Anda di halaman 1dari 3

Bahagian A: Soalan Struktur

1. Soalan Tanya Nilai Contoh soalan: a) Apakah nilai [1 markah] b) Nyatakan dua nilai [2 markah] Contoh jawapan: a) Hemah Tinggi b) Bertanggungjawab 2. Soalan Tanya Maksud Nilai Contoh soalan: a) Jelaskan maksud nilai [2/3/? markah] b) Berikan definisi bagi nilai [2/3/? markah] Contoh jawapan: Kesanggupan diri seseorang untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan dengan sempurna 3. Soalan Tanya Nilai dan Penerangan Contoh soalan: Terangkan dua nilai yang harus diamalkan oleh pengguna semasa berbelanja agar tidak boros. [4 markah] Format jawapan: NP Ayat N: watak + nilai Ayat P: watak + kata kunci + isu / situasi soalan Na=1mkh, Pa=1mkh; Nb=1mkh, Pb=1mkh. Jumlah=4markah Contoh jawapan: Ayat N = Pengguna(w) harus mengamalkan nilai rasional(n). Ayat P = Pengguna(w) harus bertindak wajar(kk) semasa berbelanja(situasi soalan). Ayat N = Pengguna(w) harus mengamalkan nilai kesederhanaan(n). Ayat P = Pengguna(w) harus tidak keterlaluan(kk) dengan menjauhi amalan boros(isu).

4. Soalan Tanya Nilai dan Penerangan serta Huraian Lanjutan Contoh soalan: Terangkan dua nilai yang harus diamalkan oleh pengguna semasa berbelanja agar tidak boros. [6 markah] Format jawapan: NPC Ayat N: watak + nilai Ayat P: watak + kata kunci + isu / situasi soalan Ayat C: contoh / huraian lanjutan NPC (3 markah) dan NPC (3 markah) Teknik menulis Contoh / Huraian Lanjutan? Tanya soalan bagaimana pada ayat penerangan Fikir jawapan dengan mengaitkan isu Jawapan yang diperolehi adalah ayat Contoh / Huraian Lanjutan Selain soalan bagaimana Boleh tanya soalan mengapa juga Contoh jawapan: Pengguna(w) harus mengamalkan nilai rasional(n). Pengguna(w) harus bertindak wajar(kk) semasa berbelanja(situasi soalan). [Bagaimana bertindak wajar semasa berbelanja?] Sebagai contoh, membeli barang keperluan yang benar-benar diperlukan(c). Peringatan: a) Bagi soalan yang memerlukan Jawapan NPC, jika calon menulis NPP, P kedua tidak diterima. b) Jika menulis NCC, kedua-dua C tidak diterima. c) Jika N salah, semua tidak diterima 5. Soalan Tanya Fakta Contoh soalan: a) Berikan tiga cara [3 markah] b) Nyatakan dua kesan [2 markah] c) Terangkan tiga kebaikan [3 markah] d) Jelaskan dua usaha [2 markah] Jangan jawab nilai Menguji kandungan akademik Ting 4 & Ting 5 Menguji KBKK

Berhati-hati dengan konteks soalan kerana bukan semua jawapan boleh diterima Contoh soalan: Nyatakan tiga cara yang boleh dilakukan oleh Malaysia bagi menjalin hubungan baik dengan negara jiran. [3 markah]

Jawapan: a) Mengukuhkan hubungan diplomatik b) Mengadakan program kerjasama dalam pelbagai bidang c) Menyelesaikan persengketaan secara rundingan

6. Soalan Tanya Fakta serta Huraian Lanjutan Contoh soalan: a) Huraikan dua cara [4 markah] b) Terangkan tiga kebaikan [6 markah] c) Jelaskan dua usaha [4 markah] Format Jawapan: Fakta + Contoh / Huraian Lanjutan Cara untuk menulis ayat contoh: a) Tanya soalan Bagaimana? b) Atau tanya soalan Mengapa? Contoh soalan: Terangkan tiga cara yang boleh dilakukan oleh Malaysia bagi menjalin hubungan baik dengan negara jiran. [6 markah] Jawapan: a) Mengukuhkan hubungan diplomatik. [Soalan: Bagaimana mengukuhkan hubungan diplomatik?] Contohnya, menempatkan duta di negara jiran. b) Mengadakan program kerjasama dalam pelbagai bidang. [Soalan: Bagaimana mengadakan program kerjasama?] Sebagai contoh, mengadakan program pertukaran pelajar. c) Menyelesaikan persengketaan secara rundingan [Soalan: Bagaimana menyelesaikan persengketan secara rundingan?] Tidak menggunakan kuasa tentera untuk mencetuskan peperangan.

Anda mungkin juga menyukai