Anda di halaman 1dari 16

FORMAT PERSEDIAAN MENGAJAR PENDIDIKAN SENI VISUAL JABATAN PENDIDIKAN SENI VISUAL INSTITUT PERGURUAN ILMU KHAS, KUALA

LUMPUR

Matapelajaran Kelas/ Tahap Tarikh Masa Bil. Murid Bidang Kegiatan Tajuk

: Pendidikan Seni Visual : 3 Bijak / Tahap 1 : 2 Mac 2012 : 7.30 pagi 8.30 pagi (60 minit) : 37 orang : Membentuk dan Membuat Binaan (origami) : Dompet baruku

Hasil Pembelajaran : ( Rujuk HSP Tahun 3 PSV) Aras 2 1. Membentuk dan membuat binaan dengan menggunakan bahan dan teknik yang berbeza dalam penghasilan Aras 3 1. Menghasilkan binaan dan menghias dengan menggunakan pelbagai alat, bahan dan teknik secara kreatif. 2. Membuat penyataan tentang hasil kerja sendiri dan rakan. Objektif : Pada akhir pengajaran murid dapat : 1. Memahami definisi origami. 2. Melukis dan mewarna rupa geometri dan rupa organik dengan betul pada origami 3. Menghias origami dompet menggunakan rupa organik dan geometri dengan kemas dan kreatif. Pengetahuan sedia ada murid: 1. Murid pernah melipat kertas, melukis, dan mewarna. 2. Murid pernah melihat dompet di rumah, majalah, televisyen dan didalam buku.

Nilai Murni

: Berkeyakinan diri, ketekunan, kekemasan, kebersihan dan mengutamakan keselamatan, ketelitian.

Alat Bahan Kemahiran Berfikir

: Gunting : kertas warna, pensil warna : Kemahiran belajar, menjana idea, membuat gambaran mental

Strategi Pembelajaran

: Direktif, Pemerhatian, Konstruktivisme, koperatif, Kecerdasan Pelbagai. Kolaboratif

Bahan Bantu Mengajar

:Contoh-contoh gambar bentuk organik dan geometri yang terdapat di persekitaran, contoh jenis-jenis rupa organik dan geometri, contoh-contoh origami(maujud), Carta alir proses membuat origami dompet

Peringkat Penyampaian Langkah Pengajara/ Masa Set Induksi (5 minit) Perkembangan Isi pelajaran Aktiviti P&P Strategi/ Gambarajah/ Nilai/Catatan Teknik soal jawab

Guru menunjukkan gambar beberapa contoh bentuk organik dan geometri yang terdapat di persekitaran. Guru meminta murid meneka jenisjenis rupa yang terdapat dalam gambar. Rupa geometri

Murid melihat contohcontoh gambar dengan penuh minat

Murid cuba menyebut jenis-jenis rupa dripada bentuk-bentuk tersebut.

Kecerdasan pelbagai: Verbal-linguistik interpersonal

Pembelajaran kontekstual

Rupa organik

Langkah 1 (10 minit)

Guru memperkenalkan tajuk pelajaran pada hari ini Guru menerangkan mengenai jenisjenis rupa kepada murid-murid Rupa organik Rupa geometri Rupa organik rupa bebas yang tidak dapat diukur sudutnya Rupa geometri mempunyai sudut Murid mendengar penerangan guru dengan penuh minat.

Strategi: Kontektual

Kecerdasan Pelbagai Verbal Linguistik

Direktif

Guru menunjukkan jenis-jenis rupa kepada murid-murid dan meminta mereka meneka jenis rupa tersebut.

Murid meneka jenisjenis rupa yang terdapat pada gambar

Pemerhatian

Langkah 2 (5 minit)

Guru menunjukkan contoh-contoh origami kepada murid-murid.

Murid memerhati contoh-contoh origami yang ditunjukkan oleh guru Murid menjawab soalan guru.

ABM : maujud

Guru bertanya tentang bentukbentuk origami tersebut. Bentuk bintang Bentuk hati Bentuk kapal

Guru memberi penerangan tentang teknik yang digunakan untuk menghasilkan bentuk-bentuk tersebut iaitu origami. Origami berasal dari perkataan Jepun ORIKAMI yang bermaksud seni melipat kertas sehingga membentuk bentuk-bentuk yang diinginkan. ORI bermaksud lipat dan KAMI bermaksud kertas.

Langkah 3 (20 minit)

Guru menunjukkan contoh origami dompet yang dihasilkan oleh guru.

Murid melihat hasil kerja guru.

ABM : carta alir Kecerdasan Pelbagai Intrapersonal Ruang / Visual

Guru menunjukkan carta alir langkah-langkah untuk menghasilkan origami dompet . Guru meminta murid melakukan gerak kerja langkah-langkah penghasilan origami seiring penerangan guru. Murid mengikut langkah-langkah yang ditunjukkan oleh guru.

Nilai: tekun, teliti, kekemasan

1. Sediakan sekeping kertas berbentuk segi empat tepat.

2. Lipat 1/3 bahagian hadapan kertas.

3. Lipat 1/3 lagi bahagian belakang kertas. Kemudioan, lipat semula baki bahagian hadapan kertas.

4. Buka bahagian tengah yang dilipat, kemudian gunting sedikit bahagian hujung tengah kertas.

5. Melipat sedikit hujung sisi kiri dan sisi kanan kertas.

6. Masukkan bucu bahagian kertas ke dalam lipatan yang telah dibuat tadi.

7. Lipat sisi kiri dan kanan kertas untuk mendapatkan bahagian tengah.

8. Kemudian gunting bahagian tengah tersebut.

9. Lipat bahagian tengah kertas


menjadi bentuk tiga segi untuk menjadikannya bahagian meletak kad.

Langkah 4 (15 minit)

Seterusnya guru mengarah murid menghias origami dompet mereka dengan corak daripada rupa-rupa organik dan geometri.

Murid melakukan aktiviti menghias dompet.

Nilai :, kekemasan, kesungguhan, ketelitian Pembelajaran Akses Kendiri

Guru membimbing muridmurid menghias origami mereka.

Murid menyiapkan hasil origami mereka dengan kreatif dan kemas.

Penutup

Guru mengambil beberapa hasil origami murid untuk dipamerkan dan (5 minit) membuat apresiasi terhadap karyaPenilaian Hasil karya mereka. Pembelajaran Apresiasi dan refleksi : Guru memulakan sesi soal jawab untuk menguji pemahaman murid. 1. Apakah itu rupa geometri dan rupa organik? 2. Berikan contoh rupa geometri dan rupa organik? 3. Apakah itu origami?

Murid menghargai hasil karya sendiri dan rakanrakan

Kecerdasan Pelbagai verbal linguistik

Murid menjawab soalan guru tentang ton warna yang telah mereka pelajari pada awal pembelajaran.

Guru memberikan pujian kepada murid kerana dapat memahami tajuk pada hari ini. Guru membuat rumusan tentang pembelajaran hari tersebut.

Kemahiran interpersonal dan intrapersonal Linguistik

Refleksi Guru Pelatih Kekuatan/Kelemahan/Cadangan/Penambahbaikan: Saya telah menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran kepada murid Tahun 3 Gemilang dengan tajuk dompet baruku di bawah bidang membentuk dan membuat binaan. Saya memasukkan elemen unsur seni iaitu jenis-jenis rupa. Saya mengajar mereka menghasilkan origami dompet dan meminta mereka menggunakan corak daripada rupa organik dan geometri sebagai hiasan dompet origami tersebut. Saya berjaya menarik perhatian murid-murid pada set induksi dengan menyediakan contoh-contoh gambar daripada persekitaran yang mempunyai bentuk-bentuk geometri dan organik. Seterusnya saya menyoal murid-murid tentang rupa organik dan geometri yang terdapat didalam gambar-gambar tersebut. Pada permulaan pengajaran, murid kelihatan sedikit keliru dengan rupa-rupa tersebut, tetapi apabila penerangan diberikan, mereka nampaknya lebih memahami konsep rupa organik dan geometri. Kemudian, saya menunjukkan pula contoh-contoh origami maujud yang saya hasilkan kepada mereka. Mereka kelihatan teruja dengan origami-origami tersebut. Saya memberikan penerangan kepada mereka tentang maksud origami dan mengarahkan mereka melakukan aktiviti melipat kertas (origami) tersebut bersama-sama saya untuk mengelakkan mereka keliru dengan langkah-langkah penghasilan origami dompet tersebut. Walaubagaimanapun, masih terdapat juga murid yang agak lambat dan susah untuk memahami langkah-langkah melipat kertas tersebut. Kelas dapat dikawal dengan baik kerana murid memberikan sepenuh perhatian ketika aktiviti melipat kertas dijalankan walaupun kadang-kala mereka sesekali bertanya tentang langkah. Objektif pada hari tersebut berjaya dicapai.. Kelemahan pengajaran kali ini ialah murid kelihatan agak susah untuk memahami langkah-langkah melipat origami walaupun telah diterang dan ditunjukkan banyak kali. Cadangan penambahbaikan saya pada masa hadapan ialah dengan menukar tajuk origami iaitu dompet kepada tajuk yang lebih mudah supaya murid-murid dapat mengikuti langkahlangkah yang ditunjukkan. Catatan Pensyarah/ Guru Pembimbing :

FORMAT PERSEDIAAN MENGAJAR PENDIDIKAN SENI VISUAL JABATAN PENDIDIKAN SENI VISUAL INSTITUT PERGURUAN ILMU KHAS, KUALA LUMPUR

Matapelajaran : Pendidikan Seni Visual Kelas/ Tahap Tarikh Masa Bil. Murid Bidang Kegiatan Tajuk : 5 Bijak / Tahap 2 : 1 Mac 2012 : 7.30 pagi 8.30 pagi (60 minit) : 37 orang : Membentuk dan membuat binaan (mobail) : Hiasan gantung

Hasil Pembelajaran : ( Rujuk HSP Tahun 5 PSV) Aras 2 1. Menghasilkan arca menggunakan pelbagai alat, bahan dan teknik yang inovatif dengan memberi penekanan kepada prinsip imbangan. Aras 3 1. Membentuk dan membuat binaan yang kompleks dan berfungsi dengan menggunakan pelbagai bahan, teknik, struktur dan hiasan. Objektif : Pada akhir pengajaran murid dapat : 1. Memahami tentang arca mobail. 2. Membuat mobail hiasan dinding menggunakan gubahan warna-warna asas dan warna sekunder dengan betul. 3. Menghasilkan mobail hiasan dinding menggunakan warna asas dan warna sekunder dengan kemas, teliti dan kreatif. Pengetahuan sedia ada murid: 1. Murid pernah melihat pelbagai jenis mobail di televisyen, sekolah dan buku-buku. 2. Murid mengenali warna.

Nilai Murni

: Bekerjasama, berkeyakinan diri, ketekunan, kekemasan, kebersihan dan mengutamakan keselamatan, ketelitian.

Alat Bahan Kemahiran Berfikir

: Gunting : Krayon,benang bulu kambing, lidi : Kemahiran belajar, menjana idea, membuat gambaran mental

Strategi Pembelajaran

: Direktif, Pemerhatian, Konstruktivisme, koperatif, Kecerdasan Pelbagai. Kolaboratif

Bahan Bantu Mengajar

:Kad perkataan Sebut warna bukan perkataan, roda warna, carta alir proses penghasilan mobail hiasan dinding, gambar contoh-contoh arca mobail, arca mobail yang dihasilkan guru(maujud)

Peringkat Penyampaian Langkah Pengajara/ Masa Set Induksi (5 minit) Perkembangan Isi pelajaran Aktiviti P&P Strategi/ Gambarajah/ Nilai/Catatan Teknik soal jawab

Guru mengadakan permainan sebut warna bukan perkataan kepada murid-murid HIJAU PUTIH MERAH KUNING HITAM BIRU JINGGA KUNING HITAM BIRU MERAH HIJAU UNGU MERAH

Murid melihat perkataan-perkataan tersebut dengan penuh minat Murid cuba menyebut nama-nama warna yang dilihat dengan bersungguh-sungguh

Kecerdasan pelbagai: Verballinguistik interpersonal

Pembelajaran kontekstual Langkah 1 (10 minit) Guru memperkenalkan tajuk pelajaran pada hari ini Guru menerangkan mengenai jenisjenis warna kepada murid-murid Murid mendengar penerangan guru dengan penuh minat. Murid melihat roda warna yang ditunjukan oleh guru. Strategi: Kontektual

Guru menunjukkan roda warna yang mengandungi warna asas dan warna sekunder kepada murid-murid. Warna Asas Warna Sekunder Warna asas ialah warna utama yang tidak boleh dihasilkan melalui campuran warna lain, tetapi boleh menghasilkan warna sekunder dan warna tertier Warna sekunder ialah campuran dua warna asas

Kecerdasan Pelbagai Verbal Linguistik

Direktif Pemerhatian

ABM maujud

Langkah 2 (5 minit)

Guru menunjukkan contoh-contoh gambar arca mobail kepada muridmurid

Murid memerhati contoh-contoh gambar yang telah disediakan oleh guru

Guru menerangkan tentang jenis arca yang dihasilkan iaitu arca jenis mobail. Arca Mobail ialah jenis arca yang boleh bergerak sendiri, berputar, berombak dan biasanya terawang-awang. Mobail kebiasaannya digantung di atas syiling.

Guru juga mengaitkan contoh-contoh arca mobail yang terdapat persekitaran. Langkah 3 (30 minit) Guru menunjukkan contoh arca mobail warna asas dan warna sekunder yang dihasilkan oleh guru. Murid melihat hasil kerja guru. ABM : carta alir Mobail hiasan dinding (maujud) Murid bergerak mencari pasangan masingmasing. Kecerdasan Pelbagai Intrapersonal Ruang / Visual

Guru mengarahkan murid membentuk kumpulan kecil secara berpasangan untuk melakukan gerak kerja menghasilkan mobail hiasan dinding.

Guru menunjukkan dan menerangkan carta alir langkahlangkah untuk menghasilkan mobail hiasan dinding menggunakan warna asas dan warna sekunder kepada murid-murid 1. Mewarna segi tiga kecil di bahagian tengah kertas dengan warna-warna asas

Murid mendengar dengan teliti penerangan guru berpandukan carta alir yang ditampal

Pembelajaran Akses Kendiri Bertanggung jawab ke atas pembelajaran sendiri untuk menghasilkan tugasan

2. Mewarna bahagian luar segi tiga kertas dengan warnawarna sekunder

Nilai :, kekemasan, tekun, kesungguhan, ketelitian, kerjasama

3. Memotong kertas menjadi segi tiga mengikut garisan yang telah disediakan.

4. Menebuk lubang di bahagian luar dan dalam kertas segi tiga.

5. Mencantum kedua-dua bahagian dalam dan luar kertas menjadi satu segi tiga yang bertentangan.

6. Mengikat kedua-dua kertas segi tiga tersebut bersamasama menggunakan benang dan gantungkan.

Guru mengarahkan murid melakukan gerak kerja bersama-sama seiring penerangan guru.

Murid melakukan gerak kerja seiring dengan penerangan guru seperti yang diarahkan.

Guru membimbing murid-murid bermula dari langkah yang pertama sehingga selesai.

Murid menyiapkan karya mereka dengan kreatif dan kemas. Murid menghargai hasil karya sendiri dan rakanrakan

Penutup

Guru mengambil beberapa hasil mobail murid untuk dipamerkan dan (10 minit) membuat apresiasi terhadap karyaPenilaian Hasil karya mereka. Pembelajaran Apresiasi dan refleksi : Guru memulakan sesi soal jawab untuk menguji pemahaman murid. 1. Apakah maksud arca mobail? 2. Apakah maksud warna asas dan warna sekunder? 3. Berikan contoh warna asas dan warna sekunder.

Kecerdasan Pelbagai verbal linguistik

Murid menjawab soalan guru tentang ton warna yang telah mereka pelajari pada awal pembelajaran.

Guru memberikan pujian kepada murid kerana dapat memahami tajuk pada hari ini.

Guru membuat rumusan tentang pembelajaran hari tersebut.

Kemahiran interpersonal dan intrapersonal Linguistik

Refleksi Guru Pelatih : Kekuatan/Kelemahan/Cadangan/Penambahbaikan: Saya telah menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran kepada murid Tahun 6 Bestari dengan hiasan dinding di bawah bidang membentuk dan membuat binaan. Saya memasukkan elemen unsur seni jenis-jenis warna iaitu warna asas dan warna sekunder. Saya mengajar mereka menghasilkan mobail hiasan dinding dan meminta mereka menggunakan warna-warna asas dan sekunder yang telah diajar. Saya berjaya menarik perhatian murid-murid pada set induksi dengan menyediakan kad perkataan yang yang mengandungi warna-warna berlainan huruf untuk mengelirukan mereka. Mereka kelihatan mudah memahami apa yang diajar. Kemudian, saya menunjukkan pula contoh-contoh arca mobail kepada murid-murid. Mereka kelihatan teruja dengan jenis arca tersebut. Saya memberikan penerangan kepada mereka tentang perbezaan arca jenis mobail dan stabail supaya mereka tidak keliru dan tersalah konsep tentang jenis-jenis arca tersebut. Kelas dapat dikawal dengan baik kerana murid memberikan sepenuh perhatian ketika sesi penerangan tersebut berlansung. Aktiviti dimulakan dan semua murid berjaya menyiapkan mobail hiasan dinding tersebut dengan kemas dan kreatif menggunakan warna-warna asas dan sekunder. Hal ini kerana aktiviti tersebut dilakukan secara berpasangan dan semua murid memberikan kerjasama yang baik dalam menyiapkan tugasan mereka. Objektif pada hari tersebut berjaya dicapai sepenuhnya. Kelemahan pengajaran kali ini ialah murid kelihatan agak kekok dan susah untuk memasukkan tali ke dalam lubang ketika sesi mengikat mobail dijalankan. Hal ini kerana mereka menebuk menggunakan pensil dan lubang yang terhasil sangat kecil untuk dilalui oleh benang. Cadangan penambahbaikan saya pada masa hadapan ialah dengan menebuk lubang terlebih dahulu pada kertas supaya masa yang ada tidak terbazir dengan aktiviti mengikat benang sahaja.

Catatan Pensyarah/ Guru Pembimbing :