan segala ilmu dan segala makan minum anda semua dunia dan akhirat selama mana anda menjadi anak murid saya.
Amin…Ya Rabbal alamin.

segala yang baik dari saya ambil lah sebagai teladan dan yang buruk tu jadikanlah sempadan.... andalah aset saya penghibur
hati saya pengubat duka lara dunia dan akhirat. tanpa anda siapa lah saya di sisi tuhan. Mana yang baik tu datang nyer dari
4W1 dan yang buruk itu datang nyer dari kelemahan diri saya sendiri....ingat anda adalah permata yang berharga kepada
agama bangsa dan negara.... Insya 4W1.

Sekian wassalam. sampaikan salam saya pada kedua ibu bapa anda di rumah....

dont give an inches until the last buzzer sounds...


share your knowledge and your love to each other...
what u give is what u get back actually.
Laju belum tentu maju tetapi perlahan jangan selalu

salam sayang dan salam kecemerlangan yang berpanjangan untuk anda di dunia dan di akhirat
sampaikan salam saya pada kedua ibu bapa anda di rumah.... last but not least renung2 kan kata2 ini ....
if u find yourself saying "BUT I CAN'T DO THIS CHEMISTRY QUESTION.... try adding the word……..
"Y E T". keep trying and never give up. it is only the matter of time when u will finally succeed. Insya 4W1
Insya 4W1 panjang umur murah rezeki kita bertemu kembali di lain waktu. wassalam.... macam biasa take care n see u in
IPTA!!!

p/s - cuti 2 bulan setengah nie gie carik kojer.... jangan tak kojer...
- lupa plak selamat mendapat pensyarah kuliah, tutor dan amali yang baru di universiti....
-
15:03:03 PM 6/4/2009 kubikel kimia Selasa shehdilaNun... aku masih di sini :)

>>>>>>>KiMIa i tu M u D A H..... Insya 4W1......A!!<<<<<<


Pesanan ikhlas nie.... kalau nak still keep contact in emel.... silalah antar emel kosong kepada saya ok.... emel anda akan
didelete dari adress book emel saya selepas anda membaca pesanan saya ini... sori 4 that ok my dear setudent

Selamat bercuti wahai anak didik ku.....Tata titi tutu… Adios amigos

ajarkanlah iLMu kimia dari KE Ikhlas an hati sebagai Pensyarah yang mengajar
dan pohon lah ke berkat an ilmu untuk anak didik di dunia dan di akhirat. Insya 4W1
kimia itu m u d a h insya 4w1 A ......!!!!!

Anda mungkin juga menyukai