Anda di halaman 1dari 3

Langkah Ketiga : Meneroka dan Menganalisis Masalah Menurut Mizan Adiliah Ibrahim dan Halimatun Haliliah Mokhtar (1996;19)

menyatakan bahawa permasalahan yang dibawa oleh klien perlu diterokai. Hal ini bertujuan supaya pihak kaunselor dan klien dapat memahami permasalahan dengan betul dan membantu klien menganalisis permasalahan dengan lebih objektif. Perkara utama yang perlu difahami oleh kaunselor adalah apakah yang menjadi masalah sama ada pemikiran, perasaan, perlakuan atau pengalaman.

Langkah Keempat : Mengenal Pasti Punca Masalah Menurut Mizan Adiliah Ibrahim dan Halimatun Haliliah Mokhtar (1996;21) menyatakan bahawa klien perlu dibantu supaya dia melihat di mana punca masalah bagi memudahkan proses intervensi dibuat. Hal ini kerana masalah selalunya

kompleks dan berkait sehingga tidak dapat dipastikan yang mana punca utama dan yang mana masalah sampingan. Masalah berkemungkinan berpunca daripada diri sendiri, orang lain tetapi melibatkan dirinya dan takdir. Perbincangan perlu dilaksanakan untuk memastikan klien memilih jalan yang sesuai melalui bimbingan dan alternative yang telah diberikan oleh kaunselor. Proses perbincangan yang dilaksanakan perlu mengambil kira pilihan-pilihan penyelesaian masalah sama ada dari kaunselor mahupun klien. Pilihan-pilihan penyelesaian masalah perlu dipertimbangkan satu persatu dari segi kebaikan dan keburukan serta

kesesuaiannya dengan masalah yang dihadapi. Kaunselor juga perlu mengenepikan pilihan yang kurang baik dan tidak sesuai. Klien diberi peluang untuk membuat pilihan setelah kaunselor menyatakan pilihan-pilihan penyelesaian masalah yang ada.

Langkah Kelima : Mengambil Tindakan


Menurut Mizan Adiliah Ibrahim dan Halimatun Haliliah Mokhtar (1996;22) menyatakan bahawa pilihan atau alternatif yang telah dipilih perlu disusuli dengan tindakan. Tindakan yang diambil perlu dibincangkan oleh kaunselor terlebih dahulu supaya kejayaan dan pembelajaran daripada sesi dapat dirasakan. Tindakan yang perlu dilaksanakan oleh kaunselor ialah dengan menghuraikan alternatif yang dipilih

Formatted: Left, Line spacing: Multiple 1.1

Implikasi kegagalan Tahap 1 : Menyediakan Prasesi Kegagalan mengetahui sedikit latar belakang klien akan menyebabkan kaunselor mengalami kesukaran untuk membina hubungan. Klien menganggap kaunselor tidak bersedia untuk membantunya. Akibatnya, klien juga tidak yakin kaunselor mampu memberikannya pertolongan.

Tahap 2 : Membina Hubungan, Melayan, Mendengar dan Memahami Kegagalan kaunselor membina hubungan, melayan, mendengar dan memahami klien akan mengakibatkan sesi perbincangan bertukar menjadi sesi soal siasatan yang mengakibatkan klien merasakan dirinya akan dipersalahkan.

Tahap 3 : Meneroka dan Menganalisis Masalah Kegagalan kaunselor meneroka dan menganalisis masalah yang dialami oleh klien akan menyebabkan masalah utama tidak dapat dikesan dan difokuskan sebaliknya masalah-masalah kecil (sampingan) yang akan menjadi topik perbincangan. Puncapunca masalah klien sama ada dari segi pemikiran, emosi, tingkah laku atau tidak dapat dikenal pasti.

Tahap 4 : Mengenalpasti punca masalah

Kegagalan kaunselor mengenalpasti punca masalah yang dihadapi oleh klien menyebabkan pemikiran klien menjadi lebih keliru. Masalah klien tidak dapat dibaiki dan diberi pertolongan kerana masalah utama tidak menjadi fokus utama perbincangan.

Tahap 5 : Membincangkan Alternatif dan Mengambil Tindakan Kegagalan kaunselor membincangkan tindakan yang perlu dilasaknakan oleh klien akan menyebabkan sesi kaunseling gagal secara keseluruhannya. Klien perlu diberi tanggungjawab untuk mencari alternatif yang sesuai untuk merungkai masalah yang dihadapinya.

Anda mungkin juga menyukai