Anda di halaman 1dari 37

HOWARD GARDNER (KECERDASAN PELBAGAI)

PENGENALAN
Diperkenalkan oleh Howard Earl Gardner pada tahun 1983 dalam bukunya yang bertajuk Frames of Mind: The Theory of Multiple Intelligences.

Definisi kecerdasan sebagai satu set kemahiran yang membolehkan seseorang itu menyelesaikan masalah atau menghasilkan keluaran atau perkhidmatan yang bernilai kepada budayanya.

Teori ini menyatakan bahawa manusia mempunyai lapan kecerdasan yang merangkumi pelbagai kebolehan, keupayaan, bakat atau kemahiran yang wujud secara semulajadi. Setiap kecerdasan tidak bergantung antara satu sama lain. Perkembangan kecerdasan bergerak dengan kadar yang berbeza dan individu menunjukkan kebolehan yang tidak sama untuk semua jenis kecerdasan.

Jenis kecerdasan yang dikenal pasti adalah :

Bahasa-linguistik Logik-matematik Visual-ruang Kinestetik Muzik Interpersonal Intrapersonal Naturalis

Teori ini menegaskan bahawa setiap individu mempunyai kelapan-lapan kecerdasan tetapi pada darjah atau kadar yang berbeza-beza dari segi kekuatan dan kemahiran. Kecerdasan tersebut boleh dikembangkan menerusi pendidikan, pengalaman dan persekitaran. Menurut Nor Hashimah Hashim dan Yahya Che Lah, teori ini juga digunapakai sebagai salah satu daripada konsep pendidikan prasekolah.

Teori ini membantu guru dalam mendidik kanak-kanak kerana setiap kanak-kanak mempunyai kecerdasan yang berbezabeza.

Kecerdasan kanak-kanak dapat ditingkatkan melalui peluang-peluang pendidikan semasa mereka di prasekolah.
Sesuatu kecerdasan yang kuat dalam diri kanak-kanak dapat digunakan bagi memperkukuhkan kecerdasan yang lemah.

KECERDASAN LOGIK- MATEMATIK

Banyak menggunakan otak kiri dalam proses berfikir dalam menyelesaikan masalahnya (Nordin Mamat, 2005). Kebolehan menggunakan nombor, menaakul, mengenal pasti pola abstrak, perkaitan, sebab dan akibat (logik). Melibatkan pemikiran saintifik, termasuk pemikiran secara induktif dan deduktif, membuat inferens, mengkategori, generalisasi, perhitungan dan pengujian hipotesis.

Contoh aktiviti: Penggunaan simbol, rumus, urutan nombor, pola abstrak, perkaitan sebab dan akibat (logik), penyelesaian masalah, pengurusan grafik dan pengiraan.

(sumber:http://z6.invisionfree.com/DRAGONIZER/ar/t 1145. htm)

Ciri-ciri pelajar :
Dapat menyelesaikan masalah matematik dengan cepat Suka menggunakan komputer Bermain catur, checker dan lain-lain permainan yang memerlukan strategi, kemudian pelajar tersebut akan memenangi permainan tersebut Memberi sebab kepada sesuatu peristiwa atau kejadian secara logik Melakukan eksperimen kepada perkara-perkara yang tidak difahami.
(Ramlah Jantan& Mahani Razali, 2006).

KECERDASAN MUZIK

Kebolehan untuk menghasilkan dan menghargai irama, nada dan bentukbentuk luahan muzik. Melibatkan kepekaan kepada nada, rentak bunyi dan memberi gerakbalas kepada elemen-elemen yang melibatkan perasaan. Banyak menggunakan irama dan melodi

Dalam bilik darjah, guru perlu membantu ke arah membina dan mencungkil kecerdasan muzikal dalam diri pelajar.
Misalnya, guru merancang dan mempertajamkan kemahiran dengan mempertingkatkan kemampuan pelajar dalam mengubah atau mencipta lagu.
(Nordin Mamat, 2005).

Ciri-ciri pelajar :
Boleh bermain alat muzik Mudah mengingati melodi lagu Boleh mengenalpasti bila not muzik off key Memerlukan muzik apabila belajar Mempunyai koleksi kaset atau CD lagulagu Suka menyanyi lagu-lagu kepada diri sendiri
(Ramlah Jantan& Mahani Razali, 2006).

KECERDASAN VISUAL (RUANG)

Maksud: Kemampuan berfikir menggunakan gambar. Kebolehan mencipta gambaran mental dan mengamati dunia visual. Berkebolehan mencipta gambaran atau lukisan 3D Berkepekaan terhadap warna, garis, bentuk dan ruang.
(http://bapakethufail.wordpress.com/2008/06/20/mengoptimalkan -perkembangan-kecerdasan-pada-anak-sejak-usia-dini)

Ciri-ciri pelajar :
Menyukai permainan puzzle Menyukai carta, rajah dan peta minda Mudah mentafsir dan memahami peta, rajah, graf dan lain-lain Suka melukis, menari dan menyanyi Contoh aktiviti: melukis, mengecat, mewarna, membuat garisan, boleh berimaginasi dan membuat peta minda.
(Ramlah Jantan dan Mahani Razali, 2004)

KECERDASAN BAHASA/ LINGUISTIK

Kemahiran atau kebolehan mengguna perkataan dengan berkesan sama ada secara lisan atau bertulis. Kecerdasan ini merangkumi pembacaan, penulisan, dan perbualan sama ada dalam bahasa sendiri atau bahasa asing. Kecerdasan ini tidak hanya berkisar kepada penghasilan bahasa, tetapi juga merangkumi perbezaan, susunan dan rima perkataan. Berkebolehan dalam memanipulasikan ayat, gaya bahasa dan pengucapan dengan baik dan sempurna.

Ciri-ciri pelajar :
Suka menulis Suka bercerita Mengeja perkataan dengan mudah dan tepat Mempunyai ingatan yang baik pada nama tempat, tarikh atau lirik Suka membaca buku jika ada masa yang terluang Suka pada permainan bahasa seperti teka silang kata
(Ramlah Jantan dan Mahani Razali, 2004)

KECERDASAN INTERPERSONAL

Maksud : Lebih melibatkan kepada pengalaman sosial seseorang Gardner membahagikan kepada 4 iaitu kepimpinan, kemampuan membina hubungan dan pertahankan persahabatan, kemampuan menyelesaikan konflik dan keterampilan analisis sosial.

Ciri-ciri pelajar :
Mempunyai ramai kawan Boleh berempati dan memahami perasaan orang lain Menyukai permainan berkumpulan dengan rakan-rakan Menyertai aktiviti-aktiviti kumpulan lepas waktu sekolah Bijak bersosialisasi sama ada di sekolah atau dalam masyarakat

Contoh aktiviti : komunikasi antara individu latihan kolaboratif memberi maklum balas strategi pembelajaran kooperatif (sedia bekerjasama)

KECERDASAN NATURALIST

Maksud : dimiliki oleh individu yang menyintai alam semulajadi seperti flora dan fauna mudah mengenal dan mengingati nama tumbuh-tumbuhan dan haiwan gemar meneroka hutan atau memelihara binatang

Ciri-ciri pelajar :
Suka mengumpul spesies rama-rama yang dikeringkan atau koleksi kulit siput Boleh mengenalpasti nama tumbuhan dan haiwan dengan cepat Suka memelihara kucing, burung, arnab, dan lain-lain Suka menanam bunga dan membuat perhiasan menggunakan bahan dari alam semula jadi seperti buluh dan rotan

Contoh aktiviti : Melakukan aktiviti menanam pokok di sekitar kawasan sekolah Melaksanakan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan sekolah Membela haiwan peliharaan seperti arnab, ikan dan sebagainya Membuat lawatan ke zoo dan taman bunga dan sebagainya

KECERDASAN KINESTETIK-BADAN

Melibatkan pengunaan tubuh untuk menyelesaikan masalah, mencipta sesuatu serta menyatakan idea dan perasaan. Olahragawan, pakar bedah, penari, gimnastik dan orang yang menghasilkan kraftangan bermutu tinggi adalah orang-orang yang memiliki kecerdasan ini.
(Nordin Ahmad, 2005)

Ciri-ciri pelajar :
Berjaya dalam sukan. Tidak boleh duduk diam di atas kerusi ada saja aksinya. Menyukai aktiviti-aktiviti mencabar.

Perlu menyentuh orang bila bercakap.

Boleh demontrasi kemahiran dalam bidang kraftangan, pertukangan kayu atau menjahit. Bijak meniru mimik muka atau tingkahlaku orang lain. Terlibat dalam aktiviti fizikal seperti berenang, menunggang motosikal atau berkasut roda.

KECERDASAN INTRAPERSONAL

Mempunyai pengetahuan tentang diri sendiri yang melibatkan perasaan, niat dan matlamat hidup. Kecerdasan ini sukar dinilai.
(Ramlah Jantan& Mahani Razali, 2006).

Ciri-ciri pelajar :
Mempamerkan kebolehan untuk berdikari. Memberi reaksi dengan pendapat yang bernas kepada sesuatu tajuk.

Mempunyai rasa keyakinan diri yang tinggi.


Mahu menjalani hidup yang privacy. Suka bersendirian dalam mengejar matlamat, hobi dan projek.

TAMAT