Anda di halaman 1dari 4

9.0 SKRIP CERITA TAHAP 1 KISAH LEBAH DAN BERUANG Watak dan Nama. I. II. III. IV.

Sang Lebah sebagai Aron Aziz Sang Beruang sebagai Zizan Bunga Matahari sebagai Nora Danish Pokok sebagai Aziz Satar

Hei Beruang kenapa kau suka mencuri hasil titik peluh binatang lain? Sedangkan engkau sendiri malas untuk mencari makanantegur pokok (Aziz Satar) kepada beruang (Zizan). Hahaha..... Aku binatang yang besar dan gagah, tiada binatang lain yang berani melawanku. Jadi binatang-binatang kecil perlu menyediakan makanan untuk aku jawab beruang (Zizan) sambil menjilat baki madu yang terlekat di jarinya. Di dalam sebuah hutan, terdapat seekor lebah bernama Aron Aziz, dia sangat rajin bekerja. Dia mencari madu ke setiap pelosok hutan mencari bunga-bungaan segar setiap hari. Kadangkala sehingga lewat petang Aron Aziz mencari madu. Tetapi apabila sampai ke sarang Aron Aziz dapati madu yang dikumpulnya telah dicuri. Aron Aziz Azizi Satar Aron Aziz Aziz Satar Aron Aziz : Pakcik siapa yang mencuri madu saya? : Siapa lagi kalau bukan Zizan! Dia sahaja yang berani mencuri madu kamu Aron Aziz. : Kenapa pakcik tidak menghalang Zizan dari mencuri madu saya? Habis rosak sarang saya dikerjakannya. :Sudah puas pakcik nasihatkan dia, tetapi pakcik pula yang di marahkanya. : Penat saya mencari madu seharian pakcik. Bulan ini sudah 5 kali Zizan mencuri madu saya. Apa yang perlu saya buat pakcik?

Zizan

: Jangan lupa Aron, minggu depan saya datang lagi. Terima kasih 22

sebab menyediakan madu yang banyak untuk saya. (Zizan beredar sambil melambai tangan ke arah Aron Aziz dan Aziz Satar) Aziz Satar : Sungguh biadap dan angkuh Zizan berkata begitu!

Semalaman Aron Aziz tidak dapat melelapkan mata memikirkan masalah yang dihadapi olehnnya hari demi hari. Kerana terlalu tertekan Aron Aziz tidak dapat lena pada malam itu. Keesokan paginya Aron Aziz seperti biasa keluar dari sarang seawal pagi untuk mencari madu. Aziz Satar Aron Aziz Aziz Satar Aron Aziz : Selamat pagi Aron Aziz! : Selamat pagi pakcik! : Pakcik tengok Aron Aziz seperti tidak bermaya sahaja pagi ini. Kenapa dengan kamu Aron Aziz? : Saya tidak dapat tidur lena semalaman pakcik. Puas saya memikirkan bagaimanalah nasib saya sekiranya berterusan madu saya dicuri? Aron Aziz pun berlalu pergi dengan berat hati untuk mencari madu pada pagi itu. Tidak berapa jauh Aron Aziz terbang dari sarangnya dia ternampak sekutum bunga matahari yang sangat besar. Perlahan-lahan Aron Aziz terbang mendekatinya. Aron Aziz : Selamat pagi bunga matahari! Saya Aron Aziz boleh saya ambil madu kamu? Nora Danish : Selamat pagi Aron Aziz! Saya Nora Danish ambillah madunya tetapi aku perlukan pertolongan kamu untuk menyebarkan benihku keserata hutan ini. Bolehkah kamu menolongku Aron Aziz? Aron Aziz : Terima kasih Nora Danish. Dalam perjalan pulang nanti akan aku sebarkan benihnya nanti. Nora Danish :Kenapa kau kelihatan seperti susah hati Aron Aziz, apa yang membuatkan engkau runsing? Aron Aziz : Sudah kerap kali madu aku dicuri oleh Zizan. Bukan itu sahaja sarang aku juga dirosakkannya.

Nora Danish : Kesian. Siapa Zizan yang berani mencuri madu kamu Aron Aziz? 23

Aron Aziz

: Dia seekor beruang yang besar dan gagah sengatanku pun tidak mampu mengalahkannya.

Nora Danish : Sekiranya sejata kamu tidak boleh menewaskan Zizan, kenapa kamu tidak gunakan akal Aron Aziz? Aron Aziz : Apa yang kamu maksudkan dengan menggunakan akal Nora Danish? Lalu Nora Danish pun membisikan rancangan bagaimana untuk

memperdayakan Zizan, agar tidak lagi mencuri madunya. Petang itu Aron Aziz pulang ke sarang dengan hati yang gembira setelah berjumpa dengan Nora Danish. Hari berlalu, genaplah seminggu. Kedatangan Zizan seperti ditunggu-tunggu oleh Aron Aziz dan Aziz Satar. Aron Aziz Aron Aziz Zizan : Selamat pagi Aron Aziz! : Selamat pagi Zizan! Telah banyak hari aku menunggu kedatangan kamu Zizan. Aku telah menyediakan madu yang banyak untuk kamu. : Bagus! Kalau begini setiap kali aku datang tidak perlulah lagi aku merosakkan sarang kamu untuk mengambil madu dan tidak perlu aku bersusah payah untuk memanjat pokok. Lalu Aron Aziz pun menunjukkan bekas yang berisi madu. Tanpa berlengah masa lagi Zizan terus mencapai bekas yang berisi penuh dengan madu dan menghirup madu tadi dengan gelojohnya. Tiba-tiba Zizan menjerit meminta tolong. Zizan Aron Aziz Aziz Satar Zizan : Tolong, tolong! aku tidak boleh membuka mulutku. Tangan aku juga melekat pada bekas ini. : Hahahaha kalau kamu nak tahu aku telah mencampurkan madu tadi dengan gam. Serta di sekeliling bekas itu juga. : Baru padan dengan muka Zizan. Selalu sangat mencuri hasil titik peluh orang lain. : Tolonglah aku Aron Aziz kalau mulut dan tangan aku terus melekat begini, pasti sedikit hari lagi aku akan mati kelaparan.

Aron Aziz

: Sekiranya aku membantu kau, mahukah kau berjanji setelah aku 24

melepaskan kau. Madu yang aku simpan di sini tidak lagi engkau curi Zizan? Zizan : Aku berjanji Aron Aziz. Aku tidak akan mencuri madu engkau lagi. Semenjak dari peristiwa itu, Zizan tidak lagi mencuri madu yang disimpan oleh Aron Aziz. Zizan juga tidak lagi malas mencari makanan dia juga selalu memberi pertolongan kepada orang lain.Kehidupan Aron Aziz tidak lagi diganggu oleh Zizan. Nora Danish dan Aziz Satar turut gembira dapat membantu Aron Aziz daripada diganggu oleh Zizan.

25