Anda di halaman 1dari 5

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARUL AMAN 06000 JITRA KEDAH DARUL AMAN.

TUTORIAL 1
PISMP SEM 3 PK/PJ/BM PK2

WAJ 3106

PENSYARAH PEMBIMBING: En MOHD SAIFUDDIN

AHLI KUMPULAN

Nama : Zul Izuddin bin Suhaimi

Nama : Mohd Fauzan Farid bin Jasneh

Nama : Mohd Andy bin Hadzran

Nama : Mohd Izuan Bin Alham Mustapha

Nama : Paul Ishak Lasah

Definisi kemahiran sosial


tingkah laku yang bersesuaian untuk berinteraksi di rumah, sekolah dan bersama masyarakat. sebagai pengumpulan tingkah laku seseorang yang membolehkannya berinteraksi dengan persekitaran. Terdapat beberapa aspek dalam kemahiran sosial iaitu kemahiran berkomunikasi, kemahiran asertif, kemahiran bergaul, kemahiran menyelesaikan masalah dan lain-lain lagi.

Penguasaan dalam kemahiran sosial adalah amat penting kerana ia membantu murid dalam proses P&P dan kehidupan seharian mereka.

Kemahiran sosial kanak-kanak khas


Kemahiran sosial membolehkan mereka berinteraksi dan menjaga hubungan antara masyarakat dengan baik dan bersesuaian mengikut golongan. Kemahiran ini juga membantu mereka dalam menyesuaikan diri dalam pelbagai aktiviti sosial yang melibatkan orang lain. Mereka juga akan mengetahui cara yang sesuai untuk berkomunikasi dengan orang lain mengikut intonasi suara, gerak geri, mimik muka dan emosi yang betul. Sekiranya mereka gagal menguasai kemahiran ini, ia akan menyebabkan timbulnya perasaan rendah diri, mengasingkan diri dari orang lain dan menyebabkan kemurungan.