Anda di halaman 1dari 2

Assalammualaikum w.b.t. dan salam sejahtera. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Itulah ungkapan yang saya rasa lebih


sesuai untuk menggambarkan keadaan saya dalam bertungkus-lumus menyiapkan tugasan ini.

Bagi orang lain mungkin mereka menganggap tugasan lukisan ini tidaklah begitu memeningkan
jika hendak dibandingkan dengan dengan kursus mereka. Namun begitu, setiap bidang pasti ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.

Walaupun saya diberi title sebagai budak seni, itu sebenarnya tidak membuktikan bahawa
saya ini seorang yang hebat dalam bidang ini. Tugasan ini sememangnya nampak mudah tapi tanpa kemahiran dan bakat yang ada, agak sukar bagi saya memberikan yang terbaik dari pandangan penilai. Namun begitu, saya tetap mencuba untuk apa yang termampu dan terbaik dari saya buat masa ini.

Saya sangat percaya dengan ungkapan practice make perfect. Percaya sahaja tidak cukup dan
insya Allah, semoga saya dapat meneruskan dan mengaplikasikannya dalam kehidupan saya. Saya juga mula memikirkan tentang slide show yang dipersembahkan kepada kelas ketika tutorial mengenai seorang hamba Allah yang meminta bunga dan rama-rama tetapi sebaliknya dikurniakan pokok kaktus dan ulat beluncas. Keadaan ini amat sinonim dengan hidup saya. Saya percaya bahawa tidak semua perkara yang kita hajati akan kita perolehi dengan sewenang-wenangnya. Usaha dan pengorbanan perlu dilakukan. Begitu juga dengan saya. Wassalam.

Anda mungkin juga menyukai